Buku 300 Hadis Bimbingan : Bab Hak-Hak Persaudaraan

Author Topic: Buku 300 Hadis Bimbingan : Bab Hak-Hak Persaudaraan  (Read 3781 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

syidaspongebob

  • *
  • Posts: 1358
  • maaf zahir batin
    • View Profile
28 January, 2011, 05:20:27 PM
  • Publish Di FB
  • Pemimpin Mesti Melaksanakan Tanggungjawab


    Daripada Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w, bersabda :

    "Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagannya (orang yang dipimpin) ."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #1 28 January, 2011, 05:24:57 PM
  • Publish Di FB
  • Cermin Diri


    Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :

    "Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain."

    (Riwayat Abu Daud dan al-Bukhari)


    KETERANGAN :
    Seseorang hanya dapat mengetahui keaiban diri sendiri jika diberitahu oleh saudaranya, sepertimana kejelakan di muka diketahui dengan melihat cermin.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #2 28 January, 2011, 05:28:31 PM
  • Publish Di FB
  • Orang-orang Mukmin Umpama Binaan


    Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a, Nabi s.a.w bersabda :

    "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #3 28 January, 2011, 08:43:19 PM
  • Publish Di FB
  • Orang-orang Mukmin Ibarat satu Jasad


    Daripada nu'man bin Basyir r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara Mukmin diibaratkan seperti satu jasad ; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #4 29 January, 2011, 09:16:06 AM
  • Publish Di FB
  • Menghormati Saudara


    Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda :

    "Seorang Muslim adalah sudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzalimi dan tidak menghinanya."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #5 29 January, 2011, 09:25:10 AM
  • Publish Di FB
  • Menunaikan Hajat Saudara


    Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w. brsabda :

    "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat sudaranya , sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seseorang Muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat."

    (Riwayar al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #6 29 January, 2011, 09:32:07 AM
  • Publish Di FB
  • Berbuat Baik kepada yang Lain


    Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

    "Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya."

    (Riwayat Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #7 29 January, 2011, 09:46:19 AM
  • Publish Di FB
  • Hijrah yang Sebenar


    Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Seorang Muslim adalah orang yang menyelamatkan Muslimin yang lain dengan lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan larangan Allah."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #8 29 January, 2011, 09:49:23 AM
  • Publish Di FB
  • Kasih Saudara seperti Diri Sendiri


    Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #9 29 January, 2011, 09:58:27 AM
  • Publish Di FB
  • Syurga di Telapak Kaki Ibu
     


    Daripada Jahimah al-Sulami, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata:

    "Wahai Rasulullah! Saya ingin berperang , dan saya datang untuk berbincang." Rasulullah bertanya: "Adakah engkau mempunyai ibu ?" Beliau menjawab: "Ya." Rasulullah bersabda: " Dampingilah dia, sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya."

    (Riwayat al-Hakim)

    mizie_yazid

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #10 29 January, 2011, 12:02:54 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    insyaAllah akan cari buku ini..beli kat mana?sapa penerbit dan penulis?

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #11 30 January, 2011, 08:10:29 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    insyaAllah akan cari buku ini..beli kat mana?sapa penerbit dan penulis?


    wsalam warahmatullah...

    silalah beli sebagai panduan untuk melayari bahtera kehidupan... heee...
    saya dok KL jadi saya beli di tempat yang berdekatan...klau awak dok kL, ade je jual kat PUSTAKA MUKMIN,jalan TAR...

    buku ni diterbitkan oleh Telaga Biru..
    pengarang pulak olh ustaz Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan mohd.Nazam....

    untuk keterangan lebih lanjut tanya pak google atau klik ni--> http://www.e-kedai.net/my/islam-1/quran-and-amp-hadis/300-hadis-bimbingan-ke-arah-mencari-reda-allah.html

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #12 30 January, 2011, 08:24:09 AM
  • Publish Di FB
  • Kemestian Memberi Nafkah kepada Bapa


    Daripada Jabir bin Abdullah r.a, Nabi s.a.w. bersabda "

    "Diri engkau dan harta engkau adalah untuk bapa engkau."

    (Riwayat Ibn Majah)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #13 30 January, 2011, 08:36:13 AM
  • Publish Di FB
  • Kebaikan yang Utama
     


    Daripada Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Sesungguhnya kebaikan yang terbaik adalah seorang anak yang menjalinkan hubungan persaudaraan dengan saudara yang dikasihi bapanya ."

    (Riwayat Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #14 30 January, 2011, 08:48:09 AM
  • Publish Di FB
  • Kebaikan Hubungan Silaturrahim


    Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w brsabda :

    "Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya , maka jalinkanlah hubungan silturrahim (dengan ihsan)."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #15 31 January, 2011, 10:04:31 PM
  • Publish Di FB
  • Mengeratkan Hubungan Persaudaraan


    Daripada Jubair bin Mut'im r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Tidak masuk ke syurga pemutus silaturrahim."

    (Riwayat al-Bukhari dn Muslim)


    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #16 31 January, 2011, 10:10:12 PM
  • Publish Di FB
  • Mengasihi Manusia


    Daripada Jarir bin Abdullah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, nescaya Allah 'Azzawajala tidak mengasihinya."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #17 31 January, 2011, 10:14:46 PM
  • Publish Di FB
  • Orang yang Bersifat Kasihan Akan Dikasihi


    Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh yang Maha Mengasihi. Kasihanilah mereka yang di bumi nescaya yang di langit akan mengasihi kamu ."

    (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #18 31 January, 2011, 10:20:15 PM
  • Publish Di FB
  • Menyatakan Rasa Kasih
     


    Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba .a, Nabi s.aw. bersabda :

    "Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."

    (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #19 31 January, 2011, 10:32:17 PM
  • Publish Di FB
  • Hak Muslim yang Lain


    Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

    "Terdapat enam hak Muslim ke atas seorang Muslim." Ditanyakan kepada Baginda, "Apakah ia wahai Rasulullah?" Baginda bersabda : "Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya : apabila ia menjemput engkau, tunaikanlah jemputannya: apabila ia meminta nasihat daripada engkau, berilah nasihat kepadanya : apabila ia bersin kemudian ia memuji Allah, jawablah untuknya dengan mengatakan yarhamukallah (semoga Allah merahmati kamu) : apabila ia sakit, ziarahilah ia: apabila ia mati iringilah jenazahnya."

    (Riwayat al-Bukhari)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    4513 Views
    Last post 01 September, 2009, 05:54:42 PM
    by Sum79
    15 Replies
    2240 Views
    Last post 27 January, 2011, 09:38:09 AM
    by syidaspongebob
    42 Replies
    4719 Views
    Last post 22 July, 2011, 02:20:24 AM
    by syidaspongebob