Bagaimana Mengatasi Ketagihan Seks

Author Topic: Bagaimana Mengatasi Ketagihan Seks  (Read 22550 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

jamilaripin

  • *
  • Posts: 68
    • View Profile
Jawab #20 08 February, 2011, 09:55:43 PM
  • Publish Di FB
  • mudah saja kalau dia nak bagi saja habis cerita...:senyum:

    msa

    • *
    • Posts: 1577
      • View Profile
    Jawab #21 08 February, 2011, 10:37:33 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Dapatkan dia seorang teman RAPAT yang Soleh. Teman Rapat Yang Soleh ini akan sentiasa menemani dia. Sebagaimana hikmah Malaikat Dan Para persuruh ALLAH Taala
    Nabi Musa A.S. dengan Seorang Teman mencari Nabi Khidhir A.S.
    Malaikat turun ke Bumi pun berteman seperti Harut & Marut.

    Apa yang penting mesti ada Teman YANG SOLEH.

    Inikan pula suadari berkenaan memang payah kalau nak suruh dia berjalan sorang.

    Semoga kita semua bertolong-tolong di dalam membuat amal kebaikan. Insya ALLAH

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Ya....dia perlukan TEMAN yang SOLEHAH...ajak dia berkawan dengan kawan2 yang baik2...ini akan mendorongnya melakukan kebaikan..

    "Tegakkan sembahyang pada waktu siang dan malam, sesungguhnya amal kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan (dosa), Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. " (Surah Hud: 114)

    Harus bernikah untuk mengelakkan Maksiat - dan Maksiat itu banyak kali dan beberapa surah di nyatakan di dalam AL-Quran -

    jikalau mampu godaan NAFSU bawa bawalah PUASA-
    sesungguhNya Puasa itu menolak Kuasa Nafsu -
    rapatkan diri dengan perkara yg di rehdai seperti Solat ,
    kiamulai - ceramah dan sbb...
    bergaul lah dengan teman yg membantu ....
    (senyum)

    nikah dengan sapa ek? dah ada calon ke? nak ke nikah dengan orang sebarang sebab nak elak maksiat?

    Betul dah apa yang 5zul kata tu...nikah untuk mengelakkan maksiat...

    Namun semudah itukah?

    Seperti soalan Iffah...dengan siapa dia nak bernikah? dah ada calon ke? dah mampu ke?

    Jadi jalan terdekat adalah dekatkan dia dengan kebaikan...muslimah90 perlu bantu....jangan sisihkan dia...ajak dia berkawan dengan orang yang baik2...terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan itu sudah baik...insyaAllah..

    Ibarat menarik rambut dari dalam tepung...rambut jangan putus tepung jangan berserak...

    ~ Begin with the End in Mind ~

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #22 09 February, 2011, 12:42:21 PM
  • Publish Di FB
  • Salah satu jalan membendung nafsu syahwat ialah berpuasa serta bermujahadah memelihara pancaindera zahir seperti mata, lidah, telinga, deria bau, tangan, kaki serta kemaluan, berusahalah menjauhi segala perkara yang mendekati zina, manakala pancaidera batin iaitu hati dan pemikiran juga begitu, bersungguh-sungguh menghindari dari segala perkara yang mendekati zina seperti berangan-angan, berfantasi, mengingat-ingat dengan syahwat dan lain-lain lagi.

    Jika semua ini sudah dilaksanakan dengan jihad yang kental, tapi syahwat masih lagi tak terbendung, maka  kelihatannya tiadalah jalan lain lagi melainkan pernikahan yang sah. Itu saja penawarnya....Insya Allah, jika benar-benar bertaubat KERANA ALLAH, Allah akan temukan dengan pasangan yang baik...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    crazyghostseekers

    • *
    • Posts: 119
    • KeKaSiH Ku.....!
      • View Profile
    Jawab #23 09 February, 2011, 02:51:01 PM
  • Publish Di FB
  • tringin pulak den nak meng "crazy" kan diri di sini pulak....
    PERINGATAN : bahasa den kali ni agak kasar dan terbuka tuk yang paham.. yang x paham tu buat cerdiknya je sudah lah ye... sbb komen aku ni berdasarkan pemahaman aku sendiri.. x amik mane2 otak pun..

    Ape hukum melancap? ikut fahaman aku,, melancap x haram.. cume pembaziran air mani dan juga air pempuan punya.. kalau selalu sangat melancap,, takut nanti berkurangan pulak air nya.. camne nak buat anak? kalau perempuan pulak,, kalau selalu bersetubuh,, x kurang ke air nya? maybe bila 1st buat,, banyak gila air ble dah klimaks..

    Ikut ape yang aku paham,, air tu kalo tengah banyak,, memang asik "gatal" je manjang.. memang rase nak seks je..baru lepas "dapat",, nak lagi dan lagi,, lagi,, lagi.. pagi petang smpai malam dan subuh pun nak lagi.. sehari x tau lah berapa banyak kali mandi wajib tah..

    1 cara yang ikut pale otak aku,, beli lah sebuah boneka yang ade rupa bentuk "kepunyaan" lelaki,, beli sebiji.. kalau boleh,, beli yang auto punya.. boleh bergerak sendiri..dari kita melakukan seks terlarang dengan bercantum dengan orang yang bukan mahram,, baik buat macam ni.. puas tu sama jugak.. kalo buat dengan orang,, kan ade stop2... ni kalau pakai boneka tu,, pasang je bateri,, nak 24 jam terus jalan pun x pe..

    kan lelaki nafsunya cume ade 1,, dan perempuan pulak ade 9 nafsu.. betul x? x hairan lah perempuan tu memang punya keinginan seks yg kuat..

    jika di fikir ikut logic akal,, memang patut pun lelaki tu cume ade 1 nafsu.. sbb,, takut air mani kering kalo seari 8 kali buat seks.. camne nak buat anak kalo abis air mani? kalau pempuan,, main 20 kali sehari pun tetap boleh buat anak kalo lelaki tu  "ter" pancut dalam..

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Jawab #24 09 February, 2011, 03:25:40 PM

     :)

    Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). - Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-A'raf ayat ke 201.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    khalifah80

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #25 09 February, 2011, 03:55:21 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum tuan2 klu bab utk overcome this prob >Ketagihan SEX menurut pelajar junior <ni sy xberapa pandai sangat maklumlah sy ni cetek ilmu agama, cuma bagi pendapat saya perkara paling pokok lagi adalah tentang solat insyallah klu kita jaga solat kita benda2 camni dapat diatasi melalui iman yang kuat insyallah....

    “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 45).

    <Maaflah Sy Ni Budak Baru Belajar Agama>

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #26 09 February, 2011, 03:58:20 PM
  • Publish Di FB
  • usah ribut ribut.... kita di sini mahu kan kesefahaman... (Senyum)

    Pertanyaan:
    Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

    Jawapan:

    Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,

    وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

    “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

    Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
    Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

    Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
    Rasulullah SAW,

    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

    “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

    Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

    Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

    Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
    Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

    Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

    ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

    “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

    Rujukan:
    Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    khalifah80

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #27 09 February, 2011, 04:30:56 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamudlilah jawapannya lagi terang lagi bersuluh ya ustaz mudah-mudahan forum ni dpt memberi manafaat bagi saudara lama dan juga saudara yang baru insyallah  :ins:

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Jawab #28 09 February, 2011, 10:11:02 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...

    Ana igin meminta pandangan semua halaqian..
    pada suatu hari datang seorang junior perempuan kepada ana secara personal.
    dia menceritakan yang dia ketagih se*s. setiap hari dia akan overnight bersama lelaki untuk memuaskan nafsunya.
    dia meminta ana menolongnya berubah dan meninggalkan kegiatannya itu.

    Apakah tindakan yang selanjutnya harus ana ambil?

    Begitulah jika hukum Islam tidak diamalkan.
    Kalau amal hukum Islam sudah tentu masalah-masalah sebegini dapat diselesaikan dengan baik.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    msa

    • *
    • Posts: 1577
      • View Profile
    Jawab #29 10 February, 2011, 03:48:02 AM
  • Publish Di FB
  • tringin pulak den nak meng "crazy" kan diri di sini pulak....
    PERINGATAN : bahasa den kali ni agak kasar dan terbuka tuk yang paham.. yang x paham tu buat cerdiknya je sudah lah ye... sbb komen aku ni berdasarkan pemahaman aku sendiri.. x amik mane2 otak pun..

    Ape hukum melancap? ikut fahaman aku,, melancap x haram.. cume pembaziran air mani dan juga air pempuan punya.. kalau selalu sangat melancap,, takut nanti berkurangan pulak air nya.. camne nak buat anak? kalau perempuan pulak,, kalau selalu bersetubuh,, x kurang ke air nya? maybe bila 1st buat,, banyak gila air ble dah klimaks..

    Ikut ape yang aku paham,, air tu kalo tengah banyak,, memang asik "gatal" je manjang.. memang rase nak seks je..baru lepas "dapat",, nak lagi dan lagi,, lagi,, lagi.. pagi petang smpai malam dan subuh pun nak lagi.. sehari x tau lah berapa banyak kali mandi wajib tah..

    1 cara yang ikut pale otak aku,, beli lah sebuah boneka yang ade rupa bentuk "kepunyaan" lelaki,, beli sebiji.. kalau boleh,, beli yang auto punya.. boleh bergerak sendiri..dari kita melakukan seks terlarang dengan bercantum dengan orang yang bukan mahram,, baik buat macam ni.. puas tu sama jugak.. kalo buat dengan orang,, kan ade stop2... ni kalau pakai boneka tu,, pasang je bateri,, nak 24 jam terus jalan pun x pe..

    kan lelaki nafsunya cume ade 1,, dan perempuan pulak ade 9 nafsu.. betul x? x hairan lah perempuan tu memang punya keinginan seks yg kuat..

    jika di fikir ikut logic akal,, memang patut pun lelaki tu cume ade 1 nafsu.. sbb,, takut air mani kering kalo seari 8 kali buat seks.. camne nak buat anak kalo abis air mani? kalau pempuan,, main 20 kali sehari pun tetap boleh buat anak kalo lelaki tu  "ter" pancut dalam..

    Pertanyaan:
    Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

    Jawapan:

    Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,

    وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

    “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

    Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
    Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

    Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
    Rasulullah SAW,

    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

    “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

    Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

    Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

    Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
    Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

    Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

    ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

    “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

    Rujukan:
    Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.

    Subhanallah...

    Kiriman 5zul ini merupakan respon kepada kiriman crazyhostseekers.....semoga jelas... Janganlah kita mengikut cara-cara dan perlakuan orang kafir...

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut (mengikut) agama/tatacara mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah:120)

    Nabi bersabda, “Sungguh, kamu akan mengikuti (dan meniru) tradisi umat-umat sebelum kamu, bagaikan bulu anak panah yang serupa dengan bulu anak panah lainnya. Sampai kalaupun mereka masuk ke lubang dhob niscaya kamu akan masuk ke dalamnya pula.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasranikah?” Baginda menjawab, “Lalu siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim).

    Sila baca di sini juga:

    1) Syahwat & Gejala Onani : Mampu Menghancur Umat Islam

    2) Hukum Onani Lelaki & Wanita

    3) Bahaya Nafsu Lelaki

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #30 10 February, 2011, 09:43:16 AM
  • Publish Di FB
  • Beronani/melancap tu = zina tangan......berzina hakiki apabila masuk kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan sekadar 'hasyafah' atau lebih. Berpegangan tangan lelaki-perempuan bukan mahram dikira dah mendekati zina. Jika bersyahwat dikira zina tangan, zina hati dan lain-lain zina, belum zina hakiki.....Syarak membolehkan berpegangan/bersentuhan dalam kes-kes keperluan/kecemasan seperti berubat dan seumpamanya. Tapi kalau berubat disertai syahwat, ianya tetap berdosa.

    Zina mata dengan melihat dan bersyahwat.
    Zina telinga dengan mendengar dan bersyahwat.
    Zina hidung/bau dengan membau wangi/tubuh orang lain dengan bersyahwat.
    zina kaki dengan menggerakkan kaki ke arah zina dengan bersyahwat.
    Zina hati dengan teringin beserta syahwat. Bila beli patung atau alat mainan, kemudian menggunakannya untuk memuaskan syahwat, kira zina juga tapi bukan zina hakiki yang boleh dihukum hudud.

    Setahu saya dan menurut pendapat peribadi saya, apabila beronani, keluar benih/air mani. Kualiti benih akan menurun, kekuatan tenaga batin juga semakin berkurang. Apabila bernikah, ada juga yang masih beronani sebab ketagih dan katanya tiada kepuasan. Macamana tak ketagih, hasutan setan dah sebati dalam darahnya. Rahim orang perempuan yang mengamalkan onani juga boleh 'effect' dari segi kekuatannya serta kesuburannya. Kemungkinan dan tak mustahil, dia mudah mengalami keguguran. Anak-anak yang lahir juga kurang berkualiti sebab terhasil dari benih yang tak berkualiti.

    Bersyahwatnya seseorang apabila kemaluannya terangsang (faham-faham la ye!) Sebab itu nikah itu teramat digalakkan/sunat kepada yang mampu zahir dan batin. Allah dan Rasul pun perintahkan, permudahkanlah pernikahan itu, perempuan yang baik, yang cepat nikahnya dan murah maharnya.

    Bila mudah pernikahan, susahlah perzinaan. Menangislah Iblis setan dan kuncu-kuncunya. Dapat pahala bernikah ni. Ada ganjarannya sebab bernikah lawannya zina, berzina berdosa dan dapat seksaan di akhirat apabila tiadanya keampunan Allah yang Ar-Rahman Ar-Rahim. Darjat solat orang yang sudah bernikah tak sama dengan orang yang belum, kecuali orang-orang pilihan Allah yang 'tertentu'.

    Wallahuaklam..

    amz

    • *
    • Posts: 36
    • IsLaM iS mY LifE
      • View Profile
    Jawab #31 08 April, 2011, 05:39:45 PM
  • Publish Di FB
  • SIBUKKAN LAH DIRI DENGAN ALLAH, NESCAYA ANDA TIDAK AKAN MEMPUNYAI KESEMPATAN UNTUK BERFIKIR TENTANG SEKS... DAN UNTUK TENANGKAN HATI BERKAHWINLAH...MOGA BERTAMBAH RAHMAT ALLAH S.W.T....
    "WaNiTa YaNg IdEaL iAlAh WaNiTa YaNg TidAk AkAn diUbaH OleH aRuS dUniA,
     BaHkaN DiA YanG MenGubaH DuniA deNgan iMan DaN AkhLakNya..."

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #32 08 April, 2011, 05:54:29 PM
  • Publish Di FB
  • -salam-

    Saya nak minta pendapat halaqian yang lain pasal cadangan saya.
    Macam mana kalau dia guna "alat mainan" tu untuk puaskan nafsu dia?

    -salam-

    Itu juga termasuk dalam onani

    baca kat sini insyaAllah membantu,

    Hukum Onani Dalam Islam
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #33 08 April, 2011, 08:48:52 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Kadang kadang kita susah untuk menasihati insan sebegini kerana kita tidak ditempat mereka, darah daging mereka sudah sebati dengan maksiat,amat payah untuk berubah melainkan....tekad dalam hati untuk berubah...ini yang pertama...kemudian taubat nasuha pada Allah...tiap kali lepas solat suruh dia taubat pada Allah...yang kedua pesanan yang memang saya sentiasa cakap iaitu beralih kepada kawan yang membawa kepada kebaikan zahir dan batin.insyaallah berjaya...

    Susah untuk menasihati? Sekurang-kurangnya kita telah menyampaikan pada mereka. Darah daging yang sudah sebati? Tak ada yang mustahil dalam dunia ni,bila-bila masa saja Allah boleh memberi hidayah padanya. Bila kawan ini sudah mengadu dan meminta pertolongan daripada kawan untuk mengatasi masalah ini, bermakna masih tersimpan sedikit iman di dalam hatinya dan bermakna dia sedar apa yang dilakukannya tidak baik. Kita bertanggungjawab untuk menguatkan lagi tekad dia untuk betul-betul tekad meninggalkan perbuatan itu. Sesungguhnya Allah berkuasa membolak-balikkan hati manusia.
    « Last Edit: 08 April, 2011, 09:06:53 PM by Iffah Muhsin »
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Jawab #34 08 April, 2011, 08:58:13 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...

    Ana igin meminta pandangan semua halaqian..
    pada suatu hari datang seorang junior perempuan kepada ana secara personal.
    dia menceritakan yang dia ketagih se*s. setiap hari dia akan overnight bersama lelaki untuk memuaskan nafsunya.
    dia meminta ana menolongnya berubah dan meninggalkan kegiatannya itu.

    Apakah tindakan yang selanjutnya harus ana ambil?

    sama dengan kes yang aku alami di facebook..menjadi pendengar dan pembimbing. dia memerlukan seseorang, seseorang yang boleh sentiasa berpesan.pesan apa?semua pahamkan?tu je.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #35 09 April, 2011, 01:28:54 AM
  • Publish Di FB
  • Berpesan-pesan pada kebenaran, berpesan-pesan pada kesabaran.. Walau siapapun kita, kita tetap perlukan teguran.. Sama ada memberi atau menerima..

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #36 09 April, 2011, 01:01:12 PM
  • Publish Di FB
  • saya caangkan tiap hari bebelkan tentang bahaya zina,sedangkan zina mata pun dah merbahaya inikan pul sebenar-benar zina.Jagalah pemakanan kita pastikan ianya dari sumber yang halal dan punca pendapatan adalah dari yang halal.Tetapi sayang semua makanan umat Islam telah dipegang oleh yang bukan Islam.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #37 09 April, 2011, 01:18:20 PM
  • Publish Di FB
  • 'semua makanan?' tidaklah sampai ke tahap itu lagi. Mi, bihun, kuewtiow, fishcake, sosej, burger, fishball, ayam, kambing, lembu, beras, sayur-sayuran masih dipelapori oleh orang islam bumiputera. Kita masih banyak pilihan.

    msa

    • *
    • Posts: 1577
      • View Profile
    Jawab #38 10 May, 2011, 08:16:00 AM
  • Publish Di FB
  • Kekang nafsu 'gelap'

    (Ruangan Bimbingan oleh Ustaz Zaharuddin)

    BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

    Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

    Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

    Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

    Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

    Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

    Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

    Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

    Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
    Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

    Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

    Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

    Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

    Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

    Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

    Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

    Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

    Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

    Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

    Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

    Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

    Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

    Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

    Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

    Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

    Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?

    Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

    Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

    Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

    Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

    Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:

    = Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.

    = Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.

    = Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.

    = Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

    = Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

    = Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

    = Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

    = Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.

    = Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

    = Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.

    = Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.

    = Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

    = Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

    SUMBER: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kekangnafsugelap/Article/index_html

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Jawab #39 10 May, 2011, 08:25:04 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Anataranya...
    Penatkan badan dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti berenang & berjogging & menunggang kuda.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    6960 Views
    Last post 20 August, 2013, 10:16:57 AM
    by wan_sgmt
    39 Replies
    12901 Views
    Last post 15 April, 2012, 06:09:39 PM
    by Lola Carrero
    2 Replies
    1558 Views
    Last post 11 March, 2011, 05:10:15 PM
    by anasameen