Author Topik: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu  (Read 2217 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« on: 02 February, 2011, 10:18:03 AM »
ilmu merupakan hakikat kebenaran yang mutlak. Tempatnya di dalam hati.
Jadi hati harus bersih dan suci supaya ilmu dapat bertapak di dalamnya.

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya "Maa'rij al Quddus Fi Madarrij Ma'rifatin Nafs",
hati seseorang itu tertutup daripada menerima ilmu yang benar sehinggalah dia
berusaha bersungguh untuk membukanya.

Banyak sebab kenapa hati susah menerima ilmu antaranya ...

Kekeruhan dosa dan kotoran yang terkumpul di hati.

Makanan yang shubahah dan haram.

Tidak memohon keredhaan ibubapa.

Hati sering terdorong ke arah lain, tidak di arah merenung keagongan tuhan.

Hati tertutup kerana pegangan terhadap perkara kehidupan seharian yang
menjadi tradisi atau amalan yang tidak selari dengan syariat.

Taasub pada satu satu aliran fahaman dan merendah rendahkan aliran yang
lain tanpa pendekatan  tasamuh [keterbukaan].

Belum mempunyai ilmu yang berkaitan sebagai asas.


Share this topic on Facebook

aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

Iffah Muhsin

  • *
  • Offline
  • Posts: 795
  • my
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #1 on: 02 February, 2011, 10:19:50 AM »
Ilmu  Allah itu suci...maka ia mudah masuk ke dalam hati /jiwa yang suci...
Jika hati itu kotor,maka itulah yang terjadi....lama-lama, bebal tahap meninggi. (senyum)

Share this topic on Facebook

Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

5zul

  • *
  • Offline
  • Posts: 2782
  • my
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #2 on: 02 February, 2011, 10:26:08 AM »
Ar-Ra'd-28 -  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

SegalaNya bermukim di hati - sucikan hati dalam kegelapan malam di susuli dengan pelita Diri -
Insyallah di terangi walaupun dalam keadaan musibah dan sentiasa menerima dugaan dan Rintangan -
Usaha kan diri bermula di Hati-
(senyum)

Share this topic on Facebook

~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

Iffah Muhsin

  • *
  • Offline
  • Posts: 795
  • my
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #3 on: 02 February, 2011, 10:27:09 AM »
Ar-Ra'd-28 -  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

SegalaNya bermukim di hati - sucikan hati dalam kegelapan malam di susuli dengan pelita Diri -
Insyallah di terangi walaupun dalam keadaan musibah dan sentiasa menerima dugaan dan Rintangan -
Usaha kan diri bermula di Hati-
(senyum)

betul...kunci tubuh kita ialah HATI...

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #4 on: 02 February, 2011, 10:59:34 AM »
Perkara perkara Yang Mengelapkan Hati.

Kenyang perut.

Luqman al Hakim menasihatkan anaknya:
"Wahai anakku Ingatlah apabila perut di penuhi makanan
maka padamlah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan
hikmah [ilmu] dan beratlah anggota untuk beribadah"

Sering menuturkan perkataan sia sia.

Imam Syafie pernah berkata:
"Sesiapa yang ingin dicermerlangkan hatinya oleh ALLAH SWT
hendaklah meninggalkan perkataan yang sia sia"

Share this topic on Facebook


al_ahibbatu

  • *
  • Offline
  • Posts: 4038
  • my
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #5 on: 02 February, 2011, 01:00:47 PM »
susah Hidup sebab ikut Nafsu
Nafsu suka kepada bisikan Syaitan

mahu senang Hidup, wajib Berserah diri kepada Allah
wajib bertawakkal kepada Allaah

menjadi Muslim, takbolehlah Engkar, Kufur, Kafir

sebab dalam diri kita tak ada kehendak, mahukan ILMU
maka Allah bukakan Peluang peluang sebegitulah di hadapan kita

Takdir dari Allah kepada DIRI.....apa yang ada di hati kecil mu, apa kehendakmu, apa yang kamu mahu....maka daripada itu, di zahirkan peluang peluang untuk mendapatkannya

jadi kerja awal patut membetulkan Niat, membetulkan kehendak, semuga Allah ada berikan Nikmat, hendaklah jangan Kufur nikmat

Inshallah
jika kamu, dan aku, dan kalian, mahu bersyukur, Pastilah Allah menambahkan NikmatNYA kepada kita

subhanallah

Share this topic on Facebook


mohdazri

  • *
  • Offline
  • Posts: 1076
  • my
    • View Profile
    • http://alhikmahwalsyifa.blogspot.com
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #6 on: 02 February, 2011, 02:31:36 PM »
ilmu hanya akan dapat diterima oleh hati yang bersih kerana ilmu itu adalah cahaya....jagalah pemakanan kita...amalan kita....hubungan kita dengan Allah s.w.t dan sesama makhluk.tanda Allah s..w.t menyayangi seseorang hamba ialah diberikan kefahaman agama

Share this topic on Facebook


al_ahibbatu

  • *
  • Offline
  • Posts: 4038
  • my
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #7 on: 02 February, 2011, 03:01:45 PM »
ilmu hanya akan dapat diterima oleh hati yang bersih kerana ilmu itu adalah cahaya....jagalah pemakanan kita...amalan kita....hubungan kita dengan Allah s.w.t dan sesama makhluk.tanda Allah s..w.t menyayangi seseorang hamba ialah diberikan kefahaman agama



Allah beritahu, bahawa Al Quran hanya dapat di terima oleh mereka yang suci hatinya

sumber ilmu adalah wahyuNya, maka kerja menyucikan hati itulah di pilih oleh Jalan Tasauf
kepada rasulillah, sebelum di Mikrajkannya, di "bedah' oleh 'malaikat' itu Jalan Pintas kurniaan Allah kepada pilihannya

bagi sesiapa yang jumpa MURSYID tentu sahaja bimbingannya itu, menjadikan Dia kasih kepadanya dan NYA kasih kepada dia
tentulah al Alim itu memberikan IlmuNya membimbing dirinya

mahu mencapai TAHAP begitu, ikutlah Jalan sunnah, Berguru, bertanya dengan Orang Yang Tahu, Inshallah demikian pesananNya, maka tentu ada KejayaanNya

Jangn kagum tak menentu dengan manusia, sebaliknya, bersyukurlah bila mertemu
semuga dalam hati Ingat Allah
hormatilah Alim Ulamak, semuga anda di kasihi Malaikat
semuga demikian, anda mendapat IlmuNYA, menjadi kekasihNya, mengasihi dirimu, Inshallah

subhanallah

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #8 on: 02 February, 2011, 03:14:49 PM »
Perkara perkara Yang Menggelapkan Hati.

Berkawan dengan orang orang yang melakukan maksiat.

Melupakan dosa dosa yang lalu tanpa rasa insaf.

Terlalu banyak memikirkan hal hal kedunian...

Saidina Uthman Al Affan, khalifah yang meggumpulkan Al Quran
dan membukukan Al Quran..menggambarkan tentang halangan
halangan untuk memperolehi llmu pengetahuan dan lemahnya
daya hafalan dengan berkata:

"Kebimbingan terhadap hal hal keduniaan menggelapkan hati
manakala kebimbingan terhadap hal hal akhirat menyinarkan hati"

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang
kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh
Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana:

"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu
tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat".

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #9 on: 02 February, 2011, 10:35:16 PM »
Abu Darda meneritakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

Wahai Uwaimir, tambahlah akal[ilmu pengetahuan] nanti engkau akan dekat dengan Tuhanmu.

Mendengar kata kata Rasulullah saw itu Uwaimir pun bertanya:

"Demi bapaku, ibuku dan Rasulku ,siapakah yang menyanggup dan menjamin akalku"

Rasulullah menjawab:"Jauhilah segala larangan ALLAH SWT ,Laksanakan kewajiban yang
difardhukan, nescaya di dunia ini engkau tambahi dengan amalan amalan soleh selain fardu
nescaya di dunia ini engkau akan bertambah akal dan akan bertambah dekat dengan TuhanMU
dan dengan sebab DIAlah engkau memperolehi kekuatan [kemuliaan]

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #10 on: 04 February, 2011, 11:17:45 AM »
Hubungan Hati Dengan Akal

Menurut Imam Ghazali hati itu umpama cermin. Apabila terang
cermin itu, maka teranglah maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.

Hubungan akal dengan hati adalah amat rapat. Dalam Al Quran dan Hadis
banyak menyatakan hati ibarat mata air kepada akal dan ilmu.

Surah Al Haj:46..ALLAH SWT berfirman:
"Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi,lalu mereka mempunyai hati
yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga
dan dengan itu mereka dapat mendengar?
Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati
yang di dalam dada."

Tempat akal itu di dalam hati dan ia juga merupakan tempat berkumpulnya
ilmu pengetahuan. Akal itu adalah cahaya di dalam hati yang dapat
membezakan yang benar dengan yang palsu.



Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #11 on: 04 February, 2011, 03:23:42 PM »
Cara cara membersihkan hati

Mengutamakan Mujahadah iaitu berjuang melawan hawa nafsu
yang menyeleweng dari jalan ALLAH SWT.

ALLAH SWT  berfirman: maksudnya:

"Dan orang yang berjuang untuk (mencari keredhaan)
Kami,sesungguhnya kami akan tunjukan jalan jalan kami.

(Surah ankabut :ayat 69)

Menghapuskan semua sifat mazmunah iaitu sifat peribadi yang tercela
menjauhi maksiat dan meninggalkan perkara perkara yang melalaikan
daripada mengingati ALLAH SWT.

Banyak bertawakkal kepada ALLAH SWT dan zuhud atau meninggalkan
kecintaan kepada ke duniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan.

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #12 on: 04 February, 2011, 04:19:34 PM »
Berusahalah menjauhi tuntutan syaitan.

Ikhlaslah kepada ALLAH SWT dengan keikhlasan hati akan suci
dan bersih lalu dipenuhi nur. Dengan nur ini segala ilmu pengetahuan
mudah difahami dan di serap.

Bacalah AlQuran,,rujuklah Kepada Al Quran dan hadis.
Seringkali membaca Al Quran akan membuka cahaya di hati dan akan
mudah menerima ilmu .Al Quran ialah tangga untuk mencapai ilmu
di Loh Mafuz. Al Quran dan hadis merupakan sumber ilmu sejati dan
penyempurnaan kepada akal manusia.Ilmu pengetahuan yang benar
akan memperolehi sinar apabila dikaitkan kedua dua sumber ini.

Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman:

"BAHKAN,YANG MEREKA DUSTAKAN IALAH AL QURAN YANG MULIA
YANG TERSIMPAN DI LOH MAHFUZ.

(Surah Al Buruj : 21-22)

Share this topic on Facebook


imanhilmiTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 490
  • my
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #13 on: 05 April, 2011, 06:41:37 PM »
Ciri ciri akal mengikut sunnah Rasulullah saw
Sabda Rasulullah saw maksudnya:

Setiap perjalanan mempunyai tempat persinggahan dan tempat persinggahan bagi orang
mukmin ialah akal.


Setiap manusia mempunyai kesudahan yang perlu diingati dan kesudahan yang perlu
di ingati oleh para sadiqqin ialah akal.


Setiap sesuatu yang runtuh ada bangunannya dan bangunan di akhirat bagi orang
islam ialah akal.


Setiap rumahtangga ada pembiayanya dan pembiaya atau penyara bagi rumahtangga
para sadiqqin ialah akal.


Setiap saudagar mempunyai kekayaan dan   kekayaan bagi orang beriman adalah akal.

Setipa kaum mempunyai penyeru (kebaikan) dan penyeru kebaikan kaum yang beribadah
ialah akal.


Setiap perjalanan mempunyai tujuan dan tujuan bagi hamba ALLAH itu adalah akal.

Setiap sesuatu ada tiang  dan tiang agama itu adalah akal.

Setiap sesuatu itu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin itu adalah akal.

(Riwayat Ibn Mahbar daripada Ibn Abbas).

Share this topic on Facebook


hamimah

  • *
  • Offline
  • Posts: 634
    • View Profile
Re: Kenapa Hati Susah Menerima Ilmu
« Jawab #14 on: 03 July, 2011, 04:29:35 PM »
ilmu itu cahaya.. kalau hati kotor dan gelap, bagaimanna cahaya mahu menembusinya.....  :jaz:

Share this topic on Facebook

YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
20 Jawapan
1239 Views
Kiriman Akhir 06 December, 2010, 04:37:51 PM
oleh sahabatnya
14 Jawapan
1963 Views
Kiriman Akhir 18 October, 2012, 09:13:52 AM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ
1 Jawapan
177 Views
Kiriman Akhir 19 December, 2012, 12:39:00 AM
oleh wan_sgmt