Musykil tentang Zikir Menari..tolong terangkan.

Author Topic: Musykil tentang Zikir Menari..tolong terangkan.  (Read 8527 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SUGI

  • *
  • Posts: 302
    • View Profile
Jawab #20 14 February, 2011, 11:17:59 PM
  • Publish Di FB
  • Cuba tuan sugi atau siapa-siapa yang menerima zikir sambil menari memberi sebab kenapa perlunya sampai terkinja-kinja begitu? Apa hikmahnya? Siapa yang suruh? Mana ayat dan hadis atau sheikh yang menyuruh berzikir dalam keadaan begitu? Atau masing-masing buat begitu mengikut rentak nafsu dalam jiwa yang bersalut keseronokan perasaan semata-mata?

    Maha Suci Allah dari memerlukan hamba-hambaNya berzikir terkinja-kinja mengikut pembawaan jiwanya sendiri!!

    Seorang Ulamak telah memberi pandangan dengan hujah berdalil. Hukum nya HARUS.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Quote
    JAWAPAN oleh Dr Harun Din:

    SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

    Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

    Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

    Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

    Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

    Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

    Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

    Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

    Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

    Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

    Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

    Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

    Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

    Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

    Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

    Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

    Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

    Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

    Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

    Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

    Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

    Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

    Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

    Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

    Wallahu ‘alam.

    p/s Alhamdulillah..Pulang ke rumah tadi sempat juga berselawat & berzikir. Memang sedap.  Semoga kemudahan ku untuk berzikir dapat berterusan. Insya ALLAH. Amin


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1150
      • View Profile
    Jawab #21 14 February, 2011, 11:49:07 PM
  • Publish Di FB
  • pernah terbaca satu hadith dalam fadhail 'amal..
    "berzikirlah sekalipun orang akan mengatakan kamu gila"

    den setuju pun tidak...tak setuju pun tidak...

    tapi kalau dah fana'....tak mustahil perkara macam tu boleh berlaku...malah mungkin lebih lagi...

    nakhsyabandi sendiri ada tarian sufinya....betulkan den kalau den salah...

    KaNaaH.MuKmiN

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #22 15 February, 2011, 07:19:30 PM
  • Publish Di FB
  • Cuba tuan sugi atau siapa-siapa yang menerima zikir sambil menari memberi sebab kenapa perlunya sampai terkinja-kinja begitu? Apa hikmahnya? Siapa yang suruh? Mana ayat dan hadis atau sheikh yang menyuruh berzikir dalam keadaan begitu? Atau masing-masing buat begitu mengikut rentak nafsu dalam jiwa yang bersalut keseronokan perasaan semata-mata?

    Maha Suci Allah dari memerlukan hamba-hambaNya berzikir terkinja-kinja mengikut pembawaan jiwanya sendiri!!

    Seorang Ulamak telah memberi pandangan dengan hujah berdalil. Hukum nya HARUS.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Quote
    JAWAPAN oleh Dr Harun Din:

    SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

    Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

    Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

    Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

    Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

    Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

    Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

    Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

    Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

    Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

    Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

    Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

    Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

    Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

    Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

    Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

    Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

    Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

    Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

    Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

    Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

    Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

    Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

    Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

    Wallahu ‘alam.

    p/s Alhamdulillah..Pulang ke rumah tadi sempat juga berselawat & berzikir. Memang sedap.  Semoga kemudahan ku untuk berzikir dapat berterusan. Insya ALLAH. Amin


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH


    salam....
    anta ni paham tak penjelasan maksud yg diajukan oleh Harun DIn dan benda yg berkait ngan video yg menjadi tanda tanya?.....?.
    cuba anta tgk video yg last skali....klau begitu pun dikatakan elok(tidak bergaul dgn wanita,pakaian menutup aurat).....tapi betulkah cara ini yg dnamakan berzikir?....dapatkah anta menangkap perkataan yg disebut?...betolkah kalimah yg dendangkan dgn maksud sebenar?....tidak kah itu taksub dgn amalan syaita pun suka?...bolehkah berzikir dalam keadaan sebegitu?.....betolkah tidak akan menimbulkan fitnah dgn begini?......yg terakhir..anda tahu ke apa maksud sufi n sejarah nya?......

    p/s:jauhkan dgn menuntut ilmu dgn hanya dari internet....cari la guru dan berguru...ana takut akan timbul kekeliruan....yg ustaz cakap lain dan anta faham yg lain......

    acit

    • *
    • Posts: 704
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #23 15 February, 2011, 10:03:02 PM
  • Publish Di FB
  • Video Zikir yang dipaparkan adalah merupakan satu majlis zikir yang dipanggil
    Ratib Saman atau dikenali juga sebagai Ratib Tegak.Ia diamalkan oleh pengikut-
    pengikut atau pengamal-pengamal Tariqat Samaniyah.Adapun dinamakan ia Ratib
    Tegak adalah kerana kebanyakan waktu zikirnya dibuat dalam keadaan berdiri.

    Amalan zikir ini juga boleh dilakukan oleh mereka yang menerima bai'ah kaedah
    melakukan zikir tersebut.Selalunya,majlis zikir ini diadakan dalam Bulan Ramadhan
    atau pada hari-hari kebesaran Islam.
    Mereka nampak seperti menari tetapi sebenarnya mereka mengikut rentak alunan
    bacaan zikir dan ketinggian suara yang berbagai-bagai malah saya sendiri pun
    pernah beberapa kali mengikuti majlis sebegini.

     Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 191 :
    ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah
    ( dalam semua hal keadaan; berdiri,duduk dan berbaring ) sambil
    mereka bertafakkur ( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit
    dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata,Ya Tuhan kami, Engkau
    tidak jadikan ( semua ) ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah ).
    Maha Suci Engkau; maka peliharalah kami dari api neraka.

    Sabda Rasulullah S.A.W :
    “ Sukakah kamu akan diberitahu sebaik-baik amalan kamu dan
    sebersih-bersihnya di sisi Tuhan kamu,  paling tinggi darjat kamu,
    baik dari mendermakan emas dan perak,lebih baik dari kamu
    menetak leher musuh dan mereka menetak leher kamu ?
    Para sahabat menjawab : Bahkan  ( Kami mahu mendengarnya ).
    Baginda bersabda: Zikrullah.
    ( HR Tarmizi dan Ibn Majah )

    Allah berfirman :

    “ dan sebutlah ( dengan lidah dan hati ) nama Tuhanmu
    terus menerus siang dan malam ) dan tumpukanlah
    ( tabtil amal ibadatmu ) dengan sebaik-baik tumpuan ( ketekunan ) “.
    Surah Muzammil : 8

    Apabila zikir itu dilakukan dengan tekun dan teratur; maka mudah dan
    cepatlah ia mendapat dzauk atau kelazatan berzikrullah.

    Wirid yang afdal adalah zikrullah.Solat ; meskipun besar, pada waktu-
    waktu tertentu ia tidak dibolehkan tetapi lain halnya dengan zikir,ia
    boleh dibuat dalam apa jua keadaan, samada kuat ( jihar ) atau
    sirr ( dalam hati ).
    Kita janganlah mudah bersangka-sangka pada perkara yang kita tidak
    tahu seperi kata Gulsyan-i-raj;kalau kamu belah hati setitik air,kamu
    akan dapati seratus lautan di dalamnya!
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Jawab #24 15 February, 2011, 11:13:23 PM
  • Publish Di FB


  • p/s:jauhkan dgn menuntut ilmu dgn hanya dari internet....cari la guru dan berguru...ana takut akan timbul kekeliruan....yg ustaz cakap lain dan anta faham yg lain......

    Apa lagi saya nak katakan dan kamu pula sudah menjawabnya.
    video dari youtube pun orang boleh edit. Tidak boleh dijadikan asas untuk perbincangan yang adil.
    Sebagaimana saya katakan sebelum ini. Jangan melakukan penganiayaan.


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    acit

    • *
    • Posts: 704
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #25 16 February, 2011, 01:57:29 AM
  • Publish Di FB
  • Bai'ah??? dibagi bai'ah baru boleh zikir?? macam mana tu..mekasih tolong jelaskan..
    Saya boleh memandu kenapa perlu ada lesen juga ??
    Undang-undang manusia pun kita bersedia untuk patuhi inikan pula peraturan dan adab
    belajar agama.
    Kenapa perlu ijab dan qabul untuk berkahwin ?Tidak boleh ke terus kahwin begitu saja ?

    Tidaklah menjadi masaalah jika mengambil atau belajar sesuatu ilmu itu tanpa izin Guru
    yang mengajar atau tanpa baiah tetapi belajar atau mengambil sesuatu ilmu yang jelas
    asal usulnya dari Rasulullah sehinggalah diperturunkan kepada Guru yang mengajar atau
    memberi baiah itu adalah lebih berkat,lebih berkesan dan lebih beradab.

    Kehalusan dan ketertiban belajar serta kaedah mengambil ilmu oleh pengamal-pengamal
    ilmu tasauf itulah memberi banyak kelebihan kepada mereka dalam mengerjakan amal
    zahir dan rohaniah.

    Kenapa orang lain boleh merawat pesakit dengan hanya membaca Fatihah sedangkan
    bacaan Fatihah kita tidak memberi kesan langsung kepada pesakit?Adakah mereka
    membaca Fatihah terbalik?
    Sebenarnya mereka membaca dengan keyakinan kekuasaan Allah tetapi kita baca
    dengan berkat ayat maka ayat Al-Quran tiada memberi kuasa apa-apa tanpa izin Allah.
    Maka inilah perbezaan orang yang berguru (diberi baiah/diizinkan beramal) dengan mereka
    yang belajar sendiri atau tanpa Guru atau berguru dengan buku. .

    Pernahkah kita tanya,kenapakah Allah sediakan neraka Wail untuk orang yang
    bersembahyang ?
    Orang Islam itu telah dikatagorikan dengan pelbagai peringkat;maka kita pilihlah diperingkat
    mana yang kita mahu berada samada beramal dengan dengan amalan yang betul benar atau
    beramal dengan betul bendul.

    KaNaaH.MuKmiN

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #26 16 February, 2011, 05:05:53 AM
  • Publish Di FB


  • p/s:jauhkan dgn menuntut ilmu dgn hanya dari internet....cari la guru dan berguru...ana takut akan timbul kekeliruan....yg ustaz cakap lain dan anta faham yg lain......

    Apa lagi saya nak katakan dan kamu pula sudah menjawabnya.
    video dari youtube pun orang boleh edit. Tidak boleh dijadikan asas untuk perbincangan yang adil.
    Sebagaimana saya katakan sebelum ini. Jangan melakukan penganiayaan.


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    hurm....

    tarekat....

    contoh...tarikat ibarat sebuah bas......

    jika ali ingin pulang dari kuala lumpur ke kelantan dgn menaiki bas itu,pasti ali akan sesat......
    jika ali tidak naik bas itu,tak tahu ali akan sampai ke kelantan atau akan sampai.....

    tarekat byk jenis,dan tidak blh pula kata tarikat itu haram kerana kita sendiri berada di dunia ini(orng tanpa tarikat) tidak pasti berada atas landasan yg betol...disini kenalah belajar(kerana ini disuruh menuntut ilmu).....

    p/s:video 1 hingga sblum video terakhir...ana blh terima krana jika diteliti memang tidak bertentangan dgn apa yg ana ketahui(proses pembelajaran)...klau bab video yg terakahir?itu bukan dari tarekat yg tidak dapat di judge hukum nya....itu adalah amalan "sufi".....adakah anta hanya memberi cmmnt tanpa meneliti setiap movie yg dipaparkan?.....

    KaNaaH.MuKmiN

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #27 16 February, 2011, 05:09:57 AM
  • Publish Di FB
  • Video terakhir itu adalah contoh dzikir kepada Allah yang sangat berlebih-lebihan, mereka semuanya seperti kesurupan setan, contoh dzikir diatas itu dapat membuat umat Islam dicemo’oh oleh non muslim, sebab persis sama dengan trancenya penonton/penyanyi Black Metal/Rock .

    Jika mereka berdzikir model ini lalu mengaku mendapatkan kemampuan kasyaf (menyingkap mata bathin hingga mampu melihat alam ghoib) ketahuilah kemampuan tersebut didapatkan dari bantuan setan! NA’udzubillah !

    KaNaaH.MuKmiN

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #28 16 February, 2011, 05:17:48 AM
  • Publish Di FB
  • 1. Aliran Sufi suka bermain musik yang mereka namakan dengan gambus
    dalam dzikir

    Ini sesungguhnya adalah seruling-seruling syaithan. Sungguh Abu Bakar
    Ash-Shidiq ra. pernah masuk dirumah Aisyah ra. dan disana ada dua anak
    perempuan kecil yang sedang bermain rebana, maka berkata Abu Bakar ra.
    : Ini adalah seruling-seruling syaithan, ini adalah seruling syaithan.
    Maka Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar ra. : Biarkan mereka
    wahai Abu Bakar! Karena keduanya sedang merayakan hari raya. (HR.
    Bukhari
    dengan lafadz yang berbeda)

    Darti hadits diatas Rasulullah SAW mengakui perkataan Abu Bakar ra.
    tanpa membantahnya (menyebut seruling syaithan) tetapi hanya karena
    pada saat itu sedang hari raya dan pelakunya adalah anak perempuan
    kecil maka dibolehkan.

    Dan tidak ada dalil bahwa para sahabat dan tabiin, mereka itu bermain
    rebana (gambus) dalam berdzikir. Bahkan ini adaah perbuatan bidah yang
    dibuat oleh orang-orang sufi yang semua ini telah diperingatkan oleh
    Rasulullah SAW dengan sabdanya:
    Barang siapa yang beramal dengan suatu amalan yang bukan atas perintah
    kami, maka tertolak. (HR. Bukhari dan Muslim).

    2. Aliran Sufi membolehkan menari, bermain musik dan mengeraskan suara
    ketika berzikir

    Kita dapat menyaksikan pengikut aliran sufi itu berdzikir dengan
    lafadz Allah saja dan pada akhirnya berdzikir dengan lafadz Hu (Dia)
    saja.
    Padahal Rasulullah SAW bersabda :
    "Dzikir yang paling utama adalah Laa Ilaaha Illallah (HR. Tirmidzi
    dengan sanad hasan shahih). Jadi, tidak dengan Allah dan Hu saja.

    Di dalam berdzikir mereka mengangkat suaranya dengan keras dan
    bersamaan (koor/berjama'ah),
    Padahal berdo'a seperti itu terlarang berdasarkan firman Allah SWT :
    "Berdo'alah kepada Tuhan-mu dengan merendahkan diri dan suara yang
    lembut, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
    batas." (Al-A'raaf : 55)
    Maksudnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan dalam berdo'a
    dengan terlalu cepat dan dengan suara yang keras. (lihat tafsir
    Jalalain Imam Suyuthi).

    Rasulullah SAW pernah mendengar para shahabat meninggikan suaranya
    dalam berdzikir, maka Beliau SAW bersabda kepada mereka :
    "Wahai manusia ! rendahkanlah suaramu, sesungguhnya kalian tidak
    menyeru kepada Dzat yang tuli dan tidak ada, tetapi kalian berdo'a
    kepada Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat dan Allah senantiasa
    bersamamu." (HR. Muslim)
    Allah bersamamu dengan Pendengaran dan Ilmu-Nya dan Allah Maha
    Mendengar dan Maha Melihat.

    3. Menggerak-gerakkan Tubuh ketika Dzikir
    Ini termasuk menyerupai orang Yahudi ketika mereka membaca kitab mereka.
    Berkata Ar-Ra’i Al-Andalusi rahimahullah: "Demikian pula penduduk Mesir
    telah menyerupai Yahudi dalam bergerak-gerak di saat belajar dan sibuk.
    Dan ini termasuk perbuatan orang Yahudi.”
    Berkata Bakr Abu Zaid: "Wajib atas orang-orang yang berdzikir kepada
    Allah, yang bertawajjuh dengan doa kepada Allah, para penghafal kitab
    Allah, yang membuat madrasah-madrasah dan halaqah tahfidz Al Qur’an
    agar meninggalkan bid’ah bergerak-gerak ketika membaca. Dan hendaklah
    mendidik anak-anak kaum muslimin di atas sunnah dan menjauhi bid’ah."
    (Tash-hih Ad-Du’a, hal. 80-81)
    Demikianlah yang kita lihat dijaman kita ini, dimana orang berdzikir
    dengan cara koor (bersama-sama) dan mengeraskan suaranya, bahkan
    menggunakan pengeras suara dicorong-corong speaker masjid.

    4. Mereka suka menyertai ibadah mereka dengan Siulan dan Tepuk Tangan

    Padahal siulan dan bertepuk tangan itu merupakan adat bagi kaum
    musyrikin dan ibadahnya mereka. Allah SWT berfirman :
    Maka shalat mereka (kaum musyrikin) disekitar Baitullah itu tidak lain
    hanyalah siulan dan tepuk tangan. (Al-Anfaal : 35)
    Al-Mukaa pada ayat ini adalah siulan dan At-Tashdiyah adalah tepuk
    tangan.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #29 05 March, 2011, 11:47:52 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:

    Apabila kita quote hadith pastikan ada syarahnya dari ulamak. Bukan memandai-mandai ambil hadith yang zahir yang kita sendiri tidak arif nasikh dan mansukhnya, tidak tahu apa kehendak hadith berkenaan sehingga membawa kepada hukum yang salah dan pemahaman yang batil. Jika tidak mahu berzikir secara bergoyang jangan pula menghukum orang yang berzikir bergerak sebagai sesat dan menyamakannya sebagai orang kafir sedangkan mereka itu semua mengucapkan kalimah La ilaha illaLlah. Atas ukuran apa kita hendak menghukum kafir dan masuk neraka pada mereka yang berzikir sedemikian rupa sedangkan dalil umum dari ayat Allah :  Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 191 :

    ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah( dalam semua hal keadaan; berdiri,duduk dan berbaring ) sambil mereka bertafakkur ( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata,Ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan ( semua ) ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah ).
    Maha Suci Engkau; maka peliharalah kami dari api neraka.

    zikir itu tidak terhad hanya dalam keadaan duduk, tetapi dalam semua waktu (kecuali yang sudah diterangkan oleh ulamak bahawa menunjukkan ia makruh seperti di dalam tandas) masa memasak pun kita boleh berzikir, masa berjoging, masa berjalan kaki dan sebagainya.

    Manakala dalam keadaan orang-orang di atas yang berzikir sambil menari/bergerak itu juga dalam perbahasan ulamak.

    Jawapan dari Ustaz Al Amin Daud. Pengkhususan : B.A (Hons) Usuluddin Dan Dakwah (Akidah Dan Falsafah) Universiti Al-Azhar As-Sharif Mesir Cawangan Mansurah.

    Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.

    Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;

    Quote
    ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير

        Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan


    Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.

    Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakakn tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.

    Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut الأمور بمقاصدها “setiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.

    Ana tidak suka untuk menggunakan istilah berjoget kerana kebiasaannya ia merujuk kepada tarian yang haram namun apa yang disebut oleh ulamak dengan menggunakan perkataan إهتزاز dalam bahasa arab yang membawa maksud hayunan atau goncangan. Namun di dalam hadis digunakan perkataan يرقصون yang diterjemahkan di dalam bahasa melayu dengan maksud menari. Jadi tidak salah kalau kita gunakan istilah menari. Kerana tarian itu ada yang HARUS dan ada yang HARAM.

    Untuk mendekatkan kefahaman kita. Jika kita melihat orang yang menyanyikan lagu nasyid sambil mengerakkan tangan dan body kerana menghayati lagu yang ingin disampaikan mengapa kita tidak katakan ia HARAM, BIDAAH atau sebagainya?

    Jadi jika menyanyikan lagu nasyid yang sudah ma’ruf kepada kita keharusannya mengapa kita tidak dapat menerima zikir dalam keadaan menggerakkan tubuh kerana merasakan kelazatan zikir dengan menyebut nama Allah?

    Tidak pelik ke Ustaz?


    Jika ada yang bertanyakan seperti ini maka ana tanya balik kepadanya? Apakah semua benda yang pelik itu salah? Bukan semua pelik itu salah. Pelik pada pandangan kita kerana kejahilan kita terhadapanya bukan kerana ia sesuatu yang salah. Pelik tidak dijadikan kaedah hukum untuk menyatakan sesuatu itu haram atau tidak. Bila ada nas yang membenarkan walaupun macamana pelik sekalipun kita harus akur. Kerana banyak perkara yang pelik yang tidak sampai kepada pengetahuan akal kita seperti azab kubur, kebangkitan selepas kematian, mahsyar, kiamat dan sebagainya. Daripada mana kita tahu perkara ini ada sedangkan kita tidak pernah mengalaminya? Jawapannya kerana ada nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang menceritakannya kepada kita.

    Pelik atau tidak bukan persoalannya. Persoalannya boleh atau tidak? Ada dalil atau tidak? Inilah persoalannya yang perlu ditanya. Dalil sudah jelas ana nyatakan di atas. Itu bukan kalam ulamak sufi atau kalam ana yang dhoif ini tetapi itu kalam Nabi SAW. Jika kita mengatakan sesat kepada orang yang berzikir dalam keadaan seperti di dalam video di atas seolah-olah kita menafikan hadis Nabi SAW. Ini boleh menyebabkan kita berdusta di atas nama nabi SAW. Ingat! Sesiapa yang berdusta di atas nama Nabi, Allah telah sediakan seat class VVIP di dalam neraka sepertimana yang disebut di dalam hadis.

    Bukan semua benda yang pelik pada mata kita dikira sesat dan salah. Pada pandangan orang yang mengerti itulah yang sebenar. Jangan terlalu merasa diri kita tahu segalanya tentang agama kerana disitulah bermulanya ujub yang tidak kita sedar.

    Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu. Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketikamana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.

    Bagaimana jika ada percampuran lelaki dan perempuan?


    Ulama sufi yang berada di atas jalan kebenaran juga mengakui majlis seperti ini merupakan majlis yang HARAM. Mereka menisbahkan diri mereka kepada sufi tetapi hakikatnya mereka bukan sufi kerana tujuan zikir itu mendekatkan diri kepada Allah dan percampuran lelaki dan perempuan daripada perkara haram yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. Jadi matlamat mereka tidak akan sampai kerana wasilahnya menyimpang daripada cahaya quran dan sunnah. Jadi majlis seumpama ini adalah tidak dibenarkan oleh syara’ walaupun mereka menisbahkan nama mereka kepada nama sufi hakikatnya mereka menodai kemurniaan sufi.

    Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi syara’.

    Justeru, selagimana tidak ada unsur-unsur yang haram seperti penggunaan alat muzik yang diharamkan, lagu-lagu yang melaghakan, ikhtilat yang haram maka ia tidak tidak menjadi majlis yang HARAM.

    Benarlah kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;
    Quote
    الناس أعداء بما جهلوا

        “Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”


    Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan kita.

    Firman Allah;

    Quote
    وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلا – الإسراء :85

        Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja


    Sumber: http://www.al-amindaud.blogspot.com/

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #30 05 March, 2011, 11:49:33 PM
  • Publish Di FB

  • rahmanw

    • *
    • Posts: 1150
      • View Profile
    Jawab #31 06 March, 2011, 01:55:51 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    ilmu yang sangat bermanfaat...terima kasih ibnunafis...

    Anaconda

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #32 06 March, 2011, 09:45:22 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    ilmu yang sangat bermanfaat...terima kasih ibnunafis...
    baguss
    Maka tenggelamlah keraguan, katakan tidak,jika tidak tahu,usah suka berkata-kata tanpa ilmu yang sahih. Jangan malu mengatakan tak tahu.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #33 06 March, 2011, 10:48:45 PM
  • Publish Di FB
  • Boleh kut buka semula thread ni? Rasanya banyak lagi boleh dikongsikan dari forum ini! Banyak juga persoalan dalam forum ni yang perlukan jawapan.

    Ramai juga halaqian menulis berdasarkan dail-dalil quran dan hadis dengan kefahaman tersendiri serta kefahaman sesetengah ulama' bermula dari ayat-ayat surah Ali Imran sampailah hadis-hadis yang pelbagai...contohnya seperti berikut :-

    Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 191 :

    1. ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah( dalam semua hal keadaan; berdiri,duduk dan berbaring ) sambil mereka bertafakkur ( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata,Ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan ( semua ) ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah )....Bagi saya dalam ayat ini jelas tiada disebut pun tentang dalam keadaan menari, jadi bolehkah ayat ini menjadi hujjah dibolehkan menari semasa berzikir??...cuba renung ayat-ayat ini - sambil mereka bertafakur..bolehkah sambil menari-nari (ZAUQI), dalam masa sama dia turut bertafakur?? Merenung penuh dalam akan segala yang Allah jadikan tidak sia-sia??

    Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu. Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketikamana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah...

    Untuk mendekatkan kefahaman kita. Jika kita melihat orang yang menyanyikan lagu nasyid sambil mengerakkan tangan dan body kerana menghayati lagu yang ingin disampaikan mengapa kita tidak katakan ia HARAM, BIDAAH atau sebagainya?..

    Orang yang bernasyid tu mengalami kelazatan wajdankah (ZAUQI)? Sampai menggerakkan tangan dan body? Bagi saya, Ja'afar menari dengan kelazatan perkataan Nabi saw kerana baginda saw kekasih Allah no. 1, setiap apa yang Rasulullah lahirkan itu menjadikan mereka SEMAKIN MENCINTAI Allah dan RasulNya saw..serta berlakunya itu spontan dari anugerahNya...

    sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.

    Timbul persoalan - bagaimana cara Ja'afar ra dan orang Habsyah itu menari? Orang Habsyah menari sambil memuji Rasulullah saw, begitu juga Jaafar ra, menari selepas pujian Rasulullah saw mengatakan bahawa Jaafar ra menyerupai kejadian dan akhlak baginda!! Rasa saya ramai mukmin akan terasa(ZAUQI) andainya Rasulullah saw bersabda demikian terhadap dirinya, kan? Adakah tarian orang berzikir atau sufi yang berzikir itu menyerupai zahir dan batinnya Ja'afar ra dan orang Habsyah ini? Atau bagaimana?

    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1023
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Jawab #34 19 July, 2013, 01:10:57 PM
  • Publish Di FB
  • Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1295
      • View Profile
    Jawab #35 19 July, 2013, 02:31:55 PM
  • Publish Di FB
  • Saya tak layak nak komen..cuba nak bagitau...rasa seriau pun ada bila dok tengok depa buat macam gini...
    jerit-jerit...macam tu ka cara yang betul nya nak berzikir?  :msya:


    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 240
    • Help each other
      • View Profile
    Jawab #36 19 July, 2013, 02:53:58 PM
  • Publish Di FB
  • Saya dah agak lama membaca hujah golongan yang menyokong zikir menari dan jugak hujah daripada golongan yang membangkang perbuatan sebegitu. Pendapat peribadi saya, ulasan yang diberikan golongan pro zikir menari ni goyah, diluar konteks, amat bermudah-mudahan menggunakan dalil dan kerana itu saya tidak setuju.

    Bukan tujuan saya memperkecilkan mana-mana pihak tapi jika anda rasa zikir menari ni sahih, maka carilah hujah konkrit golongan salafus soleh atau ulama' muktabar yang betul-betul zikir menari. Atau nak bagi ringan sikit, carilah nama ulama' muktabar kontemporari yang terbukti arif dan alim, yang meraikan zikir menari dan majlis yang mereka anjurkan.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #37 19 July, 2013, 09:48:43 PM
  • Publish Di FB
  • Ya. Saya pun tak setuju menari-nari macam ni. Untuk apa dipersembahkan tarian ni kepada Allah? Dalam ayat mana Allah suka berzikir sambil menari? Menari-nari ni jangan-jangan syok sendiri saja!

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1023
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Jawab #38 19 July, 2013, 11:17:24 PM
  • Publish Di FB
  • Syukron   ana Tholibah...menjadi juga ana buat ya...


    Video ni bila banyak kali tengok jadi bahan lawak pulak.

    Dunia akhir zaman suka menambah apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah saw. Disebabkan beberapa hal seperti ini jugalah sedikit sebanyak telah menjejaskan imej nama baik yang mengikuti jalan sufi.

    Nampak lebih seronok dengan tarian je. Ala -ala poco- poco pun ada  :senyum:

    musafir_lalu

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #39 21 July, 2013, 02:26:05 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    sabda Rsaw hanya membicarakan berzikir dalam keadaan berdiri...duduk dan baring sahaja. tidak ada pula menari. cuma tareqat naqsyabandi memang ada unsur-unsur tarian dalam semua cabangnya.
     :jaz:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    4454 Views
    Last post 25 January, 2009, 05:58:47 PM
    by beruang
    47 Replies
    3686 Views
    Last post 07 September, 2010, 02:40:04 PM
    by Ummu Fatimah
    471 Replies
    34381 Views
    Last post 10 October, 2012, 11:27:38 AM
    by al_ahibbatu