Allah Itu Maha Hebat Kenapa Diciptakan Malaikat?

*

Author Topic: Allah Itu Maha Hebat Kenapa Diciptakan Malaikat?  (Read 17835 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 02 January, 2011, 03:51:16 PM
  • Publish
  •  :),
    ana stuju dgn amYunus..
    tujuan Allah ciptakan jin dan manusia hanyalah utk beribadah kpdnya,,
    cuma yg berbeza ialah:
    iman manusia btambah dan bkurang,
    iman malaikat tak btambah dan tak bkurang
    iman para rasul stiasa meningkat...
    Wallahua'lam..

    Reply #21 02 January, 2011, 04:50:04 PM
  • Publish
  • Dalam rukun Iman telah ditulis percaya kepada malaikat...

    Bagi saya," kami dengar dan kami patuh..."

    tak payah tanya apa-apa lagi, sebab Allah dah cipta malaikat dan suruh yakin  dengan pecaya kepada malaikat.

    Tak percaya pada malaikat, tak beriman orang tu...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #22 02 January, 2011, 07:05:12 PM
  • Publish
  • Tak dapat nak jawab ni sebab ilmu teramat la sikit di dada ni.
    Pada aku, aku pegang satu je...
    Setiap yang Allah swt cipta tidak kira walau ia sebesar zarah sekalipun...
    ia pasti ada kebaikan dan tujuannya serta hikmahnya.
    Kalau kita pakai logik akal ni...boleh tersesat kita...
    Cuba fikir macam mana llah swt cipta bumi ni?
    Macam mana Allah swt cipta langit ni...takde tiang walau 1 batang pun..
    Macam mana Allah swt cipta laut...takde sebarang sempadan pun...
    Sebab tu aku suka pergi laut dan pantai. Bila tengok pantai tu...nampak kebesaran Allah swt.
    Tu salah satunya la....Kebesaran Allah swt ni banyak...tidak terhitung...
    Jauhkanlah aku dan semua dari syirik....dan segala sifat mazmummah...
    Tetapkanlah hidayahMu unttuk kami...

    amin ya rabbala'lamin..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    Reply #23 03 January, 2011, 05:51:08 AM
  • Publish

  • َAsSalamualaikum…..
    Berkenaan dengan konteks diatas "kalau Allah menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA, maka sudah tentu Allah itu tidak hebat kerana ada Tuhan yang lebih hebat dariNYA"

    Bagi sy jawapannya kurang tepat namun dlm berhujah ada pelbagai cara yg dapat digunakan sebagaimana yg disarankan dlm Alquran karim surah An-Nahl ayat 125 :

    ادع الى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتى هى احسن
    1-   Hikmah
    2-   Nasihat yg baik
    3-   Perdebatan yg baik ( dialectic argument)

    Jawapan yg diberi adalah dlm katogeri dialectic argument yg bertujuan utk menunduk pihak lawan tetapi tidak dlm katogeri penyelesaian masalah.
    Untuk kritikan soalan cepu emas ini :

    "kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?" 

    Jikalau dilihat sepintas lalu soalannya berbaur logik, namun sangkaan kita meleset , kerana terdapat pertembungan yg tidak masuk dek akal iaitu Allah mencipta Tuhan !! kerana apabila kita mengatakan Allah mencipta Tuhan bererti itu bukan Tuhan !! kerana setiap diciptakan itu adalah makhluk Allah. Jadi mana mungkin Tuhan diciptakan !! Sesuatu yg tidak mungkin wujud tidak termasuk dalam kudrat Allah kerana ia tiada berpotensi utk wujud.

    Berbalik kepada soalan asal dlm post ini iaitu Kalau Allah Hebat Kenapa Cipta Malaikat?

    Kalau dirungkaikan soalan ini akan membawa maksud “ sekiranya Allah hebat maka Allah tidak memerlukan apa2 pun, namun apakah gunanya penciptaan malaikat ? Adakah ciptaannya sia2 atau disebaliknya ?

    Sebahagian sahabat2 disini telah memberi pelbagai respon, ada yg kritis, ada yg menolak, ada yg tinggalkan dan ada yg menanggap bole jatuh murtad walhasil pelbagai jawapan telah diberikan namun kita sebagai seorng muslim harus menjawab dlm erti menjaga agama islam dan sekiranya tidak mampu maka harus mempelajari ilmu2 yg diperlukan.

    Yang kedua post yg diberi syidaspogebob juga sudah memiliki jawapan

    Quote
      Jawapannya adalah kerana Allah berkuasa memerintah seorang diri..tetapi Allah tidak boleh bersama dengan makhluk..mewujudkan dirinya di hadapan bahkan berkata2 dengan makhluk lainnya..
     
    Allah tidak boleh mewujudkan diriNya secara Nyata ( keghaibannya), kerana Zat Allah tidak sama dengan makhluk..dan sifatnya tentu sekali jauh berbeza..Tidak boleh bersatu melainkan kita juga menjadi
    • . Sekiranya tidak..maka Allah memerlukan perantaraan untuk menyampaikan arahan dan menguruskan makhluknya..

    Seumpama kita membuat game..kita tetap di luar (kom), kita tidak mungkin mampu masuk ke dalam..tetapi kita mampu bantu player dari luar kan??.
     
    Mengurus..memerhati..namun harus di ingat..ia berdasarkan ketetapan sistem itu sendiri yang tidak boleh di ganggu dengan cheat code ( keajaiban secara magic..tanpa sains.math..dan sebagainya)
     
    Pendek kata..urusan makhluk hanya boleh di selesaikan bersama2 makhluk sahaja..Dan Allah cuma memerhati..merancang..menilai..mendengar dan membantu..itupun sekiranya sesuai dengan kehendakNya juga..
     
    Dan ingatlah yang Allah hanya akan bantu kita sekiranya kita benar-benar berusaha...bukanlah percuma..melainkan cukup syaratnya..
     
    ...
     
    Ini kerana ZAT Allah itu maha besar..maha luas..maha berkuasa...sekiranya gunung pun hancur inikan pula makhluk lain yang ingin menatap (wajah) Allah?.
     
    Sehingga kini tiada malaikat mahupun makhluk lain yang mampu menyaksikan ZAT Allah yang ghaib itu....termasuklah malaikat itu sendiri..bahkan mereka itu cuma menerima arahan secara yang tidak kita ketahui..???
     
    Walaupun ada ayat yang menulis bahawa arsy Allah itu menjadi tempat turun naik malaikat..namun itu tidak bermakna bahawa malaikat itu pernah berjumpa..berkata-kata..bahkan melihat wajah Allah...
     
    kerjasama anda amat saya hargai..  baguss

    Jadi dalam menilai soalan ini dari kacamata si penyoal ada beberapa kesimpulan yg sy dapat :

    1-   Samada Tuhan tidak berkuasa (nauzubillah min zalik) kerana memerlukan penciptaan malaikat dlm menjalankan urusan atau
    2-   Ciptaan malaikat adalah sia-sia.

    Namun  kedua2nya adalah batil dan tertolak sama sekali.

    Sebagaimana yg kita lihat si penyoal juga tahu kedudukkan malaikat sebagai makhluk dlm menjalan tugasnya namun kesilapan tanggapan si penyoal adalah menyamakan urusan Allah SWT antara malaikat adalah sama dengan urusan pentabiran di alam makhluk. Seperti biasa kita melihat sang raja duduk di singgahsana memberi arahan kepada menteri2nya dlm menjalankan pentadbiran negara, adakah sistem kerajaan Tuhan seperti itu? Maka disini silapnya memberi gambaran persamaan dgn apa yg ada disekeliling kita.

    Jadi bagaimanakah yg dikatakan pentabiran Allah SWT yg tidak memerlukan apa2 namun dari sisi yg lain kita melihat adanya malaikat yg menjalankan urusan pentadbiran?

    Persoalan ini juga ada kaitan dengan penciptaan lain iaitu kenapa harus ada penciptaan2 yg lain dan tidak sama antara satu sama lain ? Apakah falsafah dibalik penciptaan ini?

    Untuk  memahami dan merungkai persoalan ini kita harus tahu sistem penciptaan Allah SWT, kedua Iradah Allah SWT atau sy katakan perintah Allah SWT kepada malaikat adakah seperti suruhan Tuan kepada Hambanya atau bagaimana?

    Merujuk kepada ayat Alquran karim surah Al-Qamar ayat 49-50 (anda bole rujuk sendiri) bahwa Allah SWT mencipta sekelian makhluk dgn satu Iradah dan satu perintah “ kun fa ya kun” maka jadilah ia. Maka semua sekelian terjadi dan tercipta dan harus kita ingat bahwa iradah Allah tidak terkait dengan demensi masa mau pun tempat kerana semua itu sebahagian daripada makhluk. Oleh demikian iradah Allah SWT bukanlah dlm bentuk yg terpisah sebagai contoh Allah SWT menghendaki si fulan A wujud maka wujudlah ia..kemudian si fulan B maka wujud lah ia. Ia terjadi dengan satu iradah maka semua terjadi. Namun kita melihat ada kepelbagaian makhluk dan terjadi dalam waktu yg berbeza ? insyaAllah akan kita terangkan nnti.

    Yang pasti terciptanya makhluk dalam satu iradah dan makhluk yg tercipta memiliki martabat dan kedudukan yg berbeza2 rujuk ayat 164 surah Ash-Shaffaat.Oleh demikian kita melihat didalam agama ada menyebut tentang tercipta Arash, Kursi, Kalam, Malaikat. Semua itu menunjukan martabat kedudukan disisi Allah SWT. Kemudian  didalam zat makhluk yg berbeza tingkatan ini dapat kita fahami konsep causality. Sistem ciptaan ini dalam istilahnya disebut “longitudinal order” atau pun nizam thuuli

    Kemudian setelah terciptanya makhluk, bagaimana hubungan makhluk dgn Allah SWT ? Adakah seperti pembuat jam setelah mencipta jam maka jam itu mampu berdetik dengan sendiri tanpa memerlukan penciptanya, sekira jawapanya adalah “ ya” maka ini adalah pendapat golongan mu’tazilah yg mana memiliki kelemahan dan merosakkan akidah. Kalau jawapannya “tidak” bagaimana jawapannya?

    Jawapannya ada didalam surah Faathir ayat 15 : terjemahannya “Wahai manusia kamulah yg memerlukan Allah SWT ”. Didalam ayat tersebut perbicaraanya langsung ditujukan kepada zat manusia dimana zat manusia memerlukan Allah SWT dlm setiap detik dan keadaannya dlm kewujudannya. Sy ibaratkan cahaya lampu dgn tenaga elektrik yg mana sekiranya terputus tenaga tersebut maka hilanglah cahaya lampu itu begitu juga dengan kewujudan kita. Dikuatkan lagi dgn hujah akal dalam konsep causality bahwa semua makhluk memiliki hubungan yg sedemikian termasuk juga dengan malaikat.
    Oleh demikian bagaimana kita bole bayangkan Allah SWT memerlukan malaikat?

    Untuk lebih memperjelaskan lagi masalah ini kita rujuk dlm beberapa potong ayat Alquran yg menyentuh berkenaan dgn perintah Allah keatas malaikat.
    Ayat 5 surah Sajjdah dan ayat 5 surah Naazi’aat yang mana urusan pentabiran di sandarkan langsung kepada Allah SWT dan kadang-kala disandarkan kepada malaikat. Bagaimana kita ingin menghuraikan masalah ini.

    Dalam perbahasan ilmu teologi iradah atau perintah Allah SWT terbahagi kepada dua iaitu iradah takwiniah dan iradah tashri’iah. Takwiniah berkait dgn sistem wujud manakala tashri’iah berkait dengan hukum ahkam syariat Ilahi. Jadi perintah Allah SWT ada dua satu berbentuk takwiniah dan satu lagi berbentuk tashri’iah.

    Tashri’iah tidak berkait dgn malaikat kerana hukum syariat adalah utk manusia dan jin dan kedua malaikat tidak memiliki ikhtiar.
    Maka perintah yg berkait dgn malaikat adalah berbentuk takwiniah iaitu sistem wujud. Oleh demikian malaikat tidak dapat ingkar kerana firman Allah yg berbentuk takwiniah adalah kun fa yakun.

    Ringkasan apa yg ingin sy sampaikan
    1.   Malaikat tidak memiliki apa pun utk mengatakan Allah memerlukan malaikat.
    2.   Terciptanya malaikat kerana Allah memiliki sifat Al-Khalik dan Ar-Rahman maka dgn sifat ini makhluk tercipta dgn pelbagai tingkatan berdasarkan potensi yg termampu utk makhluk itu wujud.
    Intiha kalam.
    « Last Edit: 03 January, 2011, 05:59:56 AM by fereshteh »

    Reply #24 03 January, 2011, 08:00:33 AM
  • Publish
  • salam.ana pun ilmu xtinggi..
    usahlah kita fikir benda yg allah xsuruh kita fikir.semua kejadiannya hanya dia sahaja mengetahui.tidak pulak fikir apa yg ada di diri kita milik sapa,usahlah dihurai panjang2.hal2 mcm 2 jgn fikir mcm iblis berfikir.jika berfikir mcm iblis itu la yg lanati allah hingga sekarang.iftifarlah selagi kita masih waras.allahualam..subaha'nallah

    Reply #25 03 January, 2011, 08:31:43 AM

    Jawapan bernas ! terima kasih perkongsian ilmu saudara. Syukur Allah mengilhamkan kepada saudara untuk menulis dan berkongsi ilmu di sini. Maha Suci Allah yang menciptakan segala apa yang ada dilangit dan dibumi  dan segala apa yang ada di antara kedua-duanya.

    Reply #26 03 January, 2011, 08:59:36 AM
  • Publish
  • Salam,

    Untuk apa tuhan yg lain ? Allah swt telah menegaskan bahawa tiada tuhan selain Dia...dan maha suci Allah swt drpd bersifat kekurangan sehingga Allah swt memerlukan sesuatu yg lain atau memerlukan sesuatu yg lebih hebat daripada-Nya?
    Semoga kita berhati-hati agar tidak sekali-kali mensyirikkan Allah swt.

    Malaikat juga seperti manusia, makhluk ciptaan Allah swt...
    tiada daya dan kekuatan kedua-duanya selain dari Allah swt yang maha tinggi lagi maha agung....
    dan setiap sesuatu itu bergantung kepada Allah swt...
    dan setiap sesuatu itu (termasuklah malaikat) adalah zahirnya sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyun, Sama', Basyar, Kalam Allah swt..
    dan Allah swt itu meliputi setiap sesuatu yg ada di langit dan di bumi (termasuklah malaikat)...
    Allah swt tidak meminta rezeki dari kamu, bahkan Allah swt lah yg menurunkan rezeki kepadamu...
    Allah swt tidak berkehendakkan sesuatu daripadamu, bahkan Allah swt lah kamu semua berkehendak...
    Andai Allah swt tidak menzahirkan sifat-Nya, nescaya tidak wujud manusia, tidak wujud malaikat dan tidak wujud keseluruhan alam semesta....keseluruhan langit dan bumi...
    Allah swt menzahirkan sifat-Nya agar kamu dapat makrifah kepada-Nya.

    wallahualam

    wassalam
    Ilahi anta maksudi, waridhaka matlubi

    Reply #27 03 January, 2011, 09:48:30 AM
  • Publish
  •  :)
    Banyak persoalan yang dilontarkan sebegini rupa, yang merangkumi persoalan logik akal pemikiran manusia..
    Sebaik-baik kejadian itu adalah manusia...
    Kenapa diciptakan KAMU, yang memang di dalam pengetahuan Allah yakni KAMU tidak akan beriman kepadaNya..?
    KAMU yang perlu cari jawapan ini..
    wallahuallam..

    Reply #28 03 January, 2011, 03:38:16 PM
  • Publish
  • Manusia apabila dikurniakan kepandaian akal fikiran sampai semua benda nak dipertikaikan walhal apa yang Allah bagi ini adalah terbatas. Kita tak mampu nak fikir dan menduga kekuasaan Allah yang maha hebat dan adalah kita sebagai hambanya lebih baik "dengar dan patuh" segala perintah Allah.

    Orang-orang yang selalu mempertikaikan (golongn ingkar) itu dan ini sebenarnya mereka mencari jalan untuk melepaskan diri dari menjadi hamba Allah sedangkan mereka tidak sedar akan seharian mereka merasa rezeki dan nikmat yang Allah beri tanpa mengira siapa.
    CETAK T-SHIRT, CENDRAHATI DAN KURSUS PRINT T-SHIRT : http://www.t-shirtprinting2u.com 
    http://myfabricshop.blogspot.com (pashmina shawl)

    Reply #29 01 February, 2011, 10:35:21 AM
  • Publish
  • Jawabannya enteng saja. Kalau Allah mencipkan Tuhan yg lebih hebat daripadanya berarti Allah itu sendiri tidak hebat kerna lemah fikirannya dengan menciptakan sesuatu yg mungkin dapat mengalahkannya walhal Allah bukan bersifat lemah. Dari itu orang yg menimbulkan persoalan inilah sebenarnya yg lemah dan Bodoh.

    Reply #30 01 February, 2011, 10:54:55 AM
  • Publish
  • Jawabannya enteng saja. Kalau Allah mencipkan Tuhan yg lebih hebat daripadanya berarti Allah itu sendiri tidak hebat kerna lemah fikirannya dengan menciptakan sesuatu yg mungkin dapat mengalahkannya walhal Allah bukan bersifat lemah. Dari itu orang yg menimbulkan persoalan inilah sebenarnya yg lemah dan Bodoh.

    Sebenarnya, bagi orang yang menimbulkan soalan ini tidak baiklah bagi kita untuk mengatakan begitu..

    Mereka bukannya lemah dan bodoh...

    Tetapi mereka masih mencari, mereka masih mencari bukti untuk memperkukuhkan akidah mereka...

    Disebabkan Allah hebatlah Allah cipta malaikat...

    Hebat apa boleh cipta malaikat...

    Lagipula, kita kan dah sedia maklum, mereka yang berkuasa mesti ada pengikutnya...

    Kalau duduk seorang-seorang tanpa pengikut, tidak berkuasa namanya itu...

    Kesimpulannya, jawapan sudah ada pada soalan, 'Kerana Allah hebatlah Allah cipta Malaikat'

    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Reply #31 01 February, 2011, 11:01:16 AM
  • Publish
  • Sebab Allah hebatlah Allah ciptakan malaikat!
    Subhanallah!

    Reply #32 01 February, 2011, 11:06:57 AM
  • Publish
  • Pernah lihat angin? bagaimana kamu boleh yakin yang itu adalah angin? semuanya kita dapat tahu melalui ilmu pengetahuan. tanpa ilmu susah untuk kita meyakini ini semua, malaikat dan benda-benda yang ghaib.
    wallahua'alam.

    Reply #33 01 February, 2011, 11:30:21 AM
  • Publish
  • Betul itu,

    Kita perlulah mendalami ilmu pengetahuan, percaya dan yakin...

    Sebab itu kalau kita lihat maksud akidah dari sudut syarak ialah...

    Kepercayaan yang kukuh dalam hati mengenai kewujudan Allah beserta sifat kesempurnaanNya berdasarkan dalil aqli dan naqli..

    Yosh!!!!

    Reply #34 01 February, 2011, 05:02:08 PM
  • Publish
  • Re: Kalau Allah Hebat Kenapa Cipta Malaikat?

    untuk menjawab soalan ini kita guna dalil akal....seorang bos mengarahkan seorang pekerjanya mengangkat satu bakul  kepadanya adakah dia tak upaya nak angkat bakul  itu, tidak bukan, disini menunjukkan satu lagi kelebihan pada dia iaitu sifat mengarah/memaksa....

    begitulah dgn arys yg dipikul malaikat..bukannaya menunjukkan allah berharap pada malaikat untuk memikul arys

    Reply #35 02 February, 2011, 03:50:03 AM

    Betul itu,

    Suatu gambaran yang lebih jelas.

    Hebat betul ya imaginasi halaqian disini..

    Yang penting kita perlu ada dasar yang kukuh dahulu dalam mengenal Allah..

    Jika ada mereka dari agama lain bertanyakan perihal ini, bagi sahaja gambaran seperti yang tertera di atas ini..

    Wallahualam...

    Reply #36 02 February, 2011, 10:14:44 AM
  • Publish
  • (senyum) ALLAH - MUHAMMAD- MALAIKAT - ADAM

    Insyallah segalaNya Aqal buah Fikiran - Ilmu Buah Kejayaan -
    semuga di ketemukan kembali - Alhamdulilah-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #37 14 March, 2011, 11:15:33 PM
  • Publish
  •  :)

    Kepada shidasponcebob, anda seharusnya berguru, dan bermain dengan persoalan urusan Allah bukanlah perkara yg baik... Di zaman Rasulullah kaum bangsawan memang sengaja menimbulkan persoalan begini dgn tujuan utk menghina Rasulullah, begitu juga kaum yahudi dan nasrani..
    Suka saya nyatakan bahawa orang yg suka mempersoalkan urusan Allah adalah orang yg suka mempermainkan agama Islam. Saya harap anda tidak begitu...
    Maka, carilah guru, dan ingatlah, bahawa berguru dgn 'BUKU' amat bahaya sekali...
    Wallahua'lam..

    Reply #38 15 March, 2011, 12:28:11 AM

    Adeh, kak syida hanyalah mahu berkongsi persoalan tentang mereka yang masih mencari akidah mereka...
    Mereka cuma nak dapatkan hujah yang boleh diterima akal moga mereka tidaklah bertaqlid semata-mata...
    Lagipun ini bukanlah persoalan daripada dirinya tetapi daripada rakan yang lain...
    Semoga kita sama-sama sentiasa meneliti sesuatu itu terlebih dahulu sebelum mengatur madah..

    Reply #39 15 March, 2011, 07:14:51 AM
  • Publish
  • masalahnya bukan kepada Allah

    Allah ciptakan apa sahaja untuk kemudahan ,manusia

    cuba perhatikan ayat ini

    Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd 13:11)

    tu satu ayat, yang sangat berkaitan dengan diri manusia, kuasa Allah, kuasa malaikat yang Allah perentahkan

    manusia yang TAK SEDAR DIRI sahaja tidak menyedarinya
    begitulah bila dah KAFIR, mana mungkin kebenaran itu dapat diterima mereka, JAHIL lah adanya
    manakala munafik pula bijaklah berkata kata, menipudaya, memanipulasi
    baca Quran bukan nak belajar baiki diri sendiri
    hanya nak berdebat di sana sini

    Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2)

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    14482 Views
    Last post 30 June, 2011, 05:05:21 PM
    by hamimah
    13 Replies
    5161 Views
    Last post 16 January, 2012, 09:18:35 PM
    by Izzah0404
    41 Replies
    5766 Views
    Last post 17 December, 2010, 09:24:03 PM
    by Zainal Abidin