Mencegah 'Couple'

*

Author Topic: Mencegah 'Couple'  (Read 13654 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Shohib Mirbat

  • *
  • Posts: 363
  • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
    • View Profile
Reply #20 04 February, 2009, 06:50:25 PM
  • Publish
  •  :)

    Kita sudah dimomokkan dengan perkara yang Allah dan Rasulullah shollalllhu 'alaihi wasallam tidak memerintahnya untuk dilaksanakan baik dari Al-Quran mahupun Sunnah..malah kita menerima bulat-bulat sistem ber"pacaran" ini dari luar tanpa merujuk kepada Allah dan RasulNya...

    Apakah elok kita meneruskan perkara yang tiada mendapat sebarang keredhoan Allah dan RasulNya ini? Sekali-kali tidak elok diteruskan kerana memang banyak mudhorat dari mendapat manafaatnya..

    Allah dan RasulNya memerintahkan untuk saling kenal-mengenali dengan cara perkahwinan yang sah, bukannya ke sana kemari bak belangkas tapi tiada ikatan perkahwinan yang sah..

    Kita ni pandai sangat ke?? Tidak. Kita ni bodoh jugak ke?? Ya, tapi jangan sampai kita memperbodohkan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kita tidak tahu kesannya yang mungkin teramat buruk dalam sejarah hidup kita kelak, baik di dunia apatah lagi di Akhirat...

     :aamiin:
     
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    lo22

    • *
    • Posts: 351
      • View Profile
    Reply #21 04 February, 2009, 08:56:24 PM
  • Publish
  • masalahnya sekarg, dikalangan org islam sendiri yg berkaple...sukar nak halang apa yg org buat..kalau kita nasihat mrk, silap hari bulan kena terajang....dalam forum ni boleh la kita komen or nasihat or tegaskan kaple ni haram dll. tp realitinya tengok la keadaan sekeliling, ada org hanya tau cakap je.

    apa yg kita mampu buat sekarng, jgn berhenti untuk memberi peringatan kepada saudara2 islam kita samada mrk mau dgr or tidak...krn dgn memberi peringatan kpd mrk dlm isu kaple ni kita dah menjalankan tanggungjwp kita untuk memberi kesedaran kpd mrk...usaha biar lah org lihat sekecil mana or org akan mengutuk kita tp krn tangungjwp agama, peringatan bahawa berkaple tu tetap HARAm disisi islam
    BE MY GUEST....KALAU TAK MAMPU MEMBERI KOMEN YG BAIK...JGN CKP BYK...

    kembara_ilmu

    • *
    • Posts: 12
    • "dakwah berkualiti ukhuwah terjalin"
      • View Profile
    Reply #22 02 June, 2009, 01:54:26 PM
  • Publish
  •  :)
    disini ana ade pertanyaan ntuk warga halaqah sekalian...
    macamana ek cara nya nak cegah orang yang bercouple??
    padahal, benda tu sume kte tau bahawa couple itu adalah satu benda yang mendekati kpd zina..jadi, benda tu adalah haram..
    dlm islam pn xdok istilah tu kan??
    mcmn nk buat ek??
    bleh bantu x??

    Haizeel

    • *
    • Posts: 292
    • http://itismedia.com.my
      • View Profile
    Reply #23 02 June, 2009, 02:20:26 PM
  • Publish
  • Waalaikumsalam,
    Sy rsnya, mula dgn diri kita. Pastu, cegahlah org yg t'dekat dgn kita (adik, kak, abg, etc).
    Sy xblh ckp byk, sebb sy sendiri pun sdg b'kenalan dgn sesorg. Tapi xlah sampai menyentuh org t'sebut... B'tutur/b'bual pun kurang sgt2.. ;p
    kita tidak sempurna. AGAMAlah yang melengkapkan kita. YM: the_akorn

    Nawza

    • *
    • Posts: 24
    • ~"FOCUS" lah apa yang penting dalam hidup ini~
      • View Profile
    Reply #24 02 June, 2009, 02:36:37 PM
  • Publish
  •  :)

    maaf eh.. hmm..
    kalo salah sila tegur..
    in my opinion...
    "couple" itu hanya satu istilah semata2..
    bg saya kalo mmg ada prasaan cinta itu..
    x salah.. yang salah tu zina..
    adakah bercinta itu "HARAM"???
    fitrah manusia.. setiap makhluk diciptakan berpasang2an..
    org selalu tulis..
    "niat tidak mghalal kan cara"
    tapi cinta itu haram ke??
    "niat xleh mgharuskan sesuatu ke??"
    sdg kan benda yg haram sperti babi pun..
    boleh dharuskan apabila keadaan memaksa..(darurat)
    sdgkan cinta itu x haram kan??..
    kalo kite bdua2an akan ada makhluk ketiga..
    tp.... makhluk ketiga tu kan brada dmana2... betul x??
    yg penting mcmne kite mngawal minda dan nafsu kite..
    cume bile brdua2an.. agak sukar kite mngawal nafsu..
    sbb manusia slaluny akan malu melakukan dosa bile ada org len yg berhampiran..
    ketahuilah Allah sntiasa melihat kite..
    cara tbaik.. bagi saya...
    JGN berdua2an.. ajak lah muhrim untuk menemani kite..
    "couple"2 ni istilah je.. yg penting kite ada niat mnjadi kan si dia
    psgn hidup yg sah..
    kerana... xkan lah kite x mampu,, sdg belajar,,
    nak berkahwin kan?? sbb kalo kite x knal psgn kite dulu
    lebih susah perkahwinan kite dkemudian hari.. mgkin mmg dia jodoh kite..
    org kata bercinta ketika bertunang...
    tp adakah kalo slpas bertunang.. x serasi.. kite asik2 nak putus je..
    apa kata org nnti.. bukankah boleh menimbulkn fitnah??..
    jd.. pandai2 lah menilai yg baik dan yg buruk..
    itu je lah..
    salah silap harap maaf k..
    itu pndgan je.. saya mgkin x pandai mggunakan dalil2..
    tp saya lbih suka berbicara mnggunakan nilai2 moral dan akhlak..
    jaga lah tingkah laku dan adab kite..
    sekian..
    wassalam...

     

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #25 02 June, 2009, 02:38:22 PM
  • Publish
  • Sebelum nak cegah orang lain..kita mantapkan dulu peribadi kita..
    nak cegah perlakuan maksiat ni,bkn nya senang..
    selepas tu,kita bagi thu kepada mereka tentang haramnya couple tu..
    lebih-lebih lagi kepada anak remaja yang tak berapa thu tentang islam wlupun dilahirkan dlam islam..
    nak bagi thu tu perlukan kesabaran kerana pelbagai persoalan akan di ajukan kepada kita apabila kita memberi thu couple tu haram..
    wa'allahua'alam..

    marjaan

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Reply #26 02 June, 2009, 02:50:35 PM
  • Publish
  • umo kalau masih muda, masih belajar jgn persibukkan diri dgn berpasang-pasanganlah...
    Tumpukan pd pelajaran aje. Jgn kita tgk org bercouple, kita pun nak menyibuk juga.
    Memanglah cinta tu sifat dan naluri manusia anugerah Allah, tp kalau makan pakai masih lagi
    mak bapak yg tanggung, ghentikkannnlahhhh......

    Masa muda ni masa nak kaut segala ilmu yg ada. Aku takde masa nak berkapel-kapel lah...rugi masa,
    rugi tenaga, rugi duit pun ada...baik aku hafal quran, hadis ke...membaca sudah tentu..

    Ingat! Masa itu ibarat pedang. Kalau kamu tak potong (guna sebaik-baiknya) ia, Ia akan memotong kamu!

    "Demi masa!, Manusia itu sentiasa berada dlm kerugian! Melainkan org2 beriman dan beramal soleh.
    Yg berpesan-pesan dgn kebaikan. Dan Berpesan-pesan dgn Kesabaran!"

    Kalau kita tahu kelebihan menjaga masa ni, takdok masanyalah utk nak keluar2 nih.. Percayalah cakap aku...k

    Mana yg dah melibatkan diri dgn menda2 tak bepekdoh ni, apa kata slow2...hindarkan...bukannya masa lagi...
    jodoh tak ke mana...dah kukuh ilmu kat dada, duit dah berkepok dlm poket...masa tu tak yah cari couple dah...
    semuanya akan mengendeng datang dekat dgn kita...picayalah kayta0-kata ku ini, wahai pemuda-pemudi islam sekalian......


    wallahualamm...

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #27 02 June, 2009, 03:25:19 PM
  • Publish
  • Assalamualaikumwarahmatullah..
     
    Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.
     
    Apa Itu Ber’couple’?
     
              Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
     
              Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
     
              Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
     
    Mengapa Ber’couple’ Haram?
     
              Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
     
        Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah  yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
     
              Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Dan juga  firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
     
              Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
     
              Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melankah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
     
              Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
     
              Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
                                                                               
    Apa Yang Patut Dilakukan?
     
              Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
             
    Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
    Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26. Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah, “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.
     
              Sebenarnya, dalam Islam, lelai dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
             
              Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.
     
             Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..
    Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang  paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22). Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
             
    Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
     
              Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam..
    « Last Edit: 02 June, 2009, 03:29:21 PM by NuRul IsLam »
    I lOVE ISLAM

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #28 02 June, 2009, 03:26:23 PM
  • Publish
  • BAGAIMANA BERCINTA SECARA ISLAM ??


              Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.  Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
     
    Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
    Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
     
    Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
     


    Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
     
    Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
     
    Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
     
    Peringatan untuk diriku dan sesape ajee.. rujuk surah as-saaf [barisan] ayat 2 dan 3 ... mari tinggalkan kisah lalu dan mulakan hidup baru.. sayonara jahiliyyah..  wallahua'lam.

    zaman

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #29 02 June, 2009, 05:26:07 PM
  • Publish
  • Cari masalah yang pokok...ni cuma cabangnya saja.

    Nurul Islam....pandai cari. Sebab dia rajin buka Al Quran

    alfaiz95

    • *
    • Posts: 37
    • salam
      • View Profile
    Reply #30 02 June, 2009, 06:27:06 PM
  • Publish
  • assalamualikum..
    couple?hm.. couple ni adalah salah satu drpada budaya barat yg ingin merosakkan umat islam ia juga inginkan umat islam berpecah belah antara satu sama lain..jika kita menghindarkannya insya'allah tidak akan wujudnya budaya couple yg tlah dgembar-gemburkan. contohnya d arab saudi budaya ini tidak wujud kerana dgn undg2 islam yg dtubuhkan.jika kita mempunyai pemimpin yg mengikut sunnah dan hukum2 berlandaskan islam tidak akan wujud budaya seperti ini..wallahua'lam itu semua pendapat analah jika ada yg tidak betul atau sebaliknya tegur2lah demi membina ummah yg gemilang insya'allah..
    salam..

    kembara_ilmu

    • *
    • Posts: 12
    • "dakwah berkualiti ukhuwah terjalin"
      • View Profile
    Reply #31 03 June, 2009, 01:59:34 PM
  • Publish
  • syukran jazilan ats pandangan sume pihak..
    setuju dgn penerangan nurul islam..
    pnh jgk cari sume 2..
    ana bukan pe..
    ana pernah terjebak dlm dunia ni dlu..
    jd,ana xboh shbt2 baik ana buat jugak perkara yg bleh mendatangkan dosa..
    2 la ana tanya pendapat dlm halaqah ni..
    kdg2,org yg belajar ilmu agama ni lebih hebat bercinta kalahkan suami isteri jika nk dibandingkan org biase..
    smpai menggunakan perkataan 'abg' 'syg'..
    maaf atas segala kelemahan..
    pe2pn,syukran sekali lg..

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #32 03 June, 2009, 04:29:34 PM
  • Publish
  • syukran jazilan ats pandangan sume pihak..
    setuju dgn penerangan nurul islam..
    pnh jgk cari sume 2..
    ana bukan pe..
    ana pernah terjebak dlm dunia ni dlu..
    jd,ana xboh shbt2 baik ana buat jugak perkara yg bleh mendatangkan dosa..
    2 la ana tanya pendapat dlm halaqah ni..
    kdg2,org yg belajar ilmu agama ni lebih hebat bercinta kalahkan suami isteri jika nk dibandingkan org biase..
    smpai menggunakan perkataan 'abg' 'syg'..
    maaf atas segala kelemahan..
    pe2pn,syukran sekali lg..


    afwan ya ukhti....

    teruskan istiqamah dalam penghijrahan ke arah yang lebih baik!


    Reply #33 26 August, 2009, 10:55:59 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    dalam pada kita x sedar...
    ad setengah kapel yg kte mcm ni kan..kmi x buat ap2..
    sedangkan sebenarnye kit da wat zina....pada ana,memang kita X berjumpa...kita da dpt elak dr zina mata,tangan dan kaki...x kol..kita da dapt elak dari zina lidah dn telinga...
    tpi, sedar x kita x dpt elak drpd zina hati....
    dlm pada ana mengingatkan kalian semua....ana mengingatkan diri ana juga...
    pengalaman yang ana dapat..ana x nak teman2 ana pun ikut...pengalaman 2 pada ana pahit..berat lgi ana yg memikulnya....ana tau..saat tu..allah ingin menguji ana...
    masa tu....mungkin nfsu dan syaitan...membuat ana senang terpngruh...astarghfirullahalazim..
    sahabat....sekarang ana btul2 menyesal dgn ap yg terjadi...
    ana memang x pernah jump org tu...
    ana memang x pernah berckp dgn org 2....
    ana terima dia tnpa sebab...
    ana rasa bersalah...dgn semua org dekat sekeliling ana....sekarng ana da x d ap2 da....ana menyesal sgt2....ya Allah...berat sungguh ujian ini...
    ana tau....ana kene kuat...
    ana kene tabah...4 bulan... cukup mengajar ana segala2nya....
    sahabat.....jauhila ini ya.....
    ana mohon ampun....ana x menjalan kan tanggungjawab dengan baik......
    ana malu dgn semua org.....
    kalau boleh...ana nak lpekan sume ni....tp,susah sgt..
    yA allah....bantulah hambamu ini.....
    ana harp...kita sma2 mencari keberkatan nya ya....
    ana nak rebut cinta ALLAH....
    ana nak jadi hamba yang taat perintah nya.........
    AMIN............

    mrac32

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #34 26 August, 2009, 11:47:42 PM
  • Publish
  • setiap langkah yang kita ambil itu sebenarnya mampu menjadikan kita lebih matang..... jika awak masih sedih, saya selalu membaca buku LA TAHZAN... agak membantu menghilangkan perasaan sedih itu untuk kita kembali berfikiran rasional... insyallah...

    Nurul Salwah

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #35 04 December, 2009, 05:09:31 PM
  • Publish
  • [bgcolor=#E066FF]Saya percaya, ramai remaja asyik dibuai cinta sekarang.Tidak dinafikan, perasaan cinta menjadi kepastian dan lumrah manusia. Begitu juga saya. Namun saya putuskan untuk mencari apa yang betul-betul hati saya perlukan.Alhamdulillah saya akhirnya menjumpai kekosongan itu. Kekosongan itu adalah kebergantungan saya pada Allah. Kita sering berpendapat jika kita tidak bercinta atau ‘bercouple’, kita pasti tidak akan berjumpa seseorang. Namun percayalah, jodoh dan pertemuan di tangan-Nya. Setiap kita diciptakan berpasangan, namun pencarian kita perlu bermula dengan doa.Kini, saya lihat ramai rakan sebaya saya melakukan macam-macam perkara tidak sepatutnya bersama pasangan mereka. Nauzubillah.


    Jika mereka berpegang pada janji Allah dalam (Surah An-Nur : ayat 24) yang bermaksud:


    “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik”, pasti kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Insya-Allah dengan izin-Nya kita akan mempunyai jodoh yang baik juga. Bukankah itu yang kita damba? Doa adalah senjata orang Islam. Namun bagaimana doa kita nak dimakbulkan Allah, sedangkan kita tidak bersolat dan beribadat kepada-Nya. Ya, Allah begitu sombong manusia! Sebagai manusia, saya sentiasa berdoa “pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik.”


    Saya yakin dengan janji Allah. Jika saya tidak dipertemukan dengan jodoh yang baik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin itu dugaan daripada-Nya tanda kasih sayang-Nya. Kembalilah kepada Allah sahabatku kerana kita kini mengulangi zaman jahiliah yang penuh kemurkaan Allah. Janji daripada-Nya juga termasuk azab yang sangat pedih. Saya sedar saya bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat, namun saya berasakan itu tanggungjawab semua untuk saling mengingatkan.


    Wallahualam.[/bgcolor]



    liefi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #36 24 April, 2011, 01:54:32 AM
  • Publish
  • sy pom ade jgk kwn yg bercouple....ble sy nasihat kt diorg bahawasanya xbaik bercouple...tp diorg ckp"kmi bercouple je xde pegang2 tangan...hanya kuar mkn bersma2...xbuat apa2 pom....
    ble kite nasihat diorg kte kita jeles plak.....
    ble bahas topik ni ngn org sedang bercouple mmg payah nk menang....kte jgk yg salah....

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 873
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #37 24 April, 2011, 09:11:30 AM
  • Publish
  •  :)

    uiks....... setan besar mesti tengah berdamping dengan dia lah tu...... tu sebab macam-macam isi setan tu bagi nak jawab soalan hang tu....... =.="
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 161
      • View Profile
    Reply #38 24 April, 2011, 02:12:57 PM
  • Publish
  • Kalau nak couple jugak...boleh je. Couple secara sah.. secara halal. Maksudnya, diiringi dengan akad nikah. Dengan erti kata lain membina 'masjid'.

    Lepas tu, kalau rasa nak dating, nak membonceng motor ke apa ke.. tak ada siapa nak persoalkan dah. 5 perkara kat atas dah tak jadi masalah.
    yang ini saya sangat setuju...kalau nak dating-dating, dating la tapi dating dengan adanya akad nikah...tak lah dapat dosa... siap dapat pahala di sisi ALLAH... :senyum:
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 161
      • View Profile
    Reply #39 24 April, 2011, 02:16:25 PM
  • Publish
  • dari pengalaman saya, mereka yang kaple-kaple ni cakap mereka tak buat zina...tapi mereka tak sedar yang mereka telah wat zina hati, mata...
     :sedihnya:... na'uzubillah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    3684 Views
    Last post 28 September, 2014, 09:39:49 AM
    by maliki
    Anti 'Couple'

    Started by antikapel « 1 2 3 » Cerpen

    41 Replies
    4886 Views
    Last post 31 March, 2011, 01:30:06 PM
    by kasihiro
    0 Replies
    1521 Views
    Last post 30 December, 2010, 08:29:09 PM
    by dini