Sikap Manusia Bertempat dan Tidak Bertempat

*

Author Topic: Sikap Manusia Bertempat dan Tidak Bertempat  (Read 1559 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

saatcham

  • *
  • Posts: 62
    • View Profile
01 February, 2011, 05:43:26 PM
  • Publish
  •  :)


    SIKAP MANUSIA BERTEMPAT DAN TIDAK BERTEMPAT.

     

    Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku dan baginda adalah seorang yang benar dan yang dipercayai:

     

    “Sesungguhnya setiap kejadian kamu diletakkan di dalam perut ibunya di dalam bentuk air mani selama 40 hari, kemudian dalam bentuk darah beku seperti waktu tersebut(40 hari), kemudian dalam bentuk segumpal daging seperti waktu terebut, kemudian ia dihantar kepada malaikat untuk ditiupkan roh ke dalamnya, dan malaikat diperintahkan berkenaan empat kalimat: ialah menulis ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, jika seseorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga di antara dia dan ia(syurga) hanya jarak satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka ia melakukan amalan ahli neraka lalu dia masuk ke dalamnya. Jika seseorang di antara kamu melakukan perbuatan ahli neraka sehingga jarak dia dan ia(neraka) hanya satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka dia melakukan amalan ahli syurga lalu dia masuk ke dalamnya.”

     

    TAKHRIJ HADITH

     

    Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari: Kitab Bad’ al-Khalq, Bab Dzikr al-Malaikah hadith no. 3036, 3154, 6221 dan 7016. Juga diriwayatkan oleh al-Imam Muslim: Kitab al-Qadr, Bab Kaifiah al-Khalq al-Adami Fi Batn Ummihi Wa Kitabati Rizqihi Wa Ajalihi Wa ‘Amalihi Wa Syaqawatihi Wa Sa’adatihi hadis no. 2643.

     

    Bismillah

    dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

     

    Aku bersyukur pada Mu Allah Maha Mengetahui kerana mengizinkan aku bernafas lagi pada Jumaat mulia ini.Sesungguhnya jemari ini tidak akan mampu bergerak  dan menulis nota tanpa izin-Mu.Ya Allah jadikanku manusia yang bersyukur sepanjang hayat ketika susah atau senang...

     

    Manusia itu mempunyai pelbagai sikap dan watak,perangai dan peribadi sama ada baik atau buruk.Manusia itu mampu melakonkan pelbagai watak kerana mereka mempunyai  lima pancaindera,tangan dan kaki serta akal yang waras.

    Dalam hadis di atas,empat ketetapan  telah tertulis iaitu  ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak.Rezeki,amal,ajak,syurga dan neraka telah ditetapkan namun mengikut ahli sunnah waljamaah kita tidak boleh bergantung kepada ketetapan dan takdir Allah.Kita disuruh berusaha sama ada mencari rezeki,melakukan ibadat,menjauhkan maksiat .Kita disuruh berusaha kerna kita tidak tahu apakah destinasi kita sama ada syurga atau Neraka.

     

    Adalah tidak wajar seorang miskin yang hidup dalam kemiskinan berkata “Allah telah mentakdirkan aku miskin,jika aku berusaha pun aku tetap miskin”.

     

    Begitu juga manusia yang suka berzina dan minum arak berkata “Allah swt telah mentakdirkan aku menjadi manusia jahat dan rosak,maka aku melakukan kejahatan dan maksiat kerana takdir Allah”.

     

    Sesungguhnya perkataan dan ayat tersebut adalah ayat manusia yang berpegang dengan mazhab Qadariyyah,bukan mazhab ahli sunnah wal jemaah.Ulama’ memasukkan golongan Qadariyyah sebagai golongan dan mazhab yang sesat.

    Kita melihat ramai manusia menjalani kehidupan tanpa ilmu.Mereka jahil dan tidak sedar kejahilan lantas tidak menambahkan ilmu sdgkan di mana bumi pu ada masjid dan surau yang diadakan kuliah agama dan pengajaran pelbagai ilmu seperti tajwid,fekah,tasauf dan sebagainya.Namun kejahilan dan buat mata hati di samping keras hatinya menyebabkan mereka tidak mahu menambahkan ilmu dengan hadir kuliah ilmu.Mereka berasa ilmu di dada telah cukup dan tidak perlu mencari ilmu.

     

    Ramai manusia melakukan sesuatu sikap dan watak bertempat dan ramai juga melakukannya tidak bertempat.Contohnya adalah :

     

    1.Marah.

    Apabila seseorang suami memarahi isterinya kerna tidak menutup aurat,maka itulah marah bertempat.Namun jika suami memarahi dan memaki hamun isteri hanya kerana masakan isteri tidak sedap,itulah marah tidak bertempat.

     

    Begitu juga ibu bapa yang memarahi anaknya yang sukakan hobi menonton tv,itulah marah tidak bertempat.Sepatutnya ibu bapa memberitahu anak-anak dan mendidik mereka tentang apakah program tv yang baik dan perlu ditonton.Sikap memarahi anak hanya kerana suka menonton tv bukanlah marah bertempat.

     

    Kita lihat manusia suka marah dan mereka tidak sedar dan tahu apakah marah itu patut atau tidak.Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan mengikut telunjuk syaitan.

     

    Baginda saw pernah marah namun Baginda saw marah bertempat.Suatu hari Baginda memuji saidatina Khadijah Khuwailid r.a di hadapan isterinya Aisyah r.a.Aisyah r.a menjawab “Balik-balik perempuan tua itu yang diingati”.

    Baginda saw marah dan Baginda saw keluar dari rumah beberapa hari hinggalah dipujuk mertuanya Abu Bakar as-siddik.Suatu hari pula berlaku kematian seorang perempuan dan Abu Hurairah berkata “sesungguhnya telah amanlah perempuan itu dengan kematiannya”Lantas Baginda saw amat marah dengan ayat sahabat tersebut dan bersabda “sesungguhnya hanya orang yang aman manusia yang beriman dan bertakwa”.

     

    Pada suatu hari pula Baginda melewati sebuah kampung dan mereka membakar sarang semut,lantas marahlah Baginda saw.Baginda saw bersabda “Adalah tidak patut seseorang manusia mengazab makhluk Allah dengan azab yang hanya boleh dilakukan Allah swt”.

     

     Baginda saw juga pernah marah namun Baginda saw marah bertempat dan patut diluahkan kemarahan,bukan sebagaimana ramai manusia yang hobinya suka marah dan marah tidak bertempat.

     

    Ramai fans menulis komen negatif mengherdik admin apabila admin meluahkan kemarahan.Contohnya kelmarin admin menulis “Komen yang paling dibenci adalah komen “mana sumbernya?”Admin membenci komen sedemikian kerana mempertikaikan sumber sdgkan admin amat berhati-hati menulis status dan nota kerna tidak mahu menulis sesuatu yang salah.Admin membaca buku dan mencari rujukan agar apa yang ditulis adalah benar dan berdasarkan fakta.

     

    Seorang fans pula menulis komen di bawah status mengatakan admin riak dan takabbur.Tidakkah itu tuduhan yang sengaja ditulis untuk menyebabkan admin marah?Tuduhan mengatakan admin riak dan takabbur adalah tuduhan yang sengaja melahirkan permusuhan dan mengaibkan admin.Tidakkah ikhlas dan riak itu di dalam hati seseorang dan hanya Allah swt Maha Mengetahui?

     

    Admin memarahi fans yang suka menulis komen negatif adalah bertempat,bukan sengaja mahu menghina dan mengaibkan admin.Pelbagai tulisan negatif ditulis fans sama ada mereka jahil atau sengaja melahirkan kebencian dan permusuhan sesama Islam.

     

    Admin mengaku bahawa admin bukanlah seorang yang bijak dan terpandai dalam semua perkara namun admin telah berusaha memberikan ilmu sekadar apa yang diketahui.Admin tidak pernah mengeluh dan mengharapkan pujian terhadap apa yang dilakukan dalam Kisah teladan kerana niat admin membuka page ini untuk berkongsi ilmu dan menjadikan Kisah teladan sebagai medan dakwah,bukan medan bermusuh dan menghina orang lain.

     

    Ramai fans mempunyai ilmu yang lebih banyak terutama sekali  fans yg sedang belajar di universiti Madinah atau al-Azhar.begitu juga graduan universiti seluruh dunia sdgkan admin hanyalah manusia kecil yang mempunyai ilmu sedikit berbanding ramai fans.Dengan ilmu sedikit ini admin menulis tanpa jemu status dan nota demi menambahkan ilmu diri sendiri dan manusia yang menghargai ilmu.Manusia yang bijak dan terpelajar sudah tentu tidak berterima kasih dan menghargai ilmu kerana mereka sudah pandai dan tahu semuanya.Malah menulis komen negatif untuk mencemuh admin yang serba kekurangan berbanding mereka yang hebat dan bijak sana sini.

     

    Marah itu bukanlah sifat yang dikeji jika marah bertempat.Marah tidak bertempat adalah sifat yang keji.Quran dan hadis telah menerangkan panduan kepada manusia agar marah bertempat dan menjauhi marah tidak bertempat.

     

    Banyak perkara berlaku di dunia ini.Ada bapa yang memukul anaknya tanpa sebab.Itulah kemarahan tiak bertempat.Ada juga suami memaki hamun isteri yang lambat memasak,sdgkan marah itu tidak bertempat.

     

    Ada isteri memarahi suami hanya kerana lambat balik rumah sdgkan jalan jem dan sesak.Itulah marah tidak bertempat.Ada pula isteri suka memuji suami orang lain di hadapan suaminya dan itu menyebabkan suami marah dan kemarahan suami adalah bertempat.isteri tidak patut memuji lelaki lain begitu juga sang suami tidak patut memuji isteri orang lain.

     

    Ada seorang ayah datang ke sekolah dan menumbuk guru hanya kerana guru memarahi anaknya kerana ponteng sekolah atau tidak melakukan kerja sekolah.itulah ayah yang marah tidak bertempat.

     

    Kita boleh marah namun marahlah bertempat bukan marah tidak bertempat.Manusia jahil suka marah tidak bertempat manakala manusia berilmu dan beriman tahu di manakah tempat yang perlu diluahkan kemarahan.

     

    Saya pernah mendengar luahan seorang pegawai kerajaan yang  bertanggungjawab menjaga kebajikan orang miskin.Orang miskin diberikan mesin jahit dan kursus percuma jahitan,namun mereka malas dan tidak berusaha,malah menjual mesin jahit tersebut dan meminta bantuan lagi.Ada pula diberikan stall menjual burger dan berniaga 2,3  jam sehari ,malah menjual stall burger itu.Ada pula diberikan mesin pemotong  rumput dan mencari rezeki dengan mengambil upah memotong rumput namun dijual pula mesin itu agar mendapat lagi bantuan lain.Memang wajarlah pegawai tersebut marah dan kecewa dengan sikap manusia miskin yang tidak berusaha,malah tidak menghargai bantuan yang diberikan kerajaan.

     

    Islam tidak pernah menghalang seseorang marah,namun kemarahan perlu bertempat,bukan marah melulu tidak bertempat.

     

    Saya pernah memarahi pelajar sekolah yang memakai uniform sekolah dalam bas dan menyuruh mereka membuang rokok yang dihisap.Mereka tidak peduli dan saya berpura-pura menghubungi pihak polis melalui telefon bimbit,lantas mereka semua ketakutan dan membuang rokok di tangan mereka.Itulah marah bertempat.Sudahlah memakai pakaian sekolah Menengah,malah menghisap rokok dalam bas yang dilarang merokok.

     

    Ramai manusia merokok di kawasan hospital,membuang sampah merata-rata,membuang bayi,menjadi pemimpin tidak bertanggungjawab atas kebajikan rakyat,membuang bising hingga mengganggu jiran,membuang toksin dan sampah dalam sungai,meludah merata-rata,tidak menutup telefon bimbit dalam masjid atau panggung wayang,meletakkan kereta menghalang laluan kereta lain dan sebagainya.Sikap ini menyebabkan ramai manusia marah dan kemarahan ini adalah patut kerana sikap manusia yang melakukan pelbagai kejahatan dan masalah kepada manusia lain.

     

    Kdgkala hairan dengan pelbagai sikap manusia.Mereka sengaja melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain marah seperti membuat bising dalam perpustakaan atau membunyikan radio dan tv hingga mengganggu jiran.Tidakkah sikap ini melahirkan kemarahan orang lain?sikap ini adalah berdosa kerana termasuk dalam menyakiti seseorang.

     

     Ramai fans Kisah teladan sengaja menulis komen negatif yang menyebabkan admin marah.Ada yang emnulis “sebentar lagi admin akan menjadi Tuhan”.Ada pula menjawab buah dalam Quran adalah ‘Durian”.Ada pula membantah status admin yang mengatakan gelaran Raja Mesir adalah Firaun.ia menulis gelaran Raja Mesir bukan Firaun tetapi  al-Aziz.Tulisan ini ditulis oleh seorang pelajar yang sedang belajar di Universiti islam Madinah.

     

    Amat menghairankan bgmana seorang pelajar yang bijak boleh menulis sedemikian sdgkan fakta sejarawan Islam dan Barat mengatakan bahawa gelaran Raja Mesir adalah Firaun.Admin amat berterima kasih jika fans membetulkan fakta yang salah,namun apa yang dilakukan fans adalah mempertikaikan fakta admin sdgkan fakta admin adalah benar dan sanggahan fans adalah fakta palsu dan sengaja menghina admin dan mempertikaikan kredibiliti admin.

    Seorang fans menulis “Tidak pernah dengar seorang wanita bercerai 100kali?”.Tidakkah itu komen yang mempertikaikan fakta yang ditulis?sepatutnya fan menulis “Saya tidak pernah mendengar kisahnya,bolehkah menulis ceritanya lagi?”itulah komen pertanyaan bukan komen yang sengaja mempertikaikan kisah yang dibawa admin.

     

    Manusia cepat melatah apabila dikatakan jahil dan tidak sedar diri jahil tetapi itulah kenyataannya.Tulisan dalam komen menggambarkan betapa mereka jahil dan tidak sedar diri meraka jahil.Antara tanda manusia jahil adalah tidak pasti adakah betul atau salah apa yang ditulis,itulah kejahilan.

     

    Manusia boleh marah,namun kemarahan perlu bertempat dan kerana Allah,bukan kemarah mengikut nafsu dan pujukan syaitan durjana.Syaitan akan menghasut manusia marah tidak bertempat agar manusia bermusuh dan putus silatrurrahim sesama manusia.

     

    Pelbagai nota dan ilmu telah diberikan namun sikap ramai fans bukan bertambah ilmu,sebaiknya bertambah jahil.Apabila mendapat ilmu namun sikap dan perangai tidak berubah,maka ia menunjukkan seseorang tidak mendapat manfaat dan ilmu tidak memberi manfaat dalam jiwanya.

     

    Facebook mempunyai  aplikasi LIKE dan KOMEN untuk memberikan sikap BERI dan TERIMA.Apabila fans like staus ia menunjukkan fans ada dalam Kisah teladan dan aktif.Apabila membaca dan tidak pernah like atau komen ia menunjukkan fans tidak peduli.Dalam mana-mana Page sama ada politik,artis,hobi,bisnes,status like dan komen adalah penting kerana ia menunjukkan fans aktif atau tidak dalam sesuatu page.

     

    Walaupun mempunyai 4000 fans,seakan hanya 10 orang dalam Kisah Teladan.Mungkin mereka tidak suka page ini,namun jika mereka tidak suka mengapa mereka menjadi ahli dan fans Kisah teladan?

     

    Saya suka dengan page yang aktif dan sering berkerja sama antara fans dan admin.melihat jumlah like mencecah 100 dan komen 100 komen dalam sesebuah page membuatkan saya teruja dengan sikap mereka.Namun page sedemikian kebanyakan  adalah page artis pujaan dan politik yang memaki hamun antara satu sama lain.Malah banyak page fans aktif namun page sedemikian tidak memberikan ilmu.

     

    Kita perlu senaraikan tempat yang kita marah dalam seharian dan apa yang pernah berlaku.Cuba kaji balik,adakah kita marah bertempat atau tidak.Jika marah tidak bertempat,maka ubahlah sikap.Marah tidak bertempat akan melahirkan permusuhan dan kekacauan.Sedangkan marah kerana Allah akan melahirkan pahala dan memperbaiki kesilapan manusia.

     

    Saidina Omar al-Khattab r.a pernah marah apabila bertanya seorang pencuri yang ditangkap mencuri mengapa mencuri,lalu dijawab lelaki tersebut “aku mencuri kerana Allah telah mentakdirkan aku menjadi pencuri’.Lalu marahlah Omar al-Khatta r.a dan menyuruh pegawainya menambah hukuman 40 rotan kepada pencuri tersebut di samping hukuman potong tangan.Tambahan 40 rotan kerana menghina Qadar Qadar Allah swt.

     

    Manusia itu boleh marah,namun marahlah bertempat.Ramai suami isteri saling marah memarahi tidak bertempat dan berlakulah perceraian yang menyebabkan anak-anak terputus kasih sayang.Ramai pula membuang sampah merata-rata hingga menyebabkan longkang dan sungai tercemar dan tersumbat.

     

    Ada pula guru memarahi seorang murid dan pelajar di hadapan teman dalam kelas,itulah marah tidak bertempat.Guru perlu memarahi pelajar secara  satu sama satu  kerana guru perlu menjaga air muka dan maruah pelajar walaupun pelajar tersebut bodoh dan tidak cerdik.

     

    Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan kurang ilmu....

     

    Yang sempurna hanyalah Allah swt Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana manakala diri sendiri adalah manusia naif dan lemah.

     

    Wallahua’lam..........



    Saat Sulaiman

    http://www.saatcham.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    2569 Views
    Last post 16 December, 2013, 11:16:12 PM
    by Durratul Hikmah
    16 Replies
    2118 Views
    Last post 12 May, 2010, 06:50:49 PM
    by Eyda Aam
    14 Replies
    3970 Views
    Last post 14 September, 2011, 08:22:01 AM
    by sonidoter89