Cara Nak Tegur Suami Jika Dia Meninggalkan Solat

*

Author Topic: Cara Nak Tegur Suami Jika Dia Meninggalkan Solat  (Read 12186 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

terluka

  • *
  • Posts: 9
    • View Profile
13 January, 2011, 01:18:51 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum,

    Saya ada kemusykilan disini tentang cara2/adab2 Isteri utk menegur si Suami supaya tak meninggalkan solat..Terutama Solat Subuh...:sedihnya:..kemain liat Sang Suami nak bangun Solat Subuh...Kalau sekali sekali di tegur ok gak..kalau hari2 dia pun letih kita pun letih nak membebel..:sedihnya:..Anak2 makin membesar, jadi pekara ini amat merusingkan saya..Yelah dah ayahnye tak bangun2 Solat..Anak apatah lg..Si isteri dah solat siap buat sarapan untuk anak ke sekolah..Ayah masih menarik selimut..:sedihnya:..Kalau anak boleh ditangan2 kan..ini bapak budak..:sedihnya:...

    Harap Halaqian mahu berkongsi petua dgn saya cara2 megatasi masalah ini..Bagi saya solat tiang Agama kalau tiada tiang roboh lah rumah..:sedihnya:

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #1 13 January, 2011, 02:21:42 PM
  • Publish
  • Quote
    .Kalau anak boleh ditangan2 kan..ini bapak budak.

    Masalah suami puan hanya pada semayang subuh saja.

    Waktu malam ajak suami tidur awal, agar waktu subuh itu suami puan segar kerana tidur yg cukup.

    Tutup kipas atau air con kerana cuaca sejuk jadi 'penyedap' tidur.

    Kunci jam loceng (cari jam yang bunyi kuat) dan letak tepi telinga suami.

    terluka

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #2 13 January, 2011, 02:38:32 PM
  • Publish
  • Dah buat dah semua tue keju..kadang2 jalan..kadang2 tak jalan..dah terjaga..kita masuk dapur..tup2 ingat dia dah bangun dia leh bantai tidor balik...:sedihnya:..tue ingat ada tak doa2 yang boleh dibaca di telinga suami supaya lekas2 dia bangkit..

    kasihiro

    • *
    • Posts: 567
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Reply #3 13 January, 2011, 04:30:21 PM
  • Publish
  •  :)

    hanya syor sahaja..

    kalau suami tido balik...bacakan "surah yassin"di telinga..

    tau2 la mcm mna terkjut nti..insyaAllah

    ^__^

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #4 13 January, 2011, 07:04:13 PM
  • Publish
  • adat dan kebiasaan manusia sukakan akan pujian. Begitu jugak la dengan lelaki.. Jadi saudari cuba la dengan cara lembut iaitu dengan pujian.. Maksud pujian tersebut bukan la saudari puji apa yang suami saudari tinggalkan solat tetapi lihat apa sahaja yang saudari hargai atau sanjungi daripada diri suami saidari..Kemudian barulah saudari tuturkan nasihat yang lembut atas kesalahan yang suami saudari lakukan. Niatkan di hati yang sauidari juga menasihati diri saudari sendiri..

    khabarkan kepada suami terlebih dahulu dimana saudari bukan mahu meletakkan suami di tahap yang rendah malahan untuk jaminan kebahagian saudari bersama suami jugak..insya-allah...dan seterusnya juga, saudari janagn-jangan putus berdoa pada allah agar suami saudari sentiasa di berikan petunjuk dan hidayah oleh allah s.w.t..wallahua'alam
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Reply #5 13 January, 2011, 09:47:19 PM
  • Publish
  • tampal poster azab meninggalkan solat fardhu. subuh bagaimana azabnya, zohor, asar, pula bagaimana azabnye..
    mm.. solat subuh kalo tinggal azabnya 60 tahun di neraka. sehari di dunia,... 1000 tahun di akhirat. bayangkanlah kalo 60 tahun, itu utk satu waktu. kalo berwaktu-waktu? na'u zubillah..

    tegur dgn cara baik. kalo boleh jgn nmpak sangat kita "menegur" .. takut suami kecil hatipulak. jika suami faham akan kefardhuan solat, pasti ia boleh menerima teguran isteri dgn cara yg baik.

    dlm masa sama doalah banyak2 utk suami.

    wallahua'lam

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #6 14 January, 2011, 11:52:00 AM
  • Publish
  • Selalu hantarkan bacaan Al-Fatihah untuk suami atas niat (doa dalam hati), agar suami berubah...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #7 14 January, 2011, 12:04:22 PM
  • Publish
  • Selalu hantarkan bacaan Al-Fatihah untuk suami atas niat (doa dalam hati), agar suami berubah...
    betul...al Fatihah boleh di baca untuk memberi petunjuk...banyak fadhilatnya kan?
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #8 14 January, 2011, 01:57:37 PM
  • Publish
  • Aini ada baca satu buku ni yang menyatakan sedemikin..

    Jangan mengkritik lelaki, malainkan jika anda sedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya,contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta nerta tetapi dia akan bersa marah apabila perkara tersebut sampai kepadanya.

    Cara yang terbaik untuk mengkritik dan dengan kata yang lebih baik iaitu menasihati suami adalah dengan berjanaka dan lembut.Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkiritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Bagi wanita, cara mengkritik dan menasihati lelaki yang palimh elok adalah menggabungkan kritikan itu dengan sedikit pujian. waalhua'alam.

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #9 14 January, 2011, 02:09:13 PM

    Memang bagus cara begini..
    لا إله إلا الله

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 17 January, 2011, 10:36:24 AM
  • Publish
  • Selalu hantarkan bacaan Al-Fatihah untuk suami atas niat (doa dalam hati), agar suami berubah...
    betul...al Fatihah boleh di baca untuk memberi petunjuk...banyak fadhilatnya kan?

    Seluruh isi Al-Quran itu ada dalam Al-Fatihah. Setiap hari 17x, setiap Islam yang mukallaf WAJIB membacanya. Sungguh beruntunglah orang yang benar-benar memahami Al-Fatihah.

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #11 17 January, 2011, 10:57:51 AM
  • Publish
  • Selalu hantarkan bacaan Al-Fatihah untuk suami atas niat (doa dalam hati), agar suami berubah...
    betul...al Fatihah boleh di baca untuk memberi petunjuk...banyak fadhilatnya kan?

    Seluruh isi Al-Quran itu ada dalam Al-Fatihah. Setiap hari 17x, setiap Islam yang mukallaf WAJIB membacanya. Sungguh beruntunglah orang yang benar-benar memahami Al-Fatihah.

    ya betul tu..amalkan la..
    semoga kita dapat merasai kuasa allah yang tidak terhitung itu..

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #12 17 January, 2011, 02:48:39 PM
  • Publish
  • Aini ada baca satu buku ni yang menyatakan sedemikin..

    Jangan mengkritik lelaki, malainkan jika anda sedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya,contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta nerta tetapi dia akan bersa marah apabila perkara tersebut sampai kepadanya.

    Cara yang terbaik untuk mengkritik dan dengan kata yang lebih baik iaitu menasihati suami adalah dengan berjanaka dan lembut.Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkiritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Bagi wanita, cara mengkritik dan menasihati lelaki yang palimh elok adalah menggabungkan kritikan itu dengan sedikit pujian. waalhua'alam.

    Memang betul tu.
    Contohnya macam ni...
    Abang ni memang bagus sebab tak abaikan solat tapi abang akan jadi the best bila tidak tinggalkan solat subuh...:senyum:...harap-harap menjadi...

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #13 17 January, 2011, 04:27:03 PM
  • Publish

  • Cara yang terbaik untuk mengkritik dan dengan kata yang lebih baik iaitu menasihati suami adalah dengan berjanaka dan lembut.Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan ole

    Memang betul tu.
    Contohnya macam ni...
    Abang ni memang bagus sebab tak abaikan solat tapi abang akan jadi the best bila tidak tinggalkan solat subuh...:senyum:...harap-harap menjadi...

    mungkin pasangan di luar sana boleh mempraktikkannya..
    insya-allah allah memelihara hubungan yang di jalin atas dasar cinta itu..amin
    « Last Edit: 17 January, 2011, 04:32:55 PM by aini zinnirah »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #14 28 January, 2011, 09:03:00 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' (al-baqarah, ayat 45)

    Bukan mudah rupanya nak solat ni. Patutlah seawal 7tahun ibubapa dah kena ajar anak-anak untuk solat. Tempoh 3tahun tarbiyah, kemudian umur 10tahun jika enggan bolehlah dirotan.

    Macamne ya kalau suami tak solat? Boleh tak kita nak rotan? :senyum:. Isteri perlu banyak kasihan pada suami ini. Tidak perlu berleter, atau bergaduh. Macam syor tuan nazri, hadiahkan suami bacaan alfatihah. Isteri boleh juga solat akhir malam, menangis dan merayulah pada Allah agar memberikan hidayah kepada suami ini. Benar kata puan terluka, solat itu tiang agama. Hati-hati kita semua milik Allah. Hidayah juga milik Allah. Teruskan mendidik suami dengan sabar. 
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #15 18 September, 2011, 11:55:57 PM
  • Publish
  • :)

    hanya syor sahaja..

    kalau suami tido balik...bacakan "surah yassin"di telinga..

    tau2 la mcm mna terkjut nti..insyaAllah

    ^__^

    :senyum:...best2!...good idea...kalau suami tanya kenapa baca yasin...jawabla selalu orang baca yasin tuk orang yang tengah sakit tenat/nazak...so..ingat abang pun sakit sebab tak bangun solat subuh...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #16 19 September, 2011, 12:53:14 PM
  • Publish
  • sama2 kita doakan suami Pn Terluka diberi hidayah oleh Allah swt.. aminn..
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    jen

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #17 20 September, 2011, 12:02:08 PM
  • Publish
  • Suami sy mmg payah bangun pagi. Letaklah alarm sekuat mana pun, berapa biji handphone/ jam sebelah. Jadi, dia mmg harap sy kejut. Mmg setan pun faktor utama kot sb kalau bab lain outstation, ada plan ride dgn kawan, boleh je bangun dikejutkan oleh mesin2 ni.

    Sy pun dah study berapa lama dia perlu berkubang dlm toilet sblm dia keluar utk solat. Jadi, sbg isteri (w/pun bukan tanggungjawab kita) sy kejutkan lah dia sesuai dgn masa yg diperlukan. Itu je ubat yg sesuai bg kes suami sy ni.

    Wkt lain dia ok, boleh berjemaah kat ofis atau surau kat rumah. Subuh je dia problem besar.

    Tapi "vitamin" lain ialah selalu berdiskusi isu2 agama, pagi2 tu bukaklah TV9 tengok tanyalah ustaz (kalau tak satu jam, dapat satu line pun jadi), kuliah agama kat surau jadikan aktiviti keluarga (anak2 dok tunggu je time isya' sb lepas solat depa dapat main dgn kawan2 kurang2 setengah jam), dlm kereta default settingkan pada radio ikim.

    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 243
    • Help each other
      • View Profile
    Reply #18 20 September, 2011, 12:43:35 PM
  • Publish
  • Saya cuba bantu dengan beberapa teknik yang saya reka dulu-dulu waktu bujang untuk bantu bangun Subuh. Juga dikongsi beberapa saranan lain. Efektif ke tak, memang bergantung kepada individu.

    1. Bila nak kejutkan / bunyi alarm, suruh suami duduk atas katil, jangan bagi baring dah. Nak tidur, tidurlah secara duduk walaupun bersandar atau tertunduk atas bantal. Insya Allah, mudah sikit nak bangun bila badan rasa kurang sedap. Kalau dia baring balik, habislah....

    2. Pasang lagu kegemaran dengan kuat. Tak kiralah nasyid, ayat al-Qur'an atau heavy metal pun. Kalau yang tak terus tidur mati, otak akan pick up skit untuk bangun. Kalau nak letak earphone kat telinga pun, letaklah.

    3. Tutup kipas / aircond dan pasang semue lampu atau buatlah macam mane pun supaya bilik jadi panas. Bila badan tak sedap tidur, bangunlah si dia.

    4. Nasihat secara lembut secara konsisten seperti: "Abe ni solat lain alhamdulillah amat bagus, mmg aye respect tapi aye rasa sayu sangat sebab abe selalu miss Subuh. Abe ni kan ketua keluarga takkan la assistant pulak yang pertama bangun Subuh?". Semestinya jangan putus berdoa.

    5. Sapa kawan atau saudara baik dia? Suruh dia call & sembang kat handphone / phone rumah awal pagi. Biar otak dia berjalan awal pagi.

    6. Selain takwa & iman, perkara penting untuk kejutkan seseorang dari tidur ialah minda. Untut kejutkan badan, otak tu kene bagi berfikir. Jadi fikirkanlah sesuatu supaya suami terus berfikir waktu kejutkan tidur. Kalau badan letih pun walaupun dah tidur lama tapi kalau otak terus berfikir, takkan tidur balik. Power of the mind.

    7. Kalau anak-anak besar sikit, suruh diorang main tepi suami atau atas katil. Biar dia rimas tapi jangan try teknik ni kalau suami jenis baran.

    8. Apakah hobi suami? Memancing? Main bola? Kalau camtu kalau Sabtu Ahad ajak dia bangun awal dan buat terus hobinya tak kiralah dengan keluarga, rakan atau dengan kelab. Jadi train sikit2 bagi dia biasa aktif pagi.

    Wassalam.
    « Last Edit: 20 September, 2011, 12:46:02 PM by Insignia of Islam »

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #19 20 September, 2011, 01:22:28 PM
  • Publish
  • :senyum:.. saya ni lelaki..dan saya mengaku..memang sukar nak bangun pagi solat subuh..
    namun saya gagahkan juga bangun solat subuh...

    psst:
    takutlah dengan neraka saqar...sekali tak solat subuh..kena humban 60 tahun dalam neraka..erkk..
    nauzubillah...

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    25 Replies
    6117 Views
    Last post 19 October, 2009, 11:43:55 PM
    by rich_km
    2 Replies
    2068 Views
    Last post 17 November, 2011, 09:32:55 PM
    by Carreno
    5 Replies
    306 Views
    Last post 20 August, 2014, 01:09:57 PM
    by Mei