Soal Ketetapan Hati Selepas Istiqarah...

*

Author Topic: Soal Ketetapan Hati Selepas Istiqarah...  (Read 4543 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cahaya bahagia

  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
08 February, 2011, 11:58:59 PM
  • Publish
  •  :)

    Kepada sesiapa diruangan halaqah ini tolonglah bagi pandangan anda tentang apa sy nak luah ni...

    4thn lepas (tahun 2006) sy berkenalan dgn seorang lelaki.. kami hanya berhubung melalui telefon je..
    kami hanya kawan baik sebab dia dah ade kekasih.. sy pula masih mengharap kekasih lama
    untuk kembali kpd saya..tahun 2007 dia cakap nak tunang..lps pd tu dia menghilang setahun (2007-2008).
    apa yg pelik sy hanya ingat kat dia dan selalu tunggu panggilan dia walaupun sy xde perasaan kat dia masa tu.
    suatu mlm dlm tempoh 1thn dia menghilang tu, sy ada buat istiqarah dan sebut nama dia.. sy xtau kenapa
    tiba2 sebut nama dia sdgkan sebelum2 tu sy dok sebuat ex je.. sy xberani nk ckp setahun kmudian dia muncul
    dan melamar sy sebgai isteri... dia ckp xjd nk bertunang dulu dan asyik ingat sy.. padahal kami xpnh bercinta..
    kami pun couple.. kali pertama dia dtg jmpe sy ms parents sy di mekah dan dorg izinkan.. parents sy mmg cerewet
    dan dh byk lelaki dia tolak.. tp dgn yg ni tak pulak.. lps parents blk mekah dorg sibuk tnye bila nak tunang... raya tahun
    lps dia dtg jumpa parents sy dan berbincang.. parents sy dan dia restu hubungan kami.. tapi akhir thn lps dia tinggalkan sy
    lg dgn ucapan selamat tinggal dan jodoh xkesampaian... sy buat solat taubat,hajat dan istiqarah selama 1minggu. sy xdapat
    apa2 mimpi tp hati dan fikiran sy masih ingat dia sampai sekarang.. same mcm sebelum couple dia tinggal sy dulu.
     sy xsedih dan sy dh redha.. cuma boleh tak sesiapa bagi pandangan tentang kisah sy ni??
    bukan ke istiqarah disusuli dgn bemusyawarah..

    syukran...

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #1 09 February, 2011, 01:18:41 AM
  • Publish
  • Soal jodoh ni sangat rumit juga untuk difikirkan.

    Pengajaran yang saya ingin cuba bincangkan.. Kembali muhasabah tentang istikharah, adakah hati benar-benar redha dan pasrah pada pilihan Allah, atau masih berbolak-balik pada pilihan sendiri?

    Jika benar telah yakin pilihan Allah itu tepat, maka itulah keputusan istikharah yang telah ukhti laksanakan. Tawajjuh.

    Tinggalkan persoalan kenapa dan mengapa, tetapi yakinlah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

    Usah buka lagi diari si dia dan si ex, tetapi pasakkan keyakinan Yang Terbaik telah tertulis untuk ukhti. Siapa? Wallahua'lam.
    « Last Edit: 09 February, 2011, 01:22:02 AM by Ummu Fatimah »
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 09 February, 2011, 04:26:09 AM
  • Publish
  • :)
      Kepada sesiapa diruangan halaqah ini tolonglah bagi pandangan anda tentang apa sy nak luah ni...
     4thn lepas (tahun 2006) sy berkenalan dgn seorang lelaki.. kami hanya berhubung melalui telefon je..
    kami hanya kawan baik sebab dia dah ade kekasih.. sy pula masih mengharap kekasih lama
    untuk kembali kpd saya..tahun 2007 dia cakap nak tunang..lps pd tu dia menghilang setahun (2007-2008).
    apa yg pelik sy hanya ingat kat dia dan selalu tunggu panggilan dia walaupun sy xde perasaan kat dia masa tu.
    suatu mlm dlm tempoh 1thn dia menghilang tu, sy ada buat istiqarah dan sebut nama dia.. sy xtau kenapa
    tiba2 sebut nama dia sdgkan sebelum2 tu sy dok sebuat ex je.. sy xberani nk ckp setahun kmudian dia muncul
    dan melamar sy sebgai isteri... dia ckp xjd nk bertunang dulu dan asyik ingat sy.. padahal kami xpnh bercinta..
    kami pun couple.. kali pertama dia dtg jmpe sy ms parents sy di mekah dan dorg izinkan.. parents sy mmg cerewet
    dan dh byk lelaki dia tolak.. tp dgn yg ni tak pulak.. lps parents blk mekah dorg sibuk tnye bila nak tunang... raya tahun
    lps dia dtg jumpa parents sy dan berbincang.. parents sy dan dia restu hubungan kami.. tapi akhir thn lps dia tinggalkan sy
    lg dgn ucapan selamat tinggal dan jodoh xkesampaian... sy buat solat taubat,hajat dan istiqarah selama 1minggu. sy xdapat
    apa2 mimpi tp hati dan fikiran sy masih ingat dia sampai sekarang.. same mcm sebelum couple dia tinggal sy dulu.
     sy xsedih dan sy dh redha.. cuma boleh tak sesiapa bagi pandangan tentang kisah sy ni??
    bukan ke istiqarah disusuli dgn bemusyawarah..

    syukran...



    Mohon maaf. Mohon edit semula kiriman ini, tidak ada menggunakan singkatan ejaan.

    [warning]

    Kepada Halaqian yang dihormati sila patuhi ETIKA BERFORUM.
    Baca topik ini :

    1   Isu Penggunaan Bahasa Pasar/Rojak/SMS/Shortform

    2   Anda mungkin seorang yang kurang rajin jika...

    ETIKA BERFORUM

    1.1.    Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan,
              pada permulaan perkataan selepas noktah dan nama khas.

    1.1.1.  Dilarang Bahasa 'Rojak'
    1.1.2.Dilarang menggunakan singkatan ejaan perkataan. Eja perkataan dengan betul.
    [/warning]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #3 09 February, 2011, 06:12:16 AM
  • Publish
  • Ketika hendak mengerjakan solat istikharah,pastikan tiada kecenderungan hati kepada mana-mana pihak. kecenderungan hati tu menyebabkan kita termimpi-mimpi akan orang itu dan menganggap itu ialah petunjuk dari Allah.
    sedangkan hati kita terlalu sukakan seseorang itu...sehingga hati kita mengharapkan Allah supaya  menjadikan dia sebagai jodoh kita ..
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #4 09 February, 2011, 06:38:19 AM
  • Publish
  •  :) emm.. saya ada kawan yang lebih kurang begini masalahnye. Beberapa tahun lepas, dia jumpa perawat Islam. Katanya, ada "sesuatu" pada diri dia yang membuatkan orang yang dah dekat dengan dia pergi begitu sahaja.

    Selepas mengamalkan amalan2 tertentu yang mendekatkan diri dengan Allah, Alhamdulillah dia bertemu jodoh tak lama lepas tu.

    Adik, tingkatkan hubungan dengan Allah. Mohon bantuanNya sebanyak2 nya dan terima jodoh dengan hati terbuka. Jangan setkan ciri2 keduniaan bab pilihan jodoh. Serah pada Allah.

    Wallahua'lam

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #5 09 February, 2011, 06:50:28 AM
  • Publish
  • Betol...dekatkan diri pada Allah...bila hati dah tenang, InsyaAllah akan bertemu dengan pasangan saudari.
    Allah dah tetapkan jodoh kita.cuma tunggu masa je lagi...(senyum)
    Ingat,

    “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman”.
    (An Nur :3)

     “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
    (An Nur: 26)

    cahaya bahagia

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #6 09 February, 2011, 12:10:54 PM
  • Publish
  • Ketika hendak mengerjakan solat istikharah,pastikan tiada kecenderungan hati kepada mana-mana pihak. kecenderungan hati tu menyebabkan kita termimpi-mimpi akan orang itu dan menganggap itu ialah petunjuk dari Allah.
    sedangkan hati kita terlalu sukakan seseorang itu...sehingga hati kita mengharapkan Allah supaya  menjadikan dia sebagai jodoh kita ..


    Maaf saya buat dengan tenang tanpa set sesiapa pun dalam hati dan fikiran... Saya tidak dapat apa-apa mimpi pun.
    « Last Edit: 09 February, 2011, 12:46:19 PM by cahaya bahagia »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #7 09 February, 2011, 12:20:41 PM
  • Publish
  • Begini, cahaya bahagia..

    Dah istikharah dan mesyuarahkan? Keputusan pun dah nampak. Betul kan? Adakah sebarang keraguan?

    Doa dalam istikharah tu ingat lagi tak? Cuba cek semula, pastu senyum ya..

    cahaya bahagia

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #8 09 February, 2011, 12:24:53 PM
  • Publish
  • Soal jodoh ni sangat rumit juga untuk difikirkan.

    Pengajaran yang saya ingin cuba bincangkan.. Kembali muhasabah tentang istikharah, adakah hati benar-benar redha dan pasrah pada pilihan Allah, atau masih berbolak-balik pada pilihan sendiri?

    Jika benar telah yakin pilihan Allah itu tepat, maka itulah keputusan istikharah yang telah ukhti laksanakan. Tawajjuh.

    Tinggalkan persoalan kenapa dan mengapa, tetapi yakinlah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

    Usah buka lagi diari si dia dan si ex, tetapi pasakkan keyakinan Yang Terbaik telah tertulis untuk ukhti. Siapa? Wallahua'lam.


    insyaallah hati saya benar-benar redha dan pasrah...selepas buat istiqarah tu hati saya tenang tetapi dia tetap dalam hati dan ingatan saya..pasal ex dah lama saya lupa sejak hati saya selalu ingat dia masa hilang pertama kali dulu...saya dah pasrah dan redha siapa jua jodoh saya dan saya terima pemberian Allah tu.. saya doakan Allah bagi jodoh terbaik untuk saya.. saya tak tahu tapi lepas istiqarah tu terdetik kat hati saya bahawa saya akan tempuhi pelbagai dugaan dalam mendapatkan jodoh tu.. makin saya zikir istighfar dan dekatkan diri pada Allah...saya makin ingat pada dia.. tetapi saya langsung tak mengharap kepada dia..demi Allah saya langsung dah tak ingat apa-apa kenangan pasal dia.. saya pernah buat salah minta doa Allah kembalikan ex dulu dan saya tak nak ulangi lagi... apa yang saya tau sekarang setiap masa nama dan wajah dia muncul..saya hari-hari usaha untuk dekatkan pada Allah.. saya tak nak syaitan ganggu saya dan goda hati saya macam dulu...

    cahaya bahagia

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #9 09 February, 2011, 12:45:20 PM
  • Publish
  • Begini, cahaya bahagia..

    Dah istikharah dan mesyuarahkan? Keputusan pun dah nampak. Betul kan? Adakah sebarang keraguan?

    Doa dalam istikharah tu ingat lagi tak? Cuba cek semula, pastu senyum ya..


    Terima kasih Ummu Fatimah... Doa tu saya ingat setia...Macam ini doa saya..
    "Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau Yang Maha Agung Lagi Maha Kuasa.. Aku mohon ketetapan melalui Ilmu PengetahuanMu berdasarkan ketetapanMu dan kurniaanMu Yang Paling Agung.. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa yang berlindung di bawah naungan Arasy Mu paling Agung.. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apa-apa..Dan hanya Engkau yang mengetahui perkara-perkara tersembunyi.. Ya Allah Ya Tuhan ku jika melalui ilmu pengetahuanMu dia telah Kau ciptakan untukku. Baik untuk diriku, agamaku, keluargaku dan kehidupanku kini dan akan datang maka tetapkanlah dia untukku, dekatkan dia denganku, permudahkan dia bagiku, berkatilah dia untukku...Ya Allah Ya Tuhan ku jika melalui ilmu pengetahuanMu dia tidak elok untuk diriku, agamaku, keluargaku dan kehidupanku kini dan akan datang maka jauhkan dia dariku dan jauhkan aku dari dia serta hapuskan segala ingatanku terhadap dia...Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang berikan aku jodoh yang terbaik yang datang dari kurniaanMu paling agung.. Berikan aku kebaikan dan berikan aku redha dan pasrah dengan segala ketentuanMu Ya Allah..Amin..."
    « Last Edit: 09 February, 2011, 12:54:50 PM by cahaya bahagia »

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #10 09 February, 2011, 12:57:29 PM
  • Publish
  • Iffah ada satu cerita:
    Ada seorang perempuan yang putus cinta.dia rasa terlalu sedih .dan bermula dari kesedihan itulah dia mencari Allah. dia buat solat istikharah berulang-ulang kali,untuk memastikan perlukah dia menewan kembali hati lelaki tersebut (lelaki yang tidak mengerjakan solat). tapi setiap kali tidur,dia termimpikan lelaki tersebut kerana kecenderungan hatinya pada lelaki itu. Dalam masa yang sama dia terus mendekatkan diri pada Allah.
    Sampailah suatu hari,dia merasakan hati dia pada lelaki tersebut sudah tawar kerana dia telah menumpahkan cintanya pada Allah sepenuhnya. Dia pun sedar hikmah dari kesedihan yang Allah berikan padanya. Sekiranya datang seorang lelaki yang beriman melamarnya dan sekiranya dalam masa yang sama kekasihnya dulu kembali padanya, rasanya yang mana akan jadi pilihannya? kekasih yang dicintainya dulu atau yang beriman?
    So, kalau dah tahu lelaki tu tak beriman,solat pun selang seli setahun sekali, tak payah buat istikharah.melainkan saudari pun dalam golongan yang sama. (senyum)

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #11 09 February, 2011, 12:59:45 PM
  • Publish
  • Setiap kali ukhti teringatkan dia, ukhti istighfarlah sentiasa. Ingatlah Allah. Dia bukan suami ukhti, takda sebab ukhti perlu ingatkan dia. Jarum iblis dan syaitan sangat halus, kan ukhti?

    cahaya bahagia

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #12 09 February, 2011, 01:10:49 PM
  • Publish
  • Terima kasih Iffah Muhsin dan Ummu Fatimah.. Iffah, dia selalu menjaga pakaian saya supaya sentiasa menutup aurat.. Kalian... Dia juga lelaki pertama mendapat restu daripada kedua orang tua saya... Entahla Fatimah...Saya ingat atau pun tidak saya tak pasti.. Tapi bangun je solat subuh mesti saya tersebut nama dia..

    cahaya bahagia

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #13 09 February, 2011, 01:13:01 PM
  • Publish
  • Ikhlas saya dah tak menangis dan tak bersedih...Saya sukar nak fahamkan semua orang.. Tak apelah saya akan cuba lebih dekat kepada Allah... Terima kasih..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 09 February, 2011, 02:04:45 PM
  • Publish
  • Sedikit petikan dari Laman web ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

    ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH


    Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

    Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

    Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

    “Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

    Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

    Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

    Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

    Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 09 February, 2011, 02:06:39 PM
  • Publish
  • Berhentilah mencari mimpi dan berhentilah menunggu petanda.

    Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

    Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

    Ia mungkin mainan Syaitan.

    “Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

    KESIMPULAN

    1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang   mengundang bahaya.

    2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.

    3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

    4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.

    5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

    6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.

    7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.

    8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

    9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.

    10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.

    11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

    12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

    13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

    14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.

    15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan 'hear say '  adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #16 09 February, 2011, 02:15:11 PM
  • Publish
  • Kalau hati dah suka...mesti la mengharapkan Allah meng-ia-kan kehendaknya untuk bersama orang yang disukai itu...Diri kita yang menilai keputusan dari pandangan-pandangan atau nasihat-nasihat pelbagai pihak. Nasihat-nasihat dari orang pun merupakan satu petunjuk Allah. Bukan terbatas dengan mimpi sahaja. NIlai dengan mata hati. jangan nilai dengan nafsu. Semoga dipermudahkan memilih jalan yang terbaik dan betul di sisi Allah. Adapun yang dinamakan istikharah ini adalah untuk mempermudahkan kita dalam memilih.

    flowerpink

    • *
    • Posts: 102
      • View Profile
    Reply #17 13 February, 2011, 04:41:25 PM
  • Publish
  • Membaca kisah cahaya bahagia, saya juga ada cerita untuk dikongsi dan diluahkan. Moga-moga dapat diberi pandangan sama.


    Pada tahun 2008, saya ada berkenalan dengan seseorang. Kami kenal melalui saudara sebelah bapa. Masa awal-awal perkenalan, kami hanya berhubung melalui sms dan telefon tetapi hati saya seakan-akan menolak dia. Sehinggalah kami tak pernah berhubung selepas itu. Pada pertengahan tahun 2009, dia ada menghubungi saya kembali dan saya cuba untuk terus berhubung supaya hubungan kami tidak putus macam dulu dan hati saya sudah mula sukakan dia. Nak dijadikan cerita, saya "teradd" dia dalam laman sesawang. Almaklumlah...... teraxcited sangat masa tu...... tetapi kami tak pernah bercinta. Walaupun dia tahu akan kehadiran saya, tetapi langsung tidak cuba menghubungi saya sama ada melalui sms atau telefon. Saya pula memang bodoh dan kaku, takut nak menghubungi dia kembali bimbang dia sudah tidak sukankan saya atau mungkin dia sudah mempunyai orang lain. Dalam pada masa yang sama, saya ada buat solat istikharah. Dalam istikharah saya ada sebutkan nama dia, tapi apa yang Allah tunjukkan tidak seperti apa yang saya harapkan. Saya agak dia sudah mempunyai orang lain tetapi hati dan fikiran saya masih teringatkan dia dan mengharapkan dia kembali. Keadaan ni berlarutan sampailah ke hari ni. Saya tak tahu ape yang saya lakukan ini betul atau tidak. Bila difikirkan kembali, saya ni memang bodoh....Astaghfirrullahalazim.....




    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    56 Replies
    13855 Views
    Last post 09 June, 2010, 11:48:27 AM
    by cnor
    15 Replies
    2242 Views
    Last post 26 December, 2009, 06:12:10 PM
    by kakraihan
    4 Replies
    647 Views
    Last post 26 December, 2011, 03:27:46 PM
    by al_ahibbatu