Nikah Melalui Wali Hakim

*

Author Topic: Nikah Melalui Wali Hakim  (Read 9822 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

jamilaripin

  • *
  • Posts: 67
    • View Profile
19 January, 2011, 11:24:33 PM
  • Publish
  • BENARKAH NIKAH MELALUI WALI HAKIM TDAK SAH DENGAN ADANYA WALI...
     :)

    Apabila seseorang wali nikah mewakilkan kpd hakim,jurunikah atau imam masjid kewaliannya,dan hakim itu menikahkan anak perempuannya tanpa kehadiran wali tadi.Sekiranya waktu ijab kabul dijalankan,wali ada bersama mendengar didalam majlis itu,maka pernikahan itu tidak sah dan pasangan berkenaan dikira berzina sepanjang mereka bersama.

    Jika begitulah keadaannya,perlukah pasangan tadi di-ijab kabulkan semula?Bagaimana kedudukan perkara ini? Adakah dalil yang membolehkan wali hadir bersama selepas mewakilkan kewaliannya,kerana dapat dilihat dalam kebanyakan majlis perkahwinan,wali yang mewakilkan kewaliannya hadir sama semasa ijab kabul dijalankan.

    JAWAPAN;

    Dalam mazhab syafie,'wali mujbir' boleh mewakilkan orang lain bagi menikahkan orang dibawah jagaan atau tanggungannya walau pun tanpa izinnya;tanpa perlu mensyratkan atau menamakan mempelai lelaki tertentu ;menurut pendapat 'al-Azhar' yang lebih menonjol. Justeru didorong rasa kasih ,wali tentunya tidak akan mewakilkan perkara sepenting itu melainkan kepada orang yang dia yakini kematangan dan keikhlasannya.

    Lebih2 lagi jika wali tersebut merasa kurang laya kuntuk menikahkan anaknya kerana kefasiqan(dia lebih tahu tentang hal dirinya daripada orang lain) atau penyakit tertentu dan sebagainya.Dalam hal ini kehadiran wali berkenaan dalam majlis akad tidak akan menjejaskan akad yang telah dilakukan oleh wakil atau pegawai syarak yang telah diwakilkan akad kepadanya.

    Bagi wali yang bukan 'WALI MUJBIR' justeru dia bukan bapa atau datuk atau kerana pengantin perempuan yang hendak dinikahkan adalah 'TAYYIB' atau wanita yang pernah berkahwin,maka untuk mewakilkan nikah kepada orang lain perlu mendapat keizinan daripada pengantin perempuan itu terlebih dahulu samaada tersurat atau tersirat.;sama ada 'qarinah' atau dalil sampingan yang mengisyaratkan keizinannya.

    Dalam hal ini tidak kira sama ada wali asal ada atau tidak ada semasa akad;sebab dia telah mewakilkan pelaksanaan akad perkahwinan tersebut kepada qadhi atau pegawai syarak berkenaan(Rujuk:al-Muffasal Fi Ahkam al-mar'ah oleh dr a karim zaidan juz 6hal.488-494).

    Wali yang menhadiri majlis akad nikahdan telah mewakilkan nya kepada pegawai syarak sudah pasti redha dengan perkawinan itu sekiranya wali tersebut tidak hadir, keizinan sudah memadai, seperti pendapat Abu Thaurberdasarkan hadis bahawa:

    "Nikah tidak sah melainkan dengan adanya Wali" (sarah muslim oleh imam nawawi:5/123)

    Syarat lafaz nikah yang diwajibkan ialah bagi orang yang menjalankan akad nikah iaitu juru nikah. Jika wali yang menjalankan akad nikah,dia juga perlu menyebut lafaz nikah .Tapi jika orang lain yang menjalankannya ,wali hanya diperlukan keizinannya saja.Keiziannya boleh di ketahui dengan berbagai cara dan keaadaan.

    Keizinan seorang wali pulak boleh direalisasikan dengan lafaz mulut ,jemputan untuk menjalankan akad nikah,dengan menghadiri dan menyokong majlis tersebut diadakan yang menunjukan keredhaan dan keizinan beliau terhadap perkahwinan berkenaan.

    Rujukan:

    Bidayatul mujtahid,oleh ibn Rushd:4/207).

    jamilaripin

    • *
    • Posts: 67
      • View Profile
    Reply #1 20 January, 2011, 01:17:33 PM

    DI-ambil dari buku soal jawab isu-isu mencabar dalam islam karangan TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DAN USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN.
    Rujukan:

    Bidayatul mujtahid,oleh ibn Rushd:4/207).

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1048
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Reply #2 20 January, 2011, 01:21:45 PM
  • Publish
  •  :)

    Wali hakim dibenarkan jika seorang wanita itu tiada wali mujbirkan?

    macam putri,,kalau putri nak kahwin kelak perlu ke putri  gunakan wali hakim sahaja..

    maafkan putri andai putri salah..

    harap diperbetulkan kesalahan putri..
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #3 09 July, 2012, 02:20:20 PM
  • Publish
  • Hukum Wali Nikah

    Soalan

    apakah sah nikah jika seorang bapa mewalikan pernikahan anak perempuannya tetapi bapa itu tidak menjalankan kewajipannya sebagai org islam(contoh tidak solat,minum arak).....jika anak perempuannya ingin menggunakan wali selain bapa,contoh adik beradik lelaki@bapa saudara@wali hakim,apakah hukumnya?.....

    Jawapan
     
    Waalaikumussalam, pernikahan yang berwalikan bapa kandung itu sah.Ini kerana bapa kandung merupakan wali mujbir/berhak menurut hukum fekah.Walaupun wali  mujbir itu tidak solat @ minum arak.Cuma ia dikategorikan sebagai wali fasiq.Sebagai wali fasiq sebelum ia mewalikan pernikahan anaknya wali @ bapa itu perlu bertaubat /beristigfar sebanyak  3 kali memohon keampunan kepada Allah SWT .Kemudian bapa @ wali itu terus menikahkan anaknya.

    Sekiranya bapa sebagai wali yang berhak enggan untuk menikahkan anaknya pada ketika itu  turutan wali jatuh kepada wali akrab(kaum kerabat) iaitu dengan meminta datuknya sendiri  menikahkannya.Inilah susunan wali yang telah diperakui oleh jumhur  ulamak fekah.

    Perlu ditegaskan  di sini bahawa jika anak perempuan  itu masih berdegil untuk bernikah dengan menggunakan wali selain  daripada ayah kandung contohnya menggunakan wali yang terdiri daripada adik beradik lelaki, bapa saudara atau wali hakim MAKA PERNIKAHAN TERSEBUT TIDAK SAH.JIKA  PERNIKAHAN SUDAH  BERLAKU     IA PERLU DIFARAQ / DIPISAHKAN.Wallahu a'lam.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #4 09 July, 2012, 02:22:34 PM
  • Publish

  • Pertanyaan:

    Hal-hal apa saja yang membolehkan digantikannya seorang bapak menjadi wali dalam pernikahan putrinya?

    Jawaban:

    Pada asalnya, wali yang “lebih jauh” (dari segi nasab, ed.) tidak boleh menikahkan seorang wanita saat wali yang “lebih dekat” (dari segi nasab, ed.) ada. Bapak adalah wali yang paling dekat. Namun, hak perwalian bapak dalam pernikahan putrinya boleh digantikan, dengan sebab-sebab sebagai berikut:

    1. Tidak memenuhi lima syarat wali dalam pernikahan, yaitu: Islam, laki-laki, berakal, balig, dan merdeka. Misalnya: Jika bapak tersebut orang kafir atau hilang akal atau budak.

    2. Adhl (menghalangi). Yaitu, bapak menghalangi pernikahan putrinya. Padahal, putrinya sudah menyetujui dan calon pengantin laki-laki sekufu (sebanding) di dalam agama dan akhlak. Yakni, sama-sama beragama Islam, berakidah ahlus sunah dan berakhlak mulia.

    3. Bapak bersafar (berada di luar kota), sedangkan menunggu kedatangannya menyusahkan calon pengantin yang sudah setuju. Dengan demikian, hak perwalian dapat berpindah kepada wali berikutnya.

    4. Bapak mewakilkannya kepada orang lain.

    lynamustika

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #5 14 July, 2012, 04:50:02 AM
  • Publish
  • Boleh tak disenaraikan siapa kah yang layak menjadi bagi pengantin perempuan selain bapa? Dan kalau mempunyai ramai saudara lelaki, mestikan saudara lelaki sulung yang menjadi wali? atau boleh diganti dengan saudara lelaki yang lain?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #6 14 July, 2012, 09:09:52 AM
  • Publish
  • cik lyna mustika.

    boleh  rewang dalam halaqah.net, inshallah

    silakan Klik   Wali fasik

    silakan klik  Sahkah nikah anda berwalikan dia?

    juga klik sini  Wali dalam sebuah perkahwinan

    inshallah, semuga bertambah pelajaran, mendapat pengetahuan, inshallah

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    32038 Views
    Last post 06 January, 2008, 09:04:25 AM
    by kanjeng sunan
    1 Replies
    1264 Views
    Last post 07 July, 2011, 10:43:54 AM
    by jen
    5 Replies
    1618 Views
    Last post 27 December, 2012, 11:12:03 PM
    by maktabah zein