Bahaya Tarikat Sufi / Tasawwuf

Author Topic: Bahaya Tarikat Sufi / Tasawwuf  (Read 7779 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.


IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1293
    • View Profile
Jawab #21 19 January, 2011, 06:29:11 PM
  • Publish Di FB
  • Apakah jasa-jasa ulamak sufi dan ahli sufi dalam dakwah Islam ? Mari kita selusuri :

    Keagungan Dakwah Golongan Sufi Di Sisi Imam Hasan Al-Banna

    Imam Hasan Al-Banna r.h.l. berkata:

    Takkala berkembangnya Kerajaan Islam pada awal kurun pertama, banyaknya pembukaan-pembukaan kota Islam, takkala seluruh dunia menghadapkan wajah mereka kepada umat Islam di setiap tempat, takkala melimpahnya harta umat Islam, sehinggakan khalifah pada ketika itu seolah berkata kepada awam yang membawa hujan: "Di Timurku atau Baratku, di mana sahaja turunnya titisan hujanmu, pasti akan datang hasilnya kepadaku" (gambaran keluasan kerajaan Islam pada ketika itu), maka secara tabiatnya, umat Islam mula bersenang lenang dengan kenikmatan dunia dan mengecapi kemanisannya dan kebaikannya, samada secara berekonomi ataupun berlebih-lebihan dari sudut yang lain. Hal ini membawa kepada perubahan sosial dalam umat Islam, namun secara tabi'ienya bagi umat Islam itu, sejak zaman kenabian sehinggalah pada ketika itu, akan ada golongan orang soleh, golongan orang yang bertaqwa, golongan ulama' yang mulia dan golongan pendakwah yang mengutamakan zuhud daripada kesenangan kehidupan dunia. Mereka ini berperanan dalam mengingatkan umat Islam akan keabadian kesenangan akhirat kelak, berbanding kesenangan duniawi yang melalaikan tersebut.

    Antara orang pertama yang saya (Imam Al-Banna) tahu dalam kalangan mereka yang menjalankan usaha dakwah ini adalah Imam Agung Hasan Al-Basri r.a., lalu diikuti oleh ramai orang lain dari kalangan para pendakwah yang soleh. Maka, golongan ini dikenali di sisi manusia dengan dakwah mereka kepada zikir kepada Allah dan mengingati hari akhirat. Mereka juga menyeru ke arah zuhud dan tarbiah jiwa dalam rangka mentaati Allah s.w.t. dan bertaqwa kepadaNya.

    Berlaku pada hakikat ini sebagaimana yang berlaku dalam hakikat-hakikat ilmu Islam yang lain, di mana ilmu ini disusun dalam rangka untuk membentuk peribadi manusia, dan perjalanan kerohanian mula disusun dengan manhajnya yang khusus seperti: peringkat zikir, ibadah, mengenal Allah dan seterusnya sampai kepada syurga dan keredhaan Allah s.w.t. yang merupakan penghujung perjalanan seseorang.

    Ini merupakan cabang daripada ilmu tasawwuf, yang mana namanya dikenali sebagai ilmu tarbiah wa suluk. Tidak syak lagi bahawasanya, ianya adalah nadi bagi agama Islam dan jatidiri Islam itu sendiri. Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi). Tidak syak lagi bahawasanya mereka membawa manusia dengan uslub (jalan atau metodologi) ini berjalan di atas suatu garis panduan ilmiah dalam menunaikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dan menjauhi kederhakaan terhadapNya. Mereka juga membawa manusia kepada kejujuran hati kepada Allah s.w.t., sehingga terkadang membawa kepada sesuatu yang berlebih-lebihan kerana terkesan dengan persekitaran semasa yang mencabar bagi dakwah ini, seperti berlebih-lebihan dalam berdiam diri, lapar, berjaga malam dan beruzlah… yang mana semuanya itu pada hakikatnya ada sandarannya daripada agama. Berdiam diri sandarannya adalah daripada saranan syarak terhadap berpaling dari perkara yang melalaikan. Berlapar diri juga pada asalnya adalah daripada saranan syarak terhadap memperbanyakkan puasa sunat. Adapun berjaga malam itu pula asalnya adalah qiyamullail. Uzlah pula asalnya adalah menjaga diri daripada menyakiti diri sendiri dan menjaga diri sendiri. Kalaulah perlaksanaan secara praktikal berlandaskan batasan-batasan syarak, maka ia adalah sangat baik.

    Akan tetapi, idea dakwah sufiyyah ini tidak terhenti kepada konteks suluk dan tarbiah sahaja, yang mana kalau ianya berdiri di atas konteks tersebut semata-mata, maka ia benar-benar membawa kebaikan kepada manusia. Akan tetapi, idea dakwah sufiyyah ini telah mengalami perkembangan berbanding generasi yang awal, iaitu dalam meluahkan perasaan-perasaan hati dan kehadiran hati, sehingga membawa kepada menggunakan bahasa yang terkandung dalam ilmu falsafah, mantiq dan sebagainya yang diwarisi daripada umat-umat terdahulu dan pemikiran mereka. Maka, timbul percampuran antara yang dari agama dan yang bukan dari agama. Perkara ini membuka ruang yang luas bagi orang zindiq, athies dan orang sesat dari sudut pandangan dan aqidah, untuk memasuki perbahasan-perbahasan tersebut (perbahasan zauqi/perasaan hati) atas nama tasawwuf, dakwah kepada zuhud dan kehendak untuk mencapai natijah kerohanian yang tinggi. Ini menyebabkan setiap buku yang ditulis dan setiap perkataan mereka yang diungkap perlu diniai dengan penilaian yang mendalam bagi mereka yang mendalami ilmu agama Allah dan menjaga keaslian agama Islam tersebut.

    Setelah itu, datang zaman di mana timbul pembentukan amali (manhaj tarbiah sufi yang lebih tersusun dan teliti), maka timbullah kelompok-kelompok dalam golongan sufi, yang mana setiap daripada mereka berpegang dengan manhaj dan uslub masing-masing dalam tarbiah. Kemudian, masuk pula campur tangan golongan politik dalam pergerakan-pergerakan sufit tersebut. Maka, ada daripada mereka yang dibentuk semata-mata untuk golongan askar, dan sebahagiannya untuk persatuan tertentu. Maka, berlalulah perubahan demi perubahan dalam manhaj dakwah sufi, sehinggalah apa yang dapat kita lihat sekarang di Mesir, daripada para sheikh tarikat sufiyyah, para pengikutnya dan sebagainya.

    Tidak dapat dinafikan bahawasanya tasawwuf dan tarikat-tarikat sufi merupakan antara faktor terbesar dalam penyebaran Islam di banyak negara asing, yang mana, tidakkan pernah sampai Islam ke tempat-tempat tersebut melainkan dengan tangan golongan pendakwah sufi tersebut. Ia sepertimana yang berlaku di negara-negara Afrika, dan negara-negara di Asia (India, Malaysia, Indonesia, Filipina dan sebagainya).

    Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbia dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…

    Tetapi, percampuran di dalam golongan sufi (ada yang sekadar mendakwa sufi tetapi tidak ikut manhaj sufi) merosakkan banyak manfaat yang sepatutnya dapat diambil daripadanya. Adalah kewajipan bagi golongan musleh (pembaiki masyarakat) memikirkan sesuatu untuk memurnikan semula golongan sufi (daripada para pendakwa sufi yang tidak mengikut manhaj sufi sebenar). Adapun pengislahan dalam kelompok sufi adalah sangat mudah, kerana di sisi mereka (para sufi) ada persediaan yang sempurna dalam perlaksanaan untuk mengislahkan golongan sufi itu sendiri. Bahkan, boleh jadi, para sufilah (yang sebenar) yang paling hampir dengan mereka (para pendakwa sufi, kerana mereka memahami kekeliruan para pendakwa sufi) jika mereka boleh berdepan dengan mereka yang terkeliru tersebut dengan cara yang sesuai. Hal ini (untuk mengislahkan manhaj sufi dan seterusnya mengembalikan kesan manhaj sufi dalam segenap masyarakat) hanya memerlukan sebilangan kecil daripada para ulama' solihin 'amilin, para pendakwah yang jujur lagi ikhlas dalam membuat penyelidikan terhadap masalah masyarakat, sehingga membawa kepada revolusi praktikal (gabungan ulama' dan para pendakwah yang jujur dan ikhlas) sehingga dapat memurnikan semula golongan sufi khususnya daripada kesamaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak di dalamnya, seterusnya memimpin masyarakat dalam negara dengan pimpinan yang baik.

    Saya masih ingat bahawasanya Sayyid Taufiq Al-Bakri r.a. juga turut melahirkan pemikiran sebegini (islah manhaj sufiyyah dalam membentuk masyarakat Islam umumnya), dan beliau juga sudahpun membuat banyak penyelidikan secara ilmiah dan praktikal dengan berjumpa para pimpinan tarikat, lalu beliau juga telahpun mengarang buku dalam bab (tajdid manhaj dakwah sufiyyah) ini, tetapi tidak sempurna idea tersebut dan tidak diambil berat setelah itu oleh para sheikh yang lain. Saya juga masih ingat, antara mereka (golongan sufi) yang juga mencetuskan pemikiran ini adalah Sheikh Abdullah 'Afifi r.a. yang sangat mementingkan persoalan ini, sehingga membawa masalah islah ini kepada para ulama' Al-Azhar dan ulama' Islam yang lain. Akan tetapi, setakat ini (setakat zaman Imam Al-Banna), ia sekadar suatu pemikiran secara teori, tanpa diterjemahkan dalam bentuk praktikal. Jika Allah s.w.t. kehendaki kebaikan (bagi umat Islam), jika Al-Azhar mengabungkan kekuatan ilmiah yang ia miliki dengan kekuatan kerohanian tarikat-tarikat sufi, serta digabungkan pula dengan kekuatan jamaah-jamaah Islam yang melaksanakan praktikalnya, maka umat Islam ini sudah tidah ada tolok bandingannya lagi. Umat Islam akan memberi cabaran, bukan dicabar, memimpin dan bukan dipimpin, memberi kesan dan bukan terkesan dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat sesat kepada kebenaran.



    (Sebahagian tulisan Imam Hasan Al-Banna dalam buku Muzakkirat fi Ad-Da'wah wa Ad-Du'at)

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #22 19 January, 2011, 06:35:57 PM
  • Publish Di FB
  • Jika mengikut perkataan Rasul Dahri (beliau juga mengkafirkan golongan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah - Asya'iroh), menghukum sesat Ikhwan Muslimin. Maka ramailah yang masuk neraka atas fatwa batilnya itu. Moga-moga dijauhkan, dan jangan dibeli buku-buku tulisannya tanpa ada ilmu untuk menapis.

    sh_husna

    • *
    • Posts: 37
    • Bahagianya hidup sebagai orang Islam
      • View Profile
    Jawab #23 20 January, 2011, 12:57:57 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    jemput lawat blog hamba Allah ni.. ana tak kenal tapi tulisan yang baik bagus ana kongsi bersama halaqian lain..^_^
    link yang ana bagi ni tulisan bertajuk indahnya tasawwuf dan kehidupan sufi..semoga kita sama-sama mendapat manfaat...

    http://ambo21.blogspot.com/2010/10/indahnya-tasawwuftt.html
    « Last Edit: 20 January, 2011, 01:00:32 AM by sh_husna »
    Allah Tuhan ku...Muhammad nabi ku...Islam agama ku...al Quran kitab ku...Jihad jalan ku

    sh_husna

    • *
    • Posts: 37
    • Bahagianya hidup sebagai orang Islam
      • View Profile
    Jawab #24 20 January, 2011, 01:02:35 AM
  • Publish Di FB
  • Jika mengikut perkataan Rasul Dahri (beliau juga mengkafirkan golongan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah - Asya'iroh), menghukum sesat Ikhwan Muslimin. Maka ramailah yang masuk neraka atas fatwa batilnya itu. Moga-moga dijauhkan, dan jangan dibeli buku-buku tulisannya tanpa ada ilmu untuk menapis.

    dah baca ke buku tasawuf dia?syukran atas info...kalau dah macam tu tak payahlah ana cari lagi dah buku tu...

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #25 20 January, 2011, 10:45:20 AM
  • Publish Di FB
  • menjadi asam garam para sufi di caci di hina di fitnah....contohnya seperti hujjatul islam iamam al-ghazali yang di fitnah sampai sekarang sehnggakan ada yang menolak kitab karangannya seprti ihya' ulumiddin kerana kononnya hadis yang digunakan adalah hadis dhoif

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #26 20 January, 2011, 10:28:09 PM
  • Publish Di FB
  • Tolong bagitau kat mana yang bahaya tu? Kat namanya kah? Kat tarikatnya kah? Atau kat mana? Dan bagitau juga, kenapa bahaya?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #27 21 January, 2011, 07:15:58 AM
  • Publish Di FB
  •  :ins:

    kat mana yang bahaya tu?

    Yang bahaya tu kat DIRI SENDIRI, jika berbuat sesuatu tanpa pengetahuan, mengikut sesuatu tanpa pengetahuan, hanya berdasarkan persangkaan, orang tua tua kata, ikut tanpa peduli, buta tuli, semangat saja lebih. perasan syok sendiri. tak sedar diri, terpedaya oleh Nafsu sendiri, yang sangat suka kepada bisikan syaitan.

    kat namakah?

    nama benda....nama makhluk, nama tarikat?

    tak ada masalah pada nama, segala nama itu terbit dari TakdirNYA, hendak menduga DIRI masing masing, KU berikan akal, mahukah berfikir? ada mata mahukah melihat, ada telinga mahukah mendengar, ada mulut mahukah sabar memerhati memikir, memilih kebaikan

    kat tarikatkah?

    Tarikat hanyalah tubuh badan tak bernyawa............. yang ada nyawa ialah Manusia yang menjadi AHLI tarikat. maka Tarikat menjadi SESAT, BAHAYA kerana manusia, yang tidak sedar dirinya tak mengetahui bahawa dia TIDAK mengetahui, lalu mahu jadi pemimpin ................perasan seronok........maklumlah, apa apa sahaja, buat sendirian tak berasa meriah, namun jika berjamaah, beramai ramai, melakukan perkara yang sama, mendatangkan keseronokan, kemeriahan, sebab itu...........jika duduk sorang diri, kita berzikir diam diam sahaj, idaklah mahu meninggi suara, tak mahulah nanti ada yang mengatakan diri kita.........GILA ke?

    tapi bila berjamaah, walau berjoget, berdendang, ROCK sekalipun............ramai yang melakukannya, tak ada yang membangkang, tentu sahaja di teruskan..................

    jadi nampakkah, yang SESAT, dan Bahaya ialah DIRI masing masing
    Jika kamu tak mahu SESAT, DEngar dan TAATlah kepada Allah dan Rasulnya ( AlQuran dan sunnah)

    kenapa bahaya?
    Bahaya bila tidak mengetahui, KEBENARAN
    kita ambil wahyu Allah: surah ke 43 ayat 36 dan 37:
    kita ambil wahyu Allaah: surah ke 17 ayat 36:

    dalam ayat yang lebih Mudah, Islam mewajibkan umatnya, menuntut ILMU
    Fardzu Ain.....semuga diri yang 'khatam' Fardzu ainnya, tidak mudah di sesatkan oleh syaitan, musuh kamu yang nyata. semuga terpelihara diri bila mengetahui, ilmu yang wajib atas dirinya
    seterusnya, kekallah hendaknya DENGAR dan TAAT, kepada Allah dan Rasulnya, al Quran dan sunnahnya

    jauhi Persangkaan,

    inshallah

    subhanallah
    wahdahu laa syarikalah
    « Last Edit: 21 January, 2011, 07:17:39 AM by al_ahibbatu »

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #28 01 February, 2011, 02:24:56 AM
  • Publish Di FB
  • Ini yang saya copy dari laman web yang diberi oleh Poster pertama..

    Our Ref: PJ-0343

    Author: Rasul Dahri

    Synopsis buku:

    Tarikat sufi/tasawuf bukanlah dari ajaran Islam tulin yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah sama ada di segi akidah atau ibadah. Sufi/Tawasuf hanya ciptaan dari hasil pemikiran (ideologi) orang-orang kafir yang dipengaruhi oleh falsafah metafizika. Sama ada dari pemikiran falsafah ciptaan para pendita Yahudi, Nasrani atau Majusi (terutama, Qibti, Yunani dan Parsi) yang diserapkan ke dalam Islam oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan akidah Islamiah dari dalam, mengucar-kacirkan ummah dan memecah-belah kesatuan (Jamaah Islamiah ) sehingga mengakibatkan lemahnya masyarakat Islam dan jatuhnya Daulah Islamiah. Inilah hakikat sebenar yang akan dibuktikan di tulisan ini.

    Ini adalah tuduhan tidak berasas daripada orang yang tidak menguasai ilmu-ilmu agama yang menyeluruh.

    Terlebih dahulu, dakwaan bahawa ilmu tasawwuf adalah ciptaan daripada hasil pemikiran orang2 kafir yang dipengaruhi falsafah metafizika adalah suatu dakwaan yang pincang.

    "Metafizik" adalah suatu nama bagi perbahasan-perbahasan yang melibatkan perkara-perkara di sebalik alam fizik ini. Tidak ada falsafah yang bernama falsafah "metafizika" tetapi metafizik itu adalah suatu bidang ilmu yang membahaskan perkara-perkara di sebalik alam fizik, sbagaimana ilmu fizik pula sebaliknya. Dalam bidang metafizik barulah adanya pecahan-pecahan falsafah dan ajaran agama-agama lain termasuklah ajaran Islam.

    Ilmu tasawwuf pula membahaskan tentang akhlak dan jalan-jalan penyucian jiwa berteraskan panduan ajaran Islam yang murni lalu terus berkembang dalam setiap zaman seperti ilmu-ilmu lain juga. Hatta, ilmu fiqh dan usul fiqh sendiri berkembang dengan pengaruh ilmu logik Yunani seperti konsep qiyas dan sebagainya. Namun, tidak boleh dikatakan ilmu fiqh Islam bukan daripada Islam kerana ada pengaruh ilmu logik Yunani. Begitulah halnya dengan ilmu Tasawwuf Islam.

    Golongan sufilah yang banyak membangunkan kekuatan kerohanian masyarakat Islam setelah kemundurannya dalam banyak peringkat zaman melalui tarbiah sufiyyah ruhiyyah mereka. Pada kejatuhan moral dan kerohanian di zaman salaf, muncul para ulama' sufi seperti Imam Hasan Al-Banna, Imam Harith Al-Muhasibi dan sebagainya. Kemudian, ilmu ini dibukukan oleh Imam Abu Nasr At-Thusi r.a. dan seterusnya oleh Imam Al-Qusyairi r.a dalam risalahnya yang masyhur.

    Kemudian, ilmu tasawwuf diluaskan perbahasannya oleh Hujatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. melalui kitab Ihya' Ulumiddin, Minhajul Abidin dan sebagainya. Kemudian, muncul sistem tarbiah dalam bentuk jama'ie yang ramai yang dipelopori oleh Imam Abdul Qadir Al-Jailani, Imam Ahmad Ar-Rifa'ie, Imam Abu Hasan As-Syazuli, Imam Ibrahim Ad-Dusuki, Imam Baha'uddin An-Naqsyabandi, Imam Ahmad bin Idris, Imam Ahmad Al-Badawi dan sebagainya. Daripada mereka inilah munculnya sistem tarbiah sufiyyah bentuk jama'ie lalu dikenali sebagai tarikat yang dinisbahkan kepada para pelopor mereka lalu diterima oleh kebanyakan ulama' dan umat Islam.

    Jadi, tuduhan bahawa ilmu tasawwuf dan sufi bukan daripada Islam adalah tuduhan berasaskan kejahilan dan taksub terhadap sikap anti-sufi yang menebal. Hendaklah seseorang muslim berhati-hati dengan menjauhi pihak yang cuba memburukkan ilmu tasawwuf Islam yang murni ini.

    Wallahu a'lam...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    5201 Views
    Last post 01 March, 2011, 12:04:29 PM
    by Arozi
    Tarikat dan Sufi

    Started by hana USIM « 1 2 ... 5 6 » Soal Jawab

    111 Replies
    13252 Views
    Last post 08 October, 2013, 09:36:10 PM
    by acit
    21 Replies
    5058 Views
    Last post 05 October, 2010, 02:35:40 PM
    by mohdazri