Mengatasi Masalah Biseksual

*

Author Topic: Mengatasi Masalah Biseksual  (Read 6930 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

misz comei

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
07 February, 2011, 03:48:31 AM
  • Publish
  • Salam ustaz,

    Bernafsu Pada Lelaki tetapi Lebih Bernafsu Pada Perempuan

    Pada asalnya,saya ada meminati seorang lelaki.Yang agak menggetarkan jiwa dan naluri saya sebagai seorang perempuan.

    Alhamdulillah,lelaki itu elok budi pekertinya dan sopan santun.Saya pernah cuba untuk mendekati lelaki tersebut dengan niat untuk berkenalan dan membimbing saya.Tanpa saya sangka,saya sudah jatuh hati padanya.Si lelaki ini,dapat mengagak yang saya sukakanya lalu telah menjauhkan dirinya daripada saya.Seumur hidup saya,saya tidak pernah berasa demikian dengan mana-mana lelaki hingga sekarang.Perasaan sayang padanya masih lagi ada walaupun sudah hampir 8 tahun kami tak berjumpa.

    Kerana perasaan putus asa dan kecewa dengan sikapnya,saya telah ditemukan dengan seorang lelaki di laman internet.Yang mana,lelaki ni pula kurang budi pekerti,selalu meninggalkan solat tetapi telah berjanji untuk menjaga saya.Dan lelaki ini,meminta saya untuk membimbing ia.Di awal perkenalan,banyak perubahan yang menjerumus kepada kebaikan ditunjukkan si lelaki ini.Tetapi,setelah hampir 2 tahun perkenalan,perangainya mulai berubah.Dia sudah mula berani menyentuh saya dan mengambil kesempatan ke atas tubuh badan saya.Pada mulainya,saya melawan akan tetapi perasaan sayang yang ada selama 2 tahun perkenalan,akhirnya iman saya tewas dengan nafsu.Kami terlanjur.

    Masalah ini,sudah saya rahsiakan hampir 4 tahun dari pengetahuan keluarga saya terutama ibu bapa saya.Saya telah bercinta dengan lelaki ini hampir 4 tahun.Dan hubungan saya dengan lelaki ini,sudah sampai ke tahap yang saya tak dapat duga.Saya pernah merayu kepadanya,melepaskan saya.Kerana saya ingin bertaubat,tetapi hampa kerana dia mengugut untuk memberitahu kepada keluarga dan kawan-kawan saya.Saya buntu,dan terpaksa mengikut kehendak nafsunya.

    Semakin hari,saya berasa benci terhadap lelaki ini kerana sikapnya yang suka mendesak,mengugut dan memaksa melakukan hubungan seks dengannya telah merimaskan hidup saya.Saya banyak murung dan sangat tertekan lebi-lebih lagi saya masih belajar.Ia amat menganggu pelajaran saya.Perasaan marah yang meluap-luap,akhirnya saya cuba menjauhkan diri darinya dengan alasan masih belajar dan sukar pulang untuk bercuti.Hampir 7bulan,kami tidah melakukan hubungan seks.Mungkin kerana pernah melakukan seks,saya ketagih lalu telah berkenalan dengan seorang perempuan daripada chatroom.

    Perempuan ini,mengaku dirinya lesbian.Sejak berkenalan dengannya dia banyak mematangkan saya.Saya suka dan mula jatuh hati dengannya.Dia sering membuat saya kagum tentang dirinya walaupun banyak sejarah hitam pernah dilaluinya.Sejarah hitam itu juga telah membuat dia menjadi manusia yang berjaya hingga sekarang.Naluri dia hampir sama dengan saya,sukakan kejayaan,prihatin,lemah lembut yang akhirnya saya telah bersetuju untuk menjadi 'partner' dia.

    Kami berjumpa,buat pertama kalinya.Perasaan rindu dan sayang telah menyebabkan kami terlanjur sebagai lesbian.Dan semenjak itu juga,saya berasakan 'bersama' perempuan nikmatnya lebih hebat daripada 'bersama' lelaki.Saya berasa puas dan selesa bersama.Tetapi,bagi kami(lesbian) untuk sesuatu hubungan bukanlah atas dasar seks semata-mata.Ianya lebih kepada perasaan dan prihatinnya terhadap pasangan.Dia sering memberi nasihat dan dorongan ketika saya bergaduh dengan teman lelaki.Dia jugalah,yang memberi kekuatan kepada saya untuk berterus terang pada ibu ayah saya akan ketelanjuran saya dengan teman lelaki.

    Teman lelaki saya dapat menghidu perbuatan saya,dan menyangka saya berlaku curang dengan lelaki.Dia mengugut untuk mengaibkan saya kepada keluarga dan rakan-rakan saya.Sebelum sempat dia berbuat kemudia,saya telah berterus terang dengan keluarga.Ibu bapa sangat kecewa,apabila mendapat tahu saya bersekedudukan dengan jantan tersebut.Semenjak hari itu,saya sudah tidak berhubung dan terus memutuskan persahabatan dengan jantan tersebut.Ibu bapa saya menyuruh saya bertaubat dan berjanji tidak mengulangi dosa tersebut.Saya telah berjanji pada mereka untuk bertaubat.

    Akan tetapi,naluri dan nafsu saya masih lagi ada pada 'partner' saya.Saya tak sanggup untuk melepaskan dan melupakannya.Walaupun,saya meninggalkan 'partner' saya,saya khuatir saya akan mencari lesbian lain sebagai penggantinya.Ustaz,tolonglah saya.Tiap kali solat,yang saya tak pernah tinggal 5 waktu sehari itu saya berdoa agar saya dapat dikembalikan normal dan dijauhkan dari perbuatan terkutuk ini.Tiap malam,saya solat taubat dan hajat untuk menunjukkan saya ke jalan yang betul.Saya tahu, walaupun saya berkahwin,tetapi nafsu saya lebih kepada perempuan.Akan tetapi,saya juga masih menyayangi lelaki yang pernah menggentarkan jiwa saya ini.Mencintainya,dalam diam hampir 8 tahun.Tetapi,saya juga lebih selesa dengan belaian seorang perempuan.Kebetulan,ibu bapa saya tidak tahu yang saya telah terlanjur dengan lesbian juga.

    Dari situ juga,saya tahu diri saya adalah biseks.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan mencari jalan ke pintu taubatMu.

        
    « Last Edit: 14 January, 2014, 10:17:01 PM by Ummi Munaliza »

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #1 07 February, 2011, 11:24:43 AM
  • Publish
  •  :)

    subhanallah....semoga saudari benar benar ingin bertaubat pada Allah...tekad itu mestilah kuat kerana masalah ini ada dalam diri saudari....bukan mudah hendak keluarkannya kerana berkaitan dengan nafsu yang sememangnya menjadi musuh tegar bagi manusia.saya sarankan berjumpa dengan mana-mana ustazah dan ubah cara hidup saudari kepada mendapat redha Allah kerana umur kita tidak tahu bila penyudahnya...mungkin sebentar lagi....Allah sayangkan saudari...percayalah...kembalilah kepadaNya.... jangan bagi ruang pada nafsu menguasai kita...kita perlu kuasai dia...

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #2 07 February, 2011, 04:26:50 PM
  • Publish
  • Solat itu tiang agama. Jika sudah didirikan tiang dalam solat, maka tiang itu biarlah berkekalan sampai ke luar solat. Maka berlakulah kesinambungan di mana solat itu pencegah kemungkaran.  :ins: sentiasa ingat pada Allah terutama waktu terasa sangat dahaga untuk melakukan perbuatan terlarang. Memikirkan rasa malu dan aib jika perkara ini tersebar pada umum tak cukup untuk mengatasi, ingatkan pada AZAB Allah yang mana tiada satu pun janji-janji itu Allah mungkiri....

    miramran

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Reply #3 07 February, 2011, 06:04:53 PM
  • Publish
  • saudari.saya ingin berkongsi cerita yg sama.saya bersekolah di sekolah pompuan.makin lme ade terbit perasaan syg tuh.tp sbnrnya itu terpulang kepada diri  kita.Allah tak ciptakan hambaNya menjadi gay,lesbian krn kita adalah ciptaanNya yang paling agung.jd apabila memikirkan perkara ini sye cepat2 buangkan segle perasaan yg ditimbulkan oleh syaitan.ini smua hanyalah hasutan nafsu smte2.kuatkan hati perhebatkan iman.kdg2 kita x mmpu utk bergerak seorg diri.mintalah bimbingan drpd seseorg yg saudari yakin akan ilmu agamanya.percayalah Allah itu sentiasa menyayangi saudari

    D_humaira

    • *
    • Posts: 251
      • View Profile
    Reply #4 07 February, 2011, 07:28:44 PM
  • Publish

  • Betul2 kate beruang..
    ni sekadar nak memberi respon dan berkongsi masalah..
    daripada pembacaan, nampak payahnye misz nak hadapi situasi..
    sangat faham keadaan walaupon masalah tak sama sket pon..
    lain manusia lain masalah...
    misz kata solat tak tinggal..
    mungkin adalah tu lompang2 dalam solat tu..
    perbaiki solat..cube cari buku2 n bace makna2 bacaan dalam setiap rukun solat..
    bukan sekadar tunggang tunggeng je kite solat..buat penat jek..
    ni nasihat kat diri sendiri jugak ni..

    '..Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar..'

    ape yg misz dah lakukan memang suatu kemungkaran..
    cuba hayati kisah kaum zaman Nabi Luth(kalau tak silap)..cari dalam tenet..
    Dah usaha ubah??
    Usaha sungguh2 ke??
    usaha betul2 jangan hangat2 tahi ayam je..
    Jauhkan diri dari perkara2 yg boleh mendekatkan misz kepade benda tu..
    Jangan diikutkan sangat darah muda tu..jauhkanlah maksiat..
    mati bukan ikut umur...
    selalu mengingati mati salah satu cara nak elak benda2 maksiat ni..
    esok2 mengadap Allah dalam keadaan masa atas muka bumi buat benda2 macam ni??
    aniaya diri sendiri.....
    tak payah sebok2 cari cinta manusia..
    cintakan Allah and diri sendiri tu dulu..
    saye pon dulu sebok jugak cari cinta manusia ni..
    biaselahkan umur mude...
    Cepat2lah kembali ke pangkal jalan..
    Fitrah manusia yg Allah jadikan bukan macam yg misz dah lakukan or MUNGKIN bakal ulang lagi tu..
    sebab diri kita ni tak ada rasa malu dengan Allah..sebab tu boleh buat benda2 macamtu..
    Betul tak misz? Ade malu tak dengan Allah?? malu ke malu2 alah??
    Dunia ni hanya medan ujian je misz..hanya permainan..tak lebih dari tu..
    jangan cepat tertipu..
    yg kekal abadi tu..nun..akhirat sana..
    kawan saye pernah pertikai (die lesbian) "nak buat camne dah aku dilahirkan naluri macamni"..
    *Allah jelas2 melarang..ada dalam al-Quran..tak kan lah Allah nak bagi pulak macamtu?? Allah tu tak zalim...
    *Tak de nye macamtu kecuali kita yang melayan dan memanjakan sangat nafsu..(*=betulkan kalau ape2 yg saya pikir ni salah)
    Kalau wujud, itu satu ujian..kita dah tau benda tu salah, so anggaplah dan yakinlah itu ujian dari Allah..berusaha untuk ubah..
    Baiki dan tingkatkan keimanan..bukan kalah dengan ujian..bukan kalah dengan situasi..
    fantasi dengan realiti tak sama..sangat tak sama..
    lagi 1 pasal chatroom..
    arini dalam paper ust zawawi ade sebut " teknologi tu tak salah..tapi orang yg menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong tu yg salah..
    asasnya adalah hubungan dengan Allah..bila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh.." - mendalam ayat ni..
    so misz jauhkan daripada benda2 yg menarik ke arah itu..
    pokok pangkalnye:
    1. Taubat NASUHA!
    2. Usaha yg BERSUNGGUH!
    3. Jangan tertipu dengan keindahan dunia...

    kat halaqah ni banyak sangat halaqian post lirik lagu yang boleh menginsafkan dan mendidik jiwa..carilah kat ruangan ape tak ingat..nasyid ke lirik lagu..
    bacalah kalau misz tak berapa minat baca teks keagamaan..dalam lagu pon ade unsur dakwah yang boleh menyederkan kita..
    lagi berhasil kalau misz bace sambil dengar..selamat mencuba!
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #5 07 February, 2011, 08:39:43 PM
  • Publish
  • Bismillah..

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah...

    erm...salam taaruf saudari comei...
    nasihat den....

    1.TEKAD

    -tanamkan dalam diri SUNGGUH-SUNGGUH AKU NAK TAUBAT!!
    bila dah tekad, dah azam sungguh2 insyaallah...boleh selesaikan masalah...

    -time ni get ready lah, coz SETAN DATANG hasut... dia akan bisik dalam hati supaya kembali buat perkara mungkar tu la...supaya awak putus asa lah....untuk tu, selalu muhasabah diri..pesan kat diri tu YANG AKU BOLEH BERUBAH !!!


    2.ILMU

    -selalu kita buat silap sebab TAK ADA ILMU, so cari lah ilmu...carilah guru, tak pon selalulah singgah ke masjid dengar tazkirah..dengar rancangan yang bermanfaat macam alhidayah ke...selalu lepak halaqah ni, selalu singgah laman2 islamik ke..iman ni turun naik, sebab tu kene gilap..kene selalu pesan..

    3.CARI SAHABAT YANG BAIK

    - sahabat yang selalu pesan awak kepada kebaikan...yang bila awak teringat kat dia, awak boleh ingat kat Allah...kalau x ade..cari lah..! TAK USAHA TAK DAPAT BEB, cari kat halaqah ni pon ok..
    denagn ade nye sahabat tu..boleh share masalah awak..sebab bila awak dapatkan nasihat dari orang yang tak sepatutnya, takut2 dia bagi nasihat yang salah..itulah pentingnya SAHABAT yang baik yakni yang tunjukkan ke jalan yang benar..

    4.DOA

    -jangan pernah PUTUS ASA nak doa..doa doa doa..!

    -kalau boleh, mintak mak doa banyak2 untuk awak..sebab doa mak pada anaknya mustajab.



    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #6 07 February, 2011, 08:44:07 PM
  • Publish
  • Hari ini dalam sejarah: Zaman Nabi Luth berulang di era moden

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 08 February, 2011, 10:06:35 AM
  • Publish
  • Pandanglah ilmu Allah. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Biar ibu bapa tak tahu, Allah tetap tahu. Dia Maha Mengetahui apa yang disembunyikan atau dilahirkan.

    Manusia sejak Adam as dan Hawa, sememangnya dibekalkan Allah dengan nafsu. Nafsu itulah yang berkehendak. Kehendak nafsu itulah yang wajib dikekang. Melalui landasan nafsu itulah iblis dan syaitan memperdaya dan memperkudakan manusia untuk turut mengikutinya terseksa dalam neraka Allah!

    Jalan permulaan, bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang, banyakkan istighfar dan selawat. Mulakan hidup baru, tinggalkan kawan-kawan yang terpesong (seks bebas@lesbian dan sebagainya). Jika kita berkawan dengan tukang besi, bau busuknya kita turut dapat, jika penjual minyak wangi menjadi kawan, bau wanginya kita pun turut merasa baunya...Jadikan Al-Quran itu sebaik-baik sahabat sebagai pendamping, kerana Al-Quran itulah perkataan Allah@KalamNya dan hadis-hadis Nabi@sunnahNya sebagai teman setiap masa. Itulah sahabat sejati dalam hidup ini yang bakal binasa melalui kematian yang akan datang bila-bila masa. Menangislah di hadapan Allah mengenang dosa-dosa sambil lidah mengucapkan istighfar yang banyak dan istiqamahlah. Apabila Allah menerima taubatmu itu, hati akan terasa sendiri ketenangannya. Ibadahmu akan semakin terasa manisnya. Maksiat akan terasa sengsaranya. Itu tandanya imanpun semakin utuh. Insya Allah, Dia kan menghadiahkanmu halawatul-iman@kemanisan iman, yang harganya tak ternilai untuk ditukarkan dengan apa-apa pun di dunia ini.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    misz comei

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #8 08 February, 2011, 11:35:21 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Terima kasih sebab sudi memberikan saya tunjuk ajar dan pandangan anda. :syukur:
    Insyaallah,saya masih dalam proses memperkuatkan keimanan.Sekarang ini,saya mula menjauhkan diri saya daripada semua perkara terkutuk itu.Saya sudah tekad dan bertaubat.Saya tahu,impak dosa saya ini juga tempiasnya terkena ibu bapa saya juga.Saya malu dan jijik dengan diri ini.Saya mengharapkan berkat doa kalian supaya saya dapat terhindar daripada perkara-perkara ini lagi.

    Tapi,saya berasa segan dengan kawan rapat saya kerana saya juga memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan.Sedangkan,sahabat saya seorang yang alim dan rajin bersolat.Jika sahabat saya tahu akan keburukan saya,sudah pasti saya akan dipinggirkan.Sedangkan saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya semula.Saya harap,saya dapat memantapkan jati diri dan keimanan saya semula.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.Dosa saya terlalu berat...Saya takut dengan azabNYA...Doakan saya, :aamiin:

    SerenityMSJ

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #9 09 February, 2011, 12:20:37 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Bukanlah layak utk saya memberi nasihat. namun izinkan saya melontar sepatah dua kata.

    Di sini, saya hendak katakan peranan kawan-kawan, sahabat-sahabat yang baik, serta keluarga dan masyarakat amatlah penting. Kerana di satu aspek, si pelaku terdetik utk berubah dan bertaubat. alhamdulillah. namun, tidak semua pelaku tahu arah pulang ke jalan yang benar. mereka mahu bertaubat, tapi buntu cara. dan malu untuk bertanya.

    Sebagai masyarakat, kita harus memaki, membiarkan terus-menerus dan mencaci perlakuan dosa si pelaku tersebut. Sebagai masyarakat islam, kita hanya mampu mendoakan mereka agar bertaubat, berdoa dan terus berdoa agar terbuka hatinya untuk kembali pada Allah. Namun adakah ini caranya?

    Adapun kisah seorang pelaku yang ingin bertaubat namun kerana dek cercaan demi cercaan, fitnah demi fitnah yang menghujani si pelaku daripada masyarakat sekeliling..menyebabkan si pelaku merasa putus asa dan tiada harapan lagi untuk kembali.

    Dampingi insan-insan yang ingin berubah. biarpun kadang-kala kita meragui. namun bantulah sedaya mungkin dan doakan agar insan-insan ini ikhlas di kemudiannya..

    fikir-fikirkan.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 09 February, 2011, 12:32:30 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Terima kasih sebab sudi memberikan saya tunjuk ajar dan pandangan anda. :syukur:
    Insyaallah,saya masih dalam proses memperkuatkan keimanan.Sekarang ini,saya mula menjauhkan diri saya daripada semua perkara terkutuk itu.Saya sudah tekad dan bertaubat.Saya tahu,impak dosa saya ini juga tempiasnya terkena ibu bapa saya juga.Saya malu dan jijik dengan diri ini.Saya mengharapkan berkat doa kalian supaya saya dapat terhindar daripada perkara-perkara ini lagi.

    Tapi,saya berasa segan dengan kawan rapat saya kerana saya juga memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan.Sedangkan,sahabat saya seorang yang alim dan rajin bersolat.Jika sahabat saya tahu akan keburukan saya,sudah pasti saya akan dipinggirkan.Sedangkan saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya semula.Saya harap,saya dapat memantapkan jati diri dan keimanan saya semula.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.Dosa saya terlalu berat...Saya takut dengan azabNYA...Doakan saya, :aamiin:

    Cik misz comei tak perlu, malah TAK WAJIB pun menceritakan dosa-dosa yang pernah dilakukan kepada sahabat yang baik itu. Bertaubatlah KERANA ALLAH bukan kerana makhluk. Insya Allah, Allah akan membimbing dirimu. Satu perasaan yang bagus kerana merasa jijik atas dosa-dosa itu. Itu tandanya ada sedikit NUR dalam hati sebab memandang diri jijik akibat perbutan dosa. Teruskan berbanyak beristighfar, sehingga NUR iu terus mencurah-curah, semoga taufik hidayahNya terus turun ke dalam hatimu....

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #11 09 February, 2011, 05:38:43 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Terima kasih sebab sudi memberikan saya tunjuk ajar dan pandangan anda. :syukur:
    Insyaallah,saya masih dalam proses memperkuatkan keimanan.Sekarang ini,saya mula menjauhkan diri saya daripada semua perkara terkutuk itu.Saya sudah tekad dan bertaubat.Saya tahu,impak dosa saya ini juga tempiasnya terkena ibu bapa saya juga.Saya malu dan jijik dengan diri ini.Saya mengharapkan berkat doa kalian supaya saya dapat terhindar daripada perkara-perkara ini lagi.

    Tapi,saya berasa segan dengan kawan rapat saya kerana saya juga memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan.Sedangkan,sahabat saya seorang yang alim dan rajin bersolat.Jika sahabat saya tahu akan keburukan saya,sudah pasti saya akan dipinggirkan.Sedangkan saya memerlukan seseorang yang dapat membimbing saya semula.Saya harap,saya dapat memantapkan jati diri dan keimanan saya semula.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.Dosa saya terlalu berat...Saya takut dengan azabNYA...Doakan saya, :aamiin:

    wsalam warahmatullah...

    sama2 juga...den pon perlu tunjuk ajar...up, Allah Maha pengampun Maha penyayang...
    alhamdulillah comei dah bertekad, den doakan ye..! semoga tabah kuat cekal smangat!! heee...
    yup, bak kata nazri kisah silam tak perlu diberitahu pada orang lain..
    Allah pelihara aib kita di dunia ni, tu merupakan satu rahmat...jadi jangan dedahkan lah ye...rahmat Allah tu..

    yup Allah maha pengampun...janagn give up mohon keampunan!! okaja*

    nur_asrar

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #12 09 February, 2011, 08:18:15 PM
  • Publish
  • assalamualaikum.. buat misz, apa yang dah jadi tu biarkan berlalu.. jangan toleh ke belakang dah.. cuma kita (untuk saya jugak) perlu perbetulkan pe yang masih kurang.. kenalah penuhkan masa2 yang de tu dengan mencari ilmu2 Allah, pergi ke majlis2 ilmu, berzikir dan sebagainya.. sibukkan diri agar kita xde mase nak pk pasal benda2 maksiat tu.  :ins:bila kita merenung dan memandang ke arah sesuatu, cube kaitkan dengan pencipta.. buat diri kita sibuk dengan perkara2 kebaikan.. memang susah nak melupakan sesuatu tu..biasalah.. kita kan manusia.. skrg ni, jgn mengharap pada cinta manusia.. xpenah kekal.. cari cinta sejati.. cinta Allah dan Rasul... cintai diri sendiri... cinta pd keluarga.. memang, solat tu tiang agama.. tpi la ni, kite tengok, ramai gak yang solat.. tpi masih gak wat perkara2 yang dilarang, erm masih gak mengumpat, sedangkan tahu tu dosa besar.. kenape?tntu de yng masih kurang dalam solat kita tu.. so, dekat2 kan lah diri tu pd hal2 agama.. Allah tu Maha pengampun, lagi Maha Pengasih.. pintu taubat Nya sentiasa terbuka.. mintak dariNya agar pe je yang kita buat ni.. istiqomah.. jgn hangat2 tahi ayam je..(peringatan untuk diri sy gak).. so misz, jangan give up ye..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #13 14 June, 2011, 12:09:26 PM
  • Publish
  • buatlah perkara yang nafsu amat membencinya,iaitu bermujahadah melawan hawa nafsu.ikutlah cara hidup nabi Muhammad s.a.w dan amalkan Al-Quran sepenuhnya

    cikgusains

    • *
    • Posts: 138
    • allahuakbar....
      • View Profile
    Reply #14 14 June, 2011, 12:40:49 PM
  • Publish
  • ya Allah simpati + empati dengan comel+Alia

    semoga kedua insan ini tabah menghadapi kehidupan mereka
    teman ingat kehidupan teman je yang susah rupanya ada lagi yang lebih
    jerih dan payah' namun bersyukur kerana Allah masih sayang dan membuka jalan untuk
    berubah.

    mari sama-sama berubah keaarah yang lebih baik dalam kehidupan

    afiqah ramli

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #15 14 June, 2011, 01:02:48 PM
  • Publish
  •  :)

    ya ukhti.....bersyukurlah...ALLAH masih syngkn ukhti dan telah mnyedrkn ukhti dari lamunan yg terus hanyut...mcm ni la ukhti,ukhti mstilah cuba lbih mnghmpirkn diri dgn ALLAH dan orng2 yg berilmu agama...klw bleh berkwn dgn sejantina kite je...dont be give up tw...ingt ALLAH sentiasa brsma kita....

    hazanariah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #16 14 June, 2011, 01:29:41 PM
  • Publish
  •  :)
    saya cadangkan Alia hadiri la kelas2 kat JAKIM tu.. utk dkt kan diri dgn org2 berilmu.. dan belajar pelan2..insyaALLAH dipermudahkan...

    tang x pandai baca Quran tu... cuba baca tafsir /terjemahan dulu sambil2 mengaji dr org yg arif..
    "Wahai anak Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian yang indah sebagai perhiasan. Sebaik-baik pakaian bagimu adalah pakaian takwa. Itulah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan kamu selalu ingat"

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #17 14 June, 2011, 02:25:27 PM
  • Publish
  • Topik UTAMA ialah bagaimana melawan hasutan maksiat samada sesama jenis atau berlawanan jenis.

    Nafsu manusia dalam perihal seksual tidak mengenal gender.

    Perlakuan maksiat di lakukan kerana hasutan nafsu sex, ketagihan sex, kehendak sex yang tinggi.

    Di sulam pula dengan daya ketahanan diri yang rendah serta kekurangan iman.

    Andai adik mendakwa bahawa 'partner' adik memenuhi kepuasan adik, sebenarnya itu perasaan

    yang salah. Kepuasan itu boleh di perolehi dari lelaki maupun perempuan !!! Namanya pun pada

    perlakuan itu ialah kerana hubungan sex yang terlarang dan berdosa. Terang terang MAKSIAT.

    Tiada kepuasan dalam perkara sex kerana ianya menuntut kepada perkara yang berulang dan berulang.

    Tiada penamat dalam kehendak . Seperti kita menjamah makanan. Sesudah kenyang pasti nanti

    akan lapar lagi.

    Secara peribadi saya amat sedih dengan 'petaka' yang menimpa adik.

    Banyak banyak lah beribadat dan solat .

    Berpuasa.

    Mengurangkan makanan walau tidak berpuasa. Kurangkan jenis daging merah, (seperti daging lembu dan

     kambing) hidupan laut seperti

    ketam, udang , sotong.

    Kurangkan kacang2 yang membangkitkan nafsu sepert badam dan gajus mahupun petai.

    Lebihkan kepada protin putih seperti ayam dan ikan

    Banyak beriadah dalam perkara pergerakkan fizikal.

    Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

    Mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang menyimpang dari perkara

    yang menggalakkan nafsu.

    Melakukan perkara yang mendatang hasil seperti bekerja untuk tujuan menambahkan pendapatan.

    Kerana ini akan menggembirakan serta memberi kepuasan.

    Sentiasa berwuduk.

    Jauhi dari menyendiri. Isolate diri dengan menyendiri  boleh menimbulkan ilusi dan ketagihan kepada

    perkara maksiat.

    Berkumpul dengan sahabat2 yang membawa kepada perkara yang ceria.

    Jauhi kawan2 yang mengajak kepada kehendak nafsu.

    CONTROL MINDA.

    Ia adalah terapi yang paling baik.

    Apabila datang saja selera ke arah itu segeralah beristifar, berselawat, berzikir dan TANAM Nekad

    hanya mahukan hubungan jenis yang suci, murni dan di redai Allah swt.

    BUNUH RASA itu dengan rasa IHSAN (sedar di perhatikan Allah dan Malaikat Mungkar dan Nakir)

    NEKAD  mencari pasangan hidup yakni mendirikan rumahtangga.

    Seringan ringan maksiat ialah beronani. Yakni melakukan dosa demi mengelakkan dosa yang lebih besar.
    (Ini  perkara yang paling lemah iman )...


    KEJU : cukup wuduk untukKU

    :'(  :'(   :'(  :'(



    « Last Edit: 04 July, 2011, 11:40:38 PM by keju »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #18 14 June, 2011, 02:26:38 PM
  • Publish
  • Sy tak tahu baca Quran, yg sy ada ialah Bible peninggalan guardian sy yg sejak sy kecil. Bekas teman lelaki Islam tapi setelah dia kenalkan & ajar Islam kepada sy, tak lama selepas tu sy dapat tahu dia sebenar suami org dan sejak tu dia berkasar dengan sy sampai sy terpaksa tinggal dia terus, sy tertekan dan kecewa tapi pergi lebih baik dari terus dibodoh oleh bekas teman lelaki sy, masalahnya tapi sy tak belajar Islam semua lagi sebelum pisah dengan dia.
    Saudari boleh mendalami asas-asas Islam melalui pembacaan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang saudari percaya. Bila sinar hidayah tu Allah turunkan dalam hati, saudari boleh minta tolong orang yang kuat pegangan agama Islam untuk bersyahadah dan mendaftarkan keIslaman di Jabatan Agama.

    Dalam forum ni pun boleh saudari nak mendalaminya. Forumer banyak yang boleh membantu. Elok buka thread lain yang lebih sesuai dengan tajuk yang tepat dengan diri saudari.

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #19 14 June, 2011, 02:31:50 PM
  • Publish
  • :'(  :'(   :'(  :'(  :'(  :'(   :'(  :'(
    Sekadar ini pendapat saya..

    Insan yang paling daif, lemah dan kerdil di sisi Allah swt.

    Bersyukur kerana mampu menawan 'nafsu'. Rasa seperti manakluk sebuah negeri.

    SO = I,M a KING in my kingdom.

    I,m a queen in MUSLIM....


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    12840 Views
    Last post 17 November, 2012, 10:55:48 PM
    by afiQoh
    13 Replies
    7917 Views
    Last post 20 August, 2013, 10:16:57 AM
    by wan_sgmt
    2 Replies
    937 Views
    Last post 18 August, 2013, 02:45:14 PM
    by mashatul