Surah Al-Ahzab

Author Topic: Surah Al-Ahzab  (Read 2054 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Rahimah Sakinah

  • *
  • Posts: 152
    • View Profile
21 December, 2010, 01:25:29 AM
  • Publish Di FB
  • Surat Al Ahzab (سورة الأحزاب) adalah surat ke-33 dalam Al Quran (kitab suci agama Islam). Terdiri atas 73 ayat, surat ini termasuk golongan surat-surat Madaniyah, diturunkan sesudah Surah Ali 'Imran. Dinamai Al Ahzab yang bererti golongan-golongan yang bersekutu kerana dalam surat ini terdapat beberapa ayat, iaitu ayat 9 sampai dengan ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan Al Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi yang bersekutu dengan kaum munafik serta orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Madinah.

    Isi Kandungan

       
    1. Keimanan: Cukuplah Allah saja sebagai Pelindung; takdir Allah tidak dapat ditolak; Nabi Muhammad SAW adalah contoh dan teladan yang baik; Nabi Muhammad SAW adalah rasul dan nabi yang terakhir; hanya Allah saja yang mengetahui bila terjadinya kiamat.
       
    2. Hukum-hukum: Hukum zhihar; kedudukan anak angkat; dasar waris mewarisi dalam Islam ialah hubungan nasab (pertalian darah); tidak ada iddah bagi perempuan yang ditalak sebelum dicampuri; hukum-hukum khusus mengenai perkawinan Nabi dan kewajiban isteri-isterinya; larangan menyakiti hati Nabi.
       
    3. Kisah-kisah: Perang Ahzab (Khandaq); kisah Zainab binti Jahsy dengan Zaid; memerangi Bani Quraizhah.
       
    4. Dan lain-lain: Penyesalan orang-orang kafir di akhirat karena mereka mengingkari Allah dan Rasul-Nya; sifat-sifat orang munafik.

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #1 06 February, 2011, 02:13:03 PM
  • Publish Di FB
  • “Diantara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); Maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan diantara mereka ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”

    (Surah al-Ahzab : 23)
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #2 06 February, 2011, 03:03:00 PM
  • Publish Di FB
  • “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

    (Surah Al-Ahzab : 59)

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #3 13 September, 2011, 10:15:37 PM
  • Publish Di FB
  • -salam-

     Orang perempuan yang beriman diperintahkan oleh Allah memelihara ucapan serta kata-kata mereka.

    "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."

    (surah al-Ahzab:ayat 32)

    « Last Edit: 13 September, 2011, 10:17:27 PM by sonidoter89 »
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    4861 Views
    Last post 20 May, 2009, 10:53:23 PM
    by fikri
    4 Replies
    3043 Views
    Last post 14 December, 2011, 09:06:54 AM
    by 5zul
    4 Replies
    4533 Views
    Last post 23 February, 2010, 08:43:49 AM
    by ahmad_chill