Doa Kanzul Arsy

*

Author Topic: Doa Kanzul Arsy  (Read 12652 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ain

  • *
  • Posts: 432
  • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
    • View Profile
19 December, 2010, 09:54:38 PM
  • Publish
  •  :)

    tumpang tanya,apakah hukum membaca doa kanzul arsy ini?
    kerana ada ayat yang memusykilkan dalam amalan doa ini iaitu
    "laa ilaaha ilallah isa ruuhulLAH"
    mohon segera jawapan bagi yang alim dalam bab ini..
     :jaz:
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #1 19 December, 2010, 10:25:53 PM
  • Publish
  • Memetik ulasan dari Ustaz syarqowy...

    Perlu diingat juga, bukan semua yang Allah nisbahkan kepada diriNya adalah nama-nama dan sifat-sifatNya seperti Allah s.w.t. menyebut Nabi Isa a.s. sebagai Ruhullah. Maka, nisbah Ruh kepada Allah dalam ayat tersebut tidak membawa maksud Ruh tersebut adalah sifat Allah s.w.t. kerana kalau difahami begitu bererti Nabi Isa a.s. adalah sebahagian daripada sifat-sifat Allah s.w.t.. Ini adalah aqidah yang salah.

    Maka, Ruh tersebut dinisbahkan oleh Allah s.w.t. kepada diriNya dalam bentuk pemilikan iaitu Ruh milik Allah s.w.t.. Begitu juga dengan nisbah-nisbah lafaz yang lain yang mutasyabihat, maka bukanlah maksud zahir yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t.. BAca Al-Qur'an perlu lihat konteksnya, bukan sekadar berinteraksi dengan lafaz satu persatu secara literal lalu membuat kesimpulan yang salah terhadap nama dan sifat Allah s.w.t..

    Masalah yg timbul oleh sesetengah pihak adalah, memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir lalu makna zahir tersebut dianggap sebagai sifat bagi Allah s.w.t..Ini adalah kekeliruan yang nyata yang sudah dijelaskan oleh Imam Ibn Al-Jauzi dalam Daf' Syubah At-Tasybih ketika menolak golongan Mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Imam Ahmad r.a..

    Semoga kita sedar akan hal ini dan tidak terperosok ke dalam kekeliruan yang sudah dibongkar oleh para ulama' muktabar khususnya dalam bab asma' wa As-sifat.

    Wallahu a'lam
    ~ Begin with the End in Mind ~

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #2 20 December, 2010, 12:14:22 AM
  • Publish
  • semua dari yang satu akan kembali pada yang satu

    benarkah pemahaman kamu, bahawa Allah kamu itu yang menciptakan, segala galanya
    benarkah pengetahuan kamu, bahawa Allah kamu itu yang menciptakan segala sesuatu

    dalam kes penciptaan manusia, Adam a.s - bagaimanakah caraNya?
    dalam kes penciptaan Hawa a.s, - bagaimana pula caraNYA?

    dalam kes, penciptaan, anak anak adam, rata rata ialah, terpancarnya air yang hina ke dalam gedung yang kokoh, maksudnya cara halal, menikah, cara haram ialah berzina, cara terpaksa, kena rogol

    tetapi, sengajalah Allah
    Isa anak maryam - Maryam yang dara - tiada suami, tidak berzina, bukan kena Rogol
    jadi apa maksudnya

    tatkala Ruh dari AKU nak di tiup..............nak di masukkan ke dalam diri ..................alastu bi Rabbi kum? ...............bahkan

    begitulah.................ada yang DIRECT
    begitulah ............... ada yang INDIRECT

    Laa ilaha ill'allaah
    Nikmat AKU yang manakah, nak kamu dustakan?

    ada ke yang bukan dari Allah? jika sekiranya................. laa ilaha 'ill'allaah!

    itulah kan.............. AKU lapar, AKU sakit, ....................kamu tak pun beri aku makan, kamu tak pun ziarahi aku?! ( kena lihat hadisnya ya.)

    Allahu Akbar......subhanallah


    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #3 20 December, 2010, 10:00:17 AM
  • Publish
  • AlhamduliLlah,

    cukup dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Ustaz Syarqowy mengenai apa yang menjadi perselisihan dalam doa kanzul arsy berkenaan. :)

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #4 20 December, 2010, 10:47:54 AM
  • Publish
  • AlhamduliLlah,

    cukup dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Ustaz Syarqowy mengenai apa yang menjadi perselisihan dalam doa kanzul arsy berkenaan. :)

    Maksud ustaz, tidak mengapa kalau baca doa kanzul arsy tu? Tidak jatuh haram?

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #5 22 December, 2010, 01:00:23 PM
  • Publish
  • Doa Kanz Al-Arasy yang terkandung dalam Majmu' Syarif itu adalah himpunan para ulama' dan bukan daripada Rasulullah s.a.w..

    Adapun hukum mengamalkan doa himpunan Para ulama' adalah dibolehkan dalam syariat selagimana doa tersebut tidak menyalahi ajaran Islam.

    Adapun doa Kanz Al-Arasy ini tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi aqidah dan syariat Islam walaupun ada sedikit kesalahan tatabahasa (berdasarkan ilmu saya yang terbatas ini) tetapi perlu dikaji semula juga.

    Adapun masalah "Ruh Allah"  kerana ianya berdasarkan ayat 171 daripada Surah An-Nisa'.

    Di samping itu, ada juga doa Kanz Al-Arasy yang disebut daripada Rasulullah s.a.w.. iaitu kalimah

    لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

     " أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ : لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهَا مِنْ كَنْزِ الْعَرْشِ ، وَمَنْ أَكْثَرَ مِنْهَا نَظَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِ ، وَمَنْ نَظَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ ، فَقَدْ أَصَابَ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ "  .

    Maksudnya: "Banyakkanlah menyebut perkataan La Haula wala Quwwata illa billah kerana ianya Kanz Al-Arasy (khazanah Arasy). Dan sesiapa yang memperbanyakkan menyebutnya maka Allah s.w.t. akan memandang kepadanya. Sesiapa yang Allah s.w.t. pandang kepadanya, maka akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Hadis ini diriwayatkan dengan banyak lafaz sedangkan lafaz ini daripada riwayat Imam At-Tabrani dalam kitab Ad-Du'a (no: 1530) dengan sanad lemah (dha'if). Begitu juga dengan riwayat-riwayat lain dnegan lafaz berbeza dengan sanad yang lebih kuat.

    Wallahu a'lam

    azy mazyah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Reply #6 22 February, 2011, 04:11:21 PM
  • Publish
  •  :)
    sy nak tau pasal kelebihan membaca doa kanzul arash dan doa akasyah
    yg saya dpt dr buku Majmu' Syarif Kamil .
    Sy ada terbaca thread pasal doa kanzul 'arasy..
    ada yg kata fadhilat membacanya sgt lah melampau2 dan boleh jatuh ke tahap syirik..
    dan sy sekadar nak tahu pasal akasyah dan kanzul arash ni
    harap membantu ye...
    cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman,
    hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 22 February, 2011, 09:33:32 PM
  • Publish
  • harap membantu ye...

    Sila baca  dari permulaan topik ini, saya gabungkan topik yang saudari buka dengan topik sedia ada.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #8 22 February, 2011, 09:45:07 PM
  • Publish
  • doa akashah ni, insyallah = dapat menghapuskan sifat2 riak, ujub, syirik dll. (sifat2 keji dan tercela dalam hati). Adaptasi dari quran dan di tambah rayuan ampun ke hadrat allah yg esa

    doa khanzul arasy pun bagus. Mengenal sifat2 allah dan rasul2 junjungan.

    Tiada bersalahan dengan aqeedah.

    baca kitab ma'thurat pun bagus


    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #9 22 February, 2011, 10:41:03 PM
  • Publish
  • Doa Kanz Al-Arasy yang terkandung dalam Majmu' Syarif itu adalah himpunan para ulama' dan bukan daripada Rasulullah s.a.w..

    Adapun hukum mengamalkan doa himpunan Para ulama' adalah dibolehkan dalam syariat selagimana doa tersebut tidak menyalahi ajaran Islam.

    Adapun doa Kanz Al-Arasy ini tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi aqidah dan syariat Islam walaupun ada sedikit kesalahan tatabahasa (berdasarkan ilmu saya yang terbatas ini) tetapi perlu dikaji semula juga.

    Adapun masalah "Ruh Allah"  kerana ianya berdasarkan ayat 171 daripada Surah An-Nisa'.

    Di samping itu, ada juga doa Kanz Al-Arasy yang disebut daripada Rasulullah s.a.w.. iaitu kalimah

    لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

     " أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ : لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهَا مِنْ كَنْزِ الْعَرْشِ ، وَمَنْ أَكْثَرَ مِنْهَا نَظَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِ ، وَمَنْ نَظَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ ، فَقَدْ أَصَابَ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ "  .

    Maksudnya: "Banyakkanlah menyebut perkataan La Haula wala Quwwata illa billah kerana ianya Kanz Al-Arasy (khazanah Arasy). Dan sesiapa yang memperbanyakkan menyebutnya maka Allah s.w.t. akan memandang kepadanya. Sesiapa yang Allah s.w.t. pandang kepadanya, maka akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Hadis ini diriwayatkan dengan banyak lafaz sedangkan lafaz ini daripada riwayat Imam At-Tabrani dalam kitab Ad-Du'a (no: 1530) dengan sanad lemah (dha'if). Begitu juga dengan riwayat-riwayat lain dnegan lafaz berbeza dengan sanad yang lebih kuat.

    Wallahu a'lam
    :)

    selama ni tak tahu pun ada doa kanzul arsy ni....jahilnya hada...syukran atas perkongsian
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    azy mazyah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Reply #10 23 February, 2011, 10:41:37 AM
  • Publish
  •  :)
    terima kasih...terungkai persoalan saya..
    saya diperkenalkan oleh suami Kitab Majmu' Syariff ni..
     :ins: terus istiqamah utk amalkan....

    divider3
    halaqahforum4