(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua

*

Author Topic: (Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua  (Read 7727 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zunita

  • *
  • Posts: 744
    • View Profile
Reply #40 02 February, 2011, 09:00:01 AM
  • Publish
  • Yang sebenarnya berita pelajar malaysia kena rogol adalah di London.
    Pelajar Malaysia dirogol di London


    PETALING JAYA, 30 JANUARY, 2011: An 18-year-old Malaysian student in London was allegedly gang-raped by several Russian men, including an intelligence officer who has been charged with the offense.

    The Sun tabloid of London, which broke the story on Thursday, reported that the girl had attended a party at the prestigious Bellerbys College in Greenwich, South London, where she is studying.

    Sources from the daily claimed that the girl was allegedly drugged and then filmed while being assaulted by seven Russian men, including the intelligence officer identified as Oleg Vladimirvich Ivanov, 23.

    The crime is said to have happened early last Sunday during the party attended by English language students of the college.

    The report stated that police retrieved iPhones with harrowing footage of the victim being gang-raped.

    Ivanov was charged with three others identified as Gregory Andreev Melnikov, 22, Norayr Davtyan, 25, and Arnen Simonay, 26, with the offense at the Woolwich Magistrates’ Court on Tuesday and Wednesday.

    All four claimed trial and have been remanded.

    They will appear at Woolwich Crown Court on Tuesday.

    Two other suspects were released on bail while another was released without any charge.

    The report also stated that the seven men had claimed to be students, but it quoted well-informed sources as saying that Ivanov worked in the Intelligence Section of the Moscow Police.

    It stated that Ivanov had only been in Britain for a week before the alleged gang-rape.

    The victim was said to have raised the alarm after staggering into a friend’s room.

    “She is distraught. She is very young and it is believed she was given a drug before being defiled,” the report quoted a source as saying.

    Two students at the college, contacted by The Star last night, were tight-lipped about the incident.

    “What we know so far is what everyone has read in the newspaper (The Sun). We refuse to talk about the case as we are not allowed to. Please contact our college officials if you want a comment,’’ said one of them.

    The college officials could not be reached for comment.

    Malaysian students in Britain have been advised to be vigilant to avoid being caught in compromising situations, following the alleged attack.

    Education Malaysia (Britain and Eire) director Assoc Prof Dr Rosman Abdullah said his department would issue advisories to students there to prevent such things from happening again.

    malaysiandigest.com
    لا إله إلا الله

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #41 02 February, 2011, 10:26:42 AM
  • Publish
  • Perkembangan terkini Di Mesir: ==>[b]klik di sini[/b]

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Reply #42 02 February, 2011, 11:03:48 AM
  • Publish
  • Lautan manusia membanjiri jalan raya di Medan -no comment-, Mesir..



    lagi gambar di http://pinkturtle2.wordpress.com/

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #43 02 February, 2011, 11:07:21 AM
  • Publish
  • Nak tanya Malaysia dah buat ke?

    Indonesia Hantar Pesawat Boeing Untuk Pindahkan Rakyatnya Dari Mesir

    JAKARTA: Berikutan krisis politik yang kian meruncing di Mesir serta suasana tegang dengan ancaman demonstrasi lebih sejuta orang di Kaherah Selasa, Indonesia menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu.

    Pesawat Garuda Boeing 747 itu akan memindahkan kumpulan pertama berjumlah 428 orang sebaik sahaja ia mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

    Operasi pemindahan itu dijalankan atas arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

    “Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,” kata Susilo di Jakarta.

    Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata pesawat sewa khas itu berlepas tengah malam tadi dan mendarat di Jeddah, Arab Saudi, sementara menunggu kebenaran mendarat di Kaherah.

    Jurucakap Kementerian Luar Negeri Kusuma Habir pula berkata warga Indonesia di Mesir berjumlah 6,149 orang, dan daripada jumlah itu 4,297 orang adalah pelajar dan selebihnya ialah tenaga kerja Indonesia di Mesir.

    Selain pesawat penerbangan Garuda, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu.

    Dikirim dalam News & Politics
    http://pinkturtle2.wordpress.com/

    barakallah

    • *
    • Posts: 251
    • InsyAllah
      • View Profile
    Reply #44 02 February, 2011, 11:20:18 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah baru dapat berita dari wismaputra..kerajaan akan htr balik 3 pesawat charlie tudm hari ne..sok 2000 pelajar malaysia akan dipindah trip ke jeddah...maybe dihtr beransur2...sebab kat sane ramai..moge semua berjalan lancar..insyaAllah..amin

    barakallah

    • *
    • Posts: 251
    • InsyAllah
      • View Profile
    Reply #45 02 February, 2011, 03:09:09 PM
  • Publish
  • Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan

    http://www.facebook.com/notes/datuk-seri-hj-mohamed-khaled-nordin/kenyataan-akhbar-mengenai-keadaan-dan-situasi-terkini/10150093790994063

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #46 02 February, 2011, 03:24:56 PM
  • Publish
  • Pelajar Malaysia dibawa pulang

    KUALA LUMPUR 1 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

    “Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.

    Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

    “Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

    Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

    “Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini,” katanya.

    Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

    Bagaimanapun, menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

    “Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah,” kata Najib.

    Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.

    Sementara itu, Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

    Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah Mara di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

    “Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain,” katanya.

    Terdahulu, beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

    Sementara itu, Sahlan berkata, pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.

    “Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket,” katanya.

    Beliau berkata, sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

    “Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain,” katanya.

    Sahlan berkata, dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

    Beliau berkata, kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di

    Mesir serta kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #47 04 February, 2011, 09:13:35 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Shah Alam, 1 Februari 2011-Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menubuhkan Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan ibubapa dan sanak saudara mengetahui kedudukan muktahir pelajar Selangor di Mesir.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini berkenaan pelajar-pelajar ini bolehlah diperoleh dengan menghubungi Bilik Gerakan ini bermula 8.30 pagi esok (2 Februari) di talian 03-5514 3520/3534/3538/3539/3576.

    Pihak Wisma Putra bersama Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan pelajar kita berada di dalam keadaan selamat dan terkawal.

    laman web : http://www.e-zakat.com.my/terkini/terkini-pelajar-melaysia-di-mesir/
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #48 04 February, 2011, 09:21:22 PM
  • Publish

  • Polis Mesir guna van besar sengaja langgar anti mubarok!!!

    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #49 04 February, 2011, 09:36:05 PM
  • Publish
  • Kejam ke?

    semuga Umat Islam dapat merasa kekejaman Zionis terhadap umat palestin
    ada hari kita tak layan orang yang di zalimi meminta perlindungan dari kita

    maka Allah beri Ujian yang lain jenis pula lah

    ada hati Perut ke

    ada ke Iman
    ada ke kasih sayang sebagai satu umat

    semuga semuga mati dalam Iman, mati as muslim

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #50 04 February, 2011, 09:43:57 PM
  • Publish
  • subhanallah..meremang bulu roma tengok...


    http://www.youtube.com/aljazeeraenglish#p/u/32/CVxUgsRWBYs

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1153
      • View Profile
    Reply #51 05 February, 2011, 12:49:36 PM
  • Publish
  • nak tanya...betul ke pelajar yang nak balik ke kl dari jeddah atas tanggungan sendiri?

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2086
      • View Profile
    Reply #52 05 February, 2011, 04:26:08 PM
  • Publish
  • INGAT lagi ker
    Wasiat Syeikh Sya'rawi

    Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

    Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

    "..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".

    Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

    Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

    Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.

    Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

    "..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

    Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

    Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #53 05 February, 2011, 04:58:50 PM
  • Publish
  • nak tanya...betul ke pelajar yang nak balik ke kl dari jeddah atas tanggungan sendiri?

    Menurut berita Buletin 8 malam TV3 , Tan Sri Muhidin Yassin sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa kos penerbangan pelajar bermula dari Mesir,makan minum dan tempat tinggal transit di Jeddah dan penerbangan ke Malaysia semuanya ditanggung oleh pemerintah.

    Penerbangan mereka secara berperingkat-peringkat dengan keutamaan diberikan kepada wanita dan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Penginapan mereka di Jeddah adalah tempat transit jemaah haji iaitu di Madinatul Hujjah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    GSRSomban

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #54 08 February, 2011, 09:55:03 PM
  • Publish
  •  :msya: smpi mcm tu skali......anak kawan ada 2 org kat sana amik medic...xjmp nak tanya khabar

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #55 11 February, 2011, 02:34:36 AM
  • Publish
  • ulamak upahan mubarak menentang kuasa rakyat


    Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah
    Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini)hhttp://ttp://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx. Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.
    Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.
    Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.
    Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

    http://azrin-kun.blogspot.com/2011/02/ulamak-upahan-mubarak-menentang-kuasa.html
    « Last Edit: 11 February, 2011, 12:24:58 PM by azrinkun »
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Zainal Abidin

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #56 11 February, 2011, 08:34:39 AM
  • Publish
  • Mubarak disokong Yahudi dan Amerika.... ini adalah benteng Kerajaan Israel dalammenyembelih umat Islam di Palestin

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #57 11 February, 2011, 12:28:46 PM
  • Publish
  • Kenyataan Rasmi Ketua Tentera Mesir tetap bersama Rakyat Mesir
    ثورة الغضب 2011 - بيان المجلس الأعلى للقوات المسلحة رقم 1

    Dari kenyataan diatas pihak Tentera tetap bersama rakyat menjaga keamanan negara.
    Ikrar suci dari Pihak Tentera yang jelas tidak berpihak kepada mereka yang merompak kekayaan negara dan bersekutu dengan musuh Allah SWT. Wallah Hua'lam Bissawab.

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1153
      • View Profile
    Reply #58 12 February, 2011, 08:16:30 AM
  • Publish
  •  :)

    CAIRO – Egypt's Hosni Mubarak resigned as president and handed control to the military on Friday, bowing down after a historic 18-day wave of pro-democracy demonstrations by hundreds of thousands.

    A massive crowd in Cairo's central -no comment- Square exploded into joy, waving Egyptian flags, and car horns and celebratory shots in the air were heard around the city of 18 million in joy after Vice President Omar Suleiman made the announcement on national TV just after nightfall.

    "In these grave circumstances that the country is passing through, President Hosni Mubarak has decided to leave his position as president of the republic," a grim-looking Suleiman said. "He has mandated the Armed Forces Supreme Council to run the state. God is our protector and succor."

    Nobel Peace laureate Mohammed ElBaradei, whose young suporters were among the organizers of the protest movement, told The Associated Press, "This is the greatest day of my life."

    "The country has been liberated after decades of repression," he said adding that he expects a "beautiful" transition of power.

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #59 12 February, 2011, 09:49:11 AM
  • Publish
  • Rakyat Mesir bergembira,mubarak telah keluar dari pejabatnya

    الفرحة تعم مصر احتفالا بسقوط مبارك


    Semoga pengganti mubarak lebih memahami hati budi dan penderitaan Rakyat Mesir. Amin Ya Rabbal Alamin.

    http://azrin-kun.blogspot.com/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2329 Views
    Last post 05 May, 2009, 09:38:35 AM
    by Annalthafunnisa
    11 Replies
    2309 Views
    Last post 20 January, 2010, 11:35:09 PM
    by wybar
    51 Replies
    4189 Views
    Last post 20 July, 2011, 08:28:48 PM
    by syidaspongebob