Sejarah Awal Negeri Sembilan - Page 1

*

Author Topic: Sejarah Awal Negeri Sembilan  (Read 37326 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

04 July, 2007, 09:06:33 AM
  • Publish
  • Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757.
    Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.
    1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang REmbau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
    Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
    Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja.  Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
    Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.
    Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.
    Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
    Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.
    Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.
    Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.
    Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
    Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja.
    Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.
    Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah.
    Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld, menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti yang terlengkong Luak-Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempul, Terachi dan Gunong Pasir... (Negeri Sembilan yang tidak lengkap)
    Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau... kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak.
    Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.
    Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.
    Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau.
    Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan. Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari Kuala Sungai Linggi mendiami daerah REmbau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam daerah Kuala Pilah.
    Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.
    Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.
    Apabila cerita mengenai  Negeri Sembilan.....  mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan  negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal   Rembau digelar Nagari Nan Tuo.
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Reply #1 04 July, 2007, 09:08:28 AM
  • Publish
  • Maksud Nagari dlm Minangkabau satu penempatan sblm menjadi Nagari mesti melalui satu proses Metamorsis .     

    Taratak mula dibuek
    sudah taratak menjadi kampuang
    sudah kampuang menjadi dusun
    sudah dusun menjadi koto
    sudah koto menjadi nagari  .....

    Semasa Kesultanan Melaka,  penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin  Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau dibawah pimpinan Batin Sekudai (tiada kaitan ngan Bedahara Sekudai) . Masa ni masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau duk kt Lubok Cina.

    Nama asal  Rembau bermula dpd sbtg pokok Merbau Tua yg bsr menaungi hampir 10 buah kg. Masa utk menebang pokok tsb mengambil masa  hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kwsan tsb membajak msh terdpt btg pokok yg  tdk hancur. Kapak yg digunakan utk menebang pokok msh ada  dan saya pernah tgk . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kg disuruh meniti spjg pokok tsb sampai diujung buatlah kg . Sampailah di Sg Ujung. tu psl Sg Ujung digelar Sg Ujung kerana berada  dihujung sg.

    Org Minangkabau yg pertama dtg ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan org Minangkabau tlh hidup harmoni bersama org Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal  sbg anak angkat Datuk Leteh.

    Org Minangkabau yg kedua dtg ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dr suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin ngan Datuk Bungkal dpt anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yg Pertama).

    Kdtgan beliau diikuti olh Datuk Laut Dalam dr suku Paya Kumbuh menetap di Legung.

    Dlm tahun  1540 Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam tlh pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah utk menyatakan hasrat org Minangkabau melantik penghulu. Permohonan ini tld di persetujui oleh Sultan dan Seri R ama tld menjadi Penghulu yg pertama  ngan gelaran Dat uk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Olh sbb beliau msh kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelara n Datuk Gempa Maharaja. Apb Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta ktrnnya  juga layak utk menjadi Penghulu ngan syarat kahwin Seri Rama ngan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yg pertama akan menjadi penghulu ngan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.





    Reply #2 04 July, 2007, 10:45:18 AM
  • Publish
  • Info yg berguna...Kita sbg rakyat Malaysia perlu tahu asal-usul stp negeri.

    Sejarah negeri Pulau Pinang ade tak?

    Tima kasih.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    Reply #3 05 July, 2007, 12:23:08 AM
  • Publish
  • Bab-bab budaya dan adat di tanah melayu ni Daeng memang pakar..
    Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.

    Reply #4 17 July, 2007, 01:01:04 PM
  • Publish
  • Bab-bab budaya dan adat di tanah melayu ni Daeng memang pakar..
    salam...

    a'a. betul tu.

    akhi daeng ni memang pakar.

    info baru ni. (^_^)
    "dimana bumi dipijak, disitu ISLAM dijunjung"

    Reply #5 27 December, 2008, 09:36:08 PM
  • Publish
  • salam ..blh tanye bukit temiang tu jatuh kawasan mana dahulu?

    Reply #6 17 January, 2009, 05:26:03 PM
  • Publish
  • semua insan boleh jadi pakar jika hati terbuka untuk belajar..tahniah kepada daeng, info diberikan sangat berguna kepada generasi akan dtg......

    Reply #7 24 October, 2009, 09:56:07 PM
  • Publish
  • Salam.Saya tertarik dengan artikel di atas.Sekira tidak keberatan boleh dapatkan info tentang berlakunya Perang Bukit Putus menurut sejarah yang asal.Saya pernah mendapat tahu daripada kenalan tahun 60-an,catatan sejarah ini masih tersimpan di salah sebuah universiti di United Kingdom.Beliau pernah melihatnya tetapi tidak dibenarkan untuk membuat salinan atau catatan.terima kasih.

    Reply #8 24 October, 2009, 09:58:51 PM
  • Publish
  • Salam,Daeng boleh bantu saya ye.Ayahanda saya yang meminta bantuan ini.Tambahan beliau terlibat secara tidak langsung sebagai pegawai istana dan Lembaga Seri Maharaja Terachi.Terima kasih.

    Reply #9 15 January, 2010, 12:08:33 PM
  • Publish
  • salam, tertarik ngan citer ni...
    ak nk tau Raje Melewar ade 2 anak, yg pertame Tunku Totok dan Cik Puan Aisyah yg berkahwin dengan Raja Hitam..
    ade x any info pasal Tunku Totok?

    Reply #10 15 January, 2010, 12:10:30 PM
  • Publish
  • dan ak nk tnye sape pulak Dato' Putih yg menetap di penajis dan telah berhijah ke Mertang, Seri Menanti?

    Reply #11 28 April, 2010, 11:53:16 AM
  • Publish
  • ...ada sesiapa yang tahu tentang "Yang Di-Pertuan Muda Jelebu"...yang boleh berkongsi maklumat di halaman ini. Wassalam.

    Reply #12 01 June, 2010, 05:11:44 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Reply #13 01 June, 2010, 05:26:36 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,
    Saya amat meminati sejarah dan apabila membaca artikel/topik ini memang ianya membuat saya begitu teruja.
    Pada pandangan saya adalah memang benar kedatangan orang orang Minang ke Negeri Sembilan(pada ketika itu
    belum ada lagi)telah bermula seawal dari tahun 1641(Serangan Belanda keatas Melaka)
    Seperti yang kita tahu ketika itu Sultan Melaka bersemayam di Kota Lukut bukanya di Melaka Bandar Hilir dan kawasan sekitarnya
    adalah dibawah kekuasaan baginda.
    Cuma kita tidak mengetahui bagaimanakah orang orang Minang ini dapat melepaskan diri dari pengaruh dan kekuasaan Melaka/Lukut?
    Jika ada bahan bahan sejarah berkaitan perkara ini saya amat sukacita untuk membacanya.
    Assalamualaikum.

    Reply #14 07 January, 2011, 04:16:24 PM
  • Publish
  • salam, tertarik ngan citer ni...
    ak nk tau Raje Melewar ade 2 anak, yg pertame Tunku Totok dan Cik Puan Aisyah yg berkahwin dengan Raja Hitam..
    ade x any info pasal Tunku Totok?

    Tunku Totok mempunyai seorang putera bernama Tunku Unduk yang kemudian nya berkahwin dan mendapat seorang puteri bernama Tunku Jambi. Tunku Jambi kahwin dgn org kebanyakkan dan mendapat seorang anak perempuan bernama Cik Tiama. Cik Tiama juga berkahwin dgn org kebanyakkan dan mendapat seorang anak perempuan, Cik Kia yang berkahwin dgn Raja Yassin, anakanda Yamtuan Pandak Raja Beringin. Yamtuan Pandak Raja Beringin adalah anakanda Sultan Alam Muningsyah 1 dan ibu nya Puti Reno Intan.

    Reply #15 07 January, 2011, 04:24:51 PM
  • Publish
  • ...ada sesiapa yang tahu tentang "Yang Di-Pertuan Muda Jelebu"...yang boleh berkongsi maklumat di halaman ini. Wassalam.

    Yang Di-Pertuan Muda Jelebu yang terakhir adalah Tunku Nambul, yang memerintah Jelebu untuk hanya beberapa tahun. Salah seorang anakanda Tunku Nambul adalah Tunku Mohd Yusoff yang berkahwin dgn Tengku Aishah dari keturunan Yamtuan Pandak Raja Beringin. Tunku Mohd Yusoff mangkat dalam tahun 2010 pada usia 91 tahun. Anakanda Tunku Mohd Yusoff, Tengku Amran mengahwini YAM Tunku Deanna, adinda Yang Pertuan Besar N.S Tuanku Muhriz.

    Reply #16 20 April, 2012, 07:39:13 PM
  • Publish
  • Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.

    Tunku Ahmad Tunggal bukan seorang yg gila kuasa mahupun kejam, baginda sanggup melepaskan takhta kepada orang lain dgn syarat keturunan beliau tidak diapa2kan daripada dibunuh... takhta Tunku Mukhriz sekarang bukan baginda yg punya... ada yg lebih layak!!

    Reply #17 20 September, 2012, 02:34:53 PM
  • Publish
  • Soalan untuk Daeng atau sesiapa yang mahir mengenai sejarah Undang Rembau.
    Arwah ayah saya pernah bercerita that he was from suku Biduanda and that his family boleh mewarisi atau naik menjadi undang Rembau. But im not sure he was from which family.

    Ayah saya pernah bercerita that his grandfather was fine (didenda) oleh istana kerana menembak meriam sewaktu kelahiran ayah saya pada 11 Nov 1939. My father's grandfather is Undang Rembau that time... but I really wanted to know the family history.

    Anyone can help? or know about history of Undang Rembau?

    Syukran!

    Reply #18 05 October, 2013, 10:05:00 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...saya tertarik dengan sejarah awal negeri sembilan..boleh saya tahu ada siapa tengku dora dan sejarah latar belakang nye dalam sejarah negari sembilan

    Reply #19 06 October, 2013, 12:37:19 AM
  • Publish
  • uwaa..semua name pelik2..aiggoooo~..but thanks 4 share
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    2443 Views
    Last post 01 June, 2011, 09:54:17 AM
    by amileya erina
    3 Replies
    3194 Views
    Last post 20 June, 2012, 04:56:00 PM
    by putri_hambali
    0 Replies
    2044 Views
    Last post 17 October, 2011, 07:53:36 PM
    by lianazaman