Yang Haram Dinikahi

*

Author Topic: Yang Haram Dinikahi  (Read 6570 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
11 December, 2010, 09:35:47 PM
  • Publish
  • Perempuan yang tidak boleh dinikahi menurut secara agama Islam, keterangannya itu sebagaimana yang tersebut di bawah ini :

     

    Dan janganlah kamu menikah kepada isteri-isteri yang telah dikawin oleh bapa-bapa kamu, melainkan apa yang telah lalu, karena hal itu adalah keji dan dibenci dan jelek perjalanan. Diharamkan atas kamu ibu kamu, dan anak kamu, dan saudara kamu, dan saudara bapa kamu, dan saudara ibu kamu, dan anak saudara laki-laki kamu, dan anak saudara perempuan kamu, dan ibu (susu) yang pernah menyusui kamu, dan saudara kamu yang sesusuan, dan ibu isteri kamu, dan anak tiri kamu yang pada pe­meliharaan kamu yang dari isteri kamu yang telah kamu campuri ; tetapi apabila belum kamu campuri, maka tiada ada halangan bagi kamu, dan isteri anak kamu yang dari turunan kamu, dan di haramkan kamu mengumpulkan di antara dua saudara perem­puan (ya’ni : mengawin kedua-duanya) melainkan yang telah lalu, sesungguhnya Allah itu adalah Pengampun dan Penyayang.
      (Q. An-Nisa’, 22-23).

     

    Dengan firman ini kita boleh mengetahui, bahawa perempuan yang tidak boleh dinikahi oleh orang Islam itu ada empat belas macam, iaitu :

       1.      Bekas isteri bapanya.
       2.      Ibunya yang melahirkan dia.
       3.      Anaknya sendiri.
       4.      Saudaranya sendiri.
       5.      Saudara bapanya.
       6.      Saudara ibunya.
       7.      Anak dari saudaranya laki.
       8.      Anak dari saudaranya perempuan.
       9.      Perempuan yang pernah menyusui akan dia.
      10      Saudara sesusu.
      11      Ibu isterinya.
      12      Anak tirinya yang ibunya sudah dicampuri (disetubuhi) olehnya.
      13      Isteri anaknya sendiri.
      14      Saudara isterinya jika dia masih hidup.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 11 December, 2010, 09:37:46 PM
  • Publish
  • PEREMPUAN YANG HARAM DINIKAHI

    1) Perempuan yang haram dinikahi itu berdasarkan 7 sebab :-

    a. Sebab keturunan.
    b. Sebab susuan.
    c. Sebab berambil-ambilan(semanda) .
    d. Sebab permaduan.
    e. Sebab kafir.
    f. Sebab isteri orang
    g. Sebab dalam 'iddah

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 11 December, 2010, 09:39:23 PM
  • Publish
  • 2) 7 jenis perempuan yang haram dinikahi disebabkan oleh keturunan:-

    a.Ibu - Termasuk dalam hukum ibu ialah ibu bagi ibu(nenek), ibu bagi bapa(nenek), dan seterusnya hingga ke atas.

    b. Anak perempuan - Termasuk hukum anak perempuan ialah cucu perempuan,cicit perempuan dan seterusnya hingga ke bawah.

    c. Saudara perempuan - Termasuk hukum saudara perempuan ialah saudara seibu sebapa, saudara sebapa, dan saudara seibu.

    d. Saudara perempuan bagi ibu.

    e. Saudara perempuan bagi bapa.

    f.  Anak perempuan bagi saudara lelaki

    g. Anak perempuan bagi saudara perempuan

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Reply #3 11 December, 2010, 09:46:19 PM
  • Publish

  •   14      Saudara isterinya jika dia masih hidup.

    yang ke 14 tu jika dia masih hidup sahaja ke? bagaimana pula kalau dah bercerai?
    kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 11 December, 2010, 09:51:05 PM
  • Publish
  • Perempuan Yang Haram Dinikahi

    Islam telah menetapkan beberapa kategori wanita atau perempuan yang haram dinikahi oleh lelaki. Antara wanita atau perempuan yang dilarang untuk dinikahi dalam Islam adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

    • Keluarga
    • Menyusu
    • Semenda
    • Permaduan
    • Kafir
    • Isteri orang
    • Di dalam iddah

    Perempuan yang haram dinikahi sebab keluarga:
    • Ibu
    • Anak perempuan
    • Saudara perempuan
    • Adik perempuan sebelah emak
    • Adik perempuan bapa
    • Anak perempuan abang
    • Anak perempuan adik

    Perempuan yang haram dinikahi sebab susuan:
    • Ibu susuan
    • Anak perempuan susuan
    • Anak kandung lelaki / perempuan
    • Adik perempuan emak susuan
    • Adik perempuan bapa
    • Anak perempuan saudara susuan

    Perempuan yang haram dinikahi sebab semenda (mempunyai talian kekeluargaan):
    • Mertua perempuan
    • Ibu tiri
    • Menantu perempuan
    • Anak perempuan tiri

    Perempuan yang haram dinikahi sebab persemaduan:
    • Saudara perempuan isteri (adik/kakak ipar)
    • Saudara perempuan sebelah bapa isteri (mak saudara)
    • Saudara perempuan sebelah ibu (emak isteri)

    Perempuan yang haram dinikahi sebab kafir/isteri orang/isteri di dalam iddah:
    • Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
    • Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
    • Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 11 December, 2010, 09:54:00 PM
  • Publish

  •   14      Saudara isterinya jika dia masih hidup.

    yang ke 14 tu jika dia masih hidup sahaja ke? bagaimana pula kalau dah bercerai?

     :syukur: (sat belum habis semak, saja nak tengok,orang perasan  atau  tidak)   :syukur:  Ada  yang tukang semak segala kiriman kat sini.

    Kalau dah bercerai, boleh lah ganti tikar, cerai kakak,ambik adik. Atau cerai adik, ambik kakak. Yang haram ialah kumpulkan dua bersaudara menjadi isteri, atau kumpulkan mak saudara dengan anak saudara serentak menjadi iateri.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 11 December, 2010, 09:56:06 PM
  • Publish


  • Soalan  1:
     
    Dua orang bersaudara : keduanya itu laki-laki se­ibu sebapa :  seorang bernama A, dan  seorang bernama B,  si A itu mempunyai anak perempuan, dan si B mempunyai anak lelaki.

    Bolehkah anak si A dan anak si B itu dikahwinkan ?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 11 December, 2010, 10:01:39 PM
  • Publish

  • Soalan 2.

    SEORANG lelaki berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki. Anak lelakinya sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan iaitu cucu janda berkenaan.

    Bolehkah suami janda itu  berkahwin dengan cucunya jika dia (janda  itu) meninggal dunia?

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Reply #8 11 December, 2010, 10:04:47 PM
  • Publish

  •   14      Saudara isterinya jika dia masih hidup.

    yang ke 14 tu jika dia masih hidup sahaja ke? bagaimana pula kalau dah bercerai?

     :syukur: (sat belum habis semak, saja nak tengok,orang perasan  atau  tidak)   :syukur:  Ada  yang tukang semak segala kiriman kat sini.

    Kalau dah bercerai, boleh lah ganti tikar, cerai kakak,ambik adik. Atau cerai adik, ambik kakak. Yang haram ialah kumpulkan dua bersaudara menjadi isteri, atau kumpulkan mak saudara dengan anak saudara serentak menjadi iateri.

    ok syukran...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2107 Views
    Last post 15 April, 2009, 09:39:23 PM
    by Ummi Munaliza
    3 Replies
    2319 Views
    Last post 23 July, 2009, 12:43:36 AM
    by juwairiyah
    6 Replies
    3399 Views
    Last post 23 August, 2009, 05:04:20 PM
    by elzuddin