Saya Rasa Saya Tertekan Jiwa - Page 2

*

Author Topic: Saya Rasa Saya Tertekan Jiwa  (Read 8042 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 12 February, 2011, 12:58:29 PM
  • Publish
  • saya belajar sesuatu tentang kehidupan.
    terutamanya masa takde wang langsung.
    bini ada,anak ada.duit pula takde langsung.


    saya pula masa tak ada wang................
    Allah ADA

    syukurlah, La ilaha ill Allaah

    Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa, MOHON lah kepada Allaah
    muslimlah, serah dirimu Bulat Bulat kepada Allaah

    Inshallah
    siapa yang bertawakkal kepada Allah...................Allah akan beri jalan keluar, dari yang tak di sangka kannya

    subhanallah

    Reply #21 12 February, 2011, 02:45:02 PM
  • Publish
  • Duit takder sebab tak kijer.

    Tekanan jiwa kena jumpa doktor . Makan ubat. insyaallah baik.

    Tekanan perasaan mungkin kerana faktor persekitaran atau faktor genetik.

    Rujuk ke hospital yang provide psychiatrist.

    Reply #22 12 February, 2011, 03:46:13 PM
  • Publish
  • Komen...

    Ayat tak berape berlemah lembut..tapi makan dalam kot..harap2 berfikir dengan mata hati..

    Keje ape yg senang dalam dunia ni???? cuba sedara bagitau sikit...
    Jaga toilet??duduk je kutip duit orang nak masuk tandas????
    Tu pon payah woooo....payah nak curi2 masa pegi rehat2 ke..melancong ke...
    sebab orang buang air tiap masa, hari2..
    NAK SENANG KENA SUSAH DULU SEDARA...
    KESENANGAN BUKAN DATANG BERGOLEK...
    KALAU NAK SENANG DENGAN CARA YG SENANG...
    HIDUP SORANG2..JANGAN KESUSAHAN YG SAUDARA RASA TU MENYUSAHKAN ORG LAIN..
    kesian teramat sangat kat isteri sedara...
    sedare ingat senang ke kerja die??die keje ape??
    tak payah tanyela keje ape..semua keje dalam dunia ni susah...
    dahlah susah bekerja..susah pulak menanggung suami yg bersikap macam sedara ni..
    berlipat2 kali ganda die susah..
    tapi die boleh bertahan..sape lagi susah sebenarnye??
    die kene pikir keje die lagi, perangai suami lagi, keje rumahtangga lagi memasak itu ini, jaga anak lagi..
    sape lagi susah???
    dalam dunia ni tak ada 1 pun keje yg senang..
    keje yg pakai otak pun susah(kene berfikir)
    yg tak pakai otak just kudrat tenaga je pun susah...
    semua susah..
    tak ada yg senang..
    1 je cara nak senang...
    buang2lah fikiran negatif tu...
    sebab sedara jadi camni atas 2 sebab je sebenarnya...
    KEKUATAN DALAM DIRI TERLALU TERLALU TERAMAT SANGAT LEMAH...
    MOTIVASI DIRI TERLALU LEMAH..
    bawak2lah pergi dengar ceramah motivasi ke..tapi jangan la pulak pastu jadi motibasi...
    isteri saudara boleh bertahan dengan semua beban ni pasai apa???
    sebab:

    1. kesabaran dia cukup tinggi -- sabar dengan tekanan keje, sabar dengan sikap suami yg macam ni, sabar dgn bebanan rumahtangga

    2.motivasi dan kekuatan dalaman yg cukup tinggi...

    tak malu ke dengan isteri sedara??die pompuan yg dikenali sebagai golongan lemah pun mampu buat..patutnye die sebagai pompuan yg perlukan perlindungan lelaki..ni sedara pulak yg perlukan perlindungan pompuan..guano ni???aduhai....kalau pompuan lain, dah lama periuk belanga jadi kopiah sedara..terbang melayang singgah kat kepala jadi kopiah..bersyukur, berubah, dan kenanglah susah payah isteri sedara sebelum die tinggalkan sedara dengan laptop sedara tu sorang2..kesianlah kat die..tak payah sebok2 dalam hati dan mulut sebut kesian kalau diri sendri tak ade usaha langsung nak ubah..campak kat laut je..

    AYAT SOPAN..

    Allah tak membebani seseorang melainkan kemampuannya..
    yakinlah dengan Allah..
    yakinlah dengan janji Allah...
    Tiada penipuan Ayat2 allah kecuali yg benar2 belaka..

     'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

    -Al Baqarah,286-

    baiki hubungan dengan Allah..
    bila hubungan dengan Allah runtuh, semuanya akan turut meruntuh..
    banyakkan baca Al-Quran..
    bukan setakat baca...
    tapi memahami apa yg disampaikan oleh Allah kepada sedara..
    Al-Quran itu sangat suci..
    tapi janganlah suci dalam debu...
    berdebu je quran tu atas almari..

    Berubahlah sedara..
    Allah mendidik, menasihati dengan penuh kasih sayang kepada hambanya  dalam Al-Quran;

    'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati..'-Ali Imran, 139-

    Janganlah bersikap lemah sedara...
    buangkanlah sifat2 mazmumah dalam dri..
    berusaha..DENGAN BERSUNGGUH! bukan hangat2 tahi ayam..

    “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka sendiri….” -Ar-Ra’du,11-

    Nasihat terakhir...
    jadilah seorang suami yg mengenang jerih payah seorang isteri..
    jadilah hamba Allah yg tidak lemah supaya dapat membantu diri sendiri dan orang disekeliling..
    dan jadilah manusia yg berguna...kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara..
    Nak ke kat akhirat nanti bila Allah tanya apa sumbangan@peranan sedara pada agama, tangan kaki sedara jawab dengan selambe " sumbangan kat diri sendiri pon takdek...."
    Ingat senang ke jadi manusie???

    wallahu'allam

    « Last Edit: 12 February, 2011, 04:01:25 PM by D_humaira »
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    Reply #23 12 February, 2011, 11:20:02 PM
  • Publish
  • sekarang emosi ok sedikit.
    lepas tidur lama tadi.
    tengahari dan petang tadi teruk sikit.
    ....

    tengahari dan petang tadi.
    memang rasa kurang sangat rasa happy dalam hidup.
    rasa putus harapan tentang hidup.
    rasa letih nak berfikir dan berjalan.
    rasa diri tak berguna.
    nak senyum pun susah.
    mencari harapan untuk meneruskan hidup.
    mencari matlamat untuk bergantung.


    terasa diri mereput.
    terasa mental mereput.
    « Last Edit: 12 February, 2011, 11:29:56 PM by Jejaka Kedekut »

    Reply #24 12 February, 2011, 11:37:47 PM
  • Publish
  • Saya pernah diburukkan oleh rakan sepejabat. Sahabat yg mendengar langsung menyampaikan. Hati rasa sedih tak keruan. Sbb diri tak pernah memburukkan sesiapa. Mujur dapat bersabar seadanya. Tidak ikutkan emosi. Sy tidak berdepan dgn si dia yg mengadu. Sebaliknya melihat dgn positif tentang keburukan yg digembar-gemburkan. Alhamdulillah sy bersyukur kerana keburukan yg disampaikan itu adalah realiti yg sy tidak nampak. Betul. Hati kini semakin tenang.

    Reply #25 13 February, 2011, 05:08:59 AM
  • Publish
  • saya belajar sesuatu tentang kehidupan.
    terutamanya masa takde wang langsung.
    bini ada,anak ada.duit pula takde langsung.
    :)

    kuatkan diri....ingat tanggungjawab keluarga di tangan saudara....begitu tega kah kita membiarkan isteri kita yang menanggung kita...sedarlah...hilangkan rasa frust...rasa malas...belajar disiplinkan diri...saudara lelaki..mesti tahu cara untuk menguruskan emosi...jangan sampai suatu hari nanti saudara menyesal seumur hidup...ingatlah...setiap sesuatu yang ALLAH tentukan tu...berdasarkan setiap kemampuan makhlukNYA...dekat2kan lah diri dengan ALLAH..insyaALLAH...segala akan selesai....

    INGAT!!!ALLAH ADA DI MANA2<<<<----minta pada DIA
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #26 13 February, 2011, 02:24:22 PM
  • Publish
  •  :)
    Jejaka kedekut,
    Allah cakap siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.
    Saudara mungkin patut muhasabah diri dan merenung betapa bertuahnya saudara,
    Ada juga isteri dan anak, (walaupun saudara cakap takde duit), orang diluar sana banyak yang bujang, tak bertemu jodoh, tak dapat anak walaupun dah kahwin bertahun-tahun, semuanya berharap mendapat apa yang saudara ada.

    Tidak cukupkah nikmat yang Allah bagi ini untuk menggerakkan saudara bersyukur dan berusaha untuk memanfaatkan nikmat yang diberikan? Hidup memang tension, tapi itu la, kena fikir jugak kadang-kadang. Kena paksa nafsu dan kehendak tunduk kepada keperluan.

    Fight for your self saudaraku Jejaka Kedekut. Allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya. Saya doakan anda diberi kekuatan Amin.
    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    Reply #27 13 February, 2011, 02:40:23 PM
  • Publish
  • jeJaka kedekut..saya rasa saya nak panggil kamu jejaka pemurahlah..semoga dgn kata2 yang baik kehidupan kamu akan menjadi lebih baik..Memang senang berkata2 dari melakukan..tetapi saya berpendapat jangan lah kamu menjadikan tekanan sebagai beban dalam hidup kamu...Saya cadangkan kamu membbaca buku "The LAw of Attraction" yg versi bahasa melayu..pada saya buku itu sangat membantu untuk membina jiwa dan motivasi.Akhir kata,lapangkanlah dada,ingat bahawa rezeki itu mendatang...Rezeki daripada Allah s.w.t..insyaAllah amiin..
    smile until you cant smile;

    Reply #28 20 February, 2011, 06:22:02 AM
  • Publish
  • saya sekarang memang takde kawan.
    saya dah stop berkawan sebab setiap kali keluar jumpa kawan.memang perlukan duit.walaupun sedikit.
    saya takde duit.
    jadi saya stop berkawan.

    Reply #29 20 February, 2011, 06:45:53 AM
  • Publish
  • saya sekarang memang takde kawan.
    saya dah stop berkawan sebab setiap kali keluar jumpa kawan.memang perlukan duit.walaupun sedikit.
    saya takde duit.
    jadi saya stop berkawan.

    Habis tu, ni macamana saudara boleh online? Gunakan kemudahan internet dari mana?
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #30 20 February, 2011, 06:54:31 AM
  • Publish
  • (senyum)
    takpe kawan-kawan tu memang tak boleh bagi duit, siap memerlukan duit
    berkawan dengan Allah sampai rapat
    insya Allah ada jalan keluar.

    Reply #31 20 February, 2011, 07:10:14 AM
  • Publish
  •  :)

    1. orang yang tertekan akan sentiasa fikirkan tekanan dari tiga sudut:
    - diri sendiri: selalu rasa diri tak berguna
    - dunia sekarang: rasa dunia sekarang tak adil, teruk
    - masa depan: rasa masa depan gelap sentiasa, tak ada harapan

    2. semua perkara2 negatif ni, berlaku dalam 3 langkah.
    - A: situasi yang berlaku
    - B: cara kita berfikir tentang situasi tu
    -C: perasaan kita/ kesimpulan kita dari situasi

    contoh: saudara kena kenal pasti apa faktor sebenar yang buat saudara rasa tertekan. apa yang buat saudara sering tertekan dengan kerja? apa yang jadi pada mulanya?

    selepas dah kenal pasti, saudara kena fikir, macam mana persepsi saudara pada situasi tu.
    - kerja susah, tapi dapat duit sikit, isteri jugak yang terpaksa tanggung keluarga
    - fikiran: saya tak patut macam ni. suami perlu tanggung keluarga. saya ketua keluarga.
     dan akhirnya, cara pemikiran yang macam ni lah yang menyebabkan saudara makin tertekan.

    ubah cara saudara fikir pada sesuatu situasi.
    contoh: saudara boleh fikir- buat masa sekarang, ini saja kerja yang mampu aku buat. dan isteri aku sanggup bersama2 tanggung keluarga dengan aku. aku perlu kerja lebih kuat dan atas sokongan isteri aku, aku akan terus berusaha lebih kuat, aku kena fikirkan apa lagi perancangan/ kerja yang boleh aku buat untuk masa depan dan mengukuhkan lagi ekonomi aku. dan seterusnya...

    kalau saudara terus dibelenggu dengan masalah, sampai bila pun saudara akan berpusing2 kat tempat yang sama jugak. saya tak boleh ajar saudara cara menjalani hidup, saudara kena berfikir sendiri dan belajar keluar dari masalah dengan cara ubah cara pemikiran yang negatif tu.

    disamping itu juga, saudara kena sentiasa bersyukur dengan keluarga saudara yang masih ada, dan bukan runsing tentang kehilangan kawan. saudara boleh juga senaraikan segala pencapaian, perkara positif yang pernah berlaku dalam hidup saudara, kerana ini tanpa sedar akan membantu saudara melihat potensi diri.

    dan ingatlah, kesenangan akan datang selepas kesusahan. dan pada saat, masalah saudara selesai, saudara akan sedar, semua ujian ini memang ujia yang mampu saudara tanggung. :ins:

    semoga Allah sentiasa memberkati saudara.

    Reply #32 20 February, 2011, 05:14:57 PM
  • Publish
  • saya sekarang memang takde kawan.
    saya dah stop berkawan sebab setiap kali keluar jumpa kawan.memang perlukan duit.walaupun sedikit.
    saya takde duit.
    jadi saya stop berkawan.

    Habis tu, ni macamana saudara boleh online? Gunakan kemudahan internet dari mana?

    dulu saya pernah kerja.
    ada duit zaman tu,saya beli komputer.

    internet ni isteri saya punya.
    dia bayar bulan-bulan.

    sungguh tak guna saya ini...

    Reply #33 21 February, 2011, 09:36:35 PM
  • Publish
  • :)

    1. orang yang tertekan akan sentiasa fikirkan tekanan dari tiga sudut:
    - diri sendiri: selalu rasa diri tak berguna
    - dunia sekarang: rasa dunia sekarang tak adil, teruk
    - masa depan: rasa masa depan gelap sentiasa, tak ada harapan

    2. semua perkara2 negatif ni, berlaku dalam 3 langkah.
    - A: situasi yang berlaku
    - B: cara kita berfikir tentang situasi tu
    -C: perasaan kita/ kesimpulan kita dari situasi

    contoh: saudara kena kenal pasti apa faktor sebenar yang buat saudara rasa tertekan. apa yang buat saudara sering tertekan dengan kerja? apa yang jadi pada mulanya?

    selepas dah kenal pasti, saudara kena fikir, macam mana persepsi saudara pada situasi tu.
    - kerja susah, tapi dapat duit sikit, isteri jugak yang terpaksa tanggung keluarga
    - fikiran: saya tak patut macam ni. suami perlu tanggung keluarga. saya ketua keluarga.
     dan akhirnya, cara pemikiran yang macam ni lah yang menyebabkan saudara makin tertekan.

    ubah cara saudara fikir pada sesuatu situasi.
    contoh: saudara boleh fikir- buat masa sekarang, ini saja kerja yang mampu aku buat. dan isteri aku sanggup bersama2 tanggung keluarga dengan aku. aku perlu kerja lebih kuat dan atas sokongan isteri aku, aku akan terus berusaha lebih kuat, aku kena fikirkan apa lagi perancangan/ kerja yang boleh aku buat untuk masa depan dan mengukuhkan lagi ekonomi aku. dan seterusnya...

    kalau saudara terus dibelenggu dengan masalah, sampai bila pun saudara akan berpusing2 kat tempat yang sama jugak. saya tak boleh ajar saudara cara menjalani hidup, saudara kena berfikir sendiri dan belajar keluar dari masalah dengan cara ubah cara pemikiran yang negatif tu.

    disamping itu juga, saudara kena sentiasa bersyukur dengan keluarga saudara yang masih ada, dan bukan runsing tentang kehilangan kawan. saudara boleh juga senaraikan segala pencapaian, perkara positif yang pernah berlaku dalam hidup saudara, kerana ini tanpa sedar akan membantu saudara melihat potensi diri.

    dan ingatlah, kesenangan akan datang selepas kesusahan. dan pada saat, masalah saudara selesai, saudara akan sedar, semua ujian ini memang ujia yang mampu saudara tanggung. :ins:

    semoga Allah sentiasa memberkati saudara.

    terima kasih dengan nasihat.
    saya ingat kembali beberapa pencapaian saya selama ini.
    saya sedar saya bukanlah seorang yang tak guna sangat sebenarnya.

    Reply #34 21 February, 2011, 09:51:14 PM
  • Publish
  • saya ingat kembali beberapa pencapaian saya selama ini.
    saya sedar saya bukanlah seorang yang tak guna sangat sebenarnya.

     baguss baguss baguss bila saudara sedar saudara bukan nya tak guna, maka ini merupakan satu motivasi. Ok,sila ke langkah seterusnya...

    Reply #35 21 February, 2011, 10:13:51 PM
  • Publish
  • saya ingat kembali beberapa pencapaian saya selama ini.
    saya sedar saya bukanlah seorang yang tak guna sangat sebenarnya.



    waaa...hepi bace statement die..selalu jenguk thread ni nak tengok perubahan jejaka kedekut...
    perubahan pertama nampak dah ubah nama..bagus le tu jejaka..
    betol la tu cadangan Annalthafunnisa..
    minggu lepas dengar ceramah kat radio ustaz pesan panggil name anak jangan singkat2 atau nama yg tak elok..
    contohnya muhammad panggil mamat...
    muhammad bermaksud yg terpuji..
    mamat tu maksudnya mati..
    kan jauh beza terpuji dengan mati...
    bila mati, maka matilah hati, jiwa dan akalnya...disebut hari2..
    sebab tu anak jadi degil, tak berjaya n etc...
    jejaka pemurah kan bagus...
    caiyok2!semangat2!bangkit dari kelemahan...
    ubah persalinan yg buruk dengan yg baru..
    walaupon tak baru mane..
    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
    "Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung..
    Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia adalah orang yang rugi..
    Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

    lepas ni tukar jadi jejaka kaya lak..:senyum:

    Reply #36 02 April, 2011, 02:13:41 AM
  • Publish
  • saya sudah pulih seperti biasa dah.
    saya dah start berkawan seperti biasa.
    saya pun dah kerja menggunakan internet.

    terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi nasihat kepada saya.



    Reply #37 02 April, 2011, 02:15:14 AM
  • Publish

  • alhamdulillah..
    semalam baru tergerak hati nak tanya mana mu pegi
    lama tak nampak
    baru ingat nak tanya perkembangan
    hari ni dah melaporkan
    tahniah
    teruskan usaha

    Reply #38 02 April, 2011, 02:16:43 AM
  • Publish
  • saya sudah pulih seperti biasa dah.
    saya dah start berkawan seperti biasa.
    saya pun dah kerja menggunakan internet.

    terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi nasihat kepada saya.
    alhamdulillah
     syukur!
    syok mendengar berita ni.
    selamat terus berusaha :-)

    Reply #39 02 April, 2011, 07:15:08 AM
  • Publish
  • Saya rasa saya kena tertekan jiwa.
    Tidur malam pun susah.
    Nasib baik isteri saya kerja.

    Saya memang kerja sendiri.
    Tetapi pendapatan kurang atau takde pendapatan sebab saya tak boleh kerja sebab saya rasa tertekan dengan kerja.
    Dulu saya kerja makan gaji tetapi saya berhenti kerja sebab tertekan.

    Sekarang saya pun tak tau nak buat apa.
    Kerja ada,saya suka kerja ni tetapi saya mudah tertekan.
    Nak buat kerja pun saya tak boleh.

    Saya suka berfikiran negatif,saya sendiri takut bila fikir masa depan saya.
    Saya banyak habiskan masa main internet untuk hilangkan tekanan sebab saya jadi tertekan nak buat kerja saya yang sebenar.


    Saya memang takde duit sekarang,semua duit belanja rumah dan anak, isteri saya tanggung.
    Saya rasa sedih,rasa dayus,rasa tak berguna,rasa benci diri sendiri.
    Tetapi saya masih waras.Cuma tertekan.
    Tambah tertekan setiap bulan saya kena bayar hutang.

    Esok saya nak buat kerja tetapi saya takkan buat sebab tak boleh disiplinkan diri.
    Kalau saya buat kerja pun tak lama.Saya akan tinggalkan kerja tu sebab tertekan.

    Tolonglah saya.
    Berikan nasihat kepada saya.
    Berikan panduan kepada saya.
    Saya nak ubah diri.

    salam ya akhi,

    ana selalu berpegang prinsip bertawakkal kpd Allah bila susah mahupun senang.

    tenangkan fikiran dgn mengingati kisah2 perjalanan hidup Nabi, kerna aisyah pernah berkata tidak ada satu orang yang terkena penyakit lebih dasyat daripada Nabi Allah iaitu Muhammad.

    " Ingatlah... dengan hanya mengingati Allah hati kamu menjadi tenang " surah ar-ra'd ayat 28

    dan surah ath-thalaq ayat 2-3

    Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

    wasalam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    1727 Views
    Last post 26 August, 2010, 06:38:32 AM
    by qaseh2003
    23 Replies
    4281 Views
    Last post 31 December, 2013, 10:13:11 PM
    by Durratul Hikmah
    82 Replies
    12522 Views
    Last post 09 December, 2010, 08:04:01 PM
    by mufidah