Perkembangan Politik di Mesir

*

Author Topic: Perkembangan Politik di Mesir  (Read 27240 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hurulain01

  • *
  • Posts: 83
  • Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna
    • View Profile
12 February, 2011, 11:31:51 AM
  • Publish
  • MABRUK!!! TAHNIAH RAKYAT MESIR.
     
    Pagi ini, seluruh rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan, Iran dan seluruh tanah Arab mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir. Secara peribadi, sekalung tahniah saya ucapkan kepada rakyat Mesir yang telah berjaya melakukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara.. Harapan kami seluruh ummah, tiada lagi boneka Israel di Mesir, tiada lagi Majlis rakyat dan Majlis syura yang dipalsukan, tiada lagi penggunaan kekerasan dan pembunuhan golongan ulama, tiada lagi golongan munafik dalam mendominasi tanah Arab. Mudah-mudahan inilah petanda kebangkitan Islam. Astaudiu'kallah!
    « Last Edit: 02 January, 2013, 03:39:30 PM by PenaHalaqah »
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2894
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #1 12 February, 2011, 11:38:18 AM
  • Publish
  • bukan di mesir saja kita taknak ada boneka israel...di negara kita ni pun kita taknak ada apco...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 628
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #2 12 February, 2011, 11:49:01 AM
  • Publish
  • Baguslah.. semoga pemimpin yang baru yang akan dilantik adalah seorang islam yang tulen tanpa ada pengaruh israel dan kafir laknatullah..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    bukhori

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #3 12 February, 2011, 12:03:20 PM
  • Publish
  • Tahniah Syabab2 mesir yang berjaya menumbangkan pemerintah diktator mereka, Itulah yang dunia Islam mahu. Mereka sekarang sudah bebas bersuara. bebas dari boneka Israel dan Amerika.. Allahuakbar.. kuasa rakyat yang inginkan demokrasi...Hopefully Ikhwanul Muslimin pula memerintah..
    Mardhotillah matlamat abdi.. buat baik jangan sekali..tapi kene banyok kali..buat jahat plak jangan sesekali.. =)

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #4 13 February, 2011, 07:16:22 AM
  • Publish
  • Dari Sami Yusuf,

    Sami Yusuf - I'm Your Hope (Unofficial Video)
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #5 13 February, 2011, 10:14:00 AM
  • Publish
  • Solat dan Kesatuan Pemangkin Kejayaan Kebangkitan Rakyat Mesir

    صلاة الجمعة ميدان التحرير مصر كاملة

    مصر اللي بحبها - دعاء أول صلاة الفجر ميدان التحرير 12-2-2011

    صلاة الغاضبون المتظاهرون فى قلب ميدان التحرير

    الآلاف يتدفقون على ميدان التحرير لأداء صلاة "الحسم"

    صلاة الناس فى وسط ميدان التحرير اثناء كل صلاه فى يوم الغضب

    صلاة الظهر يوم الأحد 6 فبراير 2011 من ميدان التحرير

    Kaum Kristian turut membantu mengawal Para Muslimin ketika Muslimin melakukan Solat.
    صلاة الغائب بكفر الشيخ على أرواح شهداء ميدان التحرير

    Solat Ghaib untuk Para Syuhada'

    http://azrin-kun.blogspot.com/
    « Last Edit: 13 February, 2011, 10:22:02 AM by azrinkun »
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Iffah Rezali

    • *
    • Posts: 214
    • Kini kusudah 16. =']
      • View Profile
    Reply #6 13 February, 2011, 10:34:31 AM
  • Publish
  • :)
    Alhamdulillah. Allah masih menyayangi umat Islam Mesir. Demi menegakkan kebenaran, akhirnya beginilah hasilnya. Hosni Mubarak meninggalkan ibu negara untuk lari ke Sharm el-Sheikh bersama keluarganya. Penduduk Mesir solat Jumaat di perkarangan istana Mubarak. Malah, ada yang solat diatas pokok, Masya-ALLAH. Tukang khutbah Jumaat berkata, mereka mahu mempertahankan maruah mereka.

    Syukur ke hadrat Ilahi, pergolakan berakhir dengan keadilan. Adil atau  tidak, itu semua urusan Allah.
    Fa'tabiru!

    gharib

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #7 13 February, 2011, 11:10:26 AM
  • Publish
  •  :syukur:
    Tapi adakah kita telah bersedia? Kebangkitan Islam makin hampir.
    http://zharifalimin.blogspot.com/2011/02/nostradamus-ramal-kemunculan-imam-mahdi.html

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #8 13 February, 2011, 11:49:59 AM
  • Publish
  •  :syukur:
    Semoga mesir dalam lindungan rahmat Allah
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Iffah Rezali

    • *
    • Posts: 214
    • Kini kusudah 16. =']
      • View Profile
    Reply #9 13 February, 2011, 12:07:28 PM
  • Publish
  • Ya Allah ya Tuhan, selamatkanlah umat Islam ya Allah. Kami berada dibawah naungan-Mu, maka jagalah kami, ya Allah. Allahu Rabbul Alamin..  :aamiin:

    zinnirah1001

    • *
    • Posts: 76
      • View Profile
    Reply #10 13 February, 2011, 12:28:23 PM
  • Publish
  • Tahniah...kuasa suara rakyat Mesir memang kuat...
    Pun begitu, rakyat Mesir belum boleh berpuas hati sepenuhnya.
    Perlu tunggu pilihanraya yang telus untuk lantikan pemimpin anti-zionist dan elak menjadi boneka barat...
    Harapnya Ikhwanul Muslimin dapat menerajui pimpinan baru...

    cahayaqasehmu

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #11 13 February, 2011, 02:57:03 PM
  • Publish
  •  :syukur: Mudah-mudahan peralihan kuasa baru di Mesir akan menjana kebangkitan Islam di seluruh dunia. AllahuAkbar!!

    muhammad naim

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #12 13 February, 2011, 08:14:32 PM
  • Publish
  • ALhamduillah. Allah telah mmeberi kemenangan kepada rakyat Mesir. Semoga Mesir di bawah redha Allah. =)
    Sujud syukur sahabat-sahabat. =)
    berjuang atas nama Islam

    issyah

    • *
    • Posts: 267
      • View Profile
    Reply #13 13 February, 2011, 08:18:56 PM
  • Publish
  • alhamdulillah, berkat kesabaran rakyat mesir..ini hikmahnya-kemenangan..Amin..
    ~..I was married to the Dunya but we have divorced. I am now engage to Akhirat, but my desire to marry Jannah remains..~

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #14 13 February, 2011, 08:29:14 PM
  • Publish
  • Ya Allah ya Tuhan, selamatkanlah umat Islam ya Allah. Kami berada dibawah naungan-Mu, maka jagalah kami, ya Allah. Allahu Rabbul Alamin..  :aamiin:
    :aamiin: :aamiin: :aamiin:

    LAN

    • *
    • Posts: 191
      • View Profile
    Reply #15 13 February, 2011, 10:06:01 PM
  • Publish
  • Hosni Mubarak, Mesir, IM dan Ketakutan Israel: Satu Analisa



    Revolusi Mesir 2011

    1. Jatuhnya Ben Ali Zainal Abidin (seorang diktator kejam Tunisia) dengan revolusi rakyat menyemarakkan semangat rakyat negara negara arab yang sekian lama tertindas untuk bangkit menggulingkkan pemimpin tiran, terutama Mesir (semua orang tahu kekejaman Husni Mubarak).

    2. Mesir negara 'rakyat' miskin. Kekayaan hasil bumi tidak dapat dinikmati rakyat. Separuh dari penduduk berjumlah 80 juta berpendapatan kurang dari USD2 (RM6) sehari. Pengemis bersepah sepah disana sini sedangkan hasil bumi bertimbun timbun. Persekitaran sekeliling tidak dijaga, sampah bertaburan disana sini, bangunan bangunan terbengkalai dan tidak diselenggara dengan baik, jalan dan terowong berbau 'hancing' (saya melihat sendiri semua perkara ini). Kalau bukan kerana Al Azhar, ulamak ulamak, ilmunya dan peninggalan sejarah lama, tidak akan ada orang mahu ke Mesir. Begitulah kesimpulan saya tentang Mesir.

    3. Berbeza dengan Malaysia, walaupun Malaysia antara negara tertinggi mengamalkan rasuah, namun hasil kekayaannya masih boleh dirasai rakyat, pembangunan juga berjalan dengan baik. Seandainya pemimpin sekarang mengabaikan kepentingan rakyat, dibiarkan harga minyak terus naik, harga barang mentah naik tanpa kawalan, maka tidak mustahil revolusi ini boleh tercetus di Malaysia. Wali'yazubillah, minta Allah Taa'la jauhkan. Kita masih menyanjung prinsip demokrasi.

    4. Demokrasi di Mesir sangat buruk. November 2010, Ikhwanul Muslimin (IM) tidak mendapat sebarang kerusi, sesuatu yang mustahil sedangkan pilihanraya sebelumnya IM mendapat 20% dari jumlah keseluruhan kerusi. Penangkapan beberapa orang IM juga membuktikan betapa tidak demokrasinya pilihanraya di sana (ikuti ucapan Dr Mohamad Al Badie)

    5. Yusoff Al Qardhawi dalam ucapannya di Al Jazeera meminta Hosni berudur segera kalau masih memiliki hati dan perasaan. Cukuplah 30 tahun! kata beliau.

    Ikhwanul Muslimin (IM) dan kebangkitan rakyat Mesir


    1. Tidak dapat dinafikan pengaruh IM di Mesir. Apabila kenyataan dikeluarkan oleh Dr. Essam El Erian bahawa IM akan menyertai demonstrasi, Hosni Mubarak dan pembesarnya resah kerana IM merupakan parti yang dominan menguasai medan di Mesir (boleh baca disini)

    2. IM telah membuat keputusan untuk tidak menjadi 'main player' dalam politik Mesir apabila Hosni Mubarak digulingkan. IM memberi sokongan kepada Dr El Baradie untuk memimpin Mesir. El Baradei merupakan 'director general' di International Atomic Energy Agency IAEA. Merupakan 'Egyptian Nobel Laureate'.

    3. El Baradie dalam temuramahnya di CNN mengumumkan bahawa akan mengajak IM untuk bersama 'kerajaan baru' Mesir. Ketika ditanya, adakah IM seperti Al Qaeda dan kumpulan ekstrimis lain, beliau menjawab ' TIDAK, IM tidak sama dengan kumpulan kumpulan ekstrimis, sumber sumber yang mengatakan IM adalah kumpulan ekstremis adalah dongengan belaka' (ikuti wawancara penuh disini)

    4. Kebijakan IM untuk tidak menjadi 'main player' dalam politik Mesir adalah tepat. Akhbar Israel (Israel Today) melaporkan kebimbangan besar mereka apabila Hosni jatuh adalah IM memerintah Mesir. IM yang disebut sebagai 'forerunner' kepada HAMAS dalam akhbar mereka menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini (sumber).

    5. Sekiranya IM memerintah, IM terpakasa menanggung hutang Mesir yang tak terhitung banyaknya, tekanan dari Barat seperti Amerika dan sekutunya terhadap IM juga pasti meningkat kerana IM merupakan gerakan Islam terbesar yang mereka sedia maklum. Tekanan demi tekanan tanpa bantuan dari negara Arab lain pasti akan membuat IM 'letih'. Kemungkinan juga Mesir akan dipulaukan seperti yang berlaku pada Iraq dan Iran.

    6. Kejatuhan parti Islam di Al Jazair dan sudan juga menjadi pengalaman berguna buat IM.

    7. Mengikut Perjanjian Camp David (17/9/1978), Mesir mengimpot kebanyakan makanan rujinya, gandum dan tepung dari Amerika. Sekiranya IM memerintah, catuan makanan pasti berlaku dan rakyat akan kembali marah

    8. Ben Ali digulingkan, tetapi kerajaan baru yang dibentuk masih belum memberi ruang sepenuhnya kepada An-Nahdah Islamic Party (IM) untuk memerintah walaupun IM merupakan parti yang dominan. Tambahan lagi parti ini telah diharamkan dulu (Tunis in transition).

    9. Ketua IM Tunisia dari Parti An-Nahdah, Syeikh Abdul Rashid Ghaanusyi telah kembali ke Tunisia setelah dibuang ke England kerana partinya memenangi pilihanraya 1991. Kemenangan ini menyebabkan parti mereka diharamkan dan Abdul Rashid dibuang ke England. Sampai sekarang Syeikh Abdul Rashid Ghaanusyi hanya memaklumkan bahawa mereka akan cuma bertanding pada pilihanraya parlimen bukan presiden.

    10. Keadaan ini dan keadaan negara arab yang lain pasti akan menimbulkan masalah yang sangat besar kepada IM sekiranya IM memerintah Mesir buat masa sekarang.

    11. Tahniah IM! kerana mengambil keputusan yang tepat.

    Kebangkitan rakyat Mesir dan Ketakutan Israel dan Amerika

       1. Polisi Mesir sebelum ini pada zaman Hosni Mubarak banyak memihak kepada kepentingan politik Israel. Ketika Gaza diserang, Mesir tidak menghulurkan bantuan malah menutup sempadannya untuk membantu rakyat Palestin. Tak cukup sekadar itu, negaranya dijadikan tempat untuk membantu Israel.

       2. Tembok tembok besar dibina, terowong terowong dilontar racun untuk memusnahkan rakyat Palestin dari terus hidup. Begitulah kejamnya Hosni Mubarak

       3. Israel masih mencongak siapakan pengganti Hosni Mubarak. Yang penting bukan dikalangan IM, kerana mereka sedia maklum bahawa sekiranya IM memerintah, pasti HAMAS akan mendapat banyak manfaatnya dan sekaligus menyukarkan mereka menduduki Palestin. Cita cita mereka untuk mewujudkan Israel raya juga akan terkubur (sumber).

       4. Pengalaman Israel kalah kepada tentera Mesir dan IM (yang memainkan peranan besar) sebelum perjanjian Camp David menjadi pengalaman pahit buat Israel. Kekuatan tentera Salahuddin Al Ayubi yang berpusat di mesir menawan Palestin juga memeberi impak yang sama. Israel bimbang sejarah mungkin berulang seandainya IM memerintah Mesir.

       5. Dr Elbaradei juga dijangkakan tidak akan meneruskan dasar Hosni Mubarak dengan Israel. Penglibatan El Baradei dalam IAEA ketika penyiasatan penggunaan nuklear di Iran menyatakan bahawa El Baradei seorang yang 'baik'. Ketika hasil siasatan menunjukkan bahawa Iran mengguunakan nuklearnya untuk peperangan, El baradei menyatakan bahawa Iran membangunkan nuklearnya untuk manfaaat rakyat (sumber dari IAEA Web) 'Kebaikan' El Baraadei ini membimbangkan Israel.

       6. Obama beberapa kali menelefon Hosni Mubarak dan menghantar wakil untuk berbincang dengan Hosni. Hasil perbincangan belum diketahui. Namun dari riak pelakuan mereka menunjukkan mereka takut seandainya IM memerintah (Boleh baca disini). Dalam wawancara CNN dengan El baradei juga, mereka menyatakan perkara yang sama.

       7. Kebangkitan parti parti Islam di Timur tengah membimbangkan Amerika dan Israel.

    Kesimpulan


       1. Kebangkitan rakyat arab di Timur Tengah dijangka merebak ke kawsan kawasan lain. Rejin rejim diktator perlu sedar bahawa tidak selamanya mereka boleh menjadi diktator menindas rakyat. Kuasa itu amanah yang akan dipersoalkan diakhirat kelak

       2. Kerajaan Malaysia dan negara lainnya perlu sedar bahawa kehendak rakyat dan pembangunan negara perlu diutamakan. Apabila masalah berlaku, tindakan drastik perlu diambil.

       3. Kerajaan juga perlu berusaha mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir, terutama golongan wanita dan kanak kanak. Jangan sampai ada yang cedera kemudian baru nak bertindak. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

       4. Kecewa dengan sikap pegawai Malaysia dia sana seperti yang dipaporkan oleh Harakah Daily. Ketika orang susah, pegawai Malaysia di sana sibuk cari makanan untuk Kohilan Pilay.

       5. Revolusi ini adalah tanda kehebatan Allah SWT. Tiada siapa boleh menandingi kehendaknya. Puluhan
    tahun memerintah, dirasakan sudah bahagia dan selamat, tatapi percaturan Allah berkehendakkan sebaliknya

       6. Wahai pemimpin dunia, bertakwalah! ingatlah kuasa itu AMANAH

       7. Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

    Wallahua'lam
    Pena Mujahid
    http://hafidzyusoff.blogspot.com

    wujian

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #16 14 February, 2011, 08:12:50 AM
  • Publish
  • "3. Berbeza dengan Malaysia, walaupun Malaysia antara negara tertinggi mengamalkan rasuah, namun hasil kekayaannya masih boleh dirasai rakyat, pembangunan juga berjalan dengan baik. Seandainya pemimpin sekarang mengabaikan kepentingan rakyat, dibiarkan harga minyak terus naik, harga barang mentah naik tanpa kawalan, maka tidak mustahil revolusi ini boleh tercetus di Malaysia. Wali'yazubillah, minta Allah Taa'la jauhkan. Kita masih menyanjung prinsip demokrasi."

    "4. Kecewa dengan sikap pegawai Malaysia dia sana seperti yang dipaporkan oleh Harakah Daily. Ketika orang susah, pegawai Malaysia di sana sibuk cari makanan untuk Kohilan Pilay."


    ----ADA BUKTI KER PENYATAAN INI?


    LAN

    • *
    • Posts: 191
      • View Profile
    Reply #17 15 February, 2011, 08:38:53 AM
  • Publish
  • "3. Berbeza dengan Malaysia, walaupun Malaysia antara negara tertinggi mengamalkan rasuah, namun hasil kekayaannya masih boleh dirasai rakyat, pembangunan juga berjalan dengan baik. Seandainya pemimpin sekarang mengabaikan kepentingan rakyat, dibiarkan harga minyak terus naik, harga barang mentah naik tanpa kawalan, maka tidak mustahil revolusi ini boleh tercetus di Malaysia. Wali'yazubillah, minta Allah Taa'la jauhkan. Kita masih menyanjung prinsip demokrasi."

    "4. Kecewa dengan sikap pegawai Malaysia dia sana seperti yang dipaporkan oleh Harakah Daily. Ketika orang susah, pegawai Malaysia di sana sibuk cari makanan untuk Kohilan Pilay."


    ----ADA BUKTI KER PENYATAAN INI?


    Sila link di sini
    http://beritasemasa.com/kes-rasuah-di-malaysia-tertinggi
    http://beritasemasa.com/teruk-kedudukan-sebenar-indeks-rasuah-di-malaysia
    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30672:3-kapal-tudm-akan-berlepas-ke-mesir&catid=1:utama&Itemid=50
    http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=3159

    Wallahualam...

    LAN

    • *
    • Posts: 191
      • View Profile
    Reply #18 15 February, 2011, 09:03:22 AM
  • Publish
  • UBahlaH pARadiGma AndA...






    Salam Maulidur Rasul...

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #19 16 February, 2011, 11:53:06 AM
  • Publish
  • Mubarak tidak sihat, dilaporkan kesihatan semakin teruk
    16/02/2011 11:33am

    KAHERAH 16 Feb. - Kesihatan bekas presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan semakin teruk namun beliau tidak mahu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, menurut akhbar milik Arab Saudi, Asharq al-Awsat semalam.

    “Yang pasti kesihatan bekas presiden itu ketika ini semakin teruk, di samping itu ada maklumat menyatakan Mubarak tidak mahu mendapatkan rawatan,” kata akhbar tersebut dalam edisi dalam taliannya. - Reuters

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    13257 Views
    Last post 28 March, 2010, 07:06:32 AM
    by cahaya pencinta
    1 Replies
    1283 Views
    Last post 21 June, 2012, 08:27:02 PM
    by Hj Naim
    0 Replies
    710 Views
    Last post 23 September, 2012, 12:50:10 PM
    by ana marliana