Kesabaran Menghadapi Manusia

Author Topic: Kesabaran Menghadapi Manusia  (Read 1910 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

saatcham

  • *
  • Posts: 62
    • View Profile
03 February, 2011, 07:48:39 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    KESABARAN MENGHADAPI MANUSIA.


     

    ‎"Seseorang yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada manusia yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan gangguan mereka"Hadis sahih

     

    Bismillah

    dengan nama Allah Maha Pengasih lagi maha Penyayang.

     

    Kita adalah manusia dan memerlukan manusia sebagai pasangan hidup,teman,jiran,rakan sekerja dan sebagainya.Adalah mustahil seseorang boleh hidup tanpa manusia kerna kehidupan kita dilingkungi manusia.

    Seorang lelaki  memerlukan isteri sebagai teman hidup,begitu juga seorang wanita memerlukan suami.Adalah mustahil untuk memiliki pasangan yang sempurna serba serbi kerana setiap manusia memiliki kelemahan .Tiada manusia yang sempurna kerana sifat Maha Sempurna adalah milik Allah Maha Pencipta.

     

    Saya sendiri memiliki kelemahan dan kesilapan dan sering bertanya isteri dan mendengar luahan hatinya.Walaupun pedih menusuk hati,namun sabar mendengar leteran isteri.Itulah cara mengetahui kelemahan diri dan ianya memang berat  bagi seorang suami untuk mendengar luahan isteri kesayangan.Suami perlu membuang ego dan sikap takabbur jika mahu menerima luahan isteri.Jika masih memiliki ego dan sombong maka luahan isteri sekadar mencurah air ke daun keladi.

    Begitu juga isteri perlu juga mendengar luahan isteri sama ada dalam perkara masakan,pemakaian,berat badan dan apa sahaja.Dengarlah luahan isteri dgn terbuka.Suami isteri adalah cermin masing-masing dan luahan perasaan akan melahirkan sikap ambil berat dan memperbaiki diri.

     

    “Abang pi la kahwin dengan artis kalau nak body solid”.Begitulah jawapan isteri pabila suami meluahkan tentang berat badan isteri yang semakin naik tak pernah turun-turun...Itu adalah jawapan yang salah.Sepaptutnya isteri berusaha menurunkan berat badan dgn berpuasa,kurangkan pemakanan berlemak dan mengamalkan senaman untuk mendapatkan berat badan yang dimahukan suami.

     

    “Sayang kahwin la dengan ustaz kalu nak  menolong kerja rumah!”. Begitulah jawapan suami pabila isteri meminta suami membantu melakukan urusan rumah tangga.itulah jawapan yang salah.Suami perlu membantu walaupun sekadar menjemur pakaian atau memotong bawang di dapur.Suami perlu faham keadaan masa moden ini di mana isteri pun sama-sama bekerja dan penat.

     

    Kita hidup bukan hendak mencari kesalahan pasangan tetapi kita hidup untuk memperbaiki diri.Suami isteri perlu bersikap terbuka dan menerima kritikan pasangan.

     

     

    Menurut riwayat sahih Baginda saw telah terlewat pada satu malam dan memberi salam sebanyak tiga kali dan Aisyah r.a tidak membuka pintu rumah kerana tertidur.Baginda saw tidur di depan muka pintu.Itulah kesabaran Baginda saw walaupun Baginda saw bergelar seorang Nabi dan rasul.Jika suami hari ini mungkin pecah pintu ditendangnya!

    Dalam menghadapi manusia kita memerlukan kesabaran.Manusia mempunyai sikap dan perwatakan berbeza kerna manusia dicptakan melalui pelbagai jenis tanah sebagaimana diceritakan Imam Ibnu Kathir dalam bukunya “Kisah para Nabi”.

     

    Kita mempunyai anak-anak yang berbeza wataknya walaupun anak-anak kita lahir dari rahim ibu yang sama.Perbezaan ini memerlukan didikan berlainan.Jika anak yang sentitif,kita perlu banyak memberi motivasi dalam hidupnya dan menjaga perasaannya.Anak yang suka meluahkan perasaan,kita perlu suka mendengar celotehnya.Anak yang suka membaca,kita perlu banyakkan bahan bacaan.Anak yang suka makanan pedas,kita perlu mneyediakan masakan buatnya.Begitulah pelbagai karenah anak-anak.Kita tidak boleh mendidik semua anak dengan cara yang sama kerna setiap anak adalah berbeza watak dan psikologi mereka.

     

    Begitulah dengan teman,saudara-mara,jiran,rakan sekerja,pegawai yang kita jumpa,pelanggan dan semua manusia.Saya sendiri berpengalaman belasan tahun menghadapi pelbagai karenah pelanggan dan pegawai kerajaan dan swasta.Bukan sedikit penghinaan dilemparkan manusia kepada saya dan saya sentiasa berfikiran positif.Bila dihina “You nak jumpa Pengerusi?” saya hanya bersabar dan berdoa mereka diberikan hidayah.Jika terlampau hinaannya,laporan polis akan dibuat dan mengupah peguam untuk mengajarnya di Mahkamah demi memberi pengajaran kepada orang lain agar jangan bersikap melampau dan tiada insaniah dalam jiwa.

     

    Menghadapi manusia bukan satu urusan mudah dalam dunia ini.Pernah seorang kerani pejabat pos di Melaka memaki hamun seorang nenek tua kerana membawa wang tidak cukup di pejabat pos pabila mahu membayar bil-bil.Amat kasihan nenek tua itu.Malangnya nenek tua itu tidak tahu membuat laporan polis dan menyaman kerani tersebut.Dalam undang-undang negara,kita boleh menyaman manusia yang tidak menunjukkan sikap baik dan kurang ajar kepada kita.

    Kerajaan mempunyai sebuah jabatan yang diberi nama Biro Pengaduan Awam untuk rakyat menghantar aduan tentang sikap pegawai kerajaan atau swasta yang tidak menunjukkan sikap baik namun tidak ramai memanfaatkannya.Saya pernah dihubungi pegawai PR BPA meminta maaf atas sikap seorang pegawai JKM negeri Melaka yang kurang ajar dan tidak mempunyai kesopanan.

     

    Yang menghairankan pegawai yang kurang ajar tidak meminta maaf,sebaliknya pegawai atasan di KL yang merayu permohonan maaf.Kes ini akan dibawa ke mahkamah suatu hari nanti.

    Manusia yang mempunyai wang boleh menyaman mereka yang kurang ajar dan tidak berbudi pekerti,namun manusia yang miskin hanya mampu bersabar.inilah dunia ini....

     

     

    Kita mempunyai jiran yang angkuh,teman yang pembohong,rakan sekerja yang suka curi tulang dan pelbagai watak manusia.Kita juga sering bertemu manusia yang suka mengumpat bila bertemu.Ramai juga manusia yang suka menghina dan tidak sedar kejahilan mereka.

     

    Seorang ulama’ menasihati kita agar pabila bertemu manusia jahil,berdakwahlah kepada mereka.Jika mereka melawan dakwah dan menghina agama,jauhilah mereka.Itu adalah jalan terbaik agar kta tidak bermusuh dengan manusia.Ramai manusia menghina agama dengan ayat “kubur masing-masing”.

    Jika kita mampu bersabar dengan gangguan dan sikap buruk manusia,bergaullah dengan mereka.Jika tidak mampu bersabar,carilah teman lain .Itulah sebaiknya kerna manusia mempunyai 6 bilion di dunia ini.Kita mempunyai banyak pilihan.

     

    Saya mempunyai ramai teman Facebook namun membuang mereka kerna tidak mampu bersabar dengan apa yang mereka tulis dan katakan.Mereka menulis di wall “Bosannya hari ini” sedangkan haiwan seperti ayam dan semut tidak pernah mengeluh bosan dalam kehidupan.Adalah malang menjadi manusia namun berasa bosan.Jika bosan,berdoalah menjadi  batu dan tidur di tepi jalan sahaja.Bagi saya,cukuplah 75 teman Facebook yang baik dan berbudi pekerti.Mempunyai teman FB yang buruk sikap seperti memaparkan pakaian tidak senonoh dan menjolok mata hanya akan menyakitkan mata memandang.

     

    Saya mempunyai ramai teman sama ada yang baik atau jahat.Jika bertemu teman baik saya akan meneliti kebaikannya dan berusaha mengikut teladannya.Jika bertemu teman jahat,berusaha mendakwahnya sekadar mmapu dan jika mereka jelas menghina dakwah dan agama,saya tinggalkan mereka.Itu yang terbaik agar tidak bermusuh dan bergaduh.

    Saya banyak menulis dalam forum Cari untuk mendidik manusia dalam bidang keusahawanan dan agama,namun dibanned lapan kali oleh moderator yang bijak bestari dan mungkin mempunyai ilmu agama lebih baik dan tinggi sedangkan ilmu saya sedikit sahaja.Walaupun post saya mendapat sambutan baik hingga dibaca 8000 orang membacanya dalam masa sebulan,namun saya tinggalkan kerna tidak mahu berperang dengan moderator yang dikatakan Perdana Menteri atau Presiden forum.

     

     

    Antara thread saya mendapat sambutan adalah thread ini hingga distatus sebagai thread baik oleh moderator Medang yang amat sukakan tulisan saya:

     

    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=470615&highlight=Pengalaman%2B2%2Byg%2Bdilalui.

     

    Ini adalah komen seorang pembaca forum tersebut :

     

    “I wish you the very best...good luck and i enjoy reading every story of your life since the first time you post it in this thread.thank you and i learnt a lot from you.”

     

     

    Itulah manusia..Mereka akan mencari salah orang lain sedangkan ribuan pembaca dalam Forum Cari suka membaca tulisan saya.Walaupun peguam menasihati saya untuk menyaman moderator yang kurang ajar dan kuku besi,saya pending sahaja.

     

    Kita akan bertemu pelbagai jenis manusia.Jika mampu bersabar,bersabarlah.Jika tidak mampu,tinggalkan mereka dan carilah manusia lain yang lebih baik.

     

    "Perumpamaan teman yang salih dan teman

    yang jahat adalah seperti orang yang berteman

    dengan penjual minyak wangi dan tukang

    besi." (hadis riwayat Imam  Bukhari dan Muslim)

    Carilah manusia beriman agar memandu kita ke arah keimanan dan takwa serta jauhilah manusia jahat agar mereka tidak mempengaruhi kita melakukan kejahatan dan keburukan.

     

     

    Saat Sulaiman

    http://www.saatcham.com
     

    "With tears i'm writing.....hope people knows what is better and worst!"

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #1 03 February, 2011, 10:26:03 PM
  • Publish Di FB
  • [69]
    Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya Al ankabut.


    [7]
    Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. muhammad


    [3]
    Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. at Tallaq


    ......tiada kemenangan melainkan berkat pertolongan Allah (al imran 126)

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #2 27 May, 2011, 12:34:31 AM
  • Publish Di FB
  • disaat diri terkulai layu mengenangkan kata-kata tomahan manusia lain,
    lantas kalam-kalam Allah menjadi penghibur hati,
    sirah-sirah rasul menjadi teladan hidup....
    berbekalkan dengan janji-janji yang pasti,
    kalimah La ilahailallah tetap di hati...
    cinta Mu ku kejar ya Rabb ku...
    sungguh....aku redho andai diri ini dibenci manusia di dunia,
    namun ku tak sanggup andai Engkau membenci diri ini di akhirat kelak...
    biar ku di hina di dunia yang fana ini,
    namun jangan Kau hinakan diri ini ya Tuhanku....
    ya Allah...hamba Mu yang kerdil lagi hina ini mengharap redho Mu ya Allah...
    jangan diputuskan RahmatMu itu....pelihara lah diri ini agar sentiasa berada dibawah perlindungan Mu dari dunia fatamorgana ini.....
    merangkak di lembah pasir demi mengejar cinta Mu..ya Rabb...
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    2634 Views
    Last post 25 December, 2012, 03:28:01 PM
    by halawah
    16 Replies
    2536 Views
    Last post 05 November, 2012, 12:30:09 PM
    by halawah
    0 Replies
    1883 Views
    Last post 07 April, 2011, 07:35:50 AM
    by putri_hambali