Hutang dan Cara Penyelesaiannya

*

Author Topic: Hutang dan Cara Penyelesaiannya  (Read 3974 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

03 February, 2011, 07:13:45 PM
  • Publish
  • ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

    SEMOGA SEMUA DALAM KEADAAN SIHAT DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T. SELALU..

    DISINI SAYA INGIN MEMINTA PANDANGAN,NASIHAT DAN BIMBINGAN KEPADA SAYA SERTA ORANG YANG DITIMPA MASALAH YANG SAMA SEMACAM SAYA..

    PADA TAHUN LEPAS.. SAYA TELAH MENJALANKAN PERNIAGAAN NAMUN TERNYATA SAAT PENGHUJUNG BULAN JULAI 2010 SAYA TELAH GAGAL MERANCANG UNTUK PUSINGAN MODAL DENGAN BAIK DISEBABKAN HUTANG YANG MEMBEBANI PERNIAGAAN SAYA YANG BERGITU BESAR. HUTANG TERSEBUT BUKANLAH DIGUNAKAN UNTUK BERSERONOK TAPI HANYA DIGUNAKAN UNTUK MODAL PERNIAGAAN. HUTANG TERSEBUT BUKANLAH DARI SUMBER BANK TETAPI DARI CETI HARAM.. AWALNYA SAYA HANYA MEMINJAM RM2,000.00 PADA AWAL BULAN NOV 2009, DUA MINGGU KEMUDIAN SAYA TELAH MELUNASKAN SEMUA HUTANG TERSEBUT.. NAMUN PADA PERTENGAHAN BULAN FEB 2010, SAYA TELAH MEMBUAT PINJAMAN KEMBALI RM2,000.00 NAMUN MULAI ITU JUGA SAYA TIDAK DAPAT MENJELASKAN POKOKNYA DAN HANYA DAPAT MEMBAYAR BUNGA SAHAJA SEHINGGA MEMAKSA SAYA MEMBUAT AKTIVITI YANG MENJERUMUSKAN SAYA KEARAH KEBINASAAN YANG MANA SAYA TERPAKSA BUAT PINJAMAN LAIN UNTUK MEMBAYAR BUNGA PINJAMAN LAMA DAN SETERUSNYA SEPERTI KATA PEPATAH GALI LUBANG, TIMBUS LUBANG.. KINI HIDUP SAYA SEKERLUARGA SEPERTI PERLARIAN YANG MANA SAYA TERPAKSA BERLINDUNG DAN BERSEMBUNYI TANPA MENDEDAHKAN DIRI KEPADA MASYARAKAT UMUM KERANA BIMBANG AKAN DIBURU CETI DAN PENGINTIP MEREKA DAN DIPERLAKUKAN KEJAM OLEH MEREKA.. SEHINGGA KINI SAYA BUNTU MENCARI JALAN PENYELESAIAN SEHINGGAKAN SAYA MERASA PUTUS ASA UNTUK HIDUP.. NAMUN SAYA TETAP TABAHKAN HATI DAN TERUS BERSABAR SERTA TETAP TEGUH DENGAN IMAN YANG SANGAT NIPIS INI. SAYA TIDAK KUAT UNTUK MENGHARUNGI DUGAAN SEPERTI INI.. SAYA DIBUANG KELUARGA KERANA MASALAH INI.. TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGELUARKAN SAYA SEKELUARGA DARI MASALAH INI.. SAYA TAHU INI ADALAH KESILAPAN YANG KAMI WUJUDKAN NAMUN MUNGKIN INI JUGA TELAH TERSURAT UNTUK MENIMPA KAMI. SAYA BERHARAP ADA SAHABAT YANG DAPAT MEMBERI NASIHAT, BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR UNTUK SAYA SEKELUARGA KEMBALI KE LANDASAN YANG BENAR. SAYA TIDAK BERNIAT LARI DARI HUTANG ATAU MENCURI HARTA SESAMA MANUSIA, KERANA SAYA HANYA BERSELINDUNG DEMI KESELAMATAN KELUARGA DALAM MASA YANG SAMA MENCARI IKHTIAR. SEDIH BILA MENGENANGKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK YANG SEMAKIN HARI KIAN MENINGKAT USIA KANAK2 SETERUSNYA REMAJA SETERUNYA DEWASA.

    SAYA BERHARAP SAUDARA/SAUDARI DAPAT MEMBERI BANTUAN NASIHAT,BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR UNTUK KELUAR DARI BELENGGU HUTANG YANG MERANTAI KAMI SEKELUARGA UNTUK BERGERAK BEBAS SEPERTI INSAN LAIN DAN BERAMAL DALAM KETENANGAN.

    TERIMA KASIH..

    WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..


    Reply #1 03 February, 2011, 07:37:43 PM
  • Publish
  •  :)
    Sungguh berat masalah relva. Berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga tabah menghadapi ujian dari Allah. Sebenarnya dengan ujian itu, membuatkan kita menjadi lebih dekat dengan Allah. Mungkin sebelum ini kita lupa atau lalai mengingatiNya dan mengerjakan suruhanNya,hari ini kita datang menyembahNya dan berdoa untuk meminta pertolongan kerana musibah yang menimpa. Relva berdoalah pada Allah,segala yang berlaku ini adalah ujian dari Allah, Allah jualah yang akan memperkenankan untuk menyelesaikanNya. Jangan berputus asa dengan rahmatNya.Teruskan berdoa di samping berusaha. InsyaAllah,di permudahkan olehNya.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Ixora_skru

    • *
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #2 03 February, 2011, 08:21:34 PM
  • Publish
  • Jadi sekarang dah jadi berapa hutang encik relva termasuk dengan bunga dengan ceti haram?
    Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain bersabar dan berusahalah melunaskan hutang itu...
    InsyaAllah... Allah akan membantu hambaNya yang berusaha...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #3 03 February, 2011, 08:22:53 PM
  • Publish
  • Tuan Relva masih percaya dengan Baitul mal kah

    cubalah ke baitul Mal dan minta bantuan

    jika tak dapat, boleh Pm saya
    ada jalan lain, inshallah

    Reply #4 11 July, 2011, 05:51:51 PM
  • Publish
  •  :)

    Terima kasih atas segala nasihat dan cadangan yang diberi... Alhamdulillah masih ada insan yang ingin menasihati dan memberi semangat kepada saya untuk teruskan melangkah kehadapan demi perjuangan dalam hidup ini demi Allah...

    buat pengetahuan al_ahibbatu.. saya berasa tiada harapan lagi kepada sesuatu benda yang ada atas dunia ini... saya percaya baitul Mal adalah tempat saya mengadu masalah yang terbaik... tapi kini saya sedar, setiap ujian yang Allah turun kepada seseorang adalah untuk mangajar diri seseorang itu supaya tidak bergantung harap kepada sesuatu yang lain dari Allah... dan supaya kita yakin Allah pasti akan membantu kita setelah kita benar-benar menyerahkan diri kita ini hanya pada Allah dengan cara tekun dan mempelajari ilmu-ilmu yang telah diajarkan..

     :syukur:

    Wassalamualaikum...

    Reply #5 12 September, 2011, 10:58:59 AM
  • Publish
  • ada pendapat mengatakan pinjaman pada along adalah haram dan tidak boleh dilunaskan melalui baitul mal atau pun zakat....

    divider3
    halaqahforum4