0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Apa beza silat cekak Malaysia dan silat cekak Hanafi....sekadar ingin mengetahui....
Rasa-rasanya le.....Sebab satu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia....( Ishak Hj Itam gurunya )Yang satu lagi Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi....( Mohd Radzi gurunya )Pembelajarannya kalau tak salah buahnya semua sama.....
Quote from: assujak on 29 December, 2007, 10:54:29 PMApa beza silat cekak Malaysia dan silat cekak Hanafi....sekadar ingin mengetahui....dah berpecah ke?
yup..sama je cuma pentadbiran n pengurusan je lain. tp dgr crita skarang slt cekak ustaz hanafi dah ambil alih semua n semua buah diselaraskan utk keseragaman. n 11 april 09 ni ada exam sijil rendah persilatan. gud luck pada semua yg akan menjalaninya.
Asal-Usul Silat Cekak MalaysiaSilat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.http://www.silatcekak.org/persilatan/asalusul.html
:senyum:.. belajar silat cekak memang best.. tapi ade gak yang x bestDulu masa kat U amik silat as KO-K... kelas la salu wat petang.. lepas zuhur... training punya training sampai ke petang... lupo ke kena solat asar dulu.. penah dulu balik kul 7. ape diorang ingat silat tu boleh bawak mati ke?Lagi satu, masa nak pengijazahan.. jurulatih pempuan lak x cukup, apa lagi jurulatih lelaki la sparing dgn candidate pempaun.. tau2 la buah cekak ni banyak yg kena touching dan peluk. hmmm... matlamat tu bagus.. tp cara dia tu betul ke? Ape pendapat korang?
Rasanya haram bersentuhan bukan mahram walaupun belajar silat..kerana bukan darurat kan..?dah xder kaum lelaki lain ker nak ajak sparing ? yang galak g cari pompuan tue apsal ?susah sangat nak dapat lelaki, ajak jer mat rempit tue sparring..tul tak ?
Quote from: amrizal on 04 June, 2009, 12:12:37 PM:senyum:.. belajar silat cekak memang best.. tapi ade gak yang x bestDulu masa kat U amik silat as KO-K... kelas la salu wat petang.. lepas zuhur... training punya training sampai ke petang... lupo ke kena solat asar dulu.. penah dulu balik kul 7. ape diorang ingat silat tu boleh bawak mati ke?Lagi satu, masa nak pengijazahan.. jurulatih pempuan lak x cukup, apa lagi jurulatih lelaki la sparing dgn candidate pempaun.. tau2 la buah cekak ni banyak yg kena touching dan peluk. hmmm... matlamat tu bagus.. tp cara dia tu betul ke? Ape pendapat korang?ana tangkis pendapat saudara tu dlm silat cekak malaysia masa tranning pelatih p'puan dgn pelatih p'puan..bkn dgn lelaki..mana anta dpt cite sedemikian..
Minta izin berbicara. Tok dulu pun bersilat juga tapi bukan SCM, tapi tok dah tinggalkan kerana terdapat unsur berdamping dengan jin melalui serapah dan kita akan jadi kuat, panas baran pantang silap sikit pasti melenting, orang lain semua tak betul tok saja yang betul. Tapi bila dilihat pada serapahnya tak ada yang tak betul sebab guna ayat Quran dan kita dilarang melakukan maksiat serta sentiasa beramal ibadat seperti tidak meninggalkan solat. Susah juga untuk kita bezakan antara yang berdamping dengan tidak berdamping. Tetapi apabila Allah SWT menunjukkan kebenarannya, maka tiada siapa dapat menghalanginya. Tok nasihatkan kepada cucu yang nak berlajar apa-apa pun buatlah dulu solat taubat, solat hajat serta baca Yasin, minta petunjuk daripada Allah SWT akan kebenaran yang dapat membawa kita kepada keredhoanNya.
Minta izin berbicara. Tok dulu pun bersilat juga tapi bukan SCM, tapi tok dah tinggalkan kerana terdapat unsur berdamping dengan jin melalui serapah dan kita akan jadi kuat, panas baran pantang silap sikit pasti melenting, orang lain semua tak betul tok saja yang betul. Tapi bila dilihat pada serapahnya tak ada yang tak betul sebab guna ayat Quran dan kita dilarang melakukan maksiat serta sentiasa beramal ibadat seperti tidak meninggalkan solat. Susah juga untuk kita bezakan antara yang berdamping dengan tidak berdamping. Tetapi apabila Allah SWT menunjukkan kebenarannya, maka tiada siapa dapat menghalanginya. Tok nasihatkan kepada cucu yang nak berlajar apa-apa pun buatlah dulu solat taubat, solat hajat serta baca Yasin, minta petunjuk daripada Allah SWT ilat cakan kebenaran yang dapat membawa kita kepada keredhoanNya.
Dimulakan Oleh HandyMan Artikel Agama
Dimulakan Oleh Ummi Munaliza « 1 2 » Hiburan
Dimulakan Oleh zunita Artikel Agama