Ibu Bapa Bercerai Tapi Masih Tinggal Serumah.

*

Author Topic: Ibu Bapa Bercerai Tapi Masih Tinggal Serumah.  (Read 8543 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 January, 2011, 01:37:51 AM
  • Publish
  • assalamualaikum....
    saya mempunyai masalah untuk menasihati ibu bapa saya. pertama saya ingin mengetahui apakah hukum pasangan yang sudah bercerai tetapi masih tinggal sebumbung? ibu bapa saya sudah bercerai tapi sampai sekarang masih duduk sebumbung. saya takut jika mereka akan melakukan dosa. apakah langkah yang perlu saya lakukan. saya kebuntuan!!!!

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #1 29 January, 2011, 02:28:09 AM
  • Publish
  • mungkin mereka dah rujuk. Sila pastikan ini dahulu.. sebab rujuk mudah saja. (Itupun kalau bukan cerai talak 3)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 29 January, 2011, 02:39:28 AM
  • Publish
  • Lebih baik bertanya, adakah mereka telah rujuk kembali ketika ibu masih dalam eddah. Sekiranya mereka telah rujuk, tidak menjadi kesalahan tinggal serumah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #3 29 January, 2011, 03:38:45 PM
  • Publish
  • mereka ada merancang untuk rujuk kembali. tetapi sehingga sekarang saya yakin mereka belum rujuk. ibu saya ade mengatakannya kepada saya. saya ingin menyuruh ayah saya agar tidak tinggal di rumah kami. bukan ingin menghalau, tetapi demi kebaikan. tetapi saya tidak mengetahui ayat yang sesuai untuk dikatakan kepadanya...

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #4 29 January, 2011, 03:48:55 PM
  • Publish
  • Saya agak keliru.. Kalau tak silap, dalam tempoh iddah memang digalakkan tinggal sebumbung supaya lebih cepat rujuk, kan? Isteri pun masih dibawah tanggungan suami selagi masih dalam iddah?

    Atau saya silap? Konfius juga sebab pernah ditanya tentang hal ni, ada kawan yang dalam tempoh iddah tapi disuruh tinggal berasingan dengan suami oleh keluarganya.

    Sebenarnya mana satu yang betul dalam tempoh iddah?

    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #5 29 January, 2011, 04:01:40 PM
  • Publish
  • Saya ada tanya ustaz hari tu...ustaz pun kata begitu....masa dalam iddah boleh tinggal serumah, dan digalakkan begitu, dia tanya saya balik...kenapa nak pisahkan mereka?

    Ummi pun kata begitu...masa dalam iddah boleh tinggal serumah...

    Tapi kebanyakan orang punya fahaman sesudah bercerai tak boleh tinggal serumah lagi...saya dulu pun faham macam tu....

    Kalau salah tolong betulkan...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 29 January, 2011, 07:40:31 PM
  • Publish
  • mereka ada merancang untuk rujuk kembali. tetapi sehingga sekarang saya yakin mereka belum rujuk. ibu saya ade mengatakannya kepada saya. saya ingin menyuruh ayah saya agar tidak tinggal di rumah kami. bukan ingin menghalau, tetapi demi kebaikan. tetapi saya tidak mengetahui ayat yang sesuai untuk dikatakan kepadanya...

    Untuk kepastian dan keyakinan sebaiknya bertanya,tidak boleh mengagak-agak sahaja. Jika mereka tidak rujuk pun,dalam tempoh Iddah,mereka masih boleh tinggal serumah. Untuk ruju' tidak perlu kepada persetujuan isteri. Jika suami mencium isterinya pun sudah dikira ruju'. Sila baca syarat-syarat ruju' di kiriman bawah ini.



    Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

    Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya.

    Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


    Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :

    'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'. ( Surah at-Talak : 6 )

    Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri. Dalam tempoh iddah, isteri itu masih hak suaminya, maka ketaatan sama seperti ketaatan seorang isteri semasa belum bercerai, kecuali tidak melakukan persetubuhan atau mukadimah persetubuhan.


    Dalam iddah, tanggungjawab sama macam isteri yang sah, tak pakai tudung pun tak dosa. Allah beri kelonggaran, mana tahu ingin ruju' semula. Mana tahu ketika itu, tersilap lafaz, ikut nafsu lebih....

    Saya dengar Ustaz2 baca kitab, dalam sesetengah mazhab, jika bersetubuh sukarela, ertinya suami-isteri tu dah ruju'. Mereka dah kembali sah sebagai suami isteri. Cuma jangan talak tiga . ruju' yang dimulai dengan bersetubuh dipanggil ruju' perbuatan.


    Persoalan lanjutan:

    Satu lagi saya mahu tahu,ketika ayah melafazkan talak kepada ibu,bagaimana keadaan ayah ketika itu? Adakah ketika marah? Sekarang adakah mereka melaporkan perkara jatuh talak itu ke mahkamah syariah?


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 29 January, 2011, 07:49:19 PM
  • Publish
  •    Ruju'


    * Ruju‘ dari segi bahasa bererti kembali.

    * Manakala dari segi syara‘ pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu ‘iddah yang bukan talaq ba’in.

    * Ruju‘ adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu ‘iddah isteri.

          DALIL HARUS RUJU‘

    * Firman Allah subhanahu wata‘ala:

        Maksudnya:
    “Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”     (Surah Al-Baqarah, 2:228)


    * Allah subhanahu wata‘ala juga berfirman:

        Maksudnya:
    “Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).”     (Surah At-Talaq, 65:2)

    * Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:

        “Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya.”      (Maksud Al-Hadith)

        RUKUN RUJU‘

        * Ruju‘ mempunyai tiga rukun iaitu:

    1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).

    2. Murtaji‘ iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu.

    3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

        SYARAT-SYARAT RUJU‘

    1. Suami:

    a) Hendaklah seorang yang berakal.

    b) Baligh.

    c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.

    d) Tidak murtad.

    2. Isteri:

    a) Hendaklah yang sudah dicampuri.

    b) Mestilah yang diceraikan dengan talaq raj‘iyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul‘ dan juga talaq tiga.

    c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.

    3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju‘ dalam masa yang tertentu sahaja.

    4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju‘ disyari‘atkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj‘iyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam ‘iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju‘ hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.


        PROSEDUR RUJU‘

        1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

        2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.

        3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.

        4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.

        5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.

        6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.

        7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.

        8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #8 29 January, 2011, 09:11:32 PM
  • Publish
  • Benar tu soalan ummi. Dah rujuk mahkamah ke belum. Satu kali saya pernah dengar kes di mahkamah. Suami lafazkan cerai ketika marah. Hakim tu tanya, marah sebab apa? Lafaz bagaimana? Marah yang bagaimana? Keadaan suami waras atau tidak ketika lafaz itu? Macam-macam soalannya, sampai isteri tu keliru nak jawab. Kemudian suami tu pulak ditanya, lafaz tu bermaksud cerai atau tidak. Bila suami jawab ya, baru keluar keputusan sah talak satu.. Bukan senang nak cerai. Kalau boleh memang nak elak dengar orang bercerai..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 29 January, 2011, 09:16:47 PM
  • Publish
  • Benar tu soalan ummi. Dah rujuk mahkamah ke belum. Satu kali saya pernah dengar kes di mahkamah. Suami lafazkan cerai ketika marah. Hakim tu tanya, marah sebab apa? Lafaz bagaimana? Marah yang bagaimana? Keadaan suami waras atau tidak ketika lafaz itu? Macam-macam soalannya, sampai isteri tu keliru nak jawab. Kemudian suami tu pulak ditanya, lafaz tu bermaksud cerai atau tidak. Bila suami jawab ya, baru keluar keputusan sah talak satu.. Bukan senang nak cerai. Kalau boleh memang nak elak dengar orang bercerai..


    Cuba baca  di sini  :   http://bhalaqah.blogspot.com/2011/01/talak-ketika-marah.html

    dan  ini  http://bhalaqah.blogspot.com/2011/01/talak-lafaz-sharih-dan-lafaz-kinayah.html

    Untuk menghukum seseorang itu telah bercerai bukan mudah ...


    ana_muna141

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #10 29 January, 2011, 09:35:19 PM
  • Publish
  • Bab-bab nikah, cerai, rujuk ni bahaya dan hal serius. Ia melibatkan hukum yang berat. Isu di sini bukan sekadar mahu nasihatkan ibu bapa, tapi soal hukum itu. Jika adik telah dapat kepastian, dapatkan nasihat pihak berwajib ape yang harus dilakukan (sekiranya didapati keadaan memerlukan).

    Sebenarnye, sebaiknye pasangan yang melafazkan cerai di luar mahkamah tu. merujuk kes kepada Hakim Syarie, biarlah mahkamah menentukan, kerana perkara cerai ini banyak cabangnya. Perlu dengar kedua-dua belah pihak, dan ada perkara2 tertentu yang perlu dikenalpasti, apalagi jika cerai itu dilafazkan secara berkias.

    Sebab tu sebaiknya dirujuk ke mahkamah. Hati2 juga berdepan dengan ibu ayah tu. Jangan sampai mereka kecil hati.

    Kala adik rapat dengan ibu, cube slow talk dengan ibu. Nyatakan hasrat adik sebenarnye bukan mahu mengatasi mereka. Sekadar mahu kepastian dan sekiranya timbul fitnah di belakang hari, adik boleh memperbetulkan keadaan.. atau apa2 sahaja alasan yang difikir baik untuk diutarakan pada ibu/bapa tu.

    Jangan nampak sangat kita nk tunjuk lebih tahu hukum dari mereka.


    selamat berjaya. Moga adik dipermudahkan oleh Allah, Amin

    Reply #11 02 February, 2011, 11:38:26 AM
  • Publish
  • terima kasih atas ilmu yang telah diberikan oleh ummi fatimah dan ummu munazila. terima kasih juga atas sokongan yang diberikan oleh ana_muna141. insha'allah saya akn bercakap dengan ibu bapa saya mengenai hal ini.
    mengenai penceraian mereka, mereka sudah bawa ke mahkamah dan saya sendiri sudah baca surat penceraian tersebut. tempoh iddah mereka juga sudah lama habis. kerana itu lah saya mengetengahkan hal ini. namun, saya akan slow talk dengan bapa say. doakan saya berjaya!!!
     :aamiin:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2787 Views
    Last post 29 October, 2009, 03:11:09 PM
    by iman mutiara
    11 Replies
    3535 Views
    Last post 15 February, 2012, 10:14:05 AM
    by faa zahra
    11 Replies
    7422 Views
    Last post 05 November, 2012, 12:15:06 PM
    by pawie