Hidup di Dunia Bukanlah Satu Perjudian...

*

Author Topic: Hidup di Dunia Bukanlah Satu Perjudian...  (Read 2301 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SUGI

  • *
  • Posts: 302
    • View Profile
25 January, 2011, 12:29:48 PM
  • Publish
  •  :)

    Semoga ALLAH Taala memberi pelindungan kepada kita daripada sekutu-sekutu syaitan yang kene rejam.
    Dengan nama ALLAH YG MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG.

    Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. - Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Hijr ayat ke 99.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH



    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #1 26 January, 2011, 03:04:59 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah..

    Satu perkongsian,

    Sebagaimana firman ALLAH Taala di dalam mukjizat kitab SUCI Al-Quran dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat ke 56 yakni

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu..

    Apakah ada perkara yang BUKAN ibadat di dalam kehidupan manusia hari ini?. Sudah tentu TIADA.
    Dikatakan ibadat itu, maka ia tidak lekang daripada INGAT/SEBUT akan ALLAH Taala. Yakni sesuatu gerak-kerja yang diHADAPKAN kepada ALLAH Taala.

    Manakala Gerak-kerja yang tiada ingat akan hal ALLAH Taala itu merupakan GERAK-KERJA yang keji, bermaksiat dan kufur. Ini kerana lawan ingat ALLAH adalah LALAI. Perkara yang lalai sangat hampir kepada kekufuran dan kesesatan.

    Oleh yang demikian itulah kita sangat digalakkan bersenang sentiasa menyebut dan ingat kepada ALLAH Taala diwaktu kita berdiri, duduk, berbaring sebagai "firewall" untuk diri kita dari serangan virus-virus kemaksiatan.

    Bacalah Kisah Nabi Sulaiman A.S. dengan  kuda-kudanya di dalam mukjizat kitab SUCI Al-Quran. Dimana ia memberi nasihat pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

     

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #2 26 January, 2011, 09:52:54 PM
  • Publish
  • Apakah hidup ini satu perjudian.Tidak. Ia adalah satu pejuangan.
    Perjuangan dalam melawan segala kebatilan, keburukan dan kejahatan .
    Melawan musuh terbesar dalam diri iaitu hawa nafsu.
    ALLAH ciptakan  manusia kerana ada sebabnya.

    Adakah hidup ini satu perjudian. Sudah tentu tidak sama sekali.
    ALLAH menjadikan kita , ada tujuanNYA.
    Mengabdikan diri pada Yang MAHA ESA.
    Apa yang patut dilakukan dalam pengabdian kita pada NYA?
    Hidup ini bukan setakat takut pada ALLAH semata
    tetapi menyempurnkannya dengan mengikut
    segala peraturan yang telah ditetapkan ;
    buat yang diperintah dan tinggalkan yang ditegah ,
    amal makruf nahi mungkar.

    wALLAHu'alam

    "Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang
    yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang
    diapun mengerjakan kebaikan,
    (dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus.
    Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya). "
    (QS. 4:125)
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #3 28 January, 2011, 10:12:28 AM
  • Publish
  • Apakah hidup ini satu perjudian.Tidak. Ia adalah satu pejuangan.
    Perjuangan dalam melawan segala kebatilan, keburukan dan kejahatan .
    Melawan musuh terbesar dalam diri iaitu hawa nafsu.
    ALLAH ciptakan  manusia kerana ada sebabnya.

    Adakah hidup ini satu perjudian. Sudah tentu tidak sama sekali.
    ALLAH menjadikan kita , ada tujuanNYA.
    Mengabdikan diri pada Yang MAHA ESA.
    Apa yang patut dilakukan dalam pengabdian kita pada NYA?
    Hidup ini bukan setakat takut pada ALLAH semata
    tetapi menyempurnkannya dengan mengikut
    segala peraturan yang telah ditetapkan ;
    buat yang diperintah dan tinggalkan yang ditegah ,
    amal makruf nahi mungkar.

    wALLAHu'alam

    "Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang
    yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang
    diapun mengerjakan kebaikan,
    (dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus.
    Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya). "
    (QS. 4:125)

    Nabi Ibrahim A.S itu seorang yang sangat Sabar. Ikhlasnya dalam mencari TAUHID YANG BENAR & KEYAKINAN YANG MANTAP.
    Penyerahan dirinya secara TOTAL itu dapat dilihat di dalam peristiwa 'Korban'. Ia menjadi sejarah penting kepada umat Islam.
    Seringkali hijrah kita ke arah kebaikan itu sememangnya ada ujian dihadapan.

    Sebagaimana Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Imran ayat ke 200.

    Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

    Kesabaran menempuh ujian-ujian yang dihamparkan didunia ini menjadikan  seseorang itu lebih kenal ALLAH Taala lebih intim akan ALLAH Taala. Proses mengenal ALLAH Taala dengan sebenar-benar kenal ini perlu diusahakan dalam kehidupan seorang itu jika mahu menjadi seorang Hamba ALLAH Taala yang membawa kepada penyerahan secara TOTAL (MUNTAHA).

    Bila tercapai sahaja maksud ini. Maka gerak-kerja kebaikan akan menjadi mudah dan terhindar dari bisikan-bisikan nafsu duniawi mahupun sekutu-sekutu syaitan.
    Senang nak menderma, Senang nak tolong orang, senang nak berjihad hawa nafsu, Senang nak bermadu, Senang nak berkongsi kasih dan sebagainya. Ini kerana ketika itu hidup bukan lagi satu perjudian seperti untungnya sabut, ruginya batu, tetapi  kearah Jazam YAKNI tiada penafian lagi.


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH




    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #4 31 January, 2011, 02:57:10 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah.

    Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat & kebaikan kepada kita semua. Amin.

    Sejarah dakhwah para Nabi-Nabi dan Persuruh-Persuruh ALLAH Taala terdahulu tidak lari dikaitkan dengan Mukjizat dalam mengajak manusia mentauhidkan ALLAH Taala. Mengapa adanya Mukjizat ini. Untuk apa mukjizat ini?. Apa hikmah ALLAH Taala menganugerahkan Mukjizat ini kepada hamba-hamba NYA itu?.

    Apa yang boleh kita mengambil Iktibar antaranya ialah untuk memisahkan perkara yang Haq dengan perkara yang Bathil dengan pemisahan yang nyata.

    Sebagaimana Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Mursalaat ayat ke 3 & 4.

    Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
    serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,


    Bagaimana dengan Umat Islam hari ini?. Siapa mereka yang mewarisi penyebaran kalimah Tauhid di muka bumi ini sebelum tiba hari pembalasan?. Siapa yang boleh memisahkan perkara yang Haq dan perkara yang Bathil dengan pemisahan yang JELAS. Sesetengah manusia itu memerlukan seseorang yang boleh membimbingnya kearah MAKRIFATULLAH. Mengenal Tauhid kepada ALLAH Taala dengan sebenar-benar kenal. Sesetengah manusia pula mungkin tidak memerlukan perkara-perkara demikian cukup lah dia bertaklid pada hujah-hujah yang diyakini. Ini semuanya terpulang kepada diri masing-masing.

    Namun Mukjizat kitab SUCI Al-Quran di dalam surah Al-Kahfi ayat ke 110 ada memperingatkan kepada kita bahawa :

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

    Kita pun sudah memahami bahawa segala aktivi-aktiviti hidup ini adalah beribadat kepada ALLAH Taala. Iaitu perbuatan/gerak-kerja/amalan yang dihadapkan kepada ALLAH Taala SEMATA-MATA dalam membuat kebaikan kepada orang lain. Sesungguhya ALLAH Taala suka kepada orang yang Ikhlas melakukan amal kebaikan.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH







    « Last Edit: 31 January, 2011, 03:00:25 PM by SUGI »

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #5 31 January, 2011, 10:17:19 PM
  • Publish
  • benar....hidup ini adalah satu perjuangan...perjuangan sinonim dengan kesusahan dan penderitaan....ujian silih berganti....kadang-kadang lazat beribadat kadang-kadang teramat malas....kita harus terus berjuang sehingga lah kita bertemu dengan Kekasih yang abadi

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #6 03 February, 2011, 08:49:43 AM
  • Publish
  • Hidup bukan satu perhitungan;
    bagi tentukan siapa kalah atau menang.

    Hidup juga bukan satu perjudian;
    sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi.

    Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan. Perjuangan pertahankan hak sendiri;
    perjuangan laksanakan hak orang lain;
    perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan jalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan;
    tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya.


    Ujian adalah rencah hidup;
    bukan penghalang bahagia;
    bukan juga derita untuk selamanya.

    Ujian hidup bak tali yang regang,
    pasti akan kendur atau putus juga akhirnya;
    dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!


    SUMBER
    ~ Begin with the End in Mind ~

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #7 09 February, 2011, 07:12:15 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah,

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. - Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Anfal ayat ke 2.

    Kecintaan kepada ayat-ayat ALLAH Taala hendaklah sentiasa diletak dihadapan dalam menghadapi ujian hidup di dunia ini. Bagaimana kecintaan ini dapat disuburkan di dalam jiwa Umat Islam?. Sebagaimana suburnya kecintaan manusia itu kepada hal-hal duniawi.

    Secara amnya setiap cinta yang subur itu bermula dari "mata turun ke hati". Iaitu apabila salah satu angota badannya dapat merasainya sesuatu itu hingga terpahat di dalam hati. Seperti terpahatnya nama-nama cinta di batu-batu, kayu-kayu, digambarkan pula dengan lukisan dan sebagainya. Ada pula sanggup membina bangunan-bangunan indah atas nama cinta.

    Saya suka untuk memperingatkan diri kita ini mukjizat Kitab SUCI Al-Quran surah Al-Khafi ayat ke 110.

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH





     

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #8 11 February, 2011, 12:46:32 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah,

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. - Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Al-Anfal ayat ke 29.

    Sememangnya orang yang paling tinggi darjat di sisi ALLAH Taala adalah orang yang paling Bertakwa. Siapakah mereka?. Mukjizat kitab SUCI Al-Quran telah pun menyatakan di dalam surah Yunus ayat ke 63.

    (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula SENTIASA bertaqwa..

    Orang-orang yang setiasa berada di dalam amalan ketakwaan sudah tentu orang yang bersih & suci dari sudut zahir & batinya. Orang-orang sebegini sudah tentu layak untuk memberi suluhan kepada orang lain dengan suluhan yang terang lagi nyata.

    Sebagaimana Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Mursalaat ayat ke 3 & 4.

    Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
    serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

    Asasnya orang itu mesti mempunyai TAHAP KETAKWAAN YANG TINGGI dan dapat KEKAL dalam keadaan yang demikian. Insya ALLAH
    Bagaimana ketakwaan sebegini dapat di dirikan?. Semuanya bermula dari  Hati. Baik Hati. Baiklah segalanya.

    Beruntung lah mereka yang senang sentiasa membasuh hati mereka dengan zikirullah. sebagaimana - 'baca lah dengan NAMA TUHAN MU', 'SERU lah nama Tuhan mu', 'Sebutlah Nama Tuhan mu dengan sebutan yang BANYAK'.

    Penekanan zikirullah untuk mencuci hati ini tidak dapat disangkal lagi sebagaimana mukjizat kitab SUCI Al-Quran surah Asy-Syams ayat ke 8 & 9 ada menyatakan

    Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
    Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
     

    Sudah tentulah Hati yang bersih akan memilih jalan-jalan kebaikan yakni amalan-amalan KETAKWAAN. Hati yang kotor pula akan memilih jalan –jalan kemungkaran, kerosakan, kemaksiatan, kelalaian & kekufuran.



    --Semoga Bertanyalah kita hal agama ini kepada AHLI ZIKIR--

    ALLAHU A’lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #9 16 February, 2011, 10:56:15 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah…..

    Kekuatan kesabaran dalam apa jua bentuk perjuangan sangat DI UTAMAKAN. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Sifat Kesabaran sudah dibaratkan suatu sifat  asas yang mesti ada pada diri seseorang itu untuk berjuang dengan apa yang dia perjuangkan. Ia merupakan suatu yang sangat ajaib  yang dijadikan penawar apabila berhadapan dengan suatu kepayahan atau kesulitan.

    Sebagaimana firman ALLAH Taala di dalam mukjizat kitab SUCI Al-Quran di dalam surah Al-Anfal ayat ke 65.

    Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

    Kehidupan di dunia ini sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk tanpa kita sedar atau lalai bagi untuk diperlihatkan kepada perkara yang Hak & Bathil. Dengan ada ujian tersebut seseorang itu akan dapat merasakan tingakatan-tingkatan Iman yang ada di dalam dirinya sendiri. Bagi mereka yang langsung tiada rasa apa-apa itu sangat bahaya yakni dia sedang berada di tepi jurang kesesatan.

    Jika kita tidak sabar dengan sesuatu ujian itu, Maka didatangi pula dengan satu ujian yang lain untuk melatih diri kita supaya kenal lagi apa itu sabar. Latihan kesabaran yang dihamparkan di dunia ini sentiasa berterusan hingga tiada hentinya sebelum kita menemui alam yang lain pula. Antara pengajaran di dalam mukjizat kitab SUCI Al-Quran yang memerihalkan tentang Hakikat Sabar ialah kisah Nabi Yunus A.S. , Kisah Nabi Ayub A.S, Kisah Nabi Musa A.S. menumbuk seseorang dan dengan Nabi Khidir A.S. , dan banyak lagi peristiwa Nabi & persuruh ALLAH Taala yang lain.

    Amalan SABAR dan ZIKIRULLAH merupakan kunci kepada segala permasalahan tersebut. Melenyapkan perkara yang Bathil untuk menegak perkara yang benar mesti melalui ujian-ujian terlebih dahulu. Ini merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Jika Mahukan iman yang mantap & Jazam maka sebagai bekalan perjuangan, Hidupkan ( switch on ) dalam diri dengan sifat SABAR & ZIKIRULLAH. Moga-moga perjuangan di dalam diri itu berjaya.

    Sebagaimana firman ALLAH Taala :
    Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. – Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-'Asr ayat 1 hingga 3


    --- Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).--- Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Anfal ayat ke 45

    ALLAHU A’lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    « Last Edit: 16 February, 2011, 10:58:09 AM by SUGI »

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #10 03 March, 2011, 08:59:41 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah,


    Perjalanan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Taala ini tidak dapat tidak sentiasa ada zikrullah di dalam diri. Bila diri sentiasa ada zikrullah maka kemaksiatan & kejahatan dapat dihindarkan. Jika tiada zikirullah amat sukar diri untuk membenteng serangan sekutu Iblis untuk melalaikan kita daripada ALLAH Taala sebagaimana terlucutnya pakaian Nabi Adam A.S dan Hawa ketika mereka mula-mula berada di Syurga.

    Misi Sekutu-sekutu Iblis adalah untuk melucutkan pakaian anak Adam itu supaya menampakkan aurat diantara kedua-duanya. Itulah matlamat Sekutu-sekutu Iblis di samping menghasut manusia untuk melakukan kejahatan di muka bumi. Sekutu-sekutu Iblis sentiasa mencantik perkara-perkara maksiat supaya menampak ia baik dan membisik bahawa dosa-dosa sebegini boleh diampun sebagaimana ia dinyatakan di dalam mukjizat Kitab SUCI Al-Quran.

    Oleh itu kita hendaklah zikirullah sepanjang masa sebagai pendinding diri daripada serangan sekutu-sekutu Iblis dan meletakkan diri sentiasa hampir kepada ALLAH Taala.

    Secara ringkasnya. Semakin jauh daripada ALLAH Taala semakin senang untuk melakukan kemaksiatan.
    Manakala Semakin dekat dengan ALLAH Taala lebih senang pula untuk Takwa kepada ALLAH Taala.

    Sebagaimana kita lihat sebahagian Umat Islam. Semasa di kubur, di masjid, ada kematian sahaja amat mudah untuk menutup aurat tetapi apabila berkerja, bershoping, beriadah sukar pula untuk menutup aurat.

    Begitulah Umat Islam hari ini. Ada doa didalam Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran yang menyeru diri kita supaya DIHUBUNGKAN dengan orang yang SOLEH.

    Apabila diri kita hampir dengan mereka seolah-olah kita meletak diri kita hampir kepada ALLAH Taala. Orang yang mengajar kita menjadi akhlak yang BAIK & MULIA sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan untuk memperbaiki akhlak kepada kita semua.


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH




    afiQoh

    • *
    • Posts: 774
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #11 03 June, 2013, 11:57:44 PM
  • Publish


  • saya teringatkan seseorang yang pernah mengatakan kamu sedang perjudikan diri dalam hidupmu..
    apa maksud judi?kalah kekecewaan menang dalam gumbira????
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #12 06 June, 2013, 01:45:58 PM
  • Publish
  • kehidupan ini adlah untuk Mengenal..

    lalai atau tidak kenal maka..di lalaikan lagi...
    itu kebenaran Qalamuallah....

    diadakan lagi temannya di kalangan jin dan syaitan.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    7018 Views
    Last post 31 August, 2010, 07:33:18 AM
    by nur huda
    11 Replies
    2483 Views
    Last post 07 September, 2010, 04:13:54 PM
    by KingSiong
    0 Replies
    620 Views
    Last post 18 June, 2010, 10:56:49 PM
    by Abi Naim