Budak 10 tahun hafiz al-Quran

Author Topic: Budak 10 tahun hafiz al-Quran  (Read 4213 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abu atiyah

  • *
  • Posts: 387
    • View Profile
05 July, 2007, 04:38:27 PM
  • Publish Di FB
  • Salam...bagus untuk dikongsi bersama...keratan akhbar ini...

    Budak 10 tahun hafiz al-Quran

    Oleh NORAINON OTHMAN
    norainon@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Kebolehan kanak-kanak berusia 10 tahun yang hafiz al-Quran, Muhammad Ahmad Zahid, mempesonakan kira-kira 200 orang yang hadir pada majlis penutup Kem Hafazan al-Quran sesi kedua di Masjid Negara, di sini semalam.


    Muhammad yang juga pelajar termuda di Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) diundang memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis itu sempena meraikan kejayaan 100 peserta hafazan al-Quran menamatkan program anjuran Majalah Asuh dan IQKL.

    Muhammad yang menghafaz 30 juzuk al-Quran memperdengarkan bacaan kira-kira lima minit tanpa melihat lembaran kitab suci itu ketika pertengahan majlis.

    “Saya mula belajar mengaji ketika berusia tujuh tahun apabila memasuki darjah satu di IQKL. Saya mula menghafaz al-Quran sejak Ramadan lalu,” katanya.

    Anak sulung daripada empat beradik itu mendapat galakan penuh daripada bapanya, seorang peguam dan ibunya seorang doktor gigi yang menitikberatkan pendidikan agama untuk anak mereka.

    Dia yang turut dijemput menyertai kem hafazan itu secara sambilan berkata, kem terbabit adalah program cuti sekolah yang bermanfaat untuk pelajar.

    “Adik perempuan saya berusia sembilan tahun juga kini mampu menghafal tiga juzuk al-Quran hasil bimbingan bapa saya,” katanya.

    Sementara itu, peserta terbaik keseluruhan merangkap penghulu Kem Hafazan itu, Muhammad Hafidz Hamidi, 17, berkata penyertaan dalam program itu membolehkan dia mendalami maksud ayat al-Quran, menghafaz ayat lazim, surah Yasin dan ayat Kursi.

    “Walaupun cuma seminggu, kem ini bagus dan pelajar mendapat banyak faedah kerana tajwid ketika membaca al-Quran diperbetulkan, manakala cara solat dititikberatkan,” kata penuntut Sekolah Menengah Islah Hidayah, Johor Bahru itu.

    Program itu yang bertujuan mendekatkan remaja dengan institusi agama melalui pendekatan kem atau khemah ibadat, membantu pelajar menghafaz ayat al-Quran, terutama ayat lazim dan surah pilihan serta memperhalusi praktikal dan bacaan asas dalam solat, asas fardu ain dan doa harian.

    Majlis penutup sesi kedua Kem Hafazan dirasmikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Othman Desa.

    Sumber: Harian Metro [1]
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    nurislam

    • *
    • Posts: 82
    • idup ngn ilmu..
      • View Profile
    Jawab #1 05 July, 2007, 06:26:36 PM
  • Publish Di FB
  • semoga bertambah golongan hamlatul quran..jilul quran.

    [bukan senang nak dapat darjat hamlatul quran]

    In Islam there is no words for HANDS UP,there is no words for SURRENDER,there r only 2 things;WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID."IMMA SA'ADAH WA IMMA SYAHADAH

    fadhila

    • *
    • Posts: 303
    • ONE GOD"ALLAHUAHAD"ONE ISLAM-MANY MANY MUSLIMS
      • View Profile
    Jawab #2 20 April, 2009, 02:49:27 AM
  • Publish Di FB
  • Tahukah anda The  first rector of UIA  - Prof. Dr. Mohd Abdul Rauf tamat menghafal quran dan menjadi alhafiz pada umur 8tahun! Dan sejak itu juga beliau menghatamkan quran setiap minggu sepanjang kebanyakan waktu kehidupan beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

    qimi

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #3 20 March, 2010, 01:06:04 AM
  • Publish Di FB
  • Alhamdullillah... Segala Pujian Bagi Allah

    issyah

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #4 20 March, 2010, 01:56:55 AM
  • Publish Di FB
  • Tahukah anda The  first rector of UIA  - Prof. Dr. Mohd Abdul Rauf tamat menghafal quran dan menjadi alhafiz pada umur 8tahun! Dan sejak itu juga beliau menghatamkan quran setiap minggu sepanjang kebanyakan waktu kehidupan beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

    subhanallah..masyaallah..moga2 kita juga jadi sepertinya..moga2 kita boleh menghafaz 30juzuk al quran..inshaallah..berdamping lah dengan al-quran,inshaallah hati akan sentiasa tenang..mari kita sedekahkan al fatihah untuk allahyarham..al-fatihah.."YA ALLAH,moga aku tergolong dikalangan golongan penghafal al quran..moga aku diberi kekuatan..Amin YA RABB.."
    ~..I was married to the Dunya but we have divorced. I am now engage to Akhirat, but my desire to marry Jannah remains..~

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #5 20 March, 2010, 09:45:41 AM
  • Publish Di FB
  • " Sebaik-baik kamu adalah yg mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
    ( HR Bukhari dan Muslim )


    " Mereka yg membaca al-Quran dan dia mahir didalamnya maka dia bersama para malaikat pencatit yg mulia. Mereka yg membaca al-Quran sedangkan dia tidak lancar bacaanya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala."
    ( HR Bukhari dan Muslim )


    Rasulullah bersabda," Bacalah al-Quran, sesunggunya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bg para pembacanya( penghafalnya.)"

    ( HR Muslim )



    " Sesiapa membaca sehuruf dr al-Quran maka untuknya satu kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Min adalah huruf ."

    ( HR Tarmidzi )

    Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

    Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari  Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

    Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
    yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
    Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
    yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

    Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
    ( Riwayat Muslim )

    Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
    dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

    Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

    Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

    Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
    tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
    demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

    Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

    Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

    Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

    -sama-sama kita membaca sambil berkongsi
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1372 Views
    Last post 10 March, 2008, 12:59:54 PM
    by halawah
    12 Replies
    2378 Views
    Last post 17 February, 2012, 05:39:35 PM
    by sad
    13 Replies
    2803 Views
    Last post 02 September, 2013, 09:24:08 PM
    by ZakiaAliaMedina