Hukum Berbogel Ketika Bersetubuh

Author Topic: Hukum Berbogel Ketika Bersetubuh  (Read 7465 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

saatcham

  • *
  • Posts: 62
    • View Profile
03 February, 2011, 07:35:34 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Hukum berbogel ketika bersetubuh


    Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”?

    jawapan:

     

     

    1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.

    Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

    ” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

    ” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5

     

    mafhum alhadith:

    ” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

     

    alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)

    Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

    2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)

    Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing.

    (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

    sekian

    

    sumber ;

     

    ahkam.net

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #1 13 March, 2012, 02:06:32 PM
  • Publish Di FB
  • Naqib saya kata, kita sama ahli keluarga dan kawan-kawan, kena jaga aurat. Hanya suami dan isteri sahaja yang tak ada aurat antara satu sama lain.

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #2 13 March, 2012, 02:31:06 PM
  • Publish Di FB
  • Naqib saya kata, kita sama ahli keluarga dan kawan-kawan, kena jaga aurat. Hanya suami dan isteri sahaja yang tak ada aurat antara satu sama lain.

    surah Al-Baqarah ayat 223 -

    Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 851
      • View Profile
    Jawab #3 13 March, 2012, 05:21:01 PM
  • Publish Di FB
  • Jimak dari perkataan JAMAK yakni bersatu.

    Suami isteri diperlihatkan tubuh sesudah halal.  Apa sebenarnya bersetuhuh ialah menikmati LaZAT yakni apa yang Tuhan berikan nikmat.
    Persetubuhan bukanlah hubungan sex semata mata.  Ianya kenalah ada tatasusila.

    1.   Disunatkan Solat Sunat sebelum melakukan persetubuhan.
    2.   Menyediakan air ( Si Isteri menyediakan air sebagai tanda permintaan ) Untuk diminum bersama selepas persetubuhan.
          Ada hikmah disebalik perbuatan menyediakan air.
    3.   Bermula dengan ucapan puji pujian, doa, renungan dan belaian (Segala pujian khas kepada Allah meskipun diucap kepada pasangan, renung kurniaan Allah
          perbuat pada diri isteri dan suami, tumpu belaian kasih dari Allah kepada Allah, maka tempuhi alam rumahtangga ( ke alam yang penuh indah ).
    4.   Masing masing tumpu Tuhan, pada gerak nadi, nafas dan perlakuan, belaian dan kucupan.
    5.   Berlaku SAtubuh maka tumpu nafas kedua duanya seiring, zahir dan bathin, bersemi cinta kepada Allah.
    6.   Tutupilah tubuh dengan selimut moga menjadi terlitup segala kenikmatan dari Allah semata mata.
    7.   Tumpu dan menyaksi semasa bersama sama kepada Allah tentang dzat ( diri Tuhan ) dan akan mendapat lazat ( tiada lain yang memperbuat itu adalah Allah ).
    8.   Ucapkan kalimatul Syahadah ketika kemuncak, dan jawablah oleh si Isteri muhamadul Rasullulah.

         Bila mandi hadas bertujuan menyucikan dari syirik bila terlagha semasa bersetubuh.  Itu tujuan mandi hadas dari perkataan muhadas (makluk tak ada daya upaya lalai dan lupa ).. Lupa Tuhan semasa kemuncak lazat.

    Sama samalah ambil pedoman. Si suami mendatangi isteri ibarat sejadah untuk bersolat, maka kerjakan solat dengan sabar dan yakin.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #4 13 March, 2012, 08:36:35 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Hukum berbogel ketika bersetubuh


    Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”?

    jawapan:

     

     

    1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.

    Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

    ” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

    ” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5

     

    mafhum alhadith:

    ” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

     

    alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)

    Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

    2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)

    Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing.

    (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

    sekian

    

    sumber ;

     

    ahkam.net
    Rasulullah saw dan Ummul Mukminin r.hum tidak pernah mandi dalam keadaan bertelanjang@berbogel. Tidak ada riwayat tentang ini. Yang ada dalam riwayat di atas hanyalah mandi secara bersama. Bahkan ada lagi hadis yang sahih mengatakan (juga riwayat 'Aisyah ra bahawa Nabi saw tidak pernah melihat kemaluannya@isterinya (cuba lihat hadis riwayat Sahih Bukhari). Dalam satu lagi hadis Nabi saw berpesan, janganlah kamu menyetubuhi isterimu sepertimana kaldai. Macamana perilaku kaldai apabila mengawan? Sudah tentu tiada selimut dan mendatangi pasangannya dari belakang. Perhatikan semua jenis binatang bagaimana mereka mengawan, jawapannya dari belakang. Ular mengawan bagaimana pula? Apa sebabnya Nabi saw berpesan supaya tidak seperti kaldai? Kaldai merupakan satu-satunya binatang yang paling degil. Dalam quran, Allah sebut suara kaldai sebagai suara yang paling buruk! Jadi renung-renungkanlah..

    Satu lagi ayat tentang isteri itu umpama ladang... Puak wahabi@albani dan seumpamanya seringkali mentafsirkan ayat secara zahiriyah@logik akal semata-mata. Mari kita perhatikan dengan kefahaman yang lebih dalam....Apabila Allah swt menyebut umpama ladang, bagaimana agaknya ladang ini? Sudah tentu ladang sifatnya subur untuk menanam tanaman yang baik. Dibajai dengan baja yang baik. Dijaga ia dari musuh, semestinya berpagar atau setidak-tidaknya berkawal@diupah orang menjaganya, dan inilah kebiasaan ladang dari dahulu. Bahkan di zaman sekarang ladang lebih-lebih lagi dijaga dengan rapi, ertinya pintu masuknya terkawal rapi....Usah sembarangan masuknya...Adakah fitrahnya sifat ladang hentam saja jalan masuknya? Adakah sifat ladang secara fitrahnya seseorang memasukinya dari jalan belakang? Sudah tentu tidak! Silap mengerjakan ladangnya, tanaman tidak menjadi.
    « Last Edit: 13 March, 2012, 08:39:28 PM by nazri0070 »
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    35 Replies
    23025 Views
    Last post 14 February, 2011, 05:09:55 PM
    by Ummi Munaliza
    4 Replies
    1365 Views
    Last post 31 December, 2009, 06:15:33 PM
    by IbnuNafis
    2 Replies
    2668 Views
    Last post 09 January, 2010, 10:47:50 PM
    by badryl3