Author Topik: Tips Menjaga Perhubungan antara Kekasih  (Read 4004 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Tips Menjaga Perhubungan antara Kekasih
« on: 30 January, 2011, 03:44:02 PM »
Assalamu'alaikum..
Saya ingin meminta pendapat saudara saudari sekalian, ada tips tak buat sepasang kekasih yang berusaha menjaga perhubungan tanpa unsur2 maksiat seperti zina hati?
In case lelaki yang mahukan lebih perhatian, macam mana cara untuk mengelakkannya (melainkan putus)?

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 02 January, 2013, 04:23:34 PM oleh PenaHalaqah »

rahmanw

  • *
  • Offline
  • Posts: 1095
  • sg
    • View Profile
    • ar-rahmanw
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #1 on: 30 January, 2011, 03:51:56 PM »
Assalamu'alaikum..
Saya ingin meminta pendapat saudara saudari sekalian, ada tips tak buat sepasang kekasih yang berusaha menjaga perhubungan tanpa unsur2 maksiat seperti zina hati?
In case lelaki yang mahukan lebih perhatian, macam mana cara untuk mengelakkannya (melainkan putus)?

tips paling mudah dan berkesan yang tak akan dibantah oleh semua pihak...ulama mahupun RASULULLAH SAW sendiri.....

N.I.K.A.H

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #2 on: 30 January, 2011, 03:54:33 PM »

tips paling mudah dan berkesan yang tak akan dibantah oleh semua pihak...ulama mahupun RASULULLAH SAW sendiri.....

N.I.K.A.H

Kalau tak mampu cne? Nak suruh puasa tapi tak mampu jugak, sebab selalu teringat2 terbayang2, shari tak mesej tak sah

Share this topic on Facebook

Ummi Munaliza

  • *
  • Offline
  • Posts: 14339
  • my
  • Anniversary Ke 28
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #3 on: 30 January, 2011, 03:54:55 PM »
N.I.K.A.H

Nanti Ikatan Kita Akan Halal

Share this topic on Facebook

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

rahmanw

  • *
  • Offline
  • Posts: 1095
  • sg
    • View Profile
    • ar-rahmanw
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #4 on: 30 January, 2011, 03:56:39 PM »

tips paling mudah dan berkesan yang tak akan dibantah oleh semua pihak...ulama mahupun RASULULLAH SAW sendiri.....

N.I.K.A.H

Kalau tak mampu cne? Nak suruh puasa tapi tak mampu jugak, sebab selalu teringat2 terbayang2, shari tak mesej tak sah

mu ni dah tahap WAJIB kawin ni  okaja*

tetap tak ada jalan lain selain N.I.K.A.H

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #5 on: 30 January, 2011, 04:02:08 PM »
N.I.K.A.H

Nanti Ikatan Kita Akan Halal

Ooo...kalau si dia faham takpe, tapi susah gak kalau takleh sekat... Sbg contoh dia ni x pernah ditarbiyah, susah la gak nak faham konsep berkasih syg yg betul..
Zina hati terang2 berdosa, dan kalau bnda tu berulang2 tentu teruk akibatnya kan? Macam mana nak bantu si dia tentang kefahaman sebab akibat dan kesan2 hubungan terlarang sedemikian?

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #6 on: 30 January, 2011, 04:04:03 PM »

mu ni dah tahap WAJIB kawin ni  okaja*

tetap tak ada jalan lain selain N.I.K.A.H

 baikdiam

Share this topic on Facebook

rahmanw

  • *
  • Offline
  • Posts: 1095
  • sg
    • View Profile
    • ar-rahmanw
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #7 on: 30 January, 2011, 04:04:47 PM »
jemput tengok ya (^_^)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (1)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (2)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (3)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (4)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (5)

ustaz azhar idrus - perkenalan lelaki dan perempuan (6) last

tengok satu2 ya (^_^)

Share this topic on Facebook

rahmanw

  • *
  • Offline
  • Posts: 1095
  • sg
    • View Profile
    • ar-rahmanw
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #8 on: 30 January, 2011, 04:12:16 PM »
N.I.K.A.H

Nanti Ikatan Kita Akan Halal

Ooo...kalau si dia faham takpe, tapi susah gak kalau takleh sekat... Sbg contoh dia ni x pernah ditarbiyah, susah la gak nak faham konsep berkasih syg yg betul..
Zina hati terang2 berdosa, dan kalau bnda tu berulang2 tentu teruk akibatnya kan? Macam mana nak bantu si dia tentang kefahaman sebab akibat dan kesan2 hubungan terlarang sedemikian?

memang nak tolong sangat2...sedaya upaya nak tolong ni...tapi memang tak ada jalan lain selain N.I.K.A.H
terangkan kat dia bercouple ni tak boleh...dating tak boleh...bagi pemahaman kat dia...jelaskan sejelas jelasnya...tapi kalau dia taknak dengar...taknak buat..taknak ikut....nak jugak dating,nak jugak couple
tinggalkan jelah...terang2 dia nak jebakkan kita ke lembah dosa...

nak jaga ayam...jangan suruh musang (^_^)

Share this topic on Facebook

Ummi Munaliza

  • *
  • Offline
  • Posts: 14339
  • my
  • Anniversary Ke 28
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #9 on: 30 January, 2011, 04:13:04 PM »
Sekadar  copy dan paste dari idea orang

Rasanya sudah terlampau banyak post mengenai couple ini. Tujuan artikel ini di tulis bukanlah untuk berterusan menghukum atau menegakkan benang yang dah sememangnya basah mahupun kering kerana benang yang basah mahupun kering itu amat sukar di tegakkan. Maka dengan itu janganlah kita berterusan saling “menegakkan”nya.

Pada ketika dan saat artikel ini di tulis, penulis masih lagi berfikir. Bukan berfikir kosong, tetapi berfikir dengan sepenuh hati dan akal. Teruskan membaca artikel ini dan teruskan berfikir.

Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, etc dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.

Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau “Declaration” I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila “Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup”.

Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan. Malahan tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini ada yang menggunakan da’wah sebagai “Lesen Besar” mereka untuk bercinta. Yang ikhwah kata “akhwat perlukan bantuan saya”, yang akhwat pula kata “ikhwah perlukan dorongan dari saya”.

Tapi betulkah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.

Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.

Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar). CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATI. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.

Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.

Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An-Nur(24) ayat 30)

‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya... (Surah An-Nur(24) ayat 31)

Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?

Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kedengaran janggal pula di telingan ayat “supaya menjaga mata dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya” ini. Mata bukanlah boleh melakukan apa-apa. Mata bukanlah seperti anggota lain seperti tangan, kaki dan lain-lain yang memang terang-terangan boleh menjadi organ penzinaan. Fikirkan lagi.

“Kami pandai jaga la kalau kami couple pun. Kami tak jumpa langsung. Kadang-kadang kami sms jek, YM dan hantar email”. Kata sesetengahnya yang “pandai menjaga” hubungan couple mereka. Tapi organ apakah yang mereka gunakan untuk membaca sms, YM atau email tersebut kalau bukan MATA.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.

Lihat pula sabda rasulullah saw di atas yang memperincikan masalah zina. Teliti turutannya. Mata adalah zina terutama yang di beri penekanan. Kemudian barulah di ikuti lidah, hati dan kemaluan.

Baiklah kita hentikan perbincangan mengenai zina. Tak semua orang yang bercouple akan berzina (kononnya). Kita mula pula perbincanagan mengenai sesuatu yang suci katanya. CINTA.

Cinta itu sendiri terlampau subjektif dan terlalu sukar untuk di tafsir. Ia boleh membawa kepada yang ma’ruf jika betul caranya dan juga membawa kepada yang mungkar jika salah caranya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang menuruti batas-batas dan tuntutan islam. Dan bila bercakap mengenai cinta yang memenuhi batasan atau tuntutan islam tentulah cinta yang telah sah HALAL di sisi Allah. Cinta selepas AKAD.

Cinta adalah HAK mutlak milik Allah SWT. Ia adalah pinjaman dari Allah kepada hambanya untuk di letakkan di tempat yang sewajarnya. Ianya amat indah jika betul dan kena caranya.

Rasa cinta itu perlu di tumpahkan menurut cara yang sebenar. Rasa cinta perlu di letakkan pada yang sepatutnya. Rasa cinta perlu di luah mengikut turutan yang sewajarnya. Apakah turutan yang sewajarnya ini?

Bila kita ketahui cinta ini milik Allah dan pinjaman dariNya kepada kita, tentulah turutan cinta yang pertama adalah cinta kepada Khaliq. Cinta teratas dan cinta teragung.

Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai.

Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya “betul ker u suka i ni”. “betul ker u cinta i ni”. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).

Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?

Tinggalkan persoalan ini. Anda fikir.

Klimaknya bagi artikel ini berdasarkan huraian dari awal ialah COUPLE sebelum akad itu TIDAK HARAM kalau anda sanggup membutakan mata anda, hati anda, dan membisukan lidah anda. Betullah kata-kata pujangga, CINTA ITU BUTA!

Dan couple itu haram kalau anda tidak mahu butakan mata, hati dan bisukan lidah anda.

Anda fikir dan anda pilih. HARAM atau TIDAK.

Share this topic on Facebook

Ummi Munaliza

  • *
  • Offline
  • Posts: 14339
  • my
  • Anniversary Ke 28
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #10 on: 30 January, 2011, 04:16:01 PM »
Jadi tips saya untuk menjaga hubungan antara kekasih supaya tidak berlaku sesuatu yang diharamkan oleh Allah selain bernikah ialah membutakan mata anda. Bila mata anda buta,maka selamatlah kemaluan anda.

Firman Allah:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An-Nur(24) ayat 30)

‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya... (Surah An-Nur(24) ayat 31)

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #11 on: 30 January, 2011, 04:24:46 PM »
Em, terima kasih atas sgala pandangan... Begitulah manusia sering kalah dengan nafsu, sepatutnya segala rasa cinta dikembalikan kepda pencipta cinta..

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #12 on: 30 January, 2011, 04:39:50 PM »
Em, logik x couple jarak jauh sedikit sebanyak mencegah dari maksiat?

Share this topic on Facebook

Cahaya Adil

  • *
  • Online
  • Posts: 80
  • kl
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #13 on: 30 January, 2011, 07:11:16 PM »
:)

Nikah lah sebaik2nya jalan...
Jika tidak mampu,, tinggalkanlah dia demiNYA.. kejarlah cinta DIA... InsyaAllah, jika lelaki itu jodoh anda,, dia pasti kembali dengan kehendakNYA.
Jika bukan,, Allah pasti memberi cinta lelaki yang mencintaiNYA jua...

sebaik2nya adik elakkanlah kapel.. ini bukan jalan yang diredhai.. takut kecewa di kemudian hari.. banyak dah pengalaman halaqian yang boleh dijadikan pengajaran.. Akak sendiri pun dah melaluinya..Usah dibazirkan masa mudamu... Tuntutlah ilmu selagi termampu.. Banyakkan dekatkan diri dengan Allah.. mudahan2 dikuatkan iman dari hasutan syaitan... :senyum:

Share this topic on Facebook

Maha Suci ALLAH.. Betapa tingginya rahmat dan kasih-sayangMU...

Cahaya Adil

  • *
  • Online
  • Posts: 80
  • kl
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #14 on: 30 January, 2011, 07:25:01 PM »
Bersyukur dan hargai apa yang kita ada sekarang... seeloknya adik ubahkan perhatian itu pada keluarga.. Berbaktilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih hidup... Luangkan lebih masa dengan mereka.
 :ins: ada jodoh tidak akan ke mana.. tak usahlah tergesa-gesa.. Sebaik2 perancangan adalah dari Allah jua..

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #15 on: 31 January, 2011, 08:55:12 AM »
Bersyukur dan hargai apa yang kita ada sekarang... seeloknya adik ubahkan perhatian itu pada keluarga.. Berbaktilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih hidup... Luangkan lebih masa dengan mereka.
 :ins: ada jodoh tidak akan ke mana.. tak usahlah tergesa-gesa.. Sebaik2 perancangan adalah dari Allah jua..

Betul tu akak...em terima kasih yer  oklahtu*
:senyum:...ni masalah kawan, saya tlg tanyakan... Ap pn sy takut jgak jadi kat saya, lain yang dikejar lain yg dpt, sudahnya hmm cdiri mau ingatlah..

Share this topic on Facebook

efa_reeza

  • *
  • Offline
  • Posts: 115
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #16 on: 31 January, 2011, 09:25:35 AM »
ok...saya da bertunang dan mgkin akan mendirikan masjid pada awal tahun hadapan.sepanjang tmpoh pertunangan ini seboleh mungkin saya ingin bersederhana dlm perhubungan.alhmdulillah,bakal suami juga begitu kerana kami berdua ingin bercinta sebenar2 cinta selepas kahwin.kami tidak selalu bersms dan menelefon antara satu sama lain.cuma kadang2 dan bila perlu sahaja.memandangkan saya dan bakal suami duduk berjauhan,kami tidak selalu berjumpa.kalau berjumpa pun kami tidak la smpai melakukan perkara2 yang dilarang.masih lagi dalam batasan pergaulan.berbicara pun mengenai perkara2 yang biasa.

ingat!! pertunangan bukan 'lesen' untuk menghalalkan apa yg haram sebelum ikatan pernikahan dilangsungkan.

saya sedar diri saya sedang diuji dengan kehadiran bakal suami dalam hidup saya.

Allah SWT sedang menguji hati dan perasaan saya....Allah ingin menduga sejauh mana kedudukanNya dan pesuruhNya di hati saya.

Ya Allah...hambaMu ini hanya insan yg lemah,penuh dosa dan noda.berikanlah daku secebis kekuatan dalam aku mengharungi hidupku ini.ku tau Kau tidak akan menurunkan ujian yg melebihi kemampuan hambaMu.
ku mohon sangat padaMu Ya Allah... :aamiin:

Share this topic on Facebook

white hunterTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #17 on: 31 January, 2011, 11:22:27 AM »

Wah, bagusnya saudari... Semoga masjid yg terbina kelak sentiasa diberkati olehNya insyAllah...
Nati walimah jangan lupa jemput yer..  ceria*

Share this topic on Facebook

amYunus

  • *
  • Offline
  • Posts: 259
  • my
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #18 on: 31 January, 2011, 12:33:20 PM »
N.I.K.A.H

Nanti Ikatan Kita Akan Halal

Ini yang terbaik.
NIKAH.
Halal dan menenangkan jiwa dan perasaan
dan isyallah diberkati Allah swt.
Macam-macam pahala boleh dapat melalui ikatan NIKAH.

Share this topic on Facebook

ummu amsyar

  • *
  • Offline
  • Posts: 9
    • View Profile
Re: Tips2 menjaga perhubungan antara kekasih
« Jawab #19 on: 31 January, 2011, 02:31:10 PM »
:)

tapi ini sekadar nak bertanyalah yek, macam mana kita nk tahu orang tu betul2 tepat untuk kita kalau kita tak mengenali dia: tak keluar, tak sms, tak call. erm..musykil jugak ey. ada tak cara2 yang senang sikit nak difahami . Memanglah nikah itu jalan yang terbaik , tapi kalau kita tak kenal takkan nak terus nikah je ek? Dari sudut macam mana kita patut menjalani proses perkenalan .

Share this topic on Facebook

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
3 Jawapan
616 Views
Kiriman Akhir 18 April, 2010, 04:02:21 PM
oleh khaira_umairah
10 Jawapan
791 Views
Kiriman Akhir 16 November, 2011, 10:29:43 PM
oleh Ummi Munaliza
2 Jawapan
502 Views
Kiriman Akhir 22 April, 2012, 07:46:54 AM
oleh hada_islamic