Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga

*

Author Topic: Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga  (Read 24900 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 February, 2011, 12:26:54 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    (Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)

    Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..

    Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naiki semut dan serangga..

    Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…

    Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..

    Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?

    Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..

    Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..

    Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…

    Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…

    Ok, cukup sampai situ.

    Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

    Kenapa?

    Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…

    Sebenarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
    Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..

    Kenapa jadi macam tu?

    Begini ceritanya,

    Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..

    Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

    Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

    Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?

    Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!

    Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

    Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..

    Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!

    Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

    Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

    Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?

    Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

    Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

    Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

    Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?

    Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

    Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..

    Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,

    Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?

    Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

    Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

    Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
    Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!

    Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!

    Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,

    Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!

    Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?

    Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..

    Begini ceritanya…

    Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…

    Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..

    Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!

    Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?

    Kenapa jadi macam tu?

    Begini ceritanya…

    Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!

    Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!

    Jadi nak buat macam mana?

    Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!

    Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

    Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
    Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

    Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

    Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

    Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

    Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

    Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

    Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)

    Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

    Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

    Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

    Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

    Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..

    Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

    Bersyukurlah!

    Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
    pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
    pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…

    Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

    Sekian…

    Laman web :  http://supervain.com/2010/08/23/tanggungjawab-isteri-pada-suami-syurga/
    « Last Edit: 09 February, 2011, 12:53:10 AM by putri_hambali »
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    Reply #1 09 February, 2011, 12:40:50 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Seseorang wanita bila sudah berkahwin..syurganya dibawah telapak kaki suami..

    Tapi seseorang lelaki apabila dia berkahwin..syurganya masih lagi di telapak kaki ibu...


    Reply #2 09 February, 2011, 12:52:10 AM
  • Publish
  • Teori tak semudah praktikal. Ketaatan terhadap suami memerlukan mujahadah nafsu berbekalkan ilmu, iman dan amal yang mantap. Syurga yang penuh kenikmatan, dijanjikan dengan jalan yang penuh liku.. Jika ketaatan terhadap suami telah pasti sebagai syarat ke syurga, maka persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan, carilah suami yang sedaya mungkin akan berusaha tidak mencampakkan isteri dan anak-anaknya ke neraka. Perjuangan menentang iblis dan syaitan dalam rumahtangga memerlukan kerjasama yang utuh dan padu dari kedua-dua suami dan isteri.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #3 09 February, 2011, 05:22:11 AM
  • Publish
  • SOALAN:

    KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?


    Jawapan:

    Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
    Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.


    Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

    Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
    Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

    Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]


    Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

    Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

    1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

    2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

    3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

    4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

    5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

    6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
    Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.


    Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

    1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

    2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

    3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
    Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
    Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

    4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

    5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

    6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

    7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)


    Sekadar apa yang dipelajari daripada Ustazah Pendidikan Syariah sewaktu form 5 dan mengambil Nota Dari Istana,

    Wallahualam...
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Reply #4 09 February, 2011, 07:42:45 AM
  • Publish
  • Tunaikanlah hak, tanpa menuntut hak. Apabila isteri-isteri menunaikan hak-hak suami, melangsaikan semua kewajipan seorang isteri, dan suami menunaikan hak-hak isteri, melangsaikan semua kewajipan seorang suami, meletakkan redha Allah sebagai matlamat sebagai asas dalam kehidupan rumahtangga, insyaALLAH baitijannati yang diidamkan, bukanlah fantasi yang merupakan impian dan angan-angan semata-mata.

    Reply #5 09 February, 2011, 10:33:12 AM
  • Publish
  • payah untuk seorang isteri melakukan kerja-kerja dirumah kerana Allah s.w.t. kerana kebanyakannya akan merungut dan bagi alasan apabila suami tanya mengapa baju tak lipat...mengapa itu dan ini.... suami bukannya kejam,jika dilihat rumah bersepah insyaallah suami akan bantu juga.Tetapi disebabkan pertanyaan suami isteri terus luah perasaan...penat....dan sebagainya....habis sudah pahala mu wahai isteri...ingatlah redha suami penentu akhiratmu....jka tiada redha suami tidak guna amalan mu selama ini

    Reply #6 09 February, 2011, 10:52:55 AM
  • Publish
  • Maka, jadilah suami yang pemaaf dan sentiasa redha akan isteri. Takut isteri masuk neraka. Ajari isteri supaya takutkan neraka. Jangan sekadar menyalahkan isteri yang tidak ikhlas, sebaliknya didik isteri supaya sentiasa muhasabah niat agar sentiasa ikhlas. Hargai keletihan dan kepenatan isteri dengan belaian kasih sayang. Pujuklah isteri yang mengadu keletihan dengan janji-janji Allah. Bersama-samalah dengan isteri meraih redha Allah, berdebarlah wahai suami tatkala menyebut redha Allah pada redha suami. Ingatlah bahawa isteri itu adalah amanah Allah yang perlu dididik agar hasil tarbiyah kalian mampu pula si isteri mendidik zuriat kalian menjadi soleh dan solehah.

    Reply #7 09 February, 2011, 11:28:26 AM
  • Publish
  • Insyaallah ummu...bagaimana pula isteri yang selalu mencabar suami dengan talak....sedangkan suami sentiasa memujuk hati supaya sabar dengan kerenah isteri dan sentiasa mendoakan isteri...tetapi isteri terus menerus memberi tekanan pada suami...

    Reply #8 09 February, 2011, 11:38:35 AM
  • Publish
  • Bersabarlah wahai suami.. Sesungguhnya isteri, anak-anak, harta dan kekayaan adalah ujian semuanya. Bersyukurlah dikurniakan seorang isteri yang ditugaskan khas untuk berkhidmat kepadamu. Mengapa sejauh itu si isteri mencabar menuntut talak? Muhasabah semula di mana yang tidak kena. Bagaimanakah pemilihan calon isteri ini dibuat?

    Jika benar kerana agama, bersabarlah. Proses membentuk isteri yang solehah tetap terpikul di bahu kalian selama mana ikatan akad nikah tetap utuh. Muhasabah semula di mana salah silap suami itu. Redha Allah pada redha suami. Suami yang diredhai Allah, apakah mungkin tidak meredhai isterinya?

    Barangkali kamu membenci sesuatu, tetapi Allah menjadikan kebaikan yang banyak daripadanya.. (s.an-nisa, ayat 19)
    « Last Edit: 09 February, 2011, 11:44:40 AM by Ummu Fatimah »

    Reply #9 09 February, 2011, 03:42:40 PM
  • Publish
  • seorang isteri yang sedang marah..jangan lah dimaki hamun juga...tapi nasihatkan dia dengan lembut...bukan dengan cara terpaksa.. wanita ni hatinya sangat lembut...cuma cara je perlu tahu macam mana...
    contoh cakap la kat dia macam ni...
    "abang sayang ayang...abang tak nak ayang masuk neraka kerana derhaka pada abang..abang nak didik ayang dan sama2 masuk ke syurga"..
    tidak kah lembut sebegitu...
    bukannya seperti ini...
     "sia2 je abang bagi nasihat kat ayang selama ni...belajar agama...tapi tak guna langsung...tak makan nasihat langsung"..
    apakah perasaan wanita tersebut... seumpama di cabar...wanita kalau di cabar...lain jadinya... nauzubillah...

    Reply #10 09 February, 2011, 03:55:52 PM
  • Publish
  • Para nabi dan rasul adalah contoh terbaik dalam hal rumah tangga....ada yang diuji dengan isteri yang bersama dengannya saat senang tetapi saat susah ditinggalkan, Maha Suci Allah s.w.t yang menjadikan makhluk bernama suami untuk berfikir jauh dan tidak mengikut emosi

    Reply #11 09 February, 2011, 04:32:22 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Putri nak tanya..bagaimana pula jika seorang isteri,mulutnya cakap lain..tapi dalam hati cakap lain..apa hukumnya?

    Hanya bertanya..sebab putri tak kahwin lagi..tapi just ingin belajar..tak salahkan?

    Reply #12 09 February, 2011, 04:47:00 PM
  • Publish
  • Tak apelah putri, perempuan memang macam tu, lain di mulut, lain di hati.. Ikut hati nak redha Allah, ikut mulut binasa.. Selagi tak keluar kat mulut, banyak-banyak istighfar. Jangan sampai kata-kata yang keluar menyakitkan hati suami. Kalau rasa-rasa nak luahkan rasa sakit hati, tenangkan diri dulu. Pandang suami, ingat Allah banyak-banyak.

    Reply #13 09 February, 2011, 04:52:00 PM
  • Publish
  • Tak apelah putri, perempuan memang macam tu, lain di mulut, lain di hati.. Ikut hati nak redha Allah, ikut mulut binasa.. Selagi tak keluar kat mulut, banyak-banyak istighfar. Jangan sampai kata-kata yang keluar menyakitkan hati suami. Kalau rasa-rasa nak luahkan rasa sakit hati, tenangkan diri dulu. Pandang suami, ingat Allah banyak-banyak.

    Assalamualaikum ummu..

    Terima kasih ummu..InsyaAllah..ummu..putri nak tanya,boleh?
    bagaimana pula jika seorang isteri ingin memberikan nasihat kepada suaminya tanpa menguris hati suami..
    bagaimana caranya untuk menegur suami..boleh ummu bantu putri?

    Reply #14 09 February, 2011, 09:13:25 PM
  • Publish
  • Maafkan saya juga wahai puteri, kerana saya hanya mampu menjawab Tidak Tahu.

    Jawapan saya itu kerana:
    1. Saya tidak tahu bakal suami puteri kelak bagaimana orangnya.
    2. Sikap dan tingkahlaku puteri pula bagaimana.

    Mungkin saya boleh kata pada puteri,
    A. Cuba tulis surat,
    1. tapi tak semua lelaki suka baca surat.
    2. Tak semua perempuan pandai tulis surat.
    B. Cuba bincang baik-baik.
    1. Tak semua lelaki suka berbincang (ego)
    2. Tak semua perempuan pandai berbincang (tak tahu adab)
    C. Cuba anta MMS.
    1. Tak semua lelaki suka kaedah ni.
    2. Tak semua perempuan ada skill nak wat MMS yang kreatif untuk tegur suami.

    Jadi, bagaimana ya puteri? Saya pun tidak tahu. Pendapat saya, seorang isteri lihatlah karektor suami itu terlebih dahulu, bagaimana orangnya. Jangan pula hari pertama nikah, sudah bersemangat nak dakwah suami. Tapi ambillah masa, jika suami jenis panas baran jangan pula berani-berani nak simbah minyak tanah. Jadilah isteri yang bijak dan berstrategi.

    Itulah sahaja yang mampu saya kongsikan, saya juga masih belajar menyesuaikan diri dengan suami. Proses ini tidak cukup untuk tempoh 5 tahun, tapi sepanjang bergelar isteri. Bukan tugas yang mudah tapi penuh mujahadah. Setiap rumahtangga pasti diuji, ujian terus datang dan pergi.
    « Last Edit: 09 February, 2011, 09:16:55 PM by Ummu Fatimah »

    Reply #15 10 February, 2011, 11:06:39 AM
  • Publish
  • syukran..perkongsian yg menarik utk panduan suami isteri
    cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman,
    hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi...

    Reply #16 10 February, 2011, 11:21:05 AM
  • Publish
  • syukran..perkongsian yg menarik utk panduan suami isteri

    Assalamualaikum...

    Afwan kak azy mazyah...Semoga kita akan menjadi isteri yang solehah pada suami kita..amin..
    (Putri tak kahwin lagi..jadi tak ada suami.. senyum*)..tapi nak belajar cara-cara jadi isteri yang solehah pada suami..insyaAllah...

    Reply #17 10 February, 2011, 11:32:06 AM
  • Publish


  • bg pndpt ana, utk tegur suami..
    cari masa yg sesuai, semasa tgh rehat2, duduk santai2 cthnya,
    tegur suami dgn cara berhemah, lemah lembut dan sopan santun.
    guna bahasa yg baik, smbil2 tu usap2 dan belai2 suami : )
    jgn sesekali meninggi suara...kaitkan dgn hadis2 atau ayat2 alquran sbg penyokong.
    sekadar mberi pndangan...syukran
    « Last Edit: 10 February, 2011, 11:34:02 AM by azy mazyah »

    Reply #18 21 April, 2012, 11:11:33 AM
  • Publish
  •  :)
    Seronok dapat baca semua post kat atas. Terima kasih sebab penjelasan yang saya kira tepat. Harap suatu hari nanti, mereka2 yang begitu melampau menuduh saya membelakangi ibu kerana suami (adik-beradik,ipar2,makcik pakcik, nenek,jiran sekampun,dan ramai lagi) akan menyedari kebenaran keputusan saya suatu hari nanti. Itulah bahana mata hati tidak dicelik.
    Sepatutnya wanita hanya dituntut patuh pada ibu sehingga berkahwin sahaja. Sebaik akad nikah, ketaatan tu berpindah pada suami. Tapi itulah yang masyarakat kita susah nak aplikasikan dalam kehidupan. Bukan tak tahu, tapi tak mahu. Sudahnya bertahun kita sebagai anak ter'derhaka' pada suami gara2 keluarga.
    Lantaran nak jadi isteri yang solehah, pada masa yang sama kita jadi anak derhaka, walaupun setelah bertahun2 berusaha bertoleransi dan tidak pernah mengabaikan ibu kesayangan.
    Suami bukanlah orang yang kejam, tapi kerana bertahun masih lagi mahu diatur urusan rumahtangga manalah ada lelaki yang mahu bertahan.

    Duhai bondaku, aku mahu masuk syurga, hentikanlah menuduhku derhaka, sedangkan syurga anakmu kini daibawah tapak kaki menantumu.

    Besarnya kasih ibu sampaikan dah kahwin pun nak jaga lagi..

    Reply #19 16 July, 2012, 07:49:34 PM
  • Publish


  •                               :)   
      Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

    Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

    1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

    2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

    3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

    4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

    5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

    6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
    Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

    Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

    1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

    2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

    3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
    Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
    Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

    4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

    5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

    6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

    7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    55 Replies
    15841 Views
    Last post 19 February, 2014, 11:02:56 AM
    by siti saieedhah
    17 Replies
    16798 Views
    Last post 14 September, 2014, 12:02:29 PM
    by insanterluka
    12 Replies
    8288 Views
    Last post 30 October, 2013, 02:22:32 PM
    by keMuNcUpp