Pakaian Terkena Najis

*

Author Topic: Pakaian Terkena Najis  (Read 4585 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 January, 2011, 07:33:06 AM
  • Publish
  • Hukum memakai pakaian yg terdapat air mani kering dan najis untuk solat

     :)
    *saya ingin bertanya..apakah hukum memakai pakaian yang terdapat air mani yang telah kering(tidak boleh hilang walaupun di basuh berkali kali)???

    adakah perbezaan hukum dalam situasi yang berbeza??



    *bagaimana pula kalau kita berada di tempat yang menyukarkan kita mendapat pakaian bersih dan kita menyedari yang pakaian kita terkena sedikit najis.sekiranya kita tidak solat maka kita akan tertinggal solat.bolehkah kita solat dengan pakaian tersebut?

    harap sahabat sahabiah dapat memberi jawapan yang pasti berpandukan dalil atau sunnah yang sahih :ins:



    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 30 January, 2011, 09:15:14 AM
  • Publish
  • :)
    *saya ingin bertanya..apakah hukum memakai pakaian yang terdapat air mani yang telah kering(tidak boleh hilang walaupun di basuh berkali kali)???

    adakah perbezaan hukum dalam situasi yang berbeza??

    Air mani bukan najis.Boleh dibawa bersolat .

    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 434
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 30 January, 2011, 09:29:20 AM
  • Publish

  • *bagaimana pula kalau kita berada di tempat yang menyukarkan kita mendapat pakaian bersih dan kita menyedari yang pakaian kita terkena sedikit najis.sekiranya kita tidak solat maka kita akan tertinggal solat.bolehkah kita solat dengan pakaian tersebut?

    harap sahabat sahabiah dapat memberi jawapan yang pasti berpandukan dalil atau sunnah yang sahih :ins:


    Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan  yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

    1 – Perbahasan mengenai perkara ini cukup panjang di dalam kitab-kitab Fiqh dan fatwa-fatwa, namun sebagai ringkasannya ialah :

    a – Asal-Usul Solat, mestilah di dalam keadaan berpakaian suci daripada sebarang najis adalah wajib disebabkan firman Allah Ta’ala: Ertinya : “ Dan hendaklah engkau menyucikan pakaian kau “ ~ Al-Muddatsir : Ayat 4.

    b - Asal-Usul Solat, wajib dilakukan di dalam waktunya yang ditentukan, maksudnya kalau solat zuhur, mestilah dilakukan di dalam waktu zuhur, bukannya di waktu selainnya ( kecuali apabila adanya halangan ataupun sebab-musabab yang mengubah kewajipan asal ini ).. Dalil wajibnya ialah : Ertinya : “ ..Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas mukminin “~ An-Nisaa’ : Ayat 103.

    c - Oleh itu, andainya seseorang itu berada di dalam situasi yang digambarkan oleh saudara penyoal itu, maka hendaklah dia tetap melakukan solatnya walaupun di dalam keadaan berpakaian yang tidak suci kerana menghormati waktu dan kemudian apabila dia mendapati pakaian yang suci hendaklah dia mengerjakan semula solat tadi.

    d - Solat untuk menghormati waktu itu menurut sebahagian pendapat, adalah Bid’ah di dalam beribadat, namun menurut pemerhatian saya, ianya bukanlah bid’ah kerana beramal dengan ayat 103, Surah An-Nisaa’ yang kita jelaskan di atas. Tambahan pula, terdapat pula beberapa hadis Saidina Rasulullah s.a.w yang memerintahkan para sahabat (r.a) menunaikan kembali solat fardhu yang sudah pun mereka kerjakan disebabkan beberapa sebab.


    Hendaknya ia melakukan shalat pada waktunya walaupun harus menggunakan pakaian yang bernajis karena ia mendapat halangan untuk membersihkan pakaian
    itu atau untuk menggantinya, dan tidak perlu baginya untuk mengulangi shalat itu berdasarkan firman Allah.

    "Artinya : Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu" [At-Taghabun : 16]

    Dan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

    "Artinya : Jika aku memerintahkan kalian dengan suatu perintah maka kerjakanlah perintah itu semampu kalian, dan jika aku melarang kalian pada suatu hal maka tinggalkanlah hal tersebut" [Muttafaq 'Alaiah] [Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta, VII/338, No. 12087]

    Reply #3 30 January, 2011, 01:34:23 PM
  • Publish
  • bagaimana pula anjing yang mengesel-geselkan hidungnya kepada seluar kita...dikatakan bahawa hidung anjing yang sihat ini bersifat lembab...perlu samak tau tidak?

    Reply #4 30 January, 2011, 04:05:42 PM
  • Publish
  • bagaimana pula anjing yang mengesel-geselkan hidungnya kepada seluar kita...dikatakan bahawa hidung anjing yang sihat ini bersifat lembab...perlu samak tau tidak?

    basuh la pakaian tu. Tak perlu samak

    Reply #5 30 January, 2011, 06:14:19 PM
  • Publish

  • c - Oleh itu, andainya seseorang itu berada di dalam situasi yang digambarkan oleh saudara penyoal itu, maka hendaklah dia tetap melakukan solatnya walaupun di dalam keadaan berpakaian yang tidak suci kerana menghormati waktu dan kemudian apabila dia mendapati pakaian yang suci hendaklah dia mengerjakan semula solat tadi.




    syukran atas jawapan ummi yang sangat membantu..saya ada kekeilruan berkaitan mengerjakan semula solat tersebut..ada ka kita solat semula biarpun bukan pada waktu solat tersebut..seperti solat zuhur pada waktu asar tau yang lain.atau kita solat pada waktunya pada hari berikutnya..kalau boleh tolong sertakan sekali caranya..
    berilmu,beriman,beramal..

    divider3
    halaqahforum4