Author Topik: Surah Al-Mu’minun  (Read 623 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

Rahimah SakinahTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 152
  • my
    • View Profile
Surah Al-Mu’minun
« on: 21 December, 2010, 12:00:09 AM »
Surah Al Mu'minuun (سورة المؤمنون) adalah surah ke-23 dari Al Qur'an, surah ini terdiri atas 118 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini manerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.

isi kandungan

   
1. Keimanan: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah tidak memerlukan anak .
   
2. Hukum-hukum: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.
   
3. Kisah-kisah: Kisah Nuh a.s.; kisah Hud a.s. kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Isa a.s.
   
4. Dan lain-lain: Tujuh perkara yang harus dipenuhi, oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia maupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.

Share this topic on Facebook


sonidoter89

  • *
  • Offline
  • Posts: 624
  • kn
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Re: Surah Al-Mu’minun
« Jawab #1 on: 13 September, 2011, 10:26:24 PM »
-salam-

Orang mukmin ialah orang yang menjauhi perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat keduniaan atau keakhiratan kepadanya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 1-3:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,"

"Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;"

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;"

Share this topic on Facebook

Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
4 Jawapan
3948 Views
Kiriman Akhir 23 February, 2010, 08:43:49 AM
oleh ahmad_chill
1 Jawapan
1081 Views
Kiriman Akhir 16 September, 2011, 10:51:13 AM
oleh sonidoter89
3 Jawapan
1508 Views
Kiriman Akhir 23 February, 2011, 08:53:34 AM
oleh 5zul