Surah Al-Insyirah

*

Author Topic: Surah Al-Insyirah  (Read 31344 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • Posts: 2602
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
10 December, 2010, 10:33:19 AM
  • Publish
  •  :)
    Surah Al-Insyirah

    Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem
    Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


    أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
     Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,


    وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
    Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,


    الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
    yang memberatkan punggungmu?


    وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
    Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.


    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
    Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,


    إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
    sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

     
    فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
    Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
    sungguh-sungguh (urusan) yang lain,


    وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
    dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

    صدق الله العظيم

    Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar
    [/b]


    Isi Kandungan

    Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.

    KETERANGAN
    Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran.

     Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
    "Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".

    Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
    "Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6.
    (HR: Ibnu Abi Hatim).

    Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda:
    "Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".

    صدق رسول الله الكريم
    Kebenaran Rasulillah saw Yang Mulia

    رب اغفر لي ولأمة نبينا سيدنا محمد مغفرة عامة
    وارحمني وارحم أمة نبينا سيدنا محمد رحمة عامة
    لا إاله إلا الله،وأستغفر الله لذنبى وللمؤمنين والمؤمنات عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته



    NP;

    [ :ins: Asbabun Nuzulnya akan disusul nanti pada  latar-belakang peristiwa turun ayat ini. Mahu masuk kelas Zikir...]
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2602
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 11 December, 2010, 09:07:19 AM
  • Publish
  •  :)
    سورة الإنشراح وأسباب نزولها

    Surah Insyirah dan asbabun Nuzulnya;
    Sebab turun ayat 6
    Firman Allah;
    إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
    “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu memang ada kemudahan.”
    (Al-Insirah,94 :6.)

    Surah ini diturunkan setelah orang-orang musyrikin mempersendakan orang-orang beriman dengan kemiskinan.
    Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Al-Hassan Al-Basri berkata:
    Setelah diturunkan ayat ini iaitu:

    ”Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,”Rasulullah saw bersabda:
    أبشروا أتاكم اليسر ,لن يغلب عسر يسرين"
    “Bergembiralah ,telah datang kepada kamu kesenangan,satu kesusahan ini tidak dapat mengalahkan dua kesenangan.”

    سورة الإنشراح وتفسيرها وقصاتها


    Firman Allah swt;

    أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
    “Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,”
    (Al-Insyirah,94:ayat;1)

    Sesungguhnya Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad untuk menerima tugas kenabian,menanggungbebanan dan  menghafaz wahyu.
    Al-Razi berkata :”Ayat ysng menyatakan tentang kelapangan dada dikemukakan dalam bentuk tanda tanya( istifham)bertujuan untuk membuktikan tentang berlakunya perkara tersebut.Seolah-olah ia diungkapkan:

    “Kami  telah lapangkan dada kamu,”namun dikemukakan dalam bentuk(istifham taqriri)yang membawa maksud kelapangan dada tersebut benar-benar berlaku.
    Maksud kelapangan dada ialah Allah menerangi hati Baginda sehingga ia menjadi lapang,bersifat terbuka dan tenteram,seperti
     firman Allah(Maksudnya):

    “Barangsiapa yang Allah mahu memberikan kepadanya pertunjuk,niscaya Dia lapangkan dadanya untuk (menerima agama)Islam.”

    (Surah Al-An’am;6: ayat 125).
    Abu Hayyan berkata;( شرح الصدر)
    Bermaksud:Menerangi hati Nabi dengan Ilmu Hikmat dan Melapangkannya supaya ia dapat menerima wahyu yang diturunkan kepadanya.

    Dalam Firman Allah swt;

    وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
    “Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,”


    Allah tanggalkan apa yang anggapanmu sebagai keladak dosa dan noda yang membebani dan menyusahkan hatimu.

    أتاني جبريل عليه السلام ,فقال ؛إن ربي وربك يقول :كيف رفعت ذكري ؟ قال: الله أعالم قال:إذا ذكرت
    معي                (zukirta)) ذكر        (zukirtu)
    (أشهد أن لاإله إلاالله             وأشهد أن محمدا رسول الله)

     
    Ibnu Jarir meriwayatkan Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
    "Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi(memuliakan) nama sebutanmu? Jawab Nabi saw. Allah lebih tahu(الله أعلم).

     Tuhan(Allah) berfirman: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".
    (أشهد أن لاإله إلاالله        وأشهد أن محمدا رسول الله)

    (Petikkan daripada buku Tafsir Al-Munir;(muka surat 287-288)
    [/b]

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #2 11 December, 2010, 11:25:22 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah., benar. Di antara surah yang memberi pengisian buat jiwa yang gundah dan kesedihan.

    Masa senang dan susah, masa gembira dan sedih, selagi sihat atau sedang sakit...amalkanlah membaca surah ini sebanyaknya. InsyaAllah setiap ayatNYA mengandungi berita (kegembiraan) dan peringatan (amaran) buat yang berfikir dan mahukan kebaikan dariNYA.


    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #3 11 December, 2010, 02:19:39 PM
  • Publish
  • Insya-allah perkongsian yang amat bagus dan berguna. Semoga boleh kita ambil sebagai pengajaran baru dan dapat juga kita amalkan di waktu senang mahupun susah.  :jaz:
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    hasin

    • *
    • Posts: 885
      • View Profile
    Reply #4 11 December, 2010, 03:04:32 PM
  • Publish
  • yang membebankan punggungmu.. mungkin belakang manusia, dipanggil punggung.. yang biasa diletakkan beban di belakang atas dari punggung..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 11 December, 2010, 08:34:17 PM
  • Publish
  • Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
    "Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".


     Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".

    semua ciptaan Allah
    nama nama segalanya juga ciptaan Allah
    bila kita sebut nama nama apa sekalipun - sepatutnya ingat Allaah

    bila orang (kita) sebut Muhammad kita (orang) pun sambut sal l allahu alihi wasallam

    juga lebih patut jika sesiapa sebut Allah kita sambut subhanahu wa Taala

    jika kamu selawat satu kali kepada muhammad, AKU balas 10 kali kepada mu


    Subhanallah

    (hilang kesulitan bila selalu Ingat dan Sebut nama nama Allah dan juga selawat)



    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #6 29 December, 2010, 02:29:27 PM
  • Publish
  • Semoga Allah sentiasa melapangkan dada (melapangkan hati dan fikiran untuk menerima ilmu-ilmu Mu Ya Allah) serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusan.
    لا إله إلا الله

    halawah

    • *
    • Posts: 2602
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #7 30 December, 2010, 01:53:10 PM
  • Publish

  • Alangkah lapangnya dada setiap kesusahan pasti ada kesenangan
    (kesempitan pasti ada kelapangan)maka janji Allah swt;

    Mendapatkan Bantuan dan Dukungan dari Allah

    "Dan sungguh Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Maha Perkasa." (Q.s. al-Hajj: 40).

    "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Q.s. al-Baqarah: 249).

     :syukur:  :syukur:  :syukur:

    sumaliff

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #8 30 December, 2010, 04:11:58 PM
  • Publish
  • Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan ku dengan memberi petunjuk dan hidayah, dan dengan itu semestilah diriku ini  sentiasa mengingati kpdNya setiap degupan jantungku ini...

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #9 30 December, 2010, 09:17:05 PM
  • Publish
  • Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan ku dengan memberi petunjuk dan hidayah, dan dengan itu semestilah diriku ini  sentiasa mengingati kpdNya setiap degupan jantungku ini...

    amin..amin..amin..

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #10 30 December, 2010, 11:43:56 PM
  • Publish
  • :)

    Surah al-Insyirah ini,surah(antara) yang saya jadikan sebagai penguat semangat di kala selubungi kesulitan...saya sentiasa beringat di sebalik kesulitan ada kemudahan tetapi hendaklah diiringi dengan usaha sebagaimana firman Allah,"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran..."mestilah sentiasa beriman kepada Allah..jika diuji dengan kesulitan terus berputus asa,maka tiada kemudahan Allah berikan sesungguhnya janjiNya adalah pasti..dan Allah bersama dengan orang2 yang bersabar dan mengharungi kesulitan dengan keimanan dan kesabaran...ya..itu dia..insyaAllah,bersama2lah..:-)
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 14 February, 2011, 07:09:57 AM
  • Publish

  • SURAH al-Sharh (al-Inshirah) termasuk dalam Surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 8 ayat. Ia diturunkan selepas Surah al-Dhuha.

    Surah ini mempunyai hubungan erat dengan surah sebelumnya dan kerana itulah Tawus dan Umar Ibn Abdul Aziz menyatakan bahawa kedua-dua surah ini sebenarnya satu.

    Mereka berdua membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat tanpa memisahkannya dengan Basmallah. Akan tetapi menurut riwayat yang mutawatir kedua-dua surah ini adalah dua surah yang berasingan sekalipun kedua-duanya mempunyai hubungan yang erat.

    Ini disebabkan dalam setiap surah terdapat pelbagai nikmat dan perintah mensyukuri nikmat-Nya.

    Firman Allah SWT: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

    Ibn Jauzi berkata: Dengan maksud pembukaan yang menghilangkan sebarang sekatan daripada mendapatinya. Dan Allah SWT membuka dada Nabi-Nya SAW dengan hidayat dan makrifah secara menghilangkan segala kesibukan daripada mendapati kebenaran. Persoalan ini sebagai persoalan untuk mengiakannya.

    Firman Allah SWT: Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

    Syed Qutub berkata: Yakni Kami telah ringan beban dakwah yang amat berat itu dengan melapangkan hatimu, dan dengan memberi taufik dan kemudahan kepadamu untuk melaksanakan tugas dakwah dan dengan menurunkan wahyu kepadamu untuk menerangkan hakikat-hakikat yang sebenar dan untuk menolongmu mempengaruhi jiwa manusia dengan cara yang lemah lembut.

    Tidakkah engkau dapati semuanya itu ketika menanggung beban yang telah memberatkan belakangmu? Tidakkah kini engkau dapati beban itu telah menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?

    Firman Allah SWT: Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

    Ibn Jauzi mengemukakan lima pendapat:

    *Nama Rasulullah SAW disebut bersama Allah dalam syahadah. Inilah pendapat jumhur.

    *Allah tinggikan sebutan Nabi Muhammad dengan kenabian seperti kata Yahya bin Sallam.

    *Allah angkat Baginda sebutannya di hari akhirat sebagaimana di angkatnya di dunia. Seperti hikayat al-Mawardi.

    *Allah mengangkat sebutan Nabi Muhammad SAW di sisi para malaikat di langit.

    *Allah mengambil janji bagi Muhammad ke atas para Nabi dan mewajibkan mereka beriman dengan Rasulullah SAW. Seperti hikayat al-Tha’labi.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #12 14 February, 2011, 10:11:28 AM
  • Publish

  • Alangkah lapangnya dada setiap kesusahan pasti ada kesenangan
    (kesempitan pasti ada kelapangan)maka janji Allah swt;

    Mendapatkan Bantuan dan Dukungan dari Allah

    "Dan sungguh Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Maha Perkasa." (Q.s. al-Hajj: 40).

    "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Q.s. al-Baqarah: 249).

     :syukur:  :syukur:  :syukur:
    InsyaaAllah, semoga diberi kefahaman dari sisi-NYA, akan MAQSUD hidup... DA'EI ILALLAAH......

    azy mazyah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Reply #13 14 February, 2011, 12:51:02 PM
  • Publish
  •  :)
    Syukran jazilan...perkongsian sgt berguna.Akan saya amalkan...
    cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman,
    hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    7186 Views
    Last post 05 November, 2012, 12:00:39 PM
    by halawah
    25 Replies
    10525 Views
    Last post 12 December, 2011, 12:39:15 PM
    by al_ahibbatu
    4 Replies
    4649 Views
    Last post 23 February, 2010, 08:43:49 AM
    by ahmad_chill