Apakah cara atau corak perubahan pemakaian yang betul.

Poll

Apakah cara atau corak perubahan pemakaian yang betul.

Secara perlahan
13 (92.9%)
Secara mendadak
1 (7.1%)

Total Members Voted: 14

Author Topic: Apakah cara atau corak perubahan pemakaian yang betul.  (Read 1962 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

seri_anis

  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
06 February, 2011, 10:28:56 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    saya merupakan salah seorang dari wanita-wanita islam di malaysia..namun sejak kebelakangan ini saya dapat merasakan satu kekurangan atau kerugian yang sangat besar bagi saya kerana saya belum lagi mampu berpakaian seperti muslimah sejati..Alhamdulillah,saya dapat merasakan Allah itu menyanyangi saya dan sentiasa mengurniakan rasa pada hati saya supaya membuat perubahan..namun persoalannya di sini,insan serba kekurangan seperti saya ini selalu berlawan dengan persoalan dari mana perlu saya mulakan..sedikit demi sedikit atau terus berpakaian lengkap..di khuatiri perubahan mendadak membawa kesan negatif..cantik sungguh apabila seorang wanita itu di hiasi ilmu,budi,dan ketaatan pada Allah.tapi lebih cantik jika dapat diliputi lengkap keseluruhan auratnya setanding dgn ilmu yang di milikinya..mohon di bantu dan di bincangkan...wasalam

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #1 06 February, 2011, 10:53:48 AM
  • Publish Di FB
  • aduhai wanita melayu, malaysia

    elok dah tu baju kurung
    nama pun "kurung"

    tentulah ada perkara di kurung agar idaklah terDEDAH di mata orang

    bila suka kenakan seluar, baju pula singkat, memang mata lelaki lihat, seksi ....(maksiat di nampakkan indah, pada pandangan nafsu)

    pakai baju kurung, kain dalam jangan tak pakai, sebab jika selapis sahaja, kamu berdiri tengah panas, can see thru

    baju kurung tu, jika kamu tertonggek, idaklah nampak "pelik" punggung kamu

    sedangkan, ada yang suka pakai JUBAH, pulak tu selamba menonggek, tak perasan apa yang di pertontonkan
    (tonggek, menongeng)

    sebaik baiknya, pakaian tu, tidak menampakkan lekuk lekuk badan, jadi sesuai sangatlah baju kurung
    tentu tak ada siapa nak kata, amboi perubahan drastik
    namapun, melayu
    itulah pakaian, tudung tu jika kecil pun tak apa, jika labuh lebih elok
    ada juga wanita, yang memakai baju kurung, tudung kecil, tapi ada overcoat, nampak lebih lawa

    tapi takkan nak melawa saja, lebih elok jika kamu hendak mendirikan solat, boleh sahaja meneruskan Solat

    pakai telekung solat tu adat melayu sahaja

    pakaian menutup aurat, terus boleh solat

    maaflah bahasa jika puan puan berasa tak elok, tulisan ni berdasarkan, pemerhatian

    inshallah
    subhanallah

    emm

    • *
    • Posts: 133
      • View Profile
    Jawab #2 06 February, 2011, 12:08:37 PM
  • Publish Di FB
  • Salam. Alhamdulilah diberi hidayah untuk buat perubahan. Saya juga sentiasa belajar. Setiap hari ingin buat perubahan. Mungkin situasi saya dengan seri anis ini sama.

    Saya terfikir kalau nak 100% berubah dalam sekelip mata itu memang mustahil. Agaknya selalu risau apa kata orang nanti. Tiba-tiba pulak budak ni, dah nak mati ke? Sakit kanser ke? Kena jampi ke? Nak pegi mekah ke?

    Suatu hari terlintas di hati.. dosa aku, aku tanggung. Kenapa fikir sangat apa orang lain cakap. Ini adalah antara aku dengan Allah. Mereka siapa untuk menghakimi aku.
    Maka saya mula bertudung dan buat 'wardrobe makeover' sikit-sikt. Mini skirt disisihkan tukar skirt labuh. Jeans ketat ganti baju kurung(saudara al-ahibbatu, bukan semua perempuan muda itu tidak sedar tapi yang ada di pasaran yang baju jenis macam tu lah). Saya mengaku memang susah sangatx10.. Fikiran orang bukan di bawah kekuasaan kita. Kalau ada pengalaman leadership, lebih kurang macam tu lah...susah nak puaskan hati semua orang kan.

    Satu cara yang efektif bagi saya, wahai rakan wanita yang bijaksana selalulah berdamping dengan rakan-rakan yang solehah. kalau tak ramai pun sekurang-kurangnya ada satu. Kita akan tertarik dengan perwatakan mereka dan rasa lebih yakin untuk teruskan perubahan. Banyak ilmu boleh dapat juga.

    Beli baju di pasaraya memang buang masa dan membazir. Baju pun tak kena. Penyelesaiannya, beli kain je dan jahit baju sendiri.

    Corak pemikiran juga sebenarnya dipengaruhi oleh cara hidup. 'Cover2' juga tapi nak juga kalau trendy sikit. Dari pemerhatian, ramai orang macam tu kan (mungkin ini yang dimaksudkan oleh saudara al-ahibbatu). Mungkin ilmunya belum sampai pada mereka. Atas sebab tadi lah. Cara hidup. Orang macam ni tak cukup kalau cuma perli2 dan bagi ceramah. Bila ada bala atau malapetaka baru nak sedar. Sebabnya bukan mereka tak tahu, tapi tak mahu.


    'We cover doesn't mean we close our mind. Do not ever be the victim of fashion.'

    seri_anis

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #3 06 February, 2011, 02:27:07 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:
    terima kasih kepada al_ahibbatu... pemakaian baju kurung itu benar..namun sy yakin ramai muslimah yg lebih faham dgn maksud sy mengenai pemakaian muslimah sejati yang sebenar..bukan sekadar berpakaian baju kurung..tapi berstokin kaki dan berstokin tangan...sy berbaju kurung juga..Alhamdulillah..tp masih belum merasa cukup..kerana pergelangan tangan itu aurat...nampak simple..pakai je la kan semua tu..tapi tak sekuat itu...sy perlu usaha kan juga supaya ia tak separuh jalan sahaja...

    terima kasih juga pada saudari yang memberi nasihat...Alhamdulillah banyak juga yang saya dapat dr nasihat kamu...mmg betul...saya perlukan rakan2 yang benar2 menjalani kehidupan muslimah sebenar mcm ni..kerana bukan mudah...tak semua tempat boleh berbaju kurung...bukan ketika lasak2 dgn segala urusan..bukan ketika berkenderaan motor...namun sy dapat lihat ade yang mampu menutup dgn lengkap walau pn bukan dgn berbaju kurung...itu yang saya tertanya2...kekuatan itu....utk lakukan seperti itu..bagaimana..kerana mungkin sy wanita yang masih cetek akalnya,mohon di perbetulkan jika ada yang salah...   

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Jawab #4 06 February, 2011, 03:43:46 PM
  • Publish Di FB
  • tak semua tempat boleh berbaju kurung...bukan ketika lasak2 dgn segala urusan..bukan ketika berkenderaan motor...namun sy dapat lihat ade yang mampu menutup dgn lengkap walau pn bukan dgn berbaju kurung...itu yang saya tertanya2...kekuatan itu....utk lakukan seperti itu..bagaimana..kerana mungkin sy wanita yang masih cetek akalnya,mohon di perbetulkan jika ada yang salah...

    naik motor tak boleh pakai baju kurung? boleh jer.. asalkan pakai seluar kat dalam baju kurung...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 255
      • View Profile
    Jawab #5 06 February, 2011, 06:27:19 PM
  • Publish Di FB

  • .. dosa aku, aku tanggung. Kenapa fikir sangat apa orang lain cakap. Ini adalah antara aku dengan Allah.
    Mereka siapa untuk menghakimi aku.

    'We cover doesn't mean we close our mind. Do not ever be the victim of fashion.'
    Betul tu emm... -motivasi diri sendiri. Yang tanggung kita, bukan orang yang bercakap tu. Usah hiraukan komen -ve. Cari komen membina!

    ROHANIKU

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #6 22 February, 2011, 03:06:51 PM
  • Publish Di FB
  • tak semua tempat boleh berbaju kurung...bukan ketika lasak2 dgn segala urusan..bukan ketika berkenderaan motor...namun sy dapat lihat ade yang mampu menutup dgn lengkap walau pn bukan dgn berbaju kurung...itu yang saya tertanya2...kekuatan itu....utk lakukan seperti itu..bagaimana..kerana mungkin sy wanita yang masih cetek akalnya,mohon di perbetulkan jika ada yang salah...

    naik motor tak boleh pakai baju kurung? boleh jer.. asalkan pakai seluar kat dalam baju kurung...
    bleh jer,lagi selesa..pkai seluar kat dlm...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    4577 Views
    Last post 11 July, 2012, 09:48:03 PM
    by khattab_01
    4 Replies
    3972 Views
    Last post 21 March, 2012, 10:03:47 AM
    by Atie Azhar
    7 Replies
    7178 Views
    Last post 21 March, 2012, 12:21:11 PM
    by Fakir Billah