Bagaimana Mengatasi Ketagihan Seks - Page 1

*

Author Topic: Bagaimana Mengatasi Ketagihan Seks  (Read 29009 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 February, 2011, 06:00:29 AM
  • Publish
  •  assalamualaikum...

    Ana igin meminta pandangan semua halaqian..
    pada suatu hari datang seorang junior perempuan kepada ana secara personal.
    dia menceritakan yang dia ketagih se*s. setiap hari dia akan overnight bersama lelaki untuk memuaskan nafsunya.
    dia meminta ana menolongnya berubah dan meninggalkan kegiatannya itu.

    Apakah tindakan yang selanjutnya harus ana ambil?
    « Last Edit: 02 January, 2013, 04:09:34 PM by PenaHalaqah »

    Reply #1 06 February, 2011, 08:06:28 AM
  • Publish
  •  :ins:

    daripada sunnah rasulillah hanya ada 2 perkara boleh buat

    pertama: menikah

    kedua: berpuasa (zahir bathin)

    kenyataan Allah yang paling simple, YET, ramai melakukannya ialah
    " Janganlah Melampau"

    atau kenyataan dari arah lain: hidup bersederhana lah

    antara nikmat Syurga ialah, bersetubuh
    sebab itulah di sunnahkan, menikah

    jika sekiranya di ROGOL, but yang kena ROGOL tu ENJOY IT - lain kali dia terngiang ngiang mahu lagi
    (laporan kes ROGOL - sebenarnya banyak kes BERZINA)

    sebab tu nabi beritahu, TAK akan SESAT
    siapa yang mahu IKUT al Quran dan sunnah

    tidakkah kamu mahu memikirkannya?
    mengapa kamu takmahu berfikir?

    Inshallah ya, jauhi Zina, menikahlah

    atau jika mahu cara lain, sila PM

    Reply #2 06 February, 2011, 12:24:39 PM
  • Publish
  • Salam. Muslimah90, umur adik ni dalam awal 20-an la ye. Saya agak mungkin baru masuk Uni la kan. Semua universiti ada pusat kaunseling. Sila bawa rakan anda ke pusat tersebut. Atau berjumpa dengan guru agama (ustazah) yang anda rapat/kenal. Alhamdulillah dia ada kesedaran. Jangan pandai-pandai buat apa2. BANTU DIA DAHULU DENGAN MERUJUK PIHAK YANG BERKENAAN. Siapa pula yang suruh Pm konon kat atas tu. Jangan layan.

    Reply #3 06 February, 2011, 01:44:16 PM

    Saya setuju!

    Kita perlu rujuk mereka yang lebih berpengalaman dan berilmu...

    Jika tindakan sesuka hati yang diambil mungkin akan membawa kepada kejadian yang lebih parah..
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Reply #4 06 February, 2011, 04:11:34 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    Ana igin meminta pandangan semua halaqian..
    pada suatu hari datang seorang junior perempuan kepada ana secara personal.
    dia menceritakan yang dia ketagih se*s. setiap hari dia akan overnight bersama lelaki untuk memuaskan nafsunya.
    dia meminta ana menolongnya berubah dan meninggalkan kegiatannya itu.

    Apakah tindakan yang selanjutnya harus ana ambil?

    bgus la kawan muslimah90 ada keinginan untuk berubah.
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    Reply #5 06 February, 2011, 05:24:44 PM
  • Publish
  • minta dia istighfar banyak2. Ingatlah azab Allah, bile2 boleh turun. Jika Allah mahu, time dia buat perkara maksiat Allah turunkan bala, dia akan dapat susah dan malu.

    Istighfar sebanyak2nya. Bile datang nafsu mahukan perkara keji itu, ingat Allah. Istighfar,istighfar,istighfar.

    Jangan duduk sendirian. Sentiasa ada teman berbual2. Baca Quran hari2, Berpuasalah selang sehari supaya menundukkan nafsunya.

    Muslimah90, bantulah sahabat yang mahu berubah itu. Sentiasa buat follow-up dengannya. Kalau boleh hubunginya tiap masa sementara ia mahu berubah.

    Jauhi lelaki2 yang bukan mahram. Jangan hubungi mereka lagi. Jangan sms atau angkat telefon lelaki berkenaan kerana dikhuatri niatnya akan pudar setelah mendengar pujuk rayu syaitan yang bertopengkan lelaki.

    Jika Muslimah90 punyai kekuatan, motivasikan diri sahabat itu. Ceritakan akan kesan2 seperti penyakit kelamin yang dahsyat sehingga membawa maut, penyakit2 seperti HIV, jangkitan kuman dan sebagainya.

    Ingatkan dia akan kesannya sekiranya Allah mahu tunjukkan kuasaNya. Kemungkinan ia akan hamil luar nikah, walaupun telah memakai alat perlindungan.

    Ajaknya jalankan aktiviti2 sihat di kampus. Jauhi sekali2 lelaki yang menggodanya. Tanyakan pada ia apa yang membuatkan ia sukar menolak aktiviti maksiat berkenaan.

    Bile dapat tahu puncanya, cubalah sedayanya jauhi dan tutup punca tersebut. Beri kekuatan kepadanya, bimbing ia bertaubat nasuha.

    Saranan forumer di atas itu, praktikkanlah jika si dia itu telah bersedia mahu berkongsi dengan pihak yang berkenaan. Bukan semua orang sedia berkongsi perkara memalukan ini ke pihak berkenaan. Barangkali ada sesuatu pada Muslimah90 yang menariknya menceritakan segala perkara memalukan ini. Gunakan peluang yang diberi ini membantu sehabisnya sahabat itu.

    Apepun, perkara serius ini jangan dibiarkan, selamatkan sahabat tersebut sebelum terlambat. Mohon bantuan Allah sebanyak2nya. Sedekahkan Fatehah selalu kepada rohnya. Mudah2an ia berubah

    Semoga Allah memberi bantuan kepada kalian berdua. Amin

    Wallahua'lam
    « Last Edit: 06 February, 2011, 05:30:06 PM by ana_muna141 »

    Reply #6 06 February, 2011, 07:01:06 PM
  • Publish
  • assalamu'alaikum....

    cube tanye dari segi pemakanan die...kadang2 makanan yang kite ambik ni boleh menyebabkan nafsu shahwat naik....

    Allahu'alam

    Reply #7 06 February, 2011, 09:27:57 PM
  • Publish
  •  :)

    Kadang kadang kita susah untuk menasihati insan sebegini kerana kita tidak ditempat mereka, darah daging mereka sudah sebati dengan maksiat,amat payah untuk berubah melainkan....tekad dalam hati untuk berubah...ini yang pertama...kemudian taubat nasuha pada Allah...tiap kali lepas solat suruh dia taubat pada Allah...yang kedua pesanan yang memang saya sentiasa cakap iaitu beralih kepada kawan yang membawa kepada kebaikan zahir dan batin.insyaallah berjaya...

    Reply #8 06 February, 2011, 10:02:29 PM
  • Publish
  •  :)

    Bagi saya, tidak ada yang mustahil tetapi kesungguhan kawan awak itu dalam meninggalkan maksiat sepenuh hati adalah sangat penting. Sebabnya ya lah, nak jadi baik, berubah bukan perkara yang mudah, ianya menuntut pengorbanan yang sangat besar dan drastic, yang mana ada diuji dengan persekitaran jugak tapi insya Allah mesti Allah bantu kalau kita sedang menuju jalan Nya.

    Mula-mula sekali suruh lah kawan awak bertaubat. Minta ampun pada Allah atas segala kesalahannya. Kemudian MESTI banyakkan bersabar kerana itulah kunci untuk tidak kembali mengulangi perbuatannya. Dia juga harus ikhlas dan jujur kepada Allah. Maknanya nak buat apa pun, jujurlah dengan Allah, malulah dengan Allah dulu, baru fikir malu dengan orang lain.

    Seterusnya harus taat, sesungguh-sungguh taat. Ini membawa maksud, kerajinan beribadah. Sebabnya, melalui ibadah yang bersungguh itu lah baru nak datang kekuatan untuk bersabar tadi. Sabar itu tak terjadi tiba-tiba melainkan melalui amal yang diterima Allah. Jadinye kalau dia selama ini hanya memenuhkan tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam, skarang dh kena upgrade la jadi tambah dengan solat sunat semua untuk mendapat kedekatan kepada Allah. Ye lah, tak sama orang yang dah banyak berbuat dosa dengan orang yang tak berbuat dosa, tak bolehlah dibandingkan ibadat wajib orang biasa-biasa dengan kita yang nak bertaubat.

    Kemudian banyakkan bersedekah kerana sedekah juga akan menambah kekuatan kita.Ianya seperti air yang memadamkan api. Gunakanlah tenaga atau apa-apa sumber yang kita ada untuk berbakti kepada orang lain.

    Istiqfar dan minta ampun selalu selepas solat dan setiap kali dosa-dosa lama terlintas, terus beristiqfar.

    Mintalah ampun di penghujung malam (waktu sahur) dengan bertahajud, insya Allah tahajud yang consistent akan memberi kawan awak kekuatan untuk berubah.

    Ini adalah cara-cara yang digariskan Al-Quran, jalankanlah dengan ikhlas, dan janji Allah tidak pernah salah. Kepada muslimah pulak, semoga awak berjaya menjadi lorong yang membawa kawan awak kepada Allah dengan cara paling berhikmah;) All the bestt~!!

    -sumber ceramah ustat Mutalib yayasan An-Nadhoh Pulau Pinang, tafsir Ali-Imran 16-17.

    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    Reply #9 06 February, 2011, 10:37:13 PM
  • Publish
  • 1) cerita tentang AZAB ALLAH

    2) cerita tentang azab terhadap GOLONGAN WANITA yang nabi nmpak waktu israk mikraj..

    3) doa kan dia..

    4) mintk dia doa banyak2

    5) usaha jauhkan dia dengn pasangan dia..citrit slow2 tentng AKIBAT couple.. jangan dalam 1 MASA terus tazkirah semua...pelan2..

    6) selalu lah ada untuk dia, lungkan masa keluar bersama..belanja dia makan, tolong di buat apa2...
    biar dia rasa awak memang SAHABAT dia dan makin dia mempercayai awak.

    7) luahkan yang apa yang awak nasihat ni semata2 sebab SAYANGKAN DIA, takmau dia jauh..

    8) susah,memang susah untuk lupakan lelaki lagi2 dah "kene tebuk" dan dia pon cakap ketagih...SELALULAH LUANGKAN MASA DENGAN DIA.

    Soalan : Awak dengan kwan awak tu tinggal di asrama ke?
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    Reply #10 06 February, 2011, 10:43:37 PM
  • Publish
  • Salam. Muslimah90, umur adik ni dalam awal 20-an la ye. Saya agak mungkin baru masuk Uni la kan. Semua universiti ada pusat kaunseling. Sila bawa rakan anda ke pusat tersebut. Atau berjumpa dengan guru agama (ustazah) yang anda rapat/kenal. Alhamdulillah dia ada kesedaran. Jangan pandai-pandai buat apa2. BANTU DIA DAHULU DENGAN MERUJUK PIHAK YANG BERKENAAN. Siapa pula yang suruh Pm konon kat atas tu. Jangan layan.

    bro..  dia x nak diri dia di kenali.. kalau x,,buat ape dia nak tanye kat sini.. dia nk cara2,, tolong je lah bagi cara2.. kalau betul lah kaunseling kat sekolah @ kolej tu boleh membantu,, x  kan lah remaja2 kita ni banyak yg sukakan seks... MERUJUK PIHAK BERKENAAN...?? idung mata maybe same je rupanya,, tapi akal lain2... ade orang,,cara dia cmtu,, ade orang,, x nak tunjuk muka sebab x nak dikenali.. so,, cube lah tolong ckp sesuatu yg maybe boleh tlong dia.. itu saje...

    Reply #11 06 February, 2011, 10:49:38 PM

    mesti dia malu punye..kaunseling tak boleh, malu...tak pasal2 putus kawan...jauh budak tu nanti.. kaunseling ni BUKAN BOLEH PERCAYA SANGAT (ni pengalman en la..walaupun etika kauneling tak boleh beritahu orang lain ape yang diluahkan pelajar ,tapi yang sedihnya guru kaunseling menbocorkan rahsia itu...sorylah kalau pelajar lain nak rujuk guru kaunseling lagi..kalau perangdai dah cam tu..TAPI TAK SEMUA GURU KAUNSELING GITU)

    Reply #12 07 February, 2011, 01:06:23 AM
  • Publish

  • "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israa': 32)

    * Jauhilah jalan2 yang membawa kepada zina...maksudnya jauhilah perkara2 yang boleh membangkitkan nafsu syahwat...itulah antara cara mengatasinya...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #13 08 February, 2011, 02:55:17 PM
  • Publish
  • Salam. Muslimah90, umur adik ni dalam awal 20-an la ye. Saya agak mungkin baru masuk Uni la kan. Semua universiti ada pusat kaunseling. Sila bawa rakan anda ke pusat tersebut. Atau berjumpa dengan guru agama (ustazah) yang anda rapat/kenal. Alhamdulillah dia ada kesedaran. Jangan pandai-pandai buat apa2. BANTU DIA DAHULU DENGAN MERUJUK PIHAK YANG BERKENAAN. Siapa pula yang suruh Pm konon kat atas tu. Jangan layan.

    ye ana awal 20 an... ana rasa bertanggungjawab membantu kerana ana dari persatuan islam didalam kampus ana.
    ana ada juga suruh dia pergi kaunseling u tapi dia tak nak, dia kata lagi selesa dengan ana.
    insya Allah...syukran ya emm...

    Reply #14 08 February, 2011, 03:01:25 PM
  • Publish
  • Salam. Muslimah90, umur adik ni dalam awal 20-an la ye. Saya agak mungkin baru masuk Uni la kan. Semua universiti ada pusat kaunseling. Sila bawa rakan anda ke pusat tersebut. Atau berjumpa dengan guru agama (ustazah) yang anda rapat/kenal. Alhamdulillah dia ada kesedaran. Jangan pandai-pandai buat apa2. BANTU DIA DAHULU DENGAN MERUJUK PIHAK YANG BERKENAAN. Siapa pula yang suruh Pm konon kat atas tu. Jangan layan.

    bro..  dia x nak diri dia di kenali.. kalau x,,buat ape dia nak tanye kat sini.. dia nk cara2,, tolong je lah bagi cara2.. kalau betul lah kaunseling kat sekolah @ kolej tu boleh membantu,, x  kan lah remaja2 kita ni banyak yg sukakan seks... MERUJUK PIHAK BERKENAAN...?? idung mata maybe same je rupanya,, tapi akal lain2... ade orang,,cara dia cmtu,, ade orang,, x nak tunjuk muka sebab x nak dikenali.. so,, cube lah tolong ckp sesuatu yg maybe boleh tlong dia.. itu saje...

    mesti dia malu punye..kaunseling tak boleh, malu...tak pasal2 putus kawan...jauh budak tu nanti.. kaunseling ni BUKAN BOLEH PERCAYA SANGAT (ni pengalman en la..walaupun etika kauneling tak boleh beritahu orang lain ape yang diluahkan pelajar ,tapi yang sedihnya guru kaunseling menbocorkan rahsia itu...sorylah kalau pelajar lain nak rujuk guru kaunseling lagi..kalau perangdai dah cam tu..TAPI TAK SEMUA GURU KAUNSELING GITU)

    seperti yang ana cakapkan tadi, dia malu nak pergi kaunseling u.. dia rasa pihak u tak boleh dipercayai... lagi2 staff dicini suka bergosip. memang cepatlah tersebar nanti- ini katanya.. takkan ana nak menolak dia pula... lagipun ana mesti bantu dia dari terus terhanyut..

    Reply #15 08 February, 2011, 03:09:17 PM
  • Publish
  •  :)

    Dapatkan dia seorang teman RAPAT yang Soleh. Teman Rapat Yang Soleh ini akan sentiasa menemani dia. Sebagaimana hikmah Malaikat Dan Para persuruh ALLAH Taala
    Nabi Musa A.S. dengan Seorang Teman mencari Nabi Khidhir A.S.
    Malaikat turun ke Bumi pun berteman seperti Harut & Marut.

    Apa yang penting mesti ada Teman YANG SOLEH.

    Inikan pula suadari berkenaan memang payah kalau nak suruh dia berjalan sorang.

    Semoga kita semua bertolong-tolong di dalam membuat amal kebaikan. Insya ALLAH

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    Reply #16 08 February, 2011, 03:29:20 PM
  • Publish
  • Harus bernikah untuk mengelakkan Maksiat - dan Maksiat itu banyak kali dan beberapa surah di nyatakan di dalam AL-Quran -

    jikalau mampu godaan NAFSU bawa bawalah PUASA-
    sesungguhNya Puasa itu menolak Kuasa Nafsu -
    rapatkan diri dengan perkara yg di rehdai seperti Solat ,
    kiamulai - ceramah dan sbb...
    bergaul lah dengan teman yg membantu ....
    (senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #17 08 February, 2011, 05:26:04 PM
  • Publish
  • nikah dengan sapa ek? dah ada calon ke? nak ke nikah dengan orang sebarang sebab nak elak maksiat?
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Reply #18 08 February, 2011, 07:14:09 PM
  • Publish
  • nikah dengan sapa ek? dah ada calon ke? nak ke nikah dengan orang sebarang sebab nak elak maksiat?
    salah 1 harus di nikahi -
    kalau dah ada calan asik berkepik jer lebih baik ijabkan... setan pun nangis ooo...

    4 wanita yg tidak harus di nikahi -

    Ciri-ciri Wanita yang tidak harus dinikahi !!
    Iman Ghazili menasihatkan kita agar tidah menikahi wanita atau gadis yang menpunyai sifat yang enam kerna kelak kluarga tidak bahagia namun harus kita ingat kebahagian dan kesemuanya terletak di bawah kekuasaan Allah swt namun kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk memilih jalan yang terbaik untuk kita bahagia di dunia jua di akhirat sana.

    ciri-ciri wanita enam itu adalah sepertimana yang diungkap oleh Iman Al-ghazali :

    "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"
    -Imam Ghazali-
    * wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
    * wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu   keranamu'.
    * wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
    * wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
    * wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
    * wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

    sumber sahabat -

    Reply #19 08 February, 2011, 07:32:16 PM

    ye la...seburuk-buruk lelaki,pasal bab nikah ni,dia orang memilih jugak o...tapi dah jodoh kan? yang baik untuk yang baik,yang keji untuk yang keji. (senyum)

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    8678 Views
    Last post 20 August, 2013, 10:16:57 AM
    by wan_sgmt
    39 Replies
    16639 Views
    Last post 15 April, 2012, 06:09:39 PM
    by Lola Carrero
    2 Replies
    1750 Views
    Last post 11 March, 2011, 05:10:15 PM
    by anasameen