Aurat Apabila Bersama Dengan Ipar Duai

*

Author Topic: Aurat Apabila Bersama Dengan Ipar Duai  (Read 23106 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nisa_aireena

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
15 December, 2010, 09:47:50 AM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    saya ada satu kemusykilan nak tanya...
    jika seseorang wanita tu berkahwin dengan seorang lelaki...
    aurat wanita tu bila berhadapan dengan adik lelaki si suami yg sudah baligh mcm mana??
    boleh ke nampak rambut??
    sekian terima kasih...
    ''Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.''

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 15 December, 2010, 09:58:35 AM
  • Publish
  • Masuk kerumah orang lain tanpa izin dan bergaul bebas dengan perempuan bukan mahram. ‘Aqabah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Awas kalian: jangan berleluasa bergaul bebas dengan perempuan (bukan mahram). Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasullullah bagai mana dengan keluarga suami. Baginda menjawab. Keluarga suami lagi musibah (mati).”
     
    Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa ‘Hamwu atau Ahma’ adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara anak pamannya dan sebagainya. Tegas beliau: maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya: kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (maut). Menurut beliau biasanya orang awam bermudah-mudah dalam hal ini, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya. Ini adalah situasi yang dianggap bermusibah dalam hal ini. Sebab itu ia adalah suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.
     
    Manayangkan aurat perempuan bukan mahram dan perhiasannya yang tersembunyi kepada lelaki ajnabi. Allah berfirman yang maksudnya: “Jangan kaum wanita memaparkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya.”Perbuatan mendedahkan aurat dan menimbulkan kegiuran lelaki lain daripada suami sudah pasti suatu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah.
     
    Menurut ulama aurat terbahagi kepada dua jenis:
     
    Aurat Solat dan Aurat Ru’yah.
    Aurat Ru’yah tidah sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sah solat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialah seluruh tubuh selain muka serta dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut setengah mazhab.
     
    Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya adalah bahagian-bahagian selain muka, kepala, leher, dua tangan dan kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalah tidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu juga sebaliknya.Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya.
     
    Pada asal keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwatnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat.Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwatnya.
     
    Jumhur ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti, muka, kepala, leher, dan dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya. (Lihat huraian lanjut dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkami al Mriah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Juz 3 halaman 148-234. Terjemahan huraian mengenai aurat daripada kitab tersebut sebahagiannya dapat dibaca dalam link berikut: http://zaadut-taqwa.blogspot.com
     
    Seperti mana yang dimaklumi, mahram bagi seorang wanita dan lelaki adalah orang yang dia haram bernikah dengannya secara ta’bid (haram berkekalan atau selamanya), sama ada disebabkan nasab, atau susuan atau Mushaharah ( persemendaan) seperti, ibu isteri seseorang.

    Bagi mereka yang status persemendaannya bukan bukan atas dasar ta’bid sudah pasti tidak masuk dalam kategori mahram yang dimaksudkan. Kakak atau adik ipar yang masih dara mungkin boleh dikahwini andai kata seseorang suami itu menceraikan interinya yang merupakan adik / kakak kandung kepada kakak atau adik isterinya.
     
    Masuk kebilik atau ruang tidur orang dewasa tanpa lebih dahulu meminta izin pada waktu-waktu yang ditegah seperti sebelum fajar, waktu qailulah dan selepas isyak. Allah berfirman dalam Surah Annur 58-59 yang bermaksud:
    “Wahai orang-orang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa(iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak, itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hokum-hukum-Nya),dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 15 December, 2010, 10:04:08 AM
  • Publish

  • Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).

    Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;
    1. Suami
    2. Bapa kandung
    3. Bapa mertua
    4. Anak lelaki kandung
    5. Anak lelaki tiri
    6. Saudara kandung
    7. Anak-anak saudara
    8. Sama-sama wanita
    9. Di hadapan hamba-hamba mereka
    10. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
    11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

    Jadi adik ipar lelaki yang telah baligh tidak termasuk senarai mahram , maka wajib ditutup aurat apabila bersama mereka walaupun di dalam rumah sendiri. Mereka sama seperti lelaki ajnabi.  Wajib memakai tudung dan menutup aurat keseluruhannya.

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #3 15 December, 2010, 10:07:15 AM

    Alhamdulillah.
    Saya memang menutup aurat apabila bila balik rumah mertua.
    Tu pun depends pada keadaan la...Kalau ayah je ada...saya buka tudung...
    Kalau ada adik ipar lelaki memang saya menutup aurat...

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Reply #4 15 December, 2010, 10:09:19 AM
  • Publish
  • tapi sekrg ramai yang tak amlkn sebab tu saya tak tau sangat...terima kasih sebab kongsi info yang berguna ni

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #5 15 December, 2010, 10:13:21 AM
  • Publish
  • tapi sekrg ramai yang tak amlkn sebab tu saya tak tau sangat...terima kasih sebab kongsi info yang berguna ni

    betul tu...
    ramai yang buat selamba je tak tutup aurat macam adik beradik kandung.
    Adik/abag ipar kita tu hanya mahram sementara je...
    Kalau kita putus dengan suami...kita boleh je kahwin dengan diorang...
    sebab tu kot kena tutup aurat...

    mohon maaf kalau salah...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 15 December, 2010, 10:16:06 AM
  • Publish
  • Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa ‘Hamwu atau Ahma’ adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara anak pamannya dan sebagainya. Tegas beliau: maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya: kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (maut).

    Kenapa dipanggil Musibah (maut)?  Sebab apabila tidak menjaga aurat didepan mereka , akan menimbulkan fitnah yang boleh mendatangkan musibah.

    Biasanya orang awam bermudah-mudah dalam hal ini, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya. Ini adalah situasi yang dianggap bermusibah dalam hal ini. Sebab itu ia adalah suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.

    fatimahazzara

    • *
    • Posts: 87
      • View Profile
    Reply #7 15 December, 2010, 10:17:41 AM
  • Publish
  •  :)zaman sekarang ramai yang pakai tudung sambil lewa je di rumah.tak kira lah ada abg ipar atau adik ipar
    mereka kata rimas lah pakai tudung dalam rumah...bukan je tak pakai tudung malah pergaulan mereka pun tak di jaga..duduk bersebelahan dan berbual seperti adik abang.Mungkin mereka ini tak faham lagi hukum ........
     :syukur: syukran untuk info ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 15 December, 2010, 10:19:25 AM
  • Publish

  • Adik/abag ipar kita tu hanya mahram sementara je...

    Mahram sementara untuk dalam hal perkahwinan sahaja. Dimana seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara isteri .(adik beradik , mak saudara serta anak saudara isteri) Dari segi hukum aurat,mereka tetap seperti lelaki ajnabi yang lain.

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #9 15 December, 2010, 10:32:30 AM
  • Publish

  • Adik/abag ipar kita tu hanya mahram sementara je...

    Mahram sementara untuk dalam hal perkahwinan sahaja. Dimana seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara isteri .(adik beradik , mak saudara serta anak saudara isteri) Dari segi hukum aurat,mereka tetap seperti lelaki ajnabi yang lain.

    ummi, cam ne pulak batas aurat kita dengan anak abang ipar kita?
    Macam anak saudara kita sendiri ke bagaimana?

    huriyyah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Reply #10 15 December, 2010, 11:08:55 AM
  • Publish
  •  :)
    ana skdr ingin brtanya,tiada kaitan dgn sesiapa...
    bagaimana jika adk suami itu tinggal serumah dgn kakak ipar?
    adakh perlu juga utk memakai stokin utk menutupi bahagian kaki?
    sbb,itulh fenomena yg brlaku skrg ni...
    duduk serumah tp tutup aurat tidak sempurna...
    bagaimana ya? hrp ada yg sudi mmbantu...
     :)

    cahayakusinar

    • *
    • Posts: 31
    • man jadda wa jadda
      • View Profile
    Reply #11 15 December, 2010, 11:37:15 AM
  • Publish
  • alhamdulillah..terima kasih untuk info ini..walaupun bapa mertua saya tetap pakai tudung..suami tak beri keizinan untuk buka..=)
    "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
    bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #12 15 December, 2010, 01:03:42 PM
  • Publish
  • alhamdulillah..terima kasih untuk info ini..walaupun bapa mertua saya tetap pakai tudung..suami tak beri keizinan untuk buka..=)

    suami bagi tak salam dengan bapa mertua?

    nisa_aireena

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #13 15 December, 2010, 02:24:47 PM
  • Publish
  •  :)
    terima kasih di atas jawapan yg diberikan ye~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 15 December, 2010, 02:39:08 PM
  • Publish
  • bagaimana jika adk suami itu tinggal serumah dgn kakak ipar?
    adakh perlu juga utk memakai stokin utk menutupi bahagian kaki?
    sbb,itulh fenomena yg brlaku skrg ni...
    duduk serumah tp tutup aurat tidak sempurna...
    bagaimana ya? hrp ada yg sudi mmbantu...

    Untuk lebih memahami, saya kemukakan contoh perbahasan fuqaha’ mengenai aurat wanita semasa solat.

    Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.  Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

    Allah berfirman,
    وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

    …dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

    An-Nur 24:31

    Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.

    Daripada Aisyah RA,

    أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

    Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”  (Hadis direkodkan olah Abu Dawud.)

    Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

    Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh  Ummu Salamah.  Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

    Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?  Nabi s.a.w menjawab,

    إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

    “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”  (Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.)

    Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

    Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w.  Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

    Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

    لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ

    “Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.

    Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

    Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah,  maka solatnya dianggap tidak sah”.

    Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.  Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.   

    Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

    “Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah).  Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup.  Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan.  Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan.  Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya.  Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki.  Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.

    Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis  yang telah dinyatakan di atas.   Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal.  Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

    Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir.
      Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang.  Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

    Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji.  Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air.  Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt.  Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

    Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika menemani anak-anak bermain air di taman tema air.  Taman tema air seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita.  Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki.  Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.   

    Seorang lelaki menyarankan dalam blognya agar wanita tetap menutup kaki di rumah jika terdapat tetamu lelaki.

    Sebelumnya, saya meringankan juga dari menutup kaki seperti ketika ada tetamu lelaki di rumah atau ketika bermain air di pantai dengan alasan rukhsah dan memakai pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat.   Namun sekarang saya berusaha melakukan yang terbaik setakat termampu.  Dunia hanya sementara.   Masa kita terlalu singkat untuk beramal dengan ajaran Islam.  Oleh sebab itulah Allah bersumpah dengan masa dalam surah al-‘Asr.  Kemudian dikatakan manusia ini memang sentiasa rugi kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

    Suami sendiri bertegas dalam hal menutup kaki.  Dia pernah menegur saya menutup wajah tetapi membuka kaki.  Kaki lebih aula ditutup berbanding wajah berdasarkan hujjah-hujjah yang ada.

    Walau bagaimana pun, dalam kes aurat kaki ini, meskipun kita memilih pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan apa yang menenangkan hati kita.  Namun kita tetap perlu meraikan pandangan orang lain yang berbeza.   Adapun amalan wanita Malaysia yang menutup kaki semasa solat wajar diteruskan secara istiqamah kerana ia paling tepat dengan petunjuk Nabi s.a.w.

    http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/20/adakah-kaki-wanita-aurat/

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 15 December, 2010, 02:52:59 PM
  • Publish

  • Adik/abag ipar kita tu hanya mahram sementara je...

    Mahram sementara untuk dalam hal perkahwinan sahaja. Dimana seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara isteri .(adik beradik , mak saudara serta anak saudara isteri) Dari segi hukum aurat,mereka tetap seperti lelaki ajnabi yang lain.

    ummi, cam ne pulak batas aurat kita dengan anak abang ipar kita?

    Macam anak saudara kita sendiri ke bagaimana?

    Hukum aurat dengan anak abang ipar, bermakna abang tu berkahwin dengan kakak AmYunus?  Kalau abang ipar tu berkahwin dengan kakak,anak abang tu kira anak kakak juga, jadi anak saudara kitalah. Anak kakak adalah mahram dengan kita.

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #16 15 December, 2010, 02:56:40 PM

    Ummi...ada sorang lagi Ummi Munaliza ni...
    Anak abang kepada suami saya...
    Cam ne ek?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 15 December, 2010, 03:15:32 PM
  • Publish

  • Adik/abag ipar kita tu hanya mahram sementara je...

    Mahram sementara untuk dalam hal perkahwinan sahaja. Dimana seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara isteri .(adik beradik , mak saudara serta anak saudara isteri) Dari segi hukum aurat,mereka tetap seperti lelaki ajnabi yang lain.

    ummi, cam ne pulak batas aurat kita dengan anak abang ipar kita?

    Macam anak saudara kita sendiri ke bagaimana?

    Hukum aurat dengan anak abang ipar, bermakna abang tu berkahwin dengan kakak AmYunus?  Kalau abang ipar tu berkahwin dengan kakak,anak abang tu kira anak kakak juga, jadi anak saudara kitalah. Anak kakak adalah mahram dengan kita.

    Ummi...ada sorang lagi Ummi Munaliza ni...
    Anak abang kepada suami saya...
    Cam ne ek?

    Bukan anak saudara sendiri ,maka bukan mahram.

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #18 15 December, 2010, 03:19:14 PM
  • Publish
  • Kalau macam tu memang kena jaga aurat la...
    Ya Allah....
    baru tahu...
    ingatkan boleh....
    Kiranya tu anak saudara suami la...bukan anak saudara kita juga...
    Kalau adik lelaki saya ada anak, anak dia tu mahram saya kan?
    tiba-tiba la confius plak...
    « Last Edit: 15 December, 2010, 03:22:23 PM by amYunus »

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Reply #19 15 December, 2010, 03:20:19 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    saya ada satu kemusykilan nak tanya...
    jika seseorang wanita tu berkahwin dengan seorang lelaki...
    aurat wanita tu bila berhadapan dengan adik lelaki si suami yg sudah baligh mcm mana??
    boleh ke nampak rambut??
    sekian terima kasih...

    senang je konsep yang akak perlu memahami...kalau orang tu,akak halal untuk berkahwin..maka haramlah aurat akak..

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    7570 Views
    Last post 03 January, 2013, 08:17:01 AM
    by Ummi Munaliza
    0 Replies
    1088 Views
    Last post 27 July, 2011, 09:45:22 PM
    by Jejaka Pemurah
    1 Replies
    515 Views
    Last post 22 November, 2011, 04:24:23 PM
    by adi-tok pulau m