Hukum Memengang Surah Yassin

*

Author Topic: Hukum Memengang Surah Yassin  (Read 5322 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

27 January, 2011, 02:24:02 PM
  • Publish
  •  :)
    saya ingin bertanya pada sapa yang tahu.......setiap pagi di pejabat saya semua pekerja membaca yassin sebelum memulakan pekerjaan.....yassin yang dibaca semuanya jawi termasuk maksud...bahasa melayu hanya ditulis pada muka depan buku yassin itu sahaja......itu pun alamat pencetakan buku tersebut......apa hukumnya...bila perempuan yg dalam haid dan nifas memegang buku surah yassin berkenaan......?????

    Reply #1 27 January, 2011, 06:01:58 PM
  • Publish
  • jika dianggap untuk memulakan perniagaan atau membuka pintu rezeki itu Sunnat -
    dan jikalau perempuan dalam keadaan tidak bersih itu harus di elakkan  memengangNya-
    kalau ikut membaca niat bukan untuk tilawah tidak mengapa-
    isu memengang itu harus di elakkan -

    Hukum Wanita Haid Memegang dan Membaca Al-Quran
    ada jawapanNya itu - (Senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #2 27 January, 2011, 07:31:53 PM
  • Publish
  • saya sarankan berguru untuk belajar cara sebutan sebenar Al-Quran umumnya dan surah yasin khususnya kerana itu lebih baik dari baca dengan rumi. dan hukum memegang bagi orang haid tidak mengapa jika tulisannya rumi semuanya

    Reply #3 30 January, 2011, 09:54:10 AM
  • Publish
  • :)
    saya ingin bertanya pada sapa yang tahu.......setiap pagi di pejabat saya semua pekerja membaca yassin sebelum memulakan pekerjaan.....yassin yang dibaca semuanya jawi termasuk maksud...bahasa melayu hanya ditulis pada muka depan buku yassin itu sahaja......itu pun alamat pencetakan buku tersebut......apa hukumnya...bila perempuan yg dalam haid dan nifas memegang buku surah yassin berkenaan......?????

    Tidak semestinya semua tulisan jawi itu ayat al-quran. Wanita haid hanya tidak boleh menyentuh al-quran iaitu kitab yang ditulis sepenuhnya hanya kalam Allah Ta'ala sahaja. Surah Yassin adalah sebahagian ayat Al-Quran.



    Hukum menyentuh al-Quran bagi yang berhadath ini adalah sesuatu yang diperselisihkan di kalangan ulama,
    bahkan di kalangan para sahabat. Buktinya Dr. 'Umar bin Muhammad al-Sabil sendiri menyebut pendapat Ibn 'Abbas yang membolehkan menyentuh al-Quran bagi yang berhadath. Jika ianya ijmak mustahil wujud perbezaan pendapat di kalangan Tabi'ien. Dr. Husamuddin 'Ifanah pula mendakwa antara ulama mazhab Syafie yang mengharuskan wanita Haid memegang al-Quran ialah al-Muzani.

    Jika meliihat kepada hujah-hujah kedua-dua pihak, kita akan mendapati kedua-duanya mendatangkan hujah dan dalil mereka. Maka jawapan kepada persoalan yang dilontarkan adalah seperti berikut :

    1- Harus bagi wanita yang berhaid untuk dia membaca al-Quran dari hafalannya berdasarkan pendapat yang paling kuat dari dua pendapat ulama. Inilah pendapat Imam Malik, dan satu riwayat dari Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah memilih pendapat ini. Demikian juga al-Albani dan al-Syaukani juga merajihkan pendapat ini berdasarkan ketiadaan dalil secara jelas yang melarangnya.

    2- Tidak boleh wanita haid menyentuh al-Quran. Inilah pendapat keempat-empat Imam Mazhab. Dalil utama dalam masaalah ini ialah hadith :

    لا يمس القرآن إلا طاهر


    Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci (daripada hadath kecil dan besar)."

    Ulama yang mengharuskan wanita haid dari menyentuh al-Quran beralasan kalimat Tohir (طاهر = Suci/bersih) di dalam hadith di atas boleh membawa berbagai maksud antaranya ; suci daripada syirik, suci daripada hadath kecil atau besar dan suci daripada najis. Jadi mereka berpendapat kalimat ini boleh mewujudkan beberapa maksud. Maka ia tidak boleh dijadikan hujah dalam melarang wanita yang berhaid dari menyentuh al-Quran. Namun maksud Tohir di dalam hadith ini yang lebih kuat ialah suci dari hadath kecil dan besar. Ini berdasarkan ayat al-Quran :

    وما يريد الله أن يجعل عليكم من حرج ولكن يريد لطهركم


    Maksudnya : "dan ALLAH tidak menghendaki menjadikan kesusahan atas kamu, akan tetapi DIA menghendaki menbersihkan kamu." Ayat ini berbicara tentang wudhu dan tayammum.

    Selain itu bukan menjadi tabiat Nabi s.a.w. menisbahkan orang mukmin sebagai Tohir yang membawa maksud suci/bersih daripada syirik (seperti yag difahami oleh ulama yang menharuskan wanita haid menyentuh al-Quran). Sebaliknya Nabi s.a.w. biasanya menisbahkan mereka dengan Iman. Ini menunjukkan kalimat Tohir di dalam hadith tersebut membawa maksud bersih/suci daripada hadath kecil dan besar. Inilah yang disebut oleh al-Syeikh al-Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti'.

    3- Sebagai langkah berhati-hati adalah baik untuk mengambil pendapat kempat-empat Imam Mazhab yang melarang wanita haid menyentuh al-Quran.


    wallahu a'lam.

    Untuk memahami lebih jelas, baca  di sini   Re: Hukum Wanita Haid Memegang dan Membaca Al-Quran
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #4 30 January, 2011, 02:09:26 PM
  • Publish
  • Nak tanya...
    Kita dalam keadaan suci, tapi tidak dalam keadaan berwuduk.
    Dan kita memegang buku yang di dalamnya ada surah Yassin. Surah Yassin yang banyak dijual tu.
    Boleh ke?Kita pegang dan baca la.
    Sebab saya pernah dengar boleh. Sebabnya kita bukan pegang Al-Quran.
    Betul ke?
    Nak penjelasan. Boleh ke tak boleh?

    Reply #5 29 November, 2012, 05:58:05 PM
  • Publish
  • Nak tanya...
    Kita dalam keadaan suci, tapi tidak dalam keadaan berwuduk.
    Dan kita memegang buku yang di dalamnya ada surah Yassin. Surah Yassin yang banyak dijual tu.
    Boleh ke?Kita pegang dan baca la.
    Sebab saya pernah dengar boleh. Sebabnya kita bukan pegang Al-Quran.
    Betul ke?
    Nak penjelasan. Boleh ke tak boleh?

    BULEH.. sbb dia BUKAN MUSHAF AL-QURAN....

    divider3
    halaqahforum4