Buat insan yang diuji..termasuk diriku....

*

Author Topic: Buat insan yang diuji..termasuk diriku....  (Read 5549 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 December, 2010, 01:00:59 AM
  • Publish



  • Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

    Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

     

    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


     

    Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

     

    Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

    Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

    Sumber: Mujahidah Zue

    
    « Last Edit: 09 December, 2010, 01:04:07 AM by wajdani »

    Reply #1 09 December, 2010, 01:42:57 AM
  • Publish
  • Hanya redha yang menjadi ubat di hati...
    Berdoalah supaya hati ini redha dengan segala ketentuanNya...
    Sesungguhnya Dia menyempitkan untuk meluaskan...
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Reply #2 09 December, 2010, 08:09:23 AM
  • Publish
  •  :)

    ujian itu satu rahmat dan kasih sayang dariNya.....
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #3 09 December, 2010, 08:45:25 AM
  • Publish


  • Ya Allah..Wahai Tuhanku..
    Sesungguhnya aku ini adalah hambaMU yang jahil lagi hina..
    Didiklah hatiku agar aku tetap teguh di jalanMU..
    Perbaikilah akhlakku agar aku sentiasa dalam redhaMU..

    Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..
    Sesungguhnya aku lebih suka penjara dari ajakan perempuan2 itu..
    Aku tiada kekuatan untuk membuat kebaikan mahupun menolak kejahatan..
    Oleh itu Ya Allah, lindungilah aku dari berbuat maksiat kepadaMU..
    Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMU..

    Ya Allah..Ya Ghaffar..Ya Qahhar..
    Tabahkanlah aku dalam menempuh ujianMU ini..
    Teguhkanlah aku dalam perjuanganMU ini..
    Satukanlah saudara seperguruanku dalam satu jemaah yang kuat dan bersatupadu..
    Bantulah segala urusan kami dan guru kami..
    Izinkanlah kami dalam mencari redhaMU..

    Ya Allah..
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka kepada pengampunan,
    Oleh itu, ampunilah segala dosaku..
    Sekiranya Engkau tidak mengampuni aku,
    maka termasuklah aku dalam kalangan orang yang zalim..

    Reply #4 09 December, 2010, 11:42:18 AM
  • Publish
  •  :)

    bgusnya....pesanan untuk semua....hidup ini..adalah sementara....

    Reply #5 09 December, 2010, 12:22:09 PM
  • Publish
  •  :ws:


    Jika rasa diri ni penuh dosa ,kalimah yang baik diucapkan;

    رب إني ظلمت نفسى ظلماكثيرا وإنه لايغفرالذنوب أنت


     “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri
    dengan kezaliman yang banyak, dan sesungguhnya tidak ada yang
    mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.”   

    Asy Syibli38 berkata ketika terlanggar tangan Al Junaid,

    لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
     “Laahaula wa laa quwwata illa billah’Aliyyil’Aziim
    "Tiada daya dan kekuatan melainkan pada Allah jua Yang maha Tinggi lagi Maha Agong"
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #6 09 December, 2010, 04:50:03 PM
  • Publish
  • kekasih ALLAH tidak di biar dengan kemewahan..................
    sebaliknya kekasih ALLAH sentiasa duiji olehNYA...................
    kekasih ALLAH sentiasa melalui jalan-jalan yang berduri..............
    itulah tanda kasih sayangNYA terhadap kita...............


                                                                                            :aamiin:

    Reply #7 10 December, 2010, 01:30:26 PM
  • Publish
  • ku menatap dalam kelam
    tiada yang bisa ku lihat
    selain hanya namaMu Ya ALLAH

    esok ataukah nanti
    ampuni semua salahku
    lindungi aku dari segala fitnah

    kau tempatku meminta
    kau beriku bahagia
    jadikan aku selamanya
    hambaMu yang selalu bertakwa

    ampuniku ya ALLAH
    yang sering melupakanMu
    saat Kau limpahkan kurniaMu
    dalam sunyi aku bersujud

    لا إله إلا الله

    Reply #8 10 December, 2010, 01:35:46 PM
  • Publish
  • Ya Allah kuatlah iman ku, ya Allah mempermudahkan lah, aku redha akan semua ujian yang diberi oleh MU, moga2 iman aku kekal sehingga ke akhir hayatku..tidak lah ku meminta kekayaan dan kesenangan didunia..tapi cukuplah mendekati MU ya Allah
    I am proud to be a MUSLIM

    Reply #9 10 December, 2010, 01:45:48 PM
  • Publish
  • Ya Allah kuatlah iman ku, ya Allah mempermudahkan lah, aku redha akan semua ujian yang diberi oleh MU, moga2 iman aku kekal sehingga ke akhir hayatku..tidak lah ku meminta kekayaan dan kesenangan didunia..tapi cukuplah mendekati MU ya Allah



    Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.




    *Untuk diri sendiri juga*

    Reply #10 10 December, 2010, 02:11:06 PM
  • Publish
  • masih kurang faham?? Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya. banyak iman lalui..malas nak cita..lotih..janji iman tak lari dari ikadah je..bapa siap nak jumpa paderi daaaaa..sebab tu lah iman dibuang family, iman degil..kot2 paderi tu simbah holly water ke iman..astaghfirullalazim..
    peringatan kepada kita ni manusia..jangan masa dah susah baru nak doa kat Allah itu ini..kalau boleh masa senang syukur, masa susah syukur, ada sedikit syukur..

    Reply #11 10 December, 2010, 02:23:53 PM
  • Publish
  • hidup memang tak terlepas dari  ujian.
    org kaya diuji, org miskin diuji
    org tua diuji, org muda diuji, org single diuji, org berkahwin diuji, org bercouple diuji (confirm!)
    ada anak diuji, takde anak diuji, ada kerja diuji, menganggur pun diuji..

    kita semua sentiasa diuji.
    yang penting kite kene faham sbb ape kita disini... (peringatan utk diriku). ujian itu utk kembalikan kita kpd matlamat kejadian kita. dan menguji siapakah antara kitayg paling bertakwa

    bukankah Allah berfirman tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain utk beribadat kepadaKu

    wallahua'lam.

    Reply #12 17 December, 2010, 01:21:02 AM
  • Publish
  •  :)

    Lagu ini saya tujukan kepada semua ahli halaqian..

    Rasanya kena dengan tajuk ini..

    Jika salah saya minta maaf..

    Pasrah Segalanya - De Hearty

    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    Reply #13 17 December, 2010, 01:34:41 AM
  • Publish
  • :)

    Lagu ini saya tujukan kepada semua ahli halaqian..

    Rasanya kena dengan tajuk ini..

    Jika salah saya minta maaf..

    Pasrah Segalanya - De Hearty


    Pasrah Segalanya
    Album :
    Munsyid : DeHearty
    http://liriknasyid.com


    Pernah hati ini terguris
    Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
    Sehingga terasa diri ini hina
    Kerana tiada siapa yang sudi membela
    Kutabahkan hatiku harungi hidup
    Biarpun tiada siapa yang menemani
    Keseorangan aku di lautan sepi
    Ditinggalkan mereka yang aku percayai

    Namun ku tahu ada hikmahnya
    Setiap segala yang menimpa diri
    Kuserahkan segala padaMu Tuhan
    Yang berkuasa jua mencipta
    Kerana engkau MAha Mengetahui
    SEgala apa yang terbuku di hati

    C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
    Menahan dugaan yang mencabar ini
    Terasa bagai noktah telah kutemui
    Mengakhiri segala yang telah aku mulai
    Ya Allah engkau lindungilah aku
    Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
    Agar tabahku menghadapi dugaan
    Agar tidakku berhenti di pertengahan

    Kini di sini aku berdiri
    Bersama harapan yang tulus suci
    Agar terbitlah kembali menteri pagi
    Setelah malamku berkalut benci

    lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

    -mendalam maksud lirik ni :'(

    Reply #14 17 December, 2010, 01:38:44 AM
  • Publish
  •  :)

    Betul kak wajdani..

    Lagu ini memang dalam maksudnya...

    Saya suka dengar lagu ini..

    Tabahkanlah hati kita sekiranya diberi ujian

    Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu ujian itu..
    « Last Edit: 17 December, 2010, 01:41:06 AM by rabbitah »

    Reply #15 17 December, 2010, 06:31:20 PM
  • Publish
  • kenapa resah apabila kita di beri ujian?kenapa selalu kita mengeluh bila di beri ujian?ujian tu apa?ujian dalam konteks kata lain adalah sesuatu yang di beri untuk menilai di mana tahap kita..kalau masa belajar,,exam la jadi penentu,,kalau dalam kehidupan harian..hanya Allah yang memberi kita ujian..tapi kita sedar tak kenapa Allah beri kita ujian?

    kalau kita hamba Allah yang redha akan ujian yang Allah bagi,,kita adalah golongan yang beruntung,,sebab apa?bukan semua orang dapat ujian yang sama macam kita dapat,,kalau yang kaya,,Allah uji dia dengan harta kemewahan,,adakah dia itu golongan bersyukur atau pun golongan yang telah di beri ujian yang bernama istidraj?

    Kalau Allah uji kita,,adalah sebab kenapa Allah nak uji kita,,alangkan di zaman sahabat pun Allah beri mereka ujian,,di zaman para nabi Allah beri mereka ujian,,bahkan nabi Bal'am Allah bagi ujian dengan bala tentera nabi Musa,,ini nabi,nabi Allah sendri Allah beri ujian,,,lagi kita ni yang entah kat mana nilai di sisi Allah..

    sebab tu la Allah ciptakan neraka,Allah ciptakan syurga..sambil balas thread ni saya nak balas thread ni Re: Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

    kenapa Allah ciptakan neraka?sebab Allah itu maha Adil..Allah itu maha penyayang,,sebab apa saya cakap Allah itu maha penyayang?sebabnya Allah dah bagi kita amaran,,sesiapa yang langgar arahan Allah,,neraka lah tempatnya,,sebaliknya sesiapa yang mengikut aturan dan perintah Allah syurga lah tempatnya,,kan adil gitu?sama juga macam manusia membuat peraturan..undang-undang negara misalnya,,kenapa ada undang-undang?sebab mahu memberi amaran,,sesiapa yang langgar peraturan..penjara jawapannya..

    dalil dalam surah Al-Isra:

    Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau. (Al-Israa' 17:60)

    kenapa Allah ciptakan neraka?sebab Allah tidak mahu hambanNya melakukan kemungkaran yang melampau di muka bumi..sebab apa? kita ni manusia adalah hambaNya yang di kurniakan akal fikiran..beruntunglah bagi mereka yang menggunakan akal fikiran..

    berbalik pada konteks kenapa aku di uji..kita tengok petikan dari surah-surah ni:

    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)



    Reply #16 26 October, 2012, 04:48:34 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,
     
    La Tahzan wahai sahabat...
    Kehidupan ini penuh dengan liku-liku, cobaan, rintangan, ujian dan segala fatamorgananya, semua itu hanya untuk mengukur kadar keimanan dan ketaqwaan kita di hadapan ALLAH SWT. Maka setiap manusia akan diuji.

     
    QS Al-Ahzab, ayat 11 :
    "Disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat".

    QS Al-'Ankabuut ayat 2 :
    "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi".

    Dan bukti kecintaaan ALLAH SWT kepada seorang insan adalah dengan mengujinya. Bagi siapa saja yang menyerah dengan keadaan yang dialaminya maka ia akan kalah dan akan terpuruk dalam kesesatan, namun siapa yang menjalani serta melewatinya dengan keikhlasan dan kesabaran, maka Darjat yang tinggi akan diraihnya kelak hingga pahala yang tak terhingga.
     
    Kamu tak sendiri wahai sahabatku, masih ada sahabat-sahabatmu yang menyayangimu, masih banyak orang-orang disekitar yang peduli akan kamu. Terlebih lagi Sang Khaliq yang selalu ada setiap detik denyut nadimu. Dekatkanlah dirimu kepada-NYA, bermohonlah dengan segenap jiwa ragamu, agar dirimu lebih tenang dan damai. Hanya kepada-NYA lah kita meminta pertolongan, berdoa dan berserah diri seraya menumpahkan curahan hati kita yang lemah ini. Berceritalah kepada-NYA, berkomunikasilah dengan-NYA, bersujud dan tadahkanlah tanganmu. Yakinlah ALLAH SWT itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha mengasihi dan menyayangi melebihi dari semua insan yang menyayangimu.
     
    Sahabatku,
    Engkau boleh saja mengeluarkan air matamu di hadapan-NYA dalam kekhusyukan malammu, kerana kita semua adalah insan yang lemah di hadapan-NYA. Namun janganlah sampai engkau terlarut dalam kesedihan itu. Kerana ALLAH SWT lebih mengetahui segala apapun yang ada di dalam lubuk terkecil hatimu, kelmarin, hari ini dan esok.
     
    Duhai sahabatku, saudaraku,
    Lukamu adalah lukaku, deritamu juga deritaku, yang kau rasa akan kurasa, kerana aku adalah sahabatmu dan saudaramu, kita berkeluarga dalam akidah Islam. Aku bukan mengguruimu, aku hanya mengingatkanmu walau peribadi ini belumlah sempurna, namun kebaikan ini harus disampaikan. Ingatkah duhai sahabatku, saudaraku, ALLAH telah berfirman, QS Al-´Ashr, ayat 3 : "kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".
     
    Wahai sahabatku yang sedih hatinya,
    Kamu tak sendiri, bukan hanya dirimu yang mendapat segala kesedihan yang mendalam. Aku, dan sebahagian sahabat lainnya juga pernah merasakan hal yang sama denganmu. Maka berdirilah dengan ketegaran dan ketabahan, semangatlah dengan senyuman indahmu, bahawa ada yang lebih baik lagi setelah ini terjadi.
     
    Ada makna dibalik prahara,
    Ada hikmah yang bermanfaat dalam suatu kejadian,
    Ada yang lebih baik lagi dari sebuah kepahitan,
    Ada kebahagiaan setelah derita kesedihan dan kesengsaraan,
    Ada rahsia besar akan terungkap.
    Sabarkanlah diri dan hatimu. "..Dan Allah beserta orang-orang yang sabar",
     
    Wahai sahabatku,
    janganlah bersedih lagi...Wassalam.
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Reply #17 19 November, 2012, 12:24:17 AM
  • Publish
  • Saat paling manis adalah apabila tersedar akan manisnya hikmah yang Allah beri selepas diri diuji.. semakin bersyukur,semakin insaf,semakin dewasa dan semakin gembira.. tak sangka dikurniakan hati kecil yang tabah dan mampu bangkit selepas gagal atau terluka.. dan berusahalah agar 'redha' dengan ujian itu tidak hanya di mulut..Allah menduga bererti Allah cinta..  :syukur:
    Andai berdiri kau sebagai sebuah pohon, berbuahlah agar bermakna dan bermanfaat untul semua..

    Reply #18 19 November, 2012, 10:45:12 AM
  • Publish
  • Setiap kali ilmuku bertambah banyak,
    Maka aku bertambah tahu,
    Akulah orang yang jahil

    Puisi dari Imam Syafie...
    Islam - The Way Of Life
    http://www.youtube.com/edu4kids

    Reply #19 19 November, 2012, 12:19:07 PM
  • Publish
  •  :)

    Kita disini di uji dengan kejahilan,kekayaan,kemiskinan harta dan kemiskinan IMAN,
    tetapi mereka di sana diuji berperang mempertahankan agama dan tanah air...

    Apapun ujian dan dugaan kamu,

    Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan serta kesabaran menempuh ujian dan dugaan
    Semoga dengan ujian bertambah syukur,bertambah IMAN,bertambah rahmat dariNYA

    Wallahu'alam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    3106 Views
    Last post 07 June, 2009, 05:52:31 PM
    by ahmad_siddiqui
    7 Replies
    1722 Views
    Last post 14 November, 2010, 11:56:05 PM
    by aini zinnirah
    0 Replies
    674 Views
    Last post 12 December, 2010, 12:21:35 AM
    by layyinul qalbie