Amalan Zikir Para Malaikat

Author Topic: Amalan Zikir Para Malaikat  (Read 12617 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

imanhilmi

  • *
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
14 January, 2011, 07:22:21 PM
 Amalan Zikir Para Malaikat.

SUBHANALLAH....Ibnu Abas ra berkata:" Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy,dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat 
tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH"
dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaimat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH".


ALHAMDULLILAH...Ibnu Abas ra berkata:" Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut
Adam as ialah  bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca "ALHAMDULLILAH" dan ALLAH SWT
membalasnya " YARHAMUKKA RABBUKA" yang bermaksud "kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu."
   
LAILLAHA ILLAHA ILLALLAH.... Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum
pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.
ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah
"LAILLAHA ILLAHA ILLALLAH"

ALLAHU AKHBAR....Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as
dengan seekor kambing,atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as menyebut "ALLAHU AKHBAR".

Berkata para malaikat :"Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik.Kemudian malaikat mengabungkan  keempat kalimah itu dan
 di sebut "SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHA WALLAHU AKHBAR"

Ketika malaikat  Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah saw baginda merasa kagum dan terus membaca:
"LAA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIEL AZIEM"

Kemudian Malaikat  Jibril as berkat :" Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi...
SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM".




aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

hada_islamic

  • *
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Reply #1 14 January, 2011, 10:14:45 PM
 :syukur:

terima kasih atas perkongsiannya....semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH
mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

Reply #2 14 January, 2011, 11:06:53 PM
terima kasih atas perkongsian zikir yang mulia ini. amin

Reply #3 15 January, 2011, 11:43:06 PM
 :)terima kasih kerana menerangkan kalimah yang selalu kita baca akan sirahnya, moga moga di rahamati

Reply #4 15 March, 2011, 02:06:06 AM
terima kasih atas perkongsian, imanhilmi. Sebelum ni saya tercari-cari asal zikir "LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM".

Pernah terjumpa di dalam surah Al-Kahfi tetapi tanpa "laa haula" dan "al-aliyi-al-azim"

 :)

syidaspongebob

  • *
  • maaf zahir batin
    • View Profile
Reply #5 15 March, 2011, 08:23:29 AM
(senyum)

baru tau nie...mekasih.... baguss
SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM".
"Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

imanhilmi

  • *
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Reply #6 15 March, 2011, 10:51:17 PM
Para Malaikat Menyampaikan Khabar Tentang Kelebihan Berselawat

Rasulullah saw telah bersabda "Telah datang para malaikat ini kepadaku untuk memberitahu
tentang kelebihan berselawat.......

Malaikat Jibril as:"Wahai Rasulullah saw ,sesiapa yang berselawat ke atasmu setiap hari
sebanyak sepuluh kali ,akan aku bimbing tangannya dan akan ku bawa dia melintasi titian
seperti kilat menyambar".

Malaikat Malik as:"Wahai Rasulullah saw,mereka yang berselawat ke atasmu akan ku beri
minum dari telagamu".

Malaikat Israfil as:" Wahai Rasulullah saw Mereka yang berselawat ke atasmu,aku akan
merayu dan bersujud kepada ALLAH SWT  dan tidak akan ku angkat kepalaku selagi ALLAH
SWT tidak mengampunkan dosanya".

Malaikat Izrail as:"Wahai Rasulullah saw,bagi mereka yang berselawat ke atasmu,akan ku
cabut roh mereka itu dengan selembut lembutnya sepertimana aku mencabut nyawa para
nabi nabi".




Reply #7 14 February, 2012, 09:50:08 PM
La Haula Wa La Quwwata Illah Billah  ..(Tiada daya dan kekuatan selain dari ALLAH)

Maksudnya Manusia sebagai hamba ALLAH tidak mempunya daya dan kuasa untuk menolak
sesuatu kmudaratan atau mendatangkan sesuatu kemanafaatan.

Imam An Nawawi menyatakan kalimah ini merupakan pengakuan penyerahan diri manusia
kepada ALLAH SWT kerana manusia tidak mampu menolak suatu kemudaratan (kejahatan)
dari berlaku dan tidak juga berupaya mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan
dengan  iradah dari ALLAH SWT semata mata.

Daripada Ibnu Masaud menyatakan Rasululluh saw bersabda kepada Muaz..
Wahai Muaz adakah kamu tahu maksud kalimah "La Haula Wala Quwwata Illah Billah?"

Muaz menjawab:" Hanya ALLAH dan RasulNya yang mengetahui."

Rasulullah bersabda:"La Haula (tiada daya)...daripada menghindari maksiat kepada
ALLAH SWT melainkan dengan kekuatan ALLAH SWT.

Walla Quwwata (tiada kekuatan)..untuk mentaatiALLAH SWT melainkan dengan
pertolongan ALLAH SWT.

Baginda bersabda lagi:"Demikianlah yang disampaikan kepada ku oleh Jibril as."
selagi qalamku belum terhenti menyampaikan  KALAMMU..aku tahu ENGKAU masih mengasihiku[/size]

Reply #8 15 February, 2012, 11:14:44 PM
Rasululah saw bersabda daripada Jabir in Abdillah ra..

"Tidaklah dimasukkan seorang dari kamu ke dalam syurga kerana amalannya
Dan tidak dijauhkan dari neraka kerana amalannya
Dan begitu juga aku melainkan dengan RAHMATNYA."

(Riwayat Muslim)

Menurut Imam Al Ghazali, hadis ini menyedarkan hamba tentang penyerahan mutlak
yang hakiki hanyalah kepada ALLAH SWT.Amalan yang dilakukannya sepanjang hidup
adalah daripada ALLAH SWT. taufik dan inayah ALLAH SWT. Tiada upaya melainkan
dengan Rahmat ALLAH SWT yang berupa hidayah inayah dan Taufiq dari ALLAH SWT.

ALLAH SWT mengurniakan taufik untuk manusia yang dipilihnya untuk melakukan
amalan amalan soleh dengan kemurahanNYA agar manusia itu menjadi golongan yang
bertaqwa dan beriman yang mana dia layak menerima Rahmat dan kelebihanNYA
sehingga layak masuk syurga. Ini kerana ALLAH SWT mempunyai Kuasa Hakiki terhadap
semua makhluk ciptaanNYA.

Rasulullah saw sangat mengalakkan umatnya menyebut ucapan Hauqalah ini sebagai lambang
penyerahan diri sepertimana sabda Rasulullah daripada Abu Zar berkata Rasulullah bersabda
kepadaku ;"Wahai Abu Zar mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada
beberapa perbendaharaan syurga?

Aku berkata:" mahu ya Rasulullah."

Rasulullah bersabda:"LA HAULA Wala QUWWATA ILLAH BILLAH"





Reply #9 16 February, 2012, 01:45:39 AM
Malaikat adalah kuasa yang tak punya diri.  patuh dan taat itulah tasbih dan tahmid.
Wahal Kalimah dipertanggungjawabkan ke atas makluk kerdil bernama manusia  yang dibahasakan insan.

Kalimah LA ILA ILALALLAH itulah segala yang terkandung yang diamanahkan kepada manusia.
Semulia kejadian ialah insan, dan serendah insan yang tidak mahu ambil peduli, maka serendah kejadian dan tiada bahasa untuk itu...

Moga dikasihi Allah dan laksanakanlah apa yang dituntut Allah dan Rasul.


Reply #10 17 February, 2012, 10:41:08 AM


















Menurut Ibnu Ataillah dalam kitabnya al hikam...

sentiasalah berzikrullah ..

janganlah kamu tinggalkan zikrullah disebabkan oleh rasa ketika berzikir

hati tetap lalai..kerana lalainya hati yang tidak berzikir kesannya akan lebih

buruk lagi jika dibandingkan kesan hati yang lalai semasa berzikir.Mudah

mudahan jika terus istiqomah dengan zikrullah ALLAH SWT akan meninggikan

tahap zikir kita sehingga hilang dari dalam hati selain dari ALLAH SWT.

InsyaALLAH...



divider3
halaqahforum4