Movie Doraemon dan Sejarah Kerajaan Abbasiyah..

*

Author Topic: Movie Doraemon dan Sejarah Kerajaan Abbasiyah..  (Read 4352 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

akmalshirou

  • *
  • Posts: 410
  • The past should give us hopes.
    • View Profile
02 February, 2011, 07:48:30 AM
  • Publish
  • "As long as we have memories, yesterday remains, as long as we have hope, tomorrow awaits. As long as we have friendship, each day is never a waste."



    Sejarah ibarat pentas bermain wayang, perkara itu akan berulang dan diulang lagi. Sebuah kerajaan yang maju kini, tidak mustahil bagi mereka untuk jatuh. Baginda Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda lebih kurang begini.


    "Sesungguhnya selepas kewafatanku akan muncul pelbagai zaman, yang pertama zaman Khalifah An Nubuwwah, diikuti dengan kerajaan warisan, kemudian kerajaan Kuku Besi dan kembali kepada Khalifah An Nubuwwah."


    Kemudian baginda senyap. Ada pendapat mengatakan, perbuatan baginda itu bermaksud selepas itu hari pengakhiran akan terjadi.




    Sejarah tercatat ketika Zaman Bani Abbasiyah. Kegemilangannya memukau mata dunia Eropah. Sehingga memberi mereka inspirasi untuk mencetuskan Reinassance. Pada Zaman Bani Abbasiyah ini, nama Khalifah Harun Ar Rasyid tersebar luas seantero dunia. Baginda terkenal dengan jasanya membina Baitul Hikmah. Karya agungnya iaitu 'Hikayat 1001 Malam' menjadi sumber rujukan sejarah bagi menggambarkan keadaan ketika itu.



    Media timur dengan bantuan Toei Animation bersama Fujio F.Fujiko berganding bahu bagi menghasilkan filem berkaitan pengembaraan doraemon, nobita dan sahabat-sahabatnya dalam dunia 1001 malam itu. Filem ini merupakan filem yang ke 12 dalam siri animasi doraemon.

    Doraemon : Dorabian Night (Doraemon No Arabian Naito)


    Sudah tertulis dalam Hikayat 1001 Malam berkaitan pengembaraan Sinbad ini. Pihak yang bukan beragama Islam telah mengambil inisiatif untuk menerbitkannya kembali dalam bentuk media cetak yang lebih moden. Kenapa bukan kita? Karya agung ini adalah milik agama kita. Tetapi mereka yang mempopularkannya. Sesungguhnya penyakit akhir zaman itu semakin memuncak. Umat Islam kian hanyut di buai arus duniawi.


    Jom kita sama-sama kaji. Siri animasi Doraemon ini sudah tidak asing lagi dalam hidup masyarakat kita kini. Doraemon iaitu robot daripada abad ke-22 yang mempunyai pelbagai alat canggih telah datang ke zaman lalu untuk membantu Nobita mengubah nasib hidupnya. Pada pandangan kita cerita seumpama ini adalah hanya khayalan semata-mata dan tidak memberi manfaat serta hanya untuk keseronokan sahaja. Sebenarnya semua itu adalah tanggapan yang salah sama sekali. Kartun seumpama ini sebenarnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Bagi movie yang ke 12 ini. Fujio F.Fujiko dengan kerjasama Toei Animation Company telah melakukan kajian secara terperinci berkaitan sejarah tamadun Islam.


    Ceritanya bermula apabila keinginan Nobita untuk masuk ke dalam cerita hikayat lama. Dia yang mengagumi karakter Sinbad dalam cerita Arabian Night telah meminta bantuan doraemon untuk masuk ke dalam cerita tersebut.
    Mereka telah bertemu dengan Khalifah Harun Ar Rasyid iaitu Khalifah agung ketika zaman Bani Abbasiyah.


    Suasana serta permandangan sekitar istana ini adalah bertepatan dengan apa yang telah dikhabarkan dalam sejarah Islam. Istana yang berukiran khat dan bertatahkan lukisan geometri dan emas serta perak. Tujuan mereka datang ke situ adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kisah Sinbad seperti yang dikhabarkan dalam buku. Plot ini diambil daripada kisah sebenar yang berlaku ketika zaman Bani Abbasiyah yang mana ada segolongan pendeta yang datang dan bertanyakan tentang Hikayat Seribu Satu Malam kepada Khalifah Harun Ar Rasyid.

    Sinbad pula adalah watak dalam Hikayat 1001 Malam. Sinbad seperti yang diceritakan oleh Khalifah Harun Ar Rasyid telah mengembara ke dalam dunia khayalan. Dunia khayalan itu menggambarkan keadaan ketika zaman emas kegemilangan Bani Abbasiyah yang sebenar. Zaman Bani Abbasiyah adalah zaman kemuncak kegemilangan Islam yang mana jika kita berada pada zaman itu, kita seolah-olah berada dalam dunia khayalan. Zaman itu boleh dikatakan lagi hebat daripada zaman moden kini. Segala pembangunan ketika itu berlandaskan ilmu dari al Quran. Kemodenannya mesra alam. Cahaya matahari dan suhu menentukan waktu solat. Sehinggakan ada satu masjid yang mana jika masuknya waktu solat, dindingnya akan bertukar warna serta kolam air pancut di situ akan mengeluarkan air.


    Jalan cerita yang ditunjukkan dalam pengembaraan Nobita dan rakan-rakan dalam animasi ini adalah saling tak tumpah samanya seperti yang digambarkan dalam Hikayat 1001 Malam yang mana Sinbad bertemu dengan tetamunya dari negeri yang tidak diketahui asal usulnya.

    Begitu juga dengan kisah mereka bertemu dengan pencuri. Semuanya tepat tanpa syak lagi walaupun Fujio F.Fujiko ada mengubah sedikit pada bahagian lampu aladin.

    Kesimpulannya animasi Doraemon mempunyai nilai moral yang tinggi dan amat sesuai untuk seisi keluarga. Animasi Doraemon bukan sahaja mendidik malah memberi pengajaran yang baik melalui sifat Nobita dan rakan-rakannya. Nilai persahabatan dan keberanian yang boleh dicontohi. Sifat saling membantu dan bekerjasama yang ditunjukkan amat sesuai dengan jiwa umat Islam. Sememangnya budaya masyarakat Jepun yang penuh tatasusila dan tertib yang tinggi amat selari dengan budaya Islam. Bukanlah mahu dikatakan semua budaya mereka. Cuma kebanyakan sahaja. Movie Doraemon yang lain juga banyak berkaitan dengan fakta sejarah yang sebenar. Oleh itu animasi Doraemon ini bukan sahaja sebagai hiburan malah memberi ilmu tambahan secara tidak lansung kepada kita.


    Selamat Menonton~

    Saya amat gemar menontonnya,
    Jom sama-sama menonton,
    Demi kemajuan bersama,
    :senyum:...~

    InsyaAllah.....




    Sumber rujukan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seribu_Satu_Malam

    Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

    Toei Animation Official Book

    Hikayat 1001 Malam (Terjemahan dari bahasa Parsi)

    http://www.tukinmyteam.blogspot.com
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #1 18 February, 2011, 02:57:56 PM
  • Publish
  • Ada lagi movie doraemon seperti Doraemon Nobita and The Kingdom of Clouds..

    Dalam movie yang ini ada menerangkan perihal alam sekitar, sempena Hari Bumi Hijau Sedunia,

    Movie ini mengisahkan nobita terjumpa negara atas awan. Negara atas awan hidup aman sampailah manusia di bumi menemui petroleum dan bahan bakar. Hal ini telah menyebabkan banyak haiwan serta kehidupan atas awan terancam. Lapisan ozon semakin tipis. Jadi mereka nak melancarkan projek Noah iaitu banjir secara besar-besaran. Semua ini untuk melenyapkan manusia di bumi yang suka membuat kerosakan..

    Movie ini akan beri kita kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar itu...

    Yosh!

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #2 18 February, 2011, 03:32:23 PM
  • Publish
  • Tengok kartun lagi bagus dari tengok drama atau movie sebenarnya.. tengok kartun tak berdosa pun tengok aurat orang..

    Kartun pun sebenarnya banyak juga yang mengajar memupuk sikap yang baik.
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #3 18 February, 2011, 03:35:32 PM
  • Publish
  • Tengok kartun lagi bagus dari tengok drama atau movie sebenarnya..

    Kartun pun sebenarnya banyak juga yang mengajar memupuk sikap yang baik.

    Betul!!!
    Sokong abang wanzalez!!
    tengok kartun lagi bagus daripada tengok drama melayu,atau cerita-cerita hantu melayu..
    Dalam kartun itu sendiri banyak nilai murninya...

    Yosh!!

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 920
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #4 18 February, 2011, 08:16:07 PM
  • Publish
  • saya pun memang suka tengok doraemon...
    boleh tahu... dari mana nak tengok movie2 doraemon yang diceritakan diatas?
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #5 18 February, 2011, 11:57:56 PM
  • Publish
  • saya pun memang suka tengok doraemon...
    boleh tahu... dari mana nak tengok movie2 doraemon yang diceritakan diatas?

    kak skru boleh tengok di astro ceria esok...
    ataupun kena beli dvd, :senyum:...
    di youtube macam tak ada..
    saya tak tahu link untuk tengok online...
    saya beli dvd...

    Yosh! Selamat Menonton...~

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1354
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #6 19 February, 2011, 01:48:33 AM
  • Publish
  • saya pun memang suka tengok doraemon...
    boleh tahu... dari mana nak tengok movie2 doraemon yang diceritakan diatas?

    kak skru boleh tengok di astro ceria esok...
    ataupun kena beli dvd, :senyum:...
    di youtube macam tak ada..
    saya tak tahu link untuk tengok online...
    saya beli dvd...

    Yosh! Selamat Menonton...~


    aduh dik..dah lama tak tnegeok ni..cari kat youtube...jumpe yang game nye je...
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #7 19 February, 2011, 02:02:35 AM
  • Publish
  • saya pun memang suka tengok doraemon...
    boleh tahu... dari mana nak tengok movie2 doraemon yang diceritakan diatas?

    kak skru boleh tengok di astro ceria esok...
    ataupun kena beli dvd, :senyum:...
    di youtube macam tak ada..
    saya tak tahu link untuk tengok online...
    saya beli dvd...

    Yosh! Selamat Menonton...~


    aduh dik..dah lama tak tnegeok ni..cari kat youtube...jumpe yang game nye je...

    Esok ada ditayangkan di astro ceria...
    Tengoklah...
    Bahasa Melayu lagi..syok..~

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 920
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #8 19 February, 2011, 12:03:38 PM
  • Publish
  • aduh... kat astro jer ke...
    macam tak berbaloi nak melanggan siaran berbayar tu...
    melayang paling kurang 50 sebulan tak pasal2...
    kena cari yang free dalam internet jer la...:senyum:...

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1354
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #9 19 February, 2011, 12:59:28 PM
  • Publish
  •  okaja* okaja* okaja*
    dah tak minat nak tengok kartun lagi.. keliru* heee...maaf dik...
    nanti klu dah di upload kat you tube..gi tu k...  =;8)

    hafiz_saviour

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #10 19 February, 2011, 01:14:51 PM
  • Publish
  • Nanti saya upload di youtube,

    InsyaAllah..

    Jangan sedih ya~
    Aku berjanji akan bersama mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat sebagai pembela agama Islam.

    ariffuddin

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #11 19 February, 2011, 08:07:10 PM
  • Publish
  • ada jugak peminat animasi doraemon kat sini rupanya.
    saya ingat abang saya yang nak masuk 40 tahun jer yang suka tengok.
    dunia...dunia...

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #12 09 March, 2011, 09:18:21 PM
  • Publish
  • Doraemon : Kota Hantu.

    Ana tengok masa kecil dahulu. Masa umur saya 8 tahun, waktu itu masih menggunakan video tape.
    Ana dapat tahu tentang Segi 3 Bermuda.
    Jurang Mariana / Mariana Trench daripada movie doraemon tersebut.

    Yup, berkaitan dunia di dimensi lain..



    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1354
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #13 09 March, 2011, 10:04:54 PM
  • Publish
  • Nanti saya upload di youtube,

    InsyaAllah..

    Jangan sedih ya~

    mekasih..baik2..

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #14 12 March, 2011, 11:01:44 PM
  • Publish
  • http://www.watchanimemovie.com/p/all-movie-list.html

    itu dia..
    dah jumpa link nak tengok movie doraemon online!!!

    amirah balqisy

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #15 04 June, 2011, 12:38:21 AM
  • Publish
  • sesungguhnya benar kata dr yusuf qradhawy..bila aku ke barat aku lihat islam disana,bila aku negara islam aku lihat barat disana.. inilah yg terjadi pd islam akhir zaman.jadi kita yg faham tanggungjawab daie tu,harus bertindak mempamerkn islam sebenar kpd msyrkt kita skrg.islam agama fitrah yg dtg dr Rabb Yg maha Mengetahui segalanya.jd xmustahillah org2 barat mengamalkn nilai2 islam.apa yg pntng kita sedarkn msyrkt kita sekarang dgn nilai2 islm
    samalah kita semua memperbaiki diri dan msyrkt malaysia khususnya kearah sebuah mujtamak muslim.cerita2 yg baik diambil pengajaran.yg buruk kita jdkn smpadan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    2800 Views
    Last post 26 March, 2009, 07:06:48 PM
    by acapklcc9
    0 Replies
    1371 Views
    Last post 16 June, 2009, 04:37:14 PM
    by Abi Naim
    2 Replies
    811 Views
    Last post 10 November, 2009, 04:18:26 PM
    by Habiburrahman