Perkembangan Politik di Mesir

*

Author Topic: Perkembangan Politik di Mesir  (Read 26408 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Air Mata Kasih

  • *
  • Posts: 967
    • View Profile
Reply #120 29 December, 2012, 10:19:31 AM
  • Publish


  • Imam Hassan Al Banna pernah ditanya siapakah yang paling layak mengantinya jika beliau tiada? Jawabnya, “Lantik pemimpin yang paling lemah di kalangan kamu, kemudian kamu dengar dan taatlah perintahnya. Ia akan menjadi orang yang paling kuat di kalangan kamu.”

    Teringat bagaimana pada mulanya Ikhwan Muslimin mencalonkan nama seorang tokoh yang paling hebat dan terkenal namanya di kalangan rakyat Mesir yang mana jika beliau masuk bertanding calon Presiden pasti boleh menang dengan mudah.

    Tetapi nama itu ditolak oleh jawatan kuasa pilihanraya lalu Ikhwan Muslimin mencalonkan nama Dr Morsi seorang yang kurang terkenal dan dianggap banyak kelemahan. Setelah namanya dicalonkan sebagai Presiden maka Ikhwan Muslimin memberi sepenuh sokongan akhirnya terpilih sebagai Presiden. Dr Morsi yang dulu dianggap pemimpin yang lemah kini digeruni kawan dan lawannya.

    Ada juga benarnya wasiat Imam Hasan Al Banna itu…
     
    ~ Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #121 31 December, 2012, 08:49:46 AM
  • Publish
  • Berapa ramai antara kita yang kenal siapa Dr Muhammad Mursi? pemimpin yang akan merubah sistem pemerintahan Mesir? Pemimpin yang hafal al-quran bersama isteri dan semua anak-anaknya.

    Dr Muhammad Mursi


    Dr Muhammad Mursi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 disebuah perkampungan bernama Al Idwah dalam wilayah Syarqiyah. Beliau lahir dari keluarga sederhana yang mementingkan pendiidkan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya suri rumah sepenuh masa.

    Semasa kecilnya mendapat pendidikan di kampong Al Idwah, akhirnya Dr Mursi memperoleh Ijazah pertama di Universiti Kaherah dalam bidang fakulti kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian ijazah kedua dalam bidang kejuteraan di Universiti yang sama. Pada tahun 1978, Dr Mursi melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat memperoleh ijazah kedoktoran (Phd) tahun 1982 di Universiti Southern California.

    Setelah tamat belajar beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Southern California tempat beliau belajar. Setelah kembali ke Mesir Dr Mursi dilantik menjadi Profesor dan ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material dari tahun 1985 hingga 2000 di Universiti Zaqaziq.

    Dr Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian terutama dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir. Beliau mempunyai berpuluh kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya sehingga kajiannya diktiraf oleh NASA pada tahun 1985.

    Dr Muhammad Mursi mendirikan rumah tangga dengan Najla Mahmod pada tahun 1978 dikurniakan 5 anak, beliau isteri dan 5 anaknya menghafal al Quran.

    Selain berjaya sebagai ahli akademik, Dr Mursi juga aktif dalam gelanggang dakwah, beliau ahli Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin yang dan ahli majlis penentangan terhadap Zioniosme. Beliau sejak dulu lantang membela rakyat Palestin.

    Dr Mursi antara pendakwah yang cergas dalam Ikhwan Muslimin. Sikap beliau yang terus menentang kezaliman pemerintahan Hosni Mubarak menyebabkan beliau ditangkap beberapa kali. Setelah berlaku penipuan dalam pilihanraya 2005 Dr Mursi menjadi penggerak utama bagi melakukan demontrasi dan menyokong badan kehakiman bebas. Dr Mursi antara mereka yang terlibat dalam menyokong tuntutan gerakan “Hakim Demi Mersir” mendesak kerajaan tidak campur tangan dalam bidang kehakiman.

    Akhirnya pada 18 mei 2006 Dr Mursi ditangkap bersama 500 orang anggata Ikhwan Muslimin yang sedang berkumpul di hadapan banguan mahkamah Kaherah. Akibat kesalahan itu menyebabkan beliau di penjara 7 tahun.

    Apabila diadakan pilihanraya Presiden Ikhwan Muslimin mengambil keputusan tidak menghantar calonnya. Tetapi kemudiannya Majlis Syura mengkaji semula keputusan itu. Daripada 108 orang ahli majlis syura 56 orang bersetuju dan 52 tidak setuju.

    Dan pada mulanya Ikwan Muslimin menamakan calonnya Khairat Shatir untuk merebut kerusi Presiden Mesir tetapi nama itu ditolak lalu diganti dengan nama Dr Muhammad Mursi.

    “Kami akan mentaatimu jika kamu mentaati Allah, kami akan menderhaka jika kamu menderhaka kepada Allah, kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu menyalahi revolusi dan tujuannya….”

    Demikian kata Abdullah Mursi anak Dr Mursi sendiri setelah ayahnya memegang jawatan Presiden Mesir.

    Isteri Dr Mursi Puan Najla Mahmod pula mengatakan pencalunan Dr Mursdi adalah ujian Allah dan akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah. Beliau juga menolak untuk gelaran “Wanita Pertama Mesir”



    Setelah menjadi Presiden Mesir, Dr Mursi telah menggariskan lima pekara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahannya iaitu mengatasi masalah lalu lintas,Keamanan bagi rakyat Mesir, Kebersihan,Roti dan bahan bakar.

    “Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan presiden,” kata Dr Mursi.

    Beliau meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringi Presiden supaya tidak mengangu pergerakan lalu lintas dijalan raya. Cabaran utama pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir ialah Dr Mursi suka menunaikan sembahyang subuh berjemamah di masjid dan enggan menutup lalu lintas apabila kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

    Sejak menjadi Presiden Mesir yang pertama selepas Revolusi 2011, Dr Mursi tidak membenarkan kenderaan pengiringnya melebihi dari yang sepatutnya. Pada zaman Presiden Hosni Mubarak, beliau akan diiringi sekitar 500 buah kenderaan dan satu perjalan Mubarak menelan belanja antara 5 juta hingga 7juta LE.

    Dr Muhaamd Mursi juga menyarankan suaya tidak diadakan perayaan besar besaran menyambut kemenanganya. Pada hari Jumaat di masjid Al hamd di kawasan Tajamuk Khomid behampiran dengan kediaman Dr Mursi, kira-kira setengah jam sebelum khatib menaiki mimbar membaca khutbah Dr Mursi memasuki pintu utama masjid tanpa kawalan keselamatan.

    Beliau mengambil saf pertama sebelum menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Kemudian Dr Mursi kelihatan membaca al Quran surah al Kahfi hingga azan pertama berkumandang.Selesai sembahyang Dr Mursi kelihatan bersalaman dengan imam dan pada jemaah sebelum beredar keluar dari masjid.

    Setelah lebih 80 tahun lamanya Ikhwan Muslimin berjuang untuk menegakkan syariat Islam di Mesir dengan melalui pelbagai tekanan dan kezaliman dari pemerintah Raja Faraouk, Gamal Abdul Naser, Anwar Sadat dam Hosni Mubarak, sehingga ramai pemimpin mereka di tangkap dan dibunuh, kini pertubuhan yang diasaskan Hasan Al Banna itu menuai buah kemenangan melalui pilihanraya.

    Dr Mursi diberi peluang untuk melaksanakan apa yang diimpikan oleh Hasan Al Banna melalui gerakan Ikhwan Muislimin. Dr Mursi bukan sahaja menjadi harapan rakyat Mesir malah harapan seluruh umat Islam yang cintakan Islam.


    Artikel dari :  Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #122 02 January, 2013, 08:48:21 AM
  • Publish
  • SEKARANG WAKTU BEKERJA, KATA MURSI..

    Ucapan Presiden Mursi di hadapan Anggota Dewan Senat Sabtu lepas bahawa sekarang waktu bekerja selepas Mesir melalui saat-saat getir rakyatnya beberapa bulan kebelakangan yang membuatkan orang-orang politik yang merasakan diri mereka melakukan kesalahan sebelum ini, kini gelisah.

    Beberapa hari lalu Peguam Negara Tala'at Abdullah telah mengarahkan siasatan dilakukan kepada tiga pemimpin Barisan Penyelamat Mesir iaitu Hamdin Sobahi, Dr.Mohammad El-Baradei dan Amru Musa atas dakwaan "melakukan pengkhianatan terbesar".

    Ia berikutan laporan dari Jawatankuasa Hak Asasi Manusia di Kesatuan Peguam Mesir yang mendedahkan perancangan jahat kumpulan tersebut iaitu melakukan jenayah kepada rakyat Mesir bagi melakukan rampasan kuasa atas kelayakan Mursi yang dilantik secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya. Seorang penulis dan wartawan Mesir, Anees Ad-Dughaidi membuat aduan rasmi kepada Peguam Negara mendakwa terdapat komplot jahat untuk membunuh Presiden Mursi, Mursyidul Am Ikhwan Dr.Mohammad Bad'ie, Presiden FJP Dr.Muhammad Sa'ad Katatni dan Naib Presiden FJP, Dr. 'Essam Iryan.

    Jika mereka yang mengikuti hari-hari getir sebelum berlangsung referendum, maka tidak hairan kita akan saksikan peristiwa demi peristiwa serta himpunan ganas di Tahreer dan sekitar Istana Ittihadiyah yang telah meragut 10 nyawa pemuda Ikhwan Muslimin dan mencederakan ribuan penyokong Presiden Mursi di seluruh negara.

    Peguam Negara juga beberapa hari lalu menyenaraikan 26 orang nama bekas pemimpin rejim dari keluar meninggalkan negara, mengetuai senarai ialah Mubarak sendiri.

    Laporan FJP mendakwa, salah sebuah bank Switzland telah membekukan akaun milik anak Mubarak, Jamal dan 'Ala' berjumlah USD 300 juta sementara abang ipar Mubarak, Munir Thabit dilanjutkan tahanan reman selama 45 hari lagi bagi siasatan kes kekayaan melampau yang dimiliki. Dalam negara Mesir, sebanyak LE27 juta dipindahkan dari akaun milik isteri Mubarak, Suzan Thabit ke Bank Pusat Mesir.

    Mubarak terus disiasat lagi atas dakwaan menerima hadiah istimewa yang tidak berhak diterimanya hanya dari sebuah institusi, Yayasan Akhbar "Al-Ahram", syarikat penerbitan akhbar milik kerajaan. Berdasarkan siasatan, hadiah yang diterima dari tahun 1984 hingga 2011 bernilai LE100 juta seperti pingat emas, wang yang diperbuat dari emas, beg kulit bagi wanita dan tali pinggang kulit.

    Demikian kesudahan mereka yang mengkhianati amanah rakyat.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #123 03 January, 2013, 09:47:09 AM
  • Publish
  • RAKYAT NANTIKAN KESUDAHAN MUBARAK DAN REJIMNYA

    Presiden Mursi hari ini mengadakan pertemuan dengan Anggota Panel Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat kembali kes-kes pembunuhan penunjuk perasaan yang telah selesai bermesyuarat Selasa lalu.

    Hari ini, mereka menyerahkan dokumen lengkap hasil siasatan mereka berkaitan penglibatan Mubarak dan bekas rejimnya dalam pembunuhan rakyat bermula 25 Januari 2011 sehingga 30 Jun 2012.

    Mursi kemudian mengarahkan panel tersebut menyerahkan dokumen kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

    Salah seorang anggota panel tersebut semalam mendedahkan, berdasarkan siasatan mereka, Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri ketika itu,Habib 'Adli yang perlu bertanggungjawab ke atas keganasan polis menangani protes aman di -no comment- dan mereka berdua dimaklumkan setiap tindakan ganas polis yang diselia oleh bekas-bekas pegawai tinggi polis yang menetap di sebuah hotel di Tahreer.


    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #124 06 January, 2013, 07:01:35 AM
  • Publish
  • 10 MENTERI BARU, TIGA ADALAH IKHWAN/FJP



    Rombakan kabinet Mesir yang diketuai oleh Perdana Menteri Dr.Hisyam Qandil menyaksikan 10 orang menteri baru, 3 orang daripadanya Ikhwan Muslimin/FJP.

    -Khalid Fahmi Abdul 'Al (Menteri Alam Sekitar)
    -Wael El-Me'dawi (Menteri Penerbangan Awam)
    -Ahmed Imam (Menteri Tenaga dan Elektrik)
    -'Atif Helmy (Menteri Telekomunikasi)
    -Amru Salim (Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen)
    -Muhammad Ibrahim (Menteri Dalam Negeri)
    -El-Mursi Sayyid Hijazi (Menteri Kewangan)

    Tiga daripada Ikhwan/FJP ialah:
    -Hatim Abdul Latiff (Menteri Pengangkutan)
    -Muhammad Ali Bishr (Menteri Kerajaan Tempatan)
    -Basim Kamil Muhammad 'Audah (Menteri Perdagangan)

    Ini bermakna Ikhwan Muslimin dan FJP mempunyai 8 menteri kabinet selain Menteri Belia (Dr.Usamah Yasin), Pengajian Tinggi (Mustafa Mus'ad), Perumahan (Toriq Wafiq), Sumber Manusia (Khalid Azhari) dan Penerangan (Solah Abdul Maqsud)

    Gabenor wilayah Menufiyah, Dr.Muhammad Ali Bishr dilantik Menteri Kerajaan Tempatan yang baru. Beliau merupakan Pensyarah Kejuruteraan Universiti Menufiyah dan Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #125 22 January, 2013, 05:56:29 AM
  • Publish
  • JAMBATAN ANTARA MESIR-SAUDI

    Presiden Dr.Mursi menyeru golongan ahli perniagaan dan tokoh korporat Saudi agar bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dari Mesir membentuk pelaburan bagi membina terowong atau jambatan yang menghubungkan antara Saudi-Mesir melalui Laut Merah.

    Mursi yang berucap di hadapan ahli-ahli perniagaan Mesir-Saudi di Riyadh semalam berkata, hasratnya itu akan dibincangkan bersama Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Sa'ud sempena lawatan kerja beliau ke Riyadh bagi menyertai Sidang Kemuncak Ekonomi Arab.

    Bagi menyahut seruan Mursi, seorang ahli perniagaan Saudi, Yahya Ben Laden dari "Ben Laden Group" menyatakan kesediaannya menyertai projek tersebut dengan kerjasama syarikat kontraktor Mesir.




    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #126 26 January, 2013, 09:03:40 PM
  • Publish
  • Sabtu 26 Januari,mahkamah akan menjatuhkan hukuman dalam kes pembunuhan 70 penyokong Kelab bolasepak "Al-Ahly". Perbicaraan memakan masa hampir setahun.

    Dalam kejadian berdarah pada 2 Februari 2012 ketika sedang berlangsung perlawanan bola sepak di Stadium Port Said antara pasukan Ahly dengan El-Masry,kumpulan samseng yang diupah telah menyerang pasukan penyokong hingga membunuh 70 orang,kebanyakan dari Kelab Ahly. Siasatan mendapati ia perancangan bekas pemimpin parti Mubarak NDP bahagian Port Said. Malangnya tiada dikalangan perancang tersebut dihadap ke muka pengadilan.

    Pasukan Kelab bolasepak Mesir menyeru rakyat berkumpul di mahkamah esok menantikan keputusan. Keluarga mangaa bunuh mahu tertuduh dihukum mati. Jika tidak maka 'jalanraya' sebagai penyelesaian.

    Tapi mahkamah juga boleh menangguhkan keputusan dan ini juga tidak diinginkan oleh keluarga si mati.

    Esok, situasinya hanya terdapat dua keadaan; pertama mahkamah jatuh hukuman mati kepada tertuduh dan ini yang dituntut. Kedua iaitu mahkamah menjatuhkan hukuman hanya penjara beberapa tahun atau membebaskan tertuduh atau juga menangguhkan keputusan dan semua ini ditolak oleh keluarga yang si mati.

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #127 26 January, 2013, 09:04:28 PM
  • Publish
  • Kes pembunuhan 74 penyokong pasukan bolasepak Al-Ahly: Mahkamah Jenayah Kaherah memindahkan fail 21 orang tertuduh kepada Jabatan Mufti Mesir bagi meminta pandangan Mufti Mesir dan menetapkan 9 Mac depan untuk hukuman muktamad.

    Televisyen Mesir: Kekecohan tercetus di jalan di wilayah Port Said sejurus keputusan mahkamah sebentar tadi. Ratusan lain berkumpul di hadapan Penjara Umum Port Said dan cuba mencerobohnya.

    Ribuan penyokong pasukan bola sepak "Al-Ahly" berkumpul pagi ini hadapan bangunan Kelab Ahly bagi memulakan perarakan ke Dewan Akademi Polis di Tajammuk Khamis yabg menjadi tempat perbicaraan kes pembunuhan 74 penyokong kelab itu di Stadium Port Said, Februari tahun lepas.

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #128 26 January, 2013, 09:05:13 PM
  • Publish
  • Hanya beberapa jam selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada 21 tertuduh dalam pembunuhan Port Said pagi tadi, hingga kini seramai 14 orang dilaporkan terbunuh dan 148 cedera dalam kekacauan yang berlaku di wilayah Port Said.

    Datuk Bandar Port Said umum perintah berkurung di Port Said dan tentera mengambil alih kawalan di seluruh wilayah.

    Kematian di Port Said meningkat kepada 18 orang dengan 200 kederaan. Majlis Tentera Mesir menghantar ketumbukan tentera ke Port Said setelah darurat diisytiharkan di Port Said.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #129 30 January, 2013, 01:42:00 AM
  • Publish
  • Mesir Haramkan Lagu Jiwang

    [float=left][/float]Kaherah – Penduduk di Mesir kini tidak lagi dapat mendengar lagu nyanyian berunsur romantik atau `jiwang’ di stesen televisyen rasmi negara berkenaan.

    Ia susulan tindakan kerajaan mengharamkan penyiaran lagu-lagu berkenaan, sebaliknya hanya lagu berunsur patriotik sahaja dibenarkan keudara.

    Selain itu, lagu-lagu berunsur sindiran juga diharamkan berikutan keadaan politik di negara berkenaan yang masih tegang.

    Larangan tersebut telah menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati dan mereka meluahkan melalui media sosial termasuk Twitter.

    Antara yang diluahkan mereka ialah kekecewaan selain ada juga yang mempersoalkan rasional di sebalik larangan berkenaan.

    “Adakah larangan ini hanya untuk sementara sahaja?

    “Bagaimanapun lagu romantik boleh menyebabkan kekacauan?

    “Mesir membunuh cinta,’’.

    Itu antara mesej yang dimuat naik dalam twitter oleh penduduk di negara berkenaan.

    Bagaimanapun seorang blogger, Mina Naguib percaya larangan itu hanya khabar angin dengan harapan penduduk akan mengalih perhatian terhadap masalah politik di negara berkenaan.

    “Saya masih menunggu pengesahan atau penafian daripada kerajaan,’’ kata Mina.
    Beliau mengaitkan keputusan itu sama seperti larangan yang dikenakan ke atas filem-filem mengandungi adegan intim, namun ia hanya salah faham.

    “`Ia dilaporkan oleh media Mesir, malah ketua TV juga menandatangani dokumen berkenaan namun, ia kemudiannya digugurkan atas alasan salah faham,’’ katanya.

    Langkah mengejutkan itu diambil ketika protes terus diadakan di Mesir susulan tindakan Presiden Mohamed Morsi yang tetap meneruskan proses pungutan suara bagi perlembagaan baru, yang dijadualkan pada Sabtu ini.

    Pungutan suara itu telah memecah-belahkan negara itu dengan pembangkang menggesa penduduk Mesir menolak perlembagaan baru itu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #130 30 January, 2013, 01:44:38 AM
  • Publish
  • KAHERAH – Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengisytiharkan darurat di tiga wilayah yang dilanda tunjuk perasaan apabila berpuluh orang mati dan memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan untuk mengekang ancaman terhadap keselamatan negara berkenaan.

    Ketika berucap menerusi televisyen negara itu, Morsi berkata, langkah darurat itu dilakukan terhadap wilayah di Pelabuhan Said, Suez dan Ismailiya selama 30 hari bermula tengah malam tadi.

    Langkah berkenaan diwajibkan di tiga wilayah terbabit bermula dari jam 9 malam hingga 6 pagi sambil memberi amaran pihaknya akan bertindak menyekat ancaman terhadap keselamatan negara itu sekiranya perlu.

    Morsi juga mengundang pemimpin politik pembangkang untuk mengadakan perbincangan bagi memulihkan hubungan di negara bergolak itu.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #131 28 June, 2013, 07:40:59 AM
  • Publish
  • Mereka ingin mencabar kesabaran Mursi dan rakyat Mesir.

    Berita dari Mahalah Kubra: Lebih 200 orang kumpulan perusuh upahan dari kumpulan "Tamarrud" dan Barisan Pembangkang menyerang sebuah kedai alatan perabot milik Redha Soleh, seorang anggota Ikhwan Muslimin Mahalah Kubra.

    Selepas menceroboh, mereka turut mencuri alatan perabot sebelum membakar kedai tersebut.



    Persoalannya, mana polis? Bukankah antara 7 arahan Mursi semalam meminta Menteri Dalam Negeri untuk memerangi kumpulan perusuh di jalan-jalanraya? Harapan tinggal sia-sia kepada pasukan polis. Rakyat lebih percaya kepada tentera.

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #132 28 June, 2013, 07:41:58 AM
  • Publish
  • TERKINI: Seorang pemuda Ikhwan Muslimin, Husam Syauqi menjadi mangsa ketiga keganasan kempen "tamarrud" dan kumpulan perusuh upahan di bandar Zaqaziq.



    Mangsa merupakan mahasiswa Fakluti Farmasi Universiti Zaqaziq terbunuh selepas terkena tembakan di dada ketika mempertahankan Pejabat Ikhwan wilayah Syarqiyah dari serangan perusuh.

    Sepuluh orang yang lain cedera dan seperti biasa, pasukan polis gagal bertindak seperti diarahkan oleh Presiden Mursi semalam.

    Innalillah wainnai ilaihi raji'un.

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #133 28 June, 2013, 07:44:11 AM
  • Publish
  • INTIPATI PENTING UCAPAN MURSI

    [float=left][/float]Setelah setahun bersabar dengan karenah musuh negara dan revolusi, Presiden Mursi 'melepaskan tembakan' yang 'mengenai tepat pada setiap sasaran' dalam ucapannya yang disiar live melalui tv dan radio Mesir.

    Sejak setahun lalu saya mengikuti siri ucapan Mursi, tidak selantang dan tegas seperti semalam. Bukan sekadar menyebut nama mereka tetapi beliau mendedahkan satu persatu jenayah yang dibuat.

    Berikut antara intipati ucapan beliau yang mengambil masa hampir tiga jam:

    -Mursi seorang yang berjiwa besar dan merendah diri apabila mengungkapkan dua kali kemaafan kepada rakyat. Mursi meminta maaf kepada rakyatnya dengan krisis-krisis petrol dan gas yang menyusahkan kehidupan mereka manakala kedua beliau meminta maaf kepada para pemuda yang masih menganggur dan berjanji kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan.

    -Beliau membidas sikap pembesar dan orang kanan rejim Mubarak dan hari ini mulai bercakap atas nama revolusi sedangkan sebelum ini mereka bersama menyokong rejim Mubarak. Dengan menyebut nama Sofwat Syarif, Zakaria Azmi, Fathi Surur dan Makram Mohammed Ahmed lalu beliau bertanya, "Adakah mereka ini bersama revolusi?"

    -Menyebut nama pemilik syarikat tv seperti Mohammed Al-Amin (pemilik tv CBC) dan Ahmed Bahget (pemilik tv Dream) yang mengelak dari membayar cukai kerajaan berjumlah LE 3 billion.

    -Mendedahkan perilaku Ahmed Syafiq yang kini menetap di Dubai. Mursi turut membongkar skandal yang terpalit oleh Syafiq dan meminta dia kembali semula ke Mesir untuk dihadapkan ke mahkamah. Mursi turut mendakwa Syafiq merancang menggulingkan pemerintah Mesir.

    -Mengenai badan kehakiman, beliau menyebut terdapat 22 orang hakim yang mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya zaman Mubarak serta mengulangi penghormatan beliau kepada badan tersebut.

    -Pembangunan negara akan diteruskan dalam tiga tahun akan datang. Cuma beliau melahirkan rasa kesal kerana agenda pembangunan tersebut sering terganggu dengan kekecauan yang berlaku. Demonstrasi adalah dijamin dalam perlembagaan tetapi ia sering kali bertukar ganas.'Kejayaan' pembangkang ialah mengadakan lebih 24 kali himpunan "milyonah" sejak Ogos 2012 dan ini telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pelancongan yang menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong dan kebimbangan kepada para pelabur. Ditambah gambaran buruk yang dilapor oleh media-media persendirian yang dimiliki oleh orang Mubarak kepada dunia dengan laporan tidak tepat berkenaan Mesir.

    -Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai "perlembagaan Ikhwan" itu.

    -Kepada talibarut (fulul) Mubarak, Mursi mengingatkan mereka hanya ada dua pilihan, sama ada menjalani kehidupan baru dan semoga Allah mengampuni mereka atau berhadapan dengan penjara dengan kesalahan mereka lakukan. "Pilihlah tempat kamu wahai ahli-ahli fasad dari pemerintahan rejim".

    -Semua tahanan politik di zaman Mubarak telah beliau bebaskan dan tiada lagi walaupun seorang dalam penjara Mesir yang dinamakan "tahanan politik".

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #134 28 June, 2013, 10:07:34 AM
  • Publish
  • -Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai "perlembagaan Ikhwan" itu.


    sama juga di mana pun, demikianlah, demokrasi, pecah dan perentah
    bukan atas dasar, kebenaran
    tetapi dasar Parti

    di Malaysia pun sama, di seru bersatu, tak mahu, ke jalanraya juga di tuju

    begitu yang benarlah Rasulullah, Takdir yang kita pilih kini, di sebut dah di masanya

    begitu juga maksud Allah, yang Kafir tak akan setuju dengan kamu
    kecuali kamu Ikut Cara mereka

    sebab tu zaman dulu, menteri perdana kata, jaga jaga lah demokrasi, takut nanti di tarik balik kemerdekaan, ini adalah ingatan, semoga zahir kita tunduk, bukanlah Hati kita ikut sama

    sebab itu berlaku, Khariji, muktazilah, sekadar melihat zahir perlakuan, manusia berkuasa ke atas dirinya

    sebaliknya, keadaan memaksa

    dan helah di benarkan

    inshallah
    sekiranya tidak mahu memahami, mudahlah syaitan memperdaya, pecah belah kepartian

    subhanallah

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #135 04 July, 2013, 12:21:12 PM
  • Publish
  • PERANCANGAN GOLONGAN TAMARRUD (GOLONGAN PEMBERONTAK/SAKI BAKI PUAK MUBARAK) YANG JUGA SEKUTU BASHAR PADA 30 JUN 2013

    10 rancangan jahat Tamarrud (Kumpulan Pemberontak):

    1. 10 perkumpulan di dataran-dataran utama antaranya Ramsis, Abasiyah, Misr Jadidah, dan -no comment- berarak menuju Istana Ittihadiyah (Pejabat Presiden Dr.Muhammad Mursi).

    2. 200 ribu orang dijangka berkumpul di Istana Ittihadiyah seawal jam 8 pagi dan merancang untuk merempuh, dan mengepung Istana kira-kira jam 8 malam sebelum mengusir serta menghalau Presiden Dr.Muhammad Mursi dengan membunuh atau menangkap dengan menggunakan apa jua jenis senjata.

    3. Jam 10 malam Majlis Presiden (penggubal perlembagaan) diumumkan penubuhannya yang terdiri daripada peneraju 'Barisan Penyelamat' (Amru Musa, Hamdein Sobahi, El-Baradei)

    4. Kerajaan campuran baru yang terdiri daripada Abdul Mun'im Abul Futuh dilantik sebagai PM dengan dibantu tiga timbalan, George Ishaq (koptik kristian) Nadir Bakkar (dari parti Nur) & al Maghazi (parti wafd dan kumpulan liberal). Kabinet baru yang terdiri daripada 35 kementerian diagihkan kepada Majlis Presiden, parti nur dan koptik kristian.

    5. Pengisytiharan darurat.

    6. Perlembagaan hari ini dibatalkan dan kembali menguatkuasakan Perlembagaan darurat 1971 (undang-undang era Mubarak dan sebelumnya, Anwar Saadat).

    7. Mengeluarkan perintah Presiden untuk membatalkan Dewan Senat semasa dan penangkapan semua ahli parlimen , serta penangkapan bagi semua yang terlibat dengan penangkapan 1981.

    8. Menutup rangkaian media yang disifatkan "ekstrem" (iaitu pro Dr.Muhammad Mursi) seperti aljazeera dan Misr25.

    9. Membatalkan lesen majalah & surat khabar seperti akhbar Sya'b (rakyat), hurriyah wal 'adalah (lidah rasmi Free Justice Party-FJP), Al misriyyun.

    10. Menangkap Dr.Muhammad Mursi, ahli Maktab Irshad Ikhwan Muslimin dan yang bertanggungjawa b pada perhimpunan Pro Dr.Muhammad Mursi di dataran Raba'ah.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #136 04 July, 2013, 12:22:22 PM
  • Publish
  • Rakyat Mesir sudah beribu tahun diperintah oleh samseng dan penyangak.. Selain Nabi Allah Yusuf alaihi al-Salam , Sayyiduna Amru al-As radhiyallahu anhu, Sayyiduna Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah sukar mencari yang seumpama mereka yang mampu memimpin hati dan perangai rakyat Mesir.

    Mereka pernah diperintah Firaun, Kerajaan Fatimiyah, Kerajaan Farouk, dan Presiden2 yang zalim..Maka susah jika orang yang baik-baik mahu menawan hati mereka. Mereka lebih rela dipijak kepala, dibungkam mulut-mulut mereka daripada dipimpin oleh orang yang baik-baik.

    Kita tetap menyokong Dr Mursi.. Semoga Allah taala melipat gandakan pahalanya...


    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #137 04 July, 2013, 12:31:32 PM
  • Publish


  • Ingat senang ke nak membaiki tinggalan rejim2 lama yg memerintah hampir 60 tahun???Dr Morsi baru sahaja memerintah selama setahun,tak boleh silap sikit,terus dijatuhkannya,itulah yg terjadi kpd Dr Morsi sekarang ni,semoga Allah memberi kekuatan,kesabaran,kemenangan kepadanya di dalam menghadapi golongan sekular&kebendaan ni......

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #138 04 July, 2013, 12:49:42 PM
  • Publish
  • Terkini Isu Semasa Mesir

    Khamis I 04 Julai 2013 I 06.05 pagi

    Hasil daripada kebebasan yang nikmati setakat ini di bawah pemerintahan rampasan Kuasa di Mesir :

    1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
    2. Menyekat surat khabar FJP.
    3. Menutup siaran Misr 25
    4. Menyekat siaran langsung al jazeera di rabaah
    5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid.
    6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr.Muhammad Mursi
    7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal
    8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah
    9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di Rabaah Adawiyyah.

    "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #139 04 July, 2013, 12:53:07 PM
  • Publish
  • Terjawab sudah persoalan..Benar apa yang disebut oleh Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir, Mursi hanya akan digulingkan melalui tiga cara:

    1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.

    2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.

    3) Pengkhianatan terbesar.

    Malam ini, tahulah kita cara yang ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh As-Sisi dan pakatannya.


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    13137 Views
    Last post 28 March, 2010, 07:06:32 AM
    by cahaya pencinta
    1 Replies
    1241 Views
    Last post 21 June, 2012, 08:27:02 PM
    by Hj Naim
    0 Replies
    701 Views
    Last post 23 September, 2012, 12:50:10 PM
    by ana marliana