Asbabun Nuzul Ayat 19,Surah An-Nisa'

*

Author Topic: Asbabun Nuzul Ayat 19,Surah An-Nisa'  (Read 2488 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sonidoter89

  • *
  • Posts: 622
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
16 January, 2011, 03:20:50 PM
  • Publish
  • Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa',ayat 19:


    "Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

     Penurunan ayat ini berkaitan dengan kisah seorang perempuan yang bernama Kabisyah binti Ma'an yang menemui Rasulullah dan mengadu tentang masalahnya lalu Allah turunkan ayat di atas.Kabisyah binti Ma'an hidup bersama suaminya Ashim bin As-Aslat.Sebelum menikah Kabisyah, Ashim telahpun bernikah beberapa kali dengan wanita lain dan mempunyai anak.Kabisyah teringin sangat mempunyai anak tetapi nasib tidak menyebelahinya.
    Ketika salah ibu kepada anak Ashim wafat, Ashim pergi menemui keluarga bekas isterinya itu dan meminta agar anak itu tinggal bersamanya.Selepas berfikir betul-betul,keluarga bekas isterinya yang pada awalnya berniat untuk memelihara anak tersebut akhirnya membenarkan Ashim memeliharanya dengan memberi syarat kepada Ashim supaya anak itu diperlakukan dengan baik oleh Kabisyah.Lalu,Ashim menerangkan kepada mereka yang Kabisyah amat teringinkan anak, sudah pasti dia akan menjaganya seperti anak sendiri.Kabisyah dan Ashim amat gembira sekali dan dipeliharanya anak itu dengan penuh kasih sayang.


     Setelah hari demi hari berlalu, Ashim jatuh sakit. Kabisyah tidak pernah meninggalkan suaminya bersendirian ketika saat suaminya sedang tenat.Ashim suma berpesan kepada isterinya itu agar berbuat baik kepada anaknya yang masih kecil itu dan Kabisyah meyakinkan kepada suaminya untuk menjaga anak itu sebaiknya dan Ashim wafat sebaik sahaja mendengar janji isterinya itu.Ashim juga meninggalkan harta yang cukup untuk beberapa tahun untuk isterinya dan anaknya itu.

     Setelah keluarga suaminya mendapat tahu Ashim telahpun wafat, mereka pun datang lalu melemparkan pakaian kepada Kabisyah sesuai dengan tradisi kaum jahiliyah apabila seorang suami meninggal dunia, keluarga suami akan melemparkan sepotong pakaian kepada si isteri sebagai tanda si isteri tidak dapat lagi mewarisi harta suaminya dan tidak boleh berkahwin lagi.Kabisyah juga ditahan di rumah, mereka tidak benarkan kabisyah keluar.

     Kabisyah mula memikirkan kezaliman yang menimpa dirinya. Sesungguhnya Islam datang untuk menyelamatkan wanita daripada dizalimi sebagaimana perihal menguburkan bayi perempuan hidup-hidup turut diharamkan oleh Islam. Kabisyah yakin yang Allah akan memberikannya jalan keluar sebagaimana Rasulullah itu memberikan khabar gembira kepada Muslimin.Kabisyah berikhtiar dengan memilih jalan untuk menemui Rasulullah s.a.w.

     Setelah datang menemui rasulullah,Kabisyah berdiri di hadapan Rasulullah s.a.w dan berkata,"Ya Rasulullah, aku tidak mewarisi pusaka suamiku dan tidak mendapat peninggalan meski aku kahwin dengannya...".Allah Maha Mendengar hal tersebut lalu menurunkan ayat,"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

    Allahua'lam..

    petik daripada buku Profil Di Sebalik Cadar Kisah Wanita Dalam Al-Quran


    « Last Edit: 16 January, 2011, 03:22:45 PM by sonidoter89 »
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    hambasepi

    • *
    • Posts: 178
    • ~Allah kuasa makhluk tak kuasa..~
      • View Profile
    Reply #1 16 January, 2011, 04:23:56 PM
  • Publish
  • i like the story... thanks a lot for the sharing,..
     :syukur: and  :jaz:
    ~ rezeki akan mencari tuannya sebagaimana maut mencari tuannya...~

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #2 16 January, 2011, 04:25:00 PM
  • Publish
  • i like the story... thanks a lot for the sharing,..
     :syukur: and  :jaz:

    Alhamdulillah...if you have another ones..you can share here too...:-)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    4716 Views
    Last post 23 February, 2010, 08:43:49 AM
    by ahmad_chill
    8 Replies
    2640 Views
    Last post 17 March, 2010, 12:24:02 AM
    by reformasi
    81 Replies
    10460 Views
    Last post 04 August, 2011, 09:26:54 AM
    by mujahid dean