Perihal MIGRAIN

Author Topic: Perihal MIGRAIN  (Read 8890 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
24 May, 2007, 02:24:23 AM
  • Publish Di FB
  • MIGRAINE

    Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

    Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

     

    Jenis-jenis migrain yang utama

    1 - Classic migraine

    Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

    Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

    2 - Common migraine

    Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

     

    Sebab-sebab terjadinya migrain

    Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

    Keturunan

    Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

    Pemakanan

    Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.

    Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

    Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

    Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

    Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

    Hormon

    Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

    Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

    Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.

    Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

    Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

    Cara hidup

    Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

    Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

    Pengambilan ubat.

    Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.

    Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

    Penyebab-penyebab lain

    Perubahan cuaca.

    Cuaca terang matahari atau lampu.

    Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

    Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.

    Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.

    Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

    Merokok.
     

    Rawatan

    Rawatan tanpa ubat-ubatan

    Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (lihat di atas).

    Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

    Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

    Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

    Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

    Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

    Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

    Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkinjuga berkesan.

    Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat pemberhenti migrain

    Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

    5--no comment- agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

    Isometheptene.

    Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

    Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat melegakan migrain

    Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.

    Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

    Rawatan menggunakan ubat-ubatan - mencegah migrain

    Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

    Betablocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

    Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

    Non-steroidalanti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

    Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

    Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari.

    Rawatan menggunakan herba-herba

    Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St. John’s wort (hypericum), feverfew dan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.
     

    TEORI MENGENAI MIGRAIN

    Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja.

    Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak. Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.


    Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

    Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.
     

     

    Jenis-jenis migrain yang lain

    Hemiplegicmigraine – rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

    Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.

    Basilarartery migraine – berlaku gangguan di saluran darah arteri ke otak yang utama.

    Benign exertional headache – disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

    Status migraine – berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakitan yang dirasa sangat teruk.

    Headache-free migraine – tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.

     

    Migrain di kalangan kanak-kanak

    Sebelum baligh kejadian migrain di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan sama. Selepas itu, selalunya lebih ramai perempuan mengalami migrain. Selalunya kanak-kanak mengalami migrain di kedua-dua belah kepala atau di bahagian hadapan kepala sahaja. Jangkamasanya pula lebih pendek –ia mungkin berlaku selama 30 minit sahaja. Berbanding dengan migrain dewasa, migrain di kalangan kanak-kanak selalunya menyebabkan masalah perut yang lebih teruk.

    Antara tanda-tanda migrain berlaku ialah muntah, cirit-birit, selalu kencing, dahaga dan berpeluh.


    Sumber:AnisFarmasi
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Jawab #1 04 June, 2007, 10:20:57 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    patutla if cuaca panas mudah sakit kepala..
    oh camtuh
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    fairuzniza

    Jawab #2 04 June, 2007, 10:24:28 PM
  • Publish Di FB
  • orang kalau dah kene migrain, better jauhkan diri dari cahaya. duk dalam gelap lepas makan ubat tu...

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #3 04 June, 2007, 10:37:25 PM
  • Publish Di FB
  • Permakanan bagi pesakit MIGRAIN

    Minuman

    Dibolehkan

    Kopi tanpa kafein, jus buah segar (fresh juice), club soda, minuman cola tanpa kafein seperti ginger ale.

    Dihindari

    Batasi konsumsi minuman sumber kafein *) di bawah ini maksimum 8 ons perhari :
    Kopi, teh, minuman soda jenis cola, susu coklat, coklat
    Hindari minuman beralkohol jenis ale, bir, Chianti, cherry, burgundy, vermouth
    *) Kafein dapat mencetus gejala-gejala sakit kepala dan hipertensi



    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Jawab #4 04 June, 2007, 10:49:22 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

     kebanyakkan penyakit MIgrain nih menyerang student..
    maybe mereka suka minum nescafe utk berjaga maalam kot...
    erm.. termasuk ana :senyum: :-\

    adeq_azi

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #5 04 June, 2007, 11:36:15 PM
  • Publish Di FB
  • Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.

    Cam ana nih..
    "Islam Agama Sejagat,Agama Perpaduan"

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #6 27 September, 2007, 10:10:56 PM
  • Publish Di FB
  • :sedihnya:...
    segale jenis macam migrain ana pena rase...
    fuh...sampe x bleh bangon pun ader...
    bile pijak bumi...rase cam gempa bumi pon ader...
    tp  :D..skang nih dah semakin pulih...
    ana try gne hemeopati...
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    UMMIHANI

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Jawab #7 29 April, 2009, 03:24:37 PM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum w.b.t
    Migrain! Migrain!.....kalau dah kena, memang kena berehat la jawabnya.  Kekadang tu, sampai terpaksa ambil mc bab tak larat.  Kalau dah teruk, ada juga sampai diikat kepalanya dengan kain. Wassalam.

    aako_dkm

    • *
    • Posts: 434
    • cintailah ilmu
      • View Profile
    Jawab #8 29 April, 2009, 04:03:42 PM
  • Publish Di FB
  • salam..
    sy tak tau la perihal migrain ni...
    tapi pernah pening sampai atas jd pusing2.
    migrain ke kalau mcm tu?
    memang berdiri pun takleh...
    tapi jarang la dapat pening macam tu..
    any comment?

    nazim

    • *
    • Posts: 204
    • Anak Soleh
      • View Profile
    Jawab #9 29 April, 2009, 04:36:56 PM
  • Publish Di FB
  •        Alhamdulillah,maklumat yang dikongsi ini dapat membantu ana mencegah masalah migrain yang ana hadapi,setiap kali diserang migrain,semalaman baru sembuh,selepas muntah-muntah.Ana tidak mengambil ubat lain selain "penadol active fast"tapi makan masa juga nak sembuh.  Selain itu urutan "reflex" di bahagian betis dan pangkal tengkuk juga membantu melegakan migrain.
           Selain itu juga, tangan nenda dan makcik-makcik ana menjadi penyembuh migrain bila sakit yang terlampau,tangan diorang seolah-olah mempunyai aura yang boleh melegakan migrain ana,sebab itulah kita disuruh berbuat baik kepada mereka,kasihkan kepada mereka juga,kerana mereka merupakan darah daging ibu.

    miftahunnajah

    • *
    • Posts: 84
    • Cinta sejati ialah kasih Khalid kepada hambaNya
      • View Profile
    Jawab #10 29 April, 2009, 04:42:30 PM
  • Publish Di FB
  • syukran info yg sgt berguna buat sy yg dh migrin 16thn

    natasha

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #11 03 May, 2009, 07:27:29 PM
  • Publish Di FB
  • Salam...sy da menghidap migrain sejak di sekolah rendah...skrg umur sy sudah 22tahun...dan migrain sy makin teruk, sblm migrain sy akan melihat aura tetapi bkn zigzag bkn cahaya terangg dan bkn star2....sy pon xtau ape..ia mcm bende berkilat dan bergerak2 mcm kite melihat bahang haba dr atas tempat yg panas...mule2 kecil tp lame2 makin besar sehingga menutup hampir semua penglihatan sy..biasenye jadi di sebelah mate shj tetapi kadang2 selepas hilang disebelah mate ia akan muncul di sebelah mata lagi..selepas itu baru sy akan sakit kepala yg amat sgt dan muntah2 dan mase 2 mmg sy da xleh wat pape da...mmg terbaring jela...dulu jarang2 knn tp sejak 3-4 tahun kebelakangan nie mkn teruk, seminggu 2-3 x sy kene...ade mase plak dlm sehari smpi 3x sy kene....dulu sy penah cube mkn panadol n ubat tahan sakit, bile sy mkn mmg cpt sembuh tp lepas sembuh beberape minit, sy akn muntah pas2 migraine dtg lg kali nie pasti lebih teruk dr sebelumnye..sejak itu sy takut nak mkn ape2 ubat pon..atas nasihat seorang kwn skrg sy mkn GAMOGEN dr 'healin gamat'  sudah hampir setahun sy mkn...alhamdullh....mmg berkesan...migrain sy hilang terus...tp klu sy xmkn dlm 4-5 hari sy akn kene migrain yg amat teruk smpi kekadang sy xbleh bgn 2hari...knp mcm 2 ye???sy harap sgt dtp sembuhkn terus migrain nie..kpd sesiape yg ade nasihat dan pandangan tolong la btau...tq-

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Jawab #12 03 May, 2009, 07:37:47 PM
  • Publish Di FB
  • Salam...sy da menghidap migrain sejak di sekolah rendah...skrg umur sy sudah 22tahun...dan migrain sy makin teruk, sblm migrain sy akan melihat aura tetapi bkn zigzag bkn cahaya terangg dan bkn star2....sy pon xtau ape..ia mcm bende berkilat dan bergerak2 mcm kite melihat bahang haba dr atas tempat yg panas...mule2 kecil tp lame2 makin besar sehingga menutup hampir semua penglihatan sy..biasenye jadi di sebelah mate shj tetapi kadang2 selepas hilang disebelah mate ia akan muncul di sebelah mata lagi..selepas itu baru sy akan sakit kepala yg amat sgt dan muntah2 dan mase 2 mmg sy da xleh wat pape da...mmg terbaring jela...dulu jarang2 knn tp sejak 3-4 tahun kebelakangan nie mkn teruk, seminggu 2-3 x sy kene...ade mase plak dlm sehari smpi 3x sy kene....dulu sy penah cube mkn panadol n ubat tahan sakit, bile sy mkn mmg cpt sembuh tp lepas sembuh beberape minit, sy akn muntah pas2 migraine dtg lg kali nie pasti lebih teruk dr sebelumnye..sejak itu sy takut nak mkn ape2 ubat pon..atas nasihat seorang kwn skrg sy mkn GAMOGEN dr 'healin gamat'  sudah hampir setahun sy mkn...alhamdullh....mmg berkesan...migrain sy hilang terus...tp klu sy xmkn dlm 4-5 hari sy akn kene migrain yg amat teruk smpi kekadang sy xbleh bgn 2hari...knp mcm 2 ye???sy harap sgt dtp sembuhkn terus migrain nie..kpd sesiape yg ade nasihat dan pandangan tolong la btau...tq-

    comfem ke migrain...dah gi cheak??
    ana pun sakit jugak kpala tapi tak thulah migrain ke ape..
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    natasha

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #13 04 May, 2009, 01:51:08 PM
  • Publish Di FB
  • Da byk x jmp doktor...mmg DR da sahkn...da refer ke HUKM da skrg 28hb nie apptmt....tp klu bleh xnak la mkn ubat hosptl nie sgt....takut ade kesan smpign nnt...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 16 November, 2009, 03:51:36 PM
  • Publish Di FB

  •     
    Apakah itu Migrain?-Rawatan Migrain


    Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 16 November, 2009, 03:53:01 PM
  • Publish Di FB

  • Rawatan Migrain/Sakit Kepala


    Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

    Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 16 November, 2009, 03:54:52 PM
  • Publish Di FB

  • Diagnosis tentang Migrain-Rawatan Migrain

    Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

    Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

    1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.

    2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

    *sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
    *Satu gegaran di dalam kepala
    *Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
    *Mual dan/atau muntah
    *Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

    Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.



    p/s: Ini lah tahap migrain yang sering menyerang diri ini, dah bertahun-tahun lamanya...
    « Last Edit: 16 November, 2009, 04:16:28 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #17 16 November, 2009, 04:18:33 PM
  • Publish Di FB

  • Migrain dan herba


    Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

    Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

    Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.

    Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

    Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di Filipina,

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 16 November, 2009, 04:21:05 PM
  • Publish Di FB

  • MIGRAIN

    Pengenalan Penyakit

    -Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
    -Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
    -Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

    Jenis-Jenis Migrain

    -Migrain tanpa aura
    -Migrain dengan tanda aura
    -Opthalmoplegic migrain
    -Status migrain

    Punca penyakit / Faktor Risiko

    -Genetik
    -Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
    -Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
    -Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
    -Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
    -Tekanan perasaan atau ’stress’
    -Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
    -Cahaya yang sangat terang
    -Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
    -Letih yang keterlaluan
    -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
    -Pengambilan pil ‘ contraceptive’
    -Haid
    -Pengambilan pemanis tiruan
    -Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
    -makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
    Tanda- tanda / Simptom

    1) Migrain tanpa aura
       -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
       -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
       -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
       -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

    2) Migrain dengan tanda aura
       -jarang berlaku
       -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
       -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

    3) Opthalmoplegic migrain
       -terlalu jarang berlaku
       -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
       -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
       -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

    4) Status migrain
       -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
       -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
       -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

    5) Bentuk serangan migrain
       -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
       - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
       -’pallor’ berpeluh-peluh
       -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
       -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
       -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #19 16 November, 2009, 05:20:15 PM
  • Publish Di FB
  • Migrain tanda ada genetik problem, yakni, ada dampingan , merupakan gangguan dari keturunan, bukan senang nak buang, kecuali ada ilmu, jika ada yg mengalami masalah ini, nak kan cara rawatan dan Ilmu yg boleh bantu menghilangkan sakit, silalah datang kepada kami, inshallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2297 Views
    Last post 30 October, 2011, 02:12:06 PM
    by Durratul Hikmah
    3 Replies
    3536 Views
    Last post 09 November, 2009, 07:43:24 PM
    by dya adriza
    2 Replies
    686 Views
    Last post 12 January, 2012, 08:21:17 AM
    by al_ahibbatu