Surah An-Nahl

Author Topic: Surah An-Nahl  (Read 1057 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Rahimah Sakinah

  • *
  • Posts: 152
    • View Profile
20 December, 2010, 09:43:00 PM
  • Publish Di FB
  • Surah An Nahl (سورة النحل) adalah surah ke-16 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya, terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang ertinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari pelbagai sari bunga dan dia menjadi penawar bagi berbagai-bagai jenis penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandungi intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra' ayat 82). Surah ini dinamakan pula "An Ni'am" bererti nikmat-nikmat, kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai jenis nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

    Isi Kandungan

       
    1. Keimanan: Kepastian adanya hari kiamat; keesaan Allah; kekuasaan-Nya dan kesempurnaan ilmu-Nya serta dalil-dalilnya; pertanggungan jawab manusia kepada Allah terhadap segala apa yang telah dikerjakannya.
       
    2. Hukum-hukum: Beberapa hukum tentang makanan dan minuman yang diharamkan dan yang dihalalkan; kebolehan memakai perhiasan-perhiasan yang berasal dari dalam laut seperti mutiara; dibolehkan memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan terpaksa; kulit dan bulu binatang dari haiwan yang halal dimakan; kewajipan memenuhi perjanjian dan larangan mempermainkan sumpah; larangan membuat-buat hukum yang tak ada dasarnya; perintah membaca isti'aadzah (a'uudzubillahi minasyaithaanirrajiim = aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk); larangan membalas seksa melebihi seksa yang diterima.
       
    3. Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s.
       
    4. Lain-lain: Asal kejadian manusia; madu adalah untuk kesihatan manusia; nasib pemimpin-pemimpin palsu di hari kiamat; pandangan orang Arab zaman Jahiliyah terhadap anak perempuan; ajaran moral di dalam Islam; kaedah dakwah dalam Islam.

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #1 15 September, 2011, 11:31:05 PM
  • Publish Di FB
  • -salam-

    Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya. Jika kita gunakan pemberian atau anugerah Allah SWT untuk kebaikan, dalam erti kata lain kita memanfaatkannya, kita akan mendapat kebaikan juga mahupun di dunia dan akhirat.Allah SWT tidak memberikan sesuatu itu untuk dipersiakannya malah untuk digunakan ke arah kebaikan untuk menggapai redhaNya.Jika kita melihat seseorang dengan pandangan yang penuh hasad dengki dan marah,itu akan membawa keburukan tetapi jika kita memandang seseorang dengan pandangan kasih sayang dan cinta, nescaya dapat mengeratkan silaturrahim.Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl, ayat 78:

    "Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kalian bersyukur."
    « Last Edit: 15 September, 2011, 11:35:38 PM by sonidoter89 »
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    4541 Views
    Last post 23 February, 2010, 08:43:49 AM
    by ahmad_chill
    1 Replies
    1388 Views
    Last post 16 September, 2011, 10:51:13 AM
    by sonidoter89
    3 Replies
    1941 Views
    Last post 23 February, 2011, 08:53:34 AM
    by 5zul