Mengapa Ulama' Mutaakhirun Bersikap Keras Dalam Masalah Lagu?

*

Author Topic: Mengapa Ulama' Mutaakhirun Bersikap Keras Dalam Masalah Lagu?  (Read 1414 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

azrinkun

  • *
  • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
    • View Profile
09 January, 2011, 12:28:03 PM
  • Publish
  • Mengapa Ulam' Mutaakhirun Bersikap Keras Dalam Masalah Lagu?

    Sebagai catatan mengapa para ulama' mutaakhirun dan kalangan ahli fiqh itu lebih bersikap kerasa dalam melarang lagu-lagu terutama yang disertai dengan alat-alat muzik,daripada ulama' fiqh zaman dahulu,ini adalah kerana beberapa sebab atau alasan sebagai berikut:

    1.Mengambil Sikap Hati-Hati,Bukan Mengambil Yang Lebih Mudah.

    Sesungguhnya ulama' dahulu itu lebih banyak mengambil yang paling mudah,sedangkan ulama'mutaakhirun lebih cenderung bersikap heti-hati atau bersikap keras.Ini boleh dilihat dari perkembangan penjelasan fiqh dan fatwa sejak masa sahabat dan masa-masa selepasnya.Contoh-contohnya sangat banyak dan tidak terhitung.

    2.Tertarik Dengan Hadith-Hadith Dha'if dan Palsu.

    Sesungguhnya kebanyakan fuqaha mutaakhirin terancam dengan adanya hadith-hadith dha'if atau palsu yang memenuhi kitab-kitab,selain bahawa kebanyakan mereka bukan ahli pengkaji riwayat dan pentahkiqan sanad.Sehingga hadith-hadith seperti itu menjadi sangat laku,terutama dengan tersebarnya isu tentang benyaknya sanad hadith-hadith dha'if itu saling memperkuat.

    3.Keadaan Lagu-Lagu Yang Sedang Mendominasi.

    Keadaan lagu-lagu sekarang ini kebanyakannya menyimpang dan keluar dari batasan.Inilah yang membuat ulama' mengambil sikap melarang dan mengharamkan.Kenyataan ini mempunyai dua bentuk yang masing-masing mempengaruhi jama'ah ahli fiqh.

    I.NYANYIAN YANG BERBENTUK MAKSIAT

    Lagu-lagu yang berbentuk maksiat telah menjadi sebahagian yang tidak boleh terpisah dari kehidupan kalangan elit atau masyarakat glamour yang tenggelam dalam kelazatan duniawi,mengabaikan solat,serta mengikut syahwat,dan mencampur-adukkan lagu dengan kemaksiatan.Ditambahkan lagi dengan meminum minuman khamar,berkata bohong dan mempermainkan gadis-gadis cantik(para artis)sebagaimana ianya pernah terjadi pada suatu masa tertentu pada zaman Abbasiyah,sehingga mendengar lagu dalam keadaan seperti ini dapat menimbulkan perbuatan yang memalukan dan kefasiqan terhadap perintah Allah s.w.t.

    Sangat disayangkan bahawa dunia seni(termasuk dunia perfileman)zaman ini sudah dicemari oleh banyak penyakit.Inilah yang memaksa setiap orang dari para artis dan penyanyi bertaubat kepada Allah s.w.t,semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka dengan menyesal dan meninggalkan sama sekali dunianya dan lari dengan membawa agamanya.

    J. LAGU-LAGU SUFI

    Yang kedua adalah "Lagu-lagu Sufi" yang sering dinamakan dengan "Lagu Agama" .Ini mereka jadikan sebagai alat muzik untuk membangkitkan kerinduan dan menggerakkan hati menuju Allah s.w.t.Seperti halnya yang dilakukan oleh orang terhadap untanya.Unta itu menjadi semangat untuk berjalan ketika mendengar suara yang indah,sehingga merasa ringan dengan beban yang berat dan merasa pendek untuk menempuh jalan yang jauh.Orang-orang sufi menganggap lagu-lagu atau pujian itu sebagai ibadah kepada Allah atau minimal dapat membantu mereka untuk beribadah dan bertaqarrub kepada Allah s.w.t

    Inilah yang DIINGKARI oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya,Imam Ibnul Qayyim yang kedua-duanya sangat keras terhadap lagu-lagu seperti itu.Terutama Ibnu Qayyim di dalam kitabnya"Ighatsul Lahafaan" yang memaparkan segala alasannya untuk mengharamkan lagu-lagu.Ini jelas tidak seperti biasanya,tidak dengan dalil yang shahih,tidak pula dengan dalil yang sharih.Kerana ia dan gurunya telah memandang hal itu sebagai suatu bentuk ibadah yang belum pernah ada di masa Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam tidak pula di masa sahabat
    .Sehingga hal itu dianggap BID'AH terutama apabila diadakan di masjid,Ibnu Qayyim membacakan suatu nasyid untuk menentang mereka:


    Ia membaca Al- Kitab (Al Qur'an),Lalu mereka lagukan:

    Bukan kerana rasa takut,tetapi lagunya yang lalai dan pelupa.
      Ia melagukan seperti keledai yang berteriak;
    Rabana,seruling dan irama yang merdu;
    maka sejak bila kamu melihat ibadah dengan permainan?

    Di dalam sebahagian fatwanya,Ibnu Taimiyah mem-perbolehkan nyanyian,untuk menghilangkan beban yang berat dan menghiburkan diri.



    K. PENDAPAT IMAM AL-GHAZALI TENTANG NYANYIAN.

    Saya yakin bahawa sesungguhnya pendapat Imam Al-Ghazali tentang masalah lahu-lagu dan bantahannya yang mendalam terhadap beberapa alasan orang-orang yang mengatakan haramnya mendengar lagu.Dia memberikan jawapan secara menyeluruh di samping dukungannya terhadap dalil-dalil orang yang memperbolehkannya serta beliau sebutkan tentang beberapa faktor yang dapat mengalihkan dari mendengar yang diperbolehkan menjadi yang diharamkan.Itu semua termasuk sikap yang paling adil yang menggambarkan keadilan,keseimbangan dan toleransi syari'at sehingga relevan untuk setiap tempat dan masa.

    Pada dasarnya fiqh Imam Al-Ghazali di dalam kitab ihya'ulumiddin secara umum adalah fiqh yang telah bebas dari semua ikatan mazhab.Dia tidak lagi terikat dengan mazhab Syafi'i melainkan beliau adalah seorang mujtahid bebas yang memandang syari'at dari sudut pandangan yang luas.Hal ini nampak jelas di berbagai tempat dan untuk mengetahuinya memerlukan kajian khusus yang dapat dijadikan thesis.

    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    azrinkun

    • *
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #1 09 January, 2011, 01:24:52 PM
  • Publish
  • L. BEBERAPA FAKTOR YANG MENGUBAH HUKUM MENDENGAR NYANYIAN DARI MUBAH MENJADI HARAM

    Imam Al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang mengubahkan hukum mendengar nyanyian dari mubah menjadi haram.Yakni meliputi lima penyebab seperti berikut:

    1.Faktor Yang Ada Pada Penyanyi.

    Iaitu seorang wanita yang tidak halal  untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya.Sehingga haramnya di sini dikeranakan takut fitnah,bukan lagunya itu sendiri.

     Di sini Imam Al-Ghazali lebih menitikberatkan pengharaman atas dasar takut terhadap fitnah.Ini dikuatkan dengan hadith mengenai dua orang hamba perempuan yang menyanyikan di rumah Siti'Aishah.Sebagaimana diketahui bahawa pada saat itu Nabi Shallallahu'alaihi wasallam turut mendengar suaranya dan tidak menjauhkan diri kerana tidak dibimbangi akan menimbulkan fitnah baginya.Peristiwa itu menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan yang masih muda dan yang masih tua.Maka persoalan menjadi berbeza kerana perbezaan keadaan.Kami berpendapat:

    "Orang tua boleh mencium isterinya ketika sedang berpuasa,sedangkan orang muda tidak."

    2.Faktor Yang Ada Pada Alat Muzik.

    Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai wanita,seperti seruling,sejenis gitar dan gendang.Ketiga-tiga jenis alat muzik ini dilarang.Adapun selain itu hukumnya mubah sebagai asalnya,seperti rebana meskipun ada locengnya,gong,memukul dengan tongkat dan alat muzik lainnya.

    3.Faktor Yang Ada Pada Isi Lagu.

    Iaitu sya'ir-sya'irnya.Apabila di dalamnya mengandungi kata-kata mencaci dan kata-kata kotor,atau perkataan dusta terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya atau terhadap sahabat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Syi'ah yang mencaci maki para sahabat.Maka mendengarkannya menjadi haram,baik dengan irama atau tidak,kerana pendengar itu ikut serta seperti yang dilagukan.Demikian juga lagu-lagu yang menyebutkan ciri-ciri wanita di hadapan lelaki,adapun menyebutkan ciri-ciri secara umum maka yang shahih tidak diharamkan melagukannya,baik dengan irama atau tidak.Dan bagi pendengar tidak boleh mempertunjukkan kepada wanita tertentu,apabila hendak dipertunjukkan maka hendaklah dipertunjukkan kepada wanita yang halal baginya.jika  ditunjukkan kepada wanita lain,maka ia telah bermaksiat kepada Allah s.w.t.Dan jika memang demikian ia harus menjauhi dari mendnegar lagu tersebut.

    4.Faktor yang Ada Pada Pendengar

    Jika Orang yang mendnegar nyanyian diliputi oleh nafsu syahwat yang biasanya terjadi pada usia awal remaja kerana hawa nafsunya lebih dominan daripada sifat-sifat lainnya,maka mendnegar nyanyian haram hukumnya baik dalam hatinya ada rasa cinta kepada orang tertentu atau tidak.Bagaimanapun mendengar menyanyian yang menggambarkan keadaan pelipis,pipi,menjalinhubungan cinta,putus cinta dan lain-lain hanya akan menimbulkan ghairah nafsu,membuatkan dia membayangkan bentuk wanita tertentu,kerana syaitan menghembuskan hawa nafsu ke dalam kalbunya sehingga api syahwat menyala dan berkembang segala bentuk maksiat.

    5.Faktor Keawaman.


    azrinkun

    • *
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #2 11 January, 2011, 10:34:50 PM
  • Publish
  • 5.Faktor Keawaman.

    Jika pendengar dari golongan awam dan tidak diliputi rasa cinta kepada Allah s.w.t maka mendengar nyanyian disukai baginya.Dan,jika diliputi oleh hawa nafsu maka dilarang baginya.Tetapi sebenarnya dibolehkan baginya seperti menikmati kelazatan barang mubah lainnya.hanya sahaja jika dia membinasakannya dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk mendengar lagu-lagu maka dia adalah orang bodoh yang persaksiannya tidak diterima.Kerana terus menerus  melakukan perbuatan sia-sia adalah kejahatan,seperti halnya dosa-dosa kecil jika dilakukan terus menerus akan menjadi dosa besar,demikian pula perbuatan-perbuatan mubah jika dilakukan terus menerus akan menjadi dosa kecil.

    Dari sini maka bermain catur hukumnya mubah,tetapi terus menerus  bermain catur menjadi makruh yang sangat dibenci.Dari itu tidak setiap perbuatan mubah tetap mubah hukumnya sekali pun banyak.Bahkan makan roti hukumnya mubah,tetapi terlalu banyak makan roti hukumnya menjadi haram,seperti juga hal-hal mubah yang lain.
    [Lihat Ihya'Ulumuddin,Bab Mendengar,halaman 1142-1145,cetakan Daru Asy-Sya'ib]

    Kalau dilihat dari keterangan Imam Al-Ghazali ini,beerti seruling dan alat muzik sejenis gitar adalah faktor yang menjadi haramnya lagu-lagu,kerana syara' sendiri melarang yang demikian itu..

    akan bersambungg...

    Reply #3 31 January, 2011, 11:32:51 PM
  • Publish
  •  :)

    Biasanya dikatakan ulama mutaakhirin ni dari kurun atau tahun bila ye?
    Lagu-lagu sufi atau tarian sufi ni cukup terkenal di Turki. Ada lagi tak pandangan2 ulama' yang lain tentang lagu2 sufi ni?

    azrinkun

    • *
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #4 01 February, 2011, 12:41:46 AM
  • Publish
  • tak ada yang baharu pun dalam dunia ini..hanya ilusi..kata sementara..kata fahami diri..kenal diri..kenal Allah swt..faham itu faham ini..semua ni dah lama perancangan-Nya(Allah) dah lupa ke?..eh2..jangan lupa..eh2 terlalai..ops.. Orang seakidah ramai..boleh saling ingat mengingati..eh2..yeke..heee mati bukan orang dok ingatkan..oi 5minit lagi mati oi..heeee.. tak tahu.. (Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui) (Semuanya ada Didalam Al-Quran..

    Wahai orang-orang beriman,jangan kamu bertanya tentang perkara-perkara.(Al-Ma'idah:101)

    Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu bertanya(kepada Nabi s.a.w) tentang perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu,akan menyusahkan kamu.(Al-Ma'idah:101)

    Semua perkara yang diperlukan oleh orang islam semestinya akan diterangkan oleh Allah swt dalam al-Quran dan disampaikan oleh Rasulullah saw.Oleh itu seseorang itu tidak perlu lagi bertanya,kerana Allah swt lebih mengetahui tentang segala kepentingan hamba-hamba-Nya. Apa sahaja yang dapat memberi hidayah dan manfaat kepada mereka,Allah swt pasti menjelaskannya tanpa perlu di tanya. Allah swt berfirman:

    يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ أَن تَضِلُّواْ‌ۗ

    Allah,menjelaskan (hukum-hukum itu)kepada kamu supaya kamu tidak sesat.(an-Nisa':176)

    akmalshirou

    • *
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Reply #5 01 February, 2011, 09:27:27 AM
  • Publish
  • Ulama' Muta'akhirun ini ulama' selepas zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah...

    Antaranya As Syahid Imam Hassan al Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Ahmad Deedat.

    Jika kita lihat kembali kepada sejarah, kejatuhan kerajaan Islam dahulu adalah akibat sekularisme...

    Ulama' Muta'akhirin ini bermati-matian cuba untuk menyelamatkan umat Islam daripada fahaman ini...

    Kesinambungan fahaman ini adalah Hedonisme...

    Mungkin mereka melihat ada bahaya pada lagu tersebut yang boleh menyebabkan kejatuhan umat jika tidak terkawal hiburannya..


    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    divider3
    halaqahforum4