Adat Perpatih...

*

Author Topic: Adat Perpatih...  (Read 12179 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hanim

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
04 July, 2007, 04:03:58 PM
  • Publish
  • Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

    Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih.

    Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilbeberapa angan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

    Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

    Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.


    Pembahagian harta
    Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Reply #1 04 July, 2007, 04:38:09 PM
  • Publish
  • sebut pasai adat pepatih ni, teman tringat satu bende..

    Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

    mungkin kite salah anggap beberape bende berkenaan adat pepatih ni...

    Yang bajanjang naiak batanggo turun
    Batatah babarih, jauah buliah ditunjuakkan
    Dakek buliah dipacikkan, cancang mamampeh
    Ndak lapuak dek hujan , ndak lakang dek paneh





    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #2 05 January, 2012, 01:46:58 AM
  • Publish
  • -salam-

    Yang menjadi tanda tanya pasal pewarisan harta mengikut adat perpatih ni ialah adakah ianya bercanggah dengan syariat Islam (Hukum Faraidh)?

    Sebenarnya persoalan ini tidak perlu ditimbulkan. Jika anda ingin memelihara adat Perpatih tetapi dalam masa yang sama anda tetap ingin berpegang teguh dengan amalan menurut Islam (Faraidh), maka tindakan yang seharusnya dilakukan ialah si ibu hendaklah menghibahkan siap-siap keseluruhan harta adatnya kepada anak perempuannya sebelum beliau(si ibu) meninggal dunia. Maka tindakan ini secara tidak langsung membolehkan adat perpatih tetap terpelihara dan dalam masa yang sama tindakan ini tidak bertentangan dengan syarak yang mana selepas kematian si ibu itu, harta adat si ibu tadi kini tidak lagi dikira sebagai harta pusaka kerana ia telahpun dihibahkan kepada anak perempuannya dan telah menjadi hakmilik mutlak anak perempuannya.

    Yang menjadi masalahnya ialah apabila si ibu tadi tidak menghibahkan harta adatnya kepada anak perempuannya sebelum beliau (si ibu) meninggal dunia. Mengikut aturan Islam, sekiranya sesuatu harta seseorang itu tidak dihibahkan atau tidak diwasiatkan(kepada bukan ahli waris) sebelum beliau meninggal dunia, maka selepas beliau meninggal dunia ia akan menjadi harta pusaka. Bagi orang Islam, harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraidh. Jadi, inilah masalahnya sekarang sebab si ibu tidak menghibahkan siap-siap harta adatnya kepada anak perempuannya. Kesan dari itu, selepas kematian si ibu tadi, harta adat tersebut telahpun menjadi harta pusaka dan hendaklah dikira sebagai harta pusaka. Diulangi sekali lagi, bagi orang Islam, harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraidh! Bila dibahagikan mengikut sistem faraidh, maka tiada maknanya lagi harta adat kerana adat perpatih terpaksa diketepikan bagi membolehkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syariat Islam. Dalam kes ini, jika ahli waris menuruti juga amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih, maka yang satu lagi (syariat Islam) akan tertolak. Di sinilah kita akan lihat amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih akan menjadi bercanggah dengan syariat Islam (hukum Faraidh) angkara si ibu tidak menghibahkan awal-awal lagi harta adatnya kepada anak perempuannya.

    Secara ringkasnya begini:

    Jika si ibu menghibahkan harta adatnya kepada anak perempuannya sebelum beliau meninggal dunia: =
    Amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih diikuti
    Amalan syariat Islam (hukum faraidh) juga diikuti


    Jika si ibu TIDAK menghibahkan harta adatnya kepada anak perempuannya sebelum beliau meninggal dunia:
    SAMA ADA;
    Amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih diketepikan
    Amalan syariat Islam (hukum faraidh) diikuti
    ATAU
    Amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih diikuti
    Amalan syariat Islam (hukum faraidh) diketepikan


    Kesimpulannya di sini, jika kita ingin memastikan memastikan kedua-duanya (amalan pewarisan harta mengikut adat Perpatih dan hukum Faraidh) tetap terpelihara,  maka langkah selamat yang perlu dilakukan ialah menghibahkan harta adat tersebut kepada waris perempuan sebelum meninggal dunia.
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Midahmad

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #3 09 July, 2012, 06:42:53 AM
  • Publish
  • Salam WBTH - semoga sihat - amin!

    Sudah banyak yang ditulis berkaitan adat perpatih ini, terutama tanggapan salah berkaitan pewarisan Tanah Pesaka Adat. Tidak kurang yang memberikan alterntif bagaimana caranya Tanah Pesaka Adat ini ditukar statusnya kepada tanah pusaka biasa yang boleh dibahagikan mengikut Hukum Faraidh sekiranya tiada hibah atau wasiat selepas pemunya meninggal dunia.

    Status Tanah Pesaka Adat adalah tanah wakaf. Ia tidak dimiliki oleh sesiapa, ia adalah milik komuniti secara kolektif yang diwakili oleh rumpun-rumpun yang dipanggil suku. Tanah ini ditadbir oleh suku itu sendiri dan di kalangan ahli lelaki di dalam suku ini, dilantik pembesar-pembesarnya mengikut giliran dan disepakati. Yang menjadi masaalah ialah apabila khalayak memahami Tanah Pesaka Adat ini sama seperti harta yang lain. Ia tidak sama. Malah sewaktu diamalkan sebelum ketibaan penjajah, tiap-tiap tanah ini tidak tertulispun siapa nama pemiliknya. Ia ada dalam kesepakatan ahli suku itu sendiri. Sehinggalah British menggunakan Sistem Pentadbiran Tanah yang dipanggil "The Torrens System" yang merekodkan penama tanah ini di Pejabat Tanah untuk tujuan bayaran cukai. Ini juga tidaklah salah kerana pembuatan rekod itu juga baik. Ia tidak menjejaskan sistem pentadbiran Tanah Pesaka Adat.

    Tanah wakaf ini sesuailah dengan kehendak agar kita memelihara, membela serta meninggikan martabat kaum wanita. Jihad membela kaum wanita bermula dengan jihad Rasulullah saw yang kita sama-sama belajar di dalam sejarah Islam. Soalnya, samada kita laksanakan sunnah ini atau tidak?

    Amat malang apabila sistem ini diperlekeh dan cuba dipinda-pinda, terutama oleh pihak yang tiada ilmu berkaitan amalan Adat Perpatih. Demikianlah juga pada masa sekarang ini apabila muncul sekian ramai penghukum yang sifatnya tidak lebih daripada "Ulamak Desktop". Jika ada satu sunnah yang diamalkan begitu lama, inilah sunnahnya - iaitu membela kaum wanita. Sudah hampir seribu tahun amalan ini berjalan di kalangan pengamal Adat Perpatih.
    « Last Edit: 09 July, 2012, 07:43:36 AM by Midahmad »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    307 Replies
    45551 Views
    Last post 16 August, 2013, 11:15:26 PM
    by afiQoh
    11 Replies
    1617 Views
    Last post 11 March, 2010, 01:28:18 PM
    by florafauna
    8 Replies
    2171 Views
    Last post 21 June, 2013, 12:52:32 PM
    by alhaudhie