Bila Bayi Menangis Malam

*

Author Topic: Bila Bayi Menangis Malam  (Read 15367 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ezane

  • *
  • Posts: 177
    • View Profile
09 December, 2010, 01:10:33 PM
  • Publish
  •  :)

    Setelah bergelar ibu sebulan lalu, saya begitu bersyukur dan gembira. Segala kepayahan ibu dulu dirasai sekarang dan mendatangkan keinsafan. Namun saya perlukan bantuan dan nasihat. Anak saya iaitu Anas sering menanggis malam tanpa henti. Saya khuatir...kerana saya sering membantu merawat hamba Allah yanng terkena hesteria dan buatan org. Saya selalu bacakan zikir dan ayatul kursi tetapi tidak juga berkesan. Bantu lah saya...
    http://www.mayezaneswardrobe.blogspot.com
    -Berjuang Memanusiakan Manusia-

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #1 09 December, 2010, 01:17:35 PM
  • Publish
  • :)

    Setelah bergelar ibu sebulan lalu, saya begitu bersyukur dan gembira. Segala kepayahan ibu dulu dirasai sekarang dan mendatangkan keinsafan. Namun saya perlukan bantuan dan nasihat. Anak saya iaitu Anas sering menanggis malam tanpa henti. Saya khuatir...kerana saya sering membantu merawat hamba Allah yanng terkena hesteria dan buatan org. Saya selalu bacakan zikir dan ayatul kursi tetapi tidak juga berkesan. Bantu lah saya...


     :)
    Tahniah puan. PL nak pastikan ayat tu, membantu atau puan sendiri yang merawat? Cuba bawa dulu berjumpa pakar kanak2, mana tau, mungkin disebabkan ada penyakit yang lain. Dah cuba dan memang takda penyakit lain, baru cuba berubat cara perubatan Islam, InsyaAllah. Ada cara penyembuhan Nya tu, cuba dulu yang tu.
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 09 December, 2010, 01:22:54 PM
  • Publish
  •   :msya:  MasyaAllah,  ezane,benarkah khabar ini?  Ezane sudah berumahtangga dan menjadi ibu?  Tahniah. Siapakah gerangannya yang menjadi raja dihati mu?

    Patutlah lama ezane menghilangkan diri. Kali terakhir ialah sewaktu ummi hubungi ezane melalui telefon tahun lalu.Lepas tu,langsung ezane senyap, rupanya dah jadi ibu.  :syukur:


    Semoga rumahtanggamu  dik,  didalam rahmat dan kasih sayang Allah.  Jadilah isteri solehah. Nanti-nanti ummi berikan panduan untuk mengatasi anak menangis tu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 09 December, 2010, 01:27:57 PM
  • Publish
  • Anak saya iaitu Anas sering menanggis malam tanpa henti.

    Anak menangis malam tu biasa sahaja, tambahan lagi ketika masih dalam hari. (baru 1 bulan). Anak menangis malam tu tak ada kaitan apa-apa pun. Memang ada bayi yang menangis malam sehingga berbulan-bulan usianya.

    Bayi tu mahu dipeluk, dibelai dan diberi perhatian. Jadi bila bayi menangis malam, peluk dan belailah dia dengan kasih sayang. Letakkan di dada ibu supaya dia merasai kehangatan dan mendengar dengup jantung ibu. Anak itu akan rasa selamat dan selesa. Memang payah sebab ibu terpaksa berjaga malam, tapi tak apa. Itu lah pengorbanan seorang ibu. Nanti bila anak dah tidor,ibu tidorlah juga tak kira siang, pagi atau petang untuk cover ketika berjaga malam.

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #4 09 December, 2010, 01:32:51 PM
  • Publish
  • Ya Allah ummi...rindu sangat dengan ummi. ummi sihat ke? Alhamdullilah..akhirnya Allah temukan saya dengan jodoh saya. Raja yang bertakhta d hati rupanya selalu di depan mata, sahabat saya sendiri.

    Anak saya ni ummi..PL..tak juga sakit. Cuma asal tengah malam saja menanggis sampai nak sawan. 

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #5 09 December, 2010, 01:36:35 PM
  • Publish
  • Owh..baby ni nak kena belai-belai ye..Insya Allah saya buat nanti. Saya perlu nasihat dan bantuan...Al maklum masih menimba ilmu

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 09 December, 2010, 01:39:17 PM
  • Publish
  • Ezane, ini ummi berikan sedikit panduan berdasarkan pengalaman lalu...
    Anak menangis malam tu sebenarnya  nak beri ibu banyak ganjaran pahala...dengan syarat ibu mesti sabar dan redha.

    Tangisan bayi ada 4 makna –

    1) ia kurang selesa
    2) ia mengalami gangguan tapi tak ada  kena mengena dengan histeria atau lain-lain.
    3) ia lapar, menangis dan jadi kembung
    4) ia bersyukur.

    1) Ia kurang selesa dgn suhu malam yang dingin atau ia kencing.

    2) Apabila senja dan malam menjelang, maka berkeliaranlah mahluk halus mencari mangsa dan bayi paling mudah diserang. Bayi akan menangis bila melihat makhluk begini menghampirinya. Boleh baca doa untuk menenangkan keadaan.

    3) Ia rasa lapar lalu menangis. Apabila menangis, ia akan menelan banyak udara dengan setiap nafas. Lagi banyak menangis, lagi banyak udara masuk ke dalam badannya. Ini membuatnya rasa kembung dan tak selesa, dan ia terus menangis tanpa henti.

    4) Tangisan bayi ialah cara ia bersyukur kpd Allah kerana ia belum lagi tahu berkata-kata.


    Untuk mengatasi kesemua masalah ini, puan boleh mengambil beberapa langkah –
    1) susukan
    2) beri air suam
    3) urut
    4) barut dan
    5) bengkung/ bedung   (baca di sini kenapa bayi dibedung   http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2009/10/kenapa-bayi-perlu-dibedung.html )


    1) Jika Ezane menyusu badan, susukannya sedikit atau berikan susu formula.

    2) Ezane boleh mandikan bayi apabila petang dan sapukan sedikit minyak Mastika/telon kat perutnya. Letakkan bayi atas perutnya dan urut kedua kakinya bagi mengeluarkan angin jika ada.

    3) Pakaikan barut dan baju. Pilih lengan panjang, seluar panjang, setokin dan sarung tangan.

    4) Bengkung/ bedungkan bayi supaya perutnya kemas dan ia rasa selesa spt dipengang oleh ibunya. Biarkan ia tidur dalam keadaan selesa dan perut kenyang, tak kembung.

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #7 09 December, 2010, 01:44:03 PM
  • Publish
  • Ummi..apa surah-surah yang afdal diperdengarkan dengan anak? Saya selalu perdengarkan anak Surah Maryam selain ayatul kursi dgn selawat syifa.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 09 December, 2010, 01:47:28 PM
  • Publish
  • Ummi..apa surah-surah yang afdal diperdengarkan dengan anak? Saya selalu perdengarkan anak Surah Maryam selain ayatul kursi dgn selawat syifa.


    Bacalah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, surah An-Nas dan Al-Falaq.

    Setelah selesai membaca kesemua ayat di atas, baca pula ayat di bawah ini sehingga habis sambil di hati kita berharap dan berdoa agar Allah swt. memelihara zuriat kita daripada gangguan iblis dan syaitan.



    [1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. [Surah Al-Qadr]


    Wassalam


    Kalau ezane tak boleh baca sebab masih berhadas besar,minta suami yang bacakan.

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #9 09 December, 2010, 01:51:27 PM
  • Publish
  • Ummi..apa surah-surah yang afdal diperdengarkan dengan anak? Saya selalu perdengarkan anak Surah Maryam selain ayatul kursi dgn selawat syifa.

    a'aa betul betul betul apa yang ummi katakan tu...

    kalau suami lepas solat,
    mahu tilawah sikit..
    tilawahlah sebelah anas tu..
    sama2 dengar...

    p/s : mesti anas comel..   senyum*

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Reply #10 09 December, 2010, 02:08:21 PM
  • Publish
  • salam..

    betul ape yg ummi bagitahu tu.
    saya pun pernah alami mcm ni masa dlm pantang dulu... dh buat cara2 di atas, tapi xleh jalan nmpknye. sy pun dh bawa anak p jumpa doktor n pakar homeopati pun sudah (risau kot2 baby kene "kolik")

    akhirnye saye pasrah.. mungkin ada gangguan.
    anak saya akan henti menangis kalo
    1. suami yg bacakan baca yasin (anak akan berhenti nangis slps ayat terakhir)
    2. suami azan 7x (selepas azan ke 7 selesai anak akan diam n keletihan. lihat reaksinye.. semakin azan, semakin kuat ia menjerit, macam kena dera!) tp lps habis 7x azan, alhmdulillah anak saya berenti nangis)
    3. baca ayat2 manzil. (lps habis ayat2 manzil, bb akan diam dan keletihan , hen terus tidur)

    lepas seminggu saya amalkan ayat2 manzil tu, ahmdulillah anak saya dh xnangis smpai sekarang. bb pun dh setahun.

    ada lagi ustaz darussyifa ajarkan guna lada hitam, baca qursi 9 x berhenti. tiup pd lada hitam dan campak dlm rumah. (niat usir makhluk yg mengganggu)
    cara ni pun berkesan.
    tapi time baca ayat2 manzil tu atau yasin, hati kene tenang dan yakin pd Allah yg bacaan kita diterimaNya. kalo hati tak tenang, menggelabah atau separa yakin (xyakin betul2) mmg tak berkesan.

    *sekadar berkongsi, harap membantu serba sedikit

    wallahua'lam

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #11 09 December, 2010, 02:18:39 PM
  • Publish
  • (anak akan diam n keletihan. lihat reaksinye.. semakin azan, semakin kuat ia menjerit, macam kena dera!) tp lps habis 7x azan, alhmdulillah anak saya berenti nangis)----> hah..ni lah yang saya khuatir tu. Saya dah bersih dari nifas dan bacakan ayat kursi. Saya makin panik bila saya baca surah atau zikir di telinga Anas dia makin menanggis sampai muka merah padam. Selepas tu saya perasaan juga, setiap kali azan subuh berkumandang dia berhenti menanggis dan terus tidur. Masa ni pasang radio kuat mana pun dia tak kisah sebab letih. Anas selalu menanggis dr tengah malam sehingga azan subuh.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 09 December, 2010, 02:46:03 PM
  • Publish
  • Sabar  saja ezane,memang ada bayi yang berjaga dan menangis selepas tengah malam hingga ke pagi. Bukan lah sesuatu yang luar biasa kalau anak  tu menangis ditengah malam terutama selepas dinihari. Saja nak uji kesabaran ibu ayahnya.

    Nanti selepas 2,3 bulan akan berubahlah ragamnya.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #13 09 December, 2010, 02:54:26 PM
  • Publish
  • hrm... pada pandangan saya, Anak Puan sedang membesar (secara spritual).

    jika diperhatikan dari sudud sains, kelenjar² di dalam tubuh anak itu sedang aktif dan masih belum dapat dikawal oleh badannya.

    Kes yang sama ini juga pernah di alami oleh anak pertama akak saya.. perlu dibawa kepada perubatan islam agar keaktifan 'kelenjar' dalam tubuh dia stabil.

    Dalam kes anak akak saya, dia dilumur dengan air sireh oleh seorang kiyai.. saya pun taktau kiyai mana dia jumpa.. selepas disapu air sireh, anak tu terus okey...  dan kemudian, anak tu ada masalah penghadaman pulak..

    Tukar susu terus ok..

    Sekian..

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #14 09 December, 2010, 02:55:50 PM
  • Publish

  • Anak saya ni ummi..PL..tak juga sakit. Cuma asal tengah malam saja menanggis sampai nak sawan.

    Ada tanda sawan tangis ke? Kalau ada , baik bawa g berubat dulu.Maaf kalau banyak tanya.

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #15 09 December, 2010, 03:02:29 PM
  • Publish


  • Ada tanda sawan tangis ke? Kalau ada , baik bawa g berubat dulu.Maaf kalau banyak tanya.
    [/quote]

    takdo pula tanda sawan tanggis

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #16 09 December, 2010, 03:12:00 PM
  • Publish


  • Ada tanda sawan tangis ke? Kalau ada , baik bawa g berubat dulu.Maaf kalau banyak tanya.


    takdo pula tanda sawan tanggis

    Ya, alhamdulillah kalau takdo...cuba dulu apa yang dah diberi kat atas tu, insyaAllah. dari masa ke semasa, bagitau lah perkabaran Anas tu. InsyaAllah,ramai yang cuba membantu dan mendoakan. amin..

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #17 09 December, 2010, 03:22:25 PM
  • Publish
  • terima kasih diatas bantuan sahabat semua. Sekarang ni Anas tengah tidur nyenyak..

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #18 09 December, 2010, 03:24:44 PM
  • Publish
  • terima kasih diatas bantuan sahabat semua. Sekarang ni Anas tengah tidur nyenyak..

    Ibunya pun apalagi, nyenyak-nyenyak kan lah tidur tu..preparation tuk berjago malam ni. Maaf ye, gurau2. Moga hilang stress puan tu. Bersabar ye, ada hikmahNya nanti.

    ezane

    • *
    • Posts: 177
      • View Profile
    Reply #19 09 December, 2010, 03:29:43 PM
  • Publish
  • tak dapat nak tidur..dah tak terasa mengantuk masa ni. Mungkin anak pertama excited saja. Malam nanti saya buat kopi kaw-kaw boleh minum dengan suami.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    3515 Views
    Last post 13 February, 2009, 01:15:38 AM
    by najwa_hamali
    17 Replies
    4097 Views
    Last post 26 November, 2010, 05:45:55 PM
    by hada_islamic
    4 Replies
    1193 Views
    Last post 08 February, 2011, 10:58:31 AM
    by mohdazri