Apakah hukum muslimah masuk pertandingan tilawah quran?

Author Topic: Apakah hukum muslimah masuk pertandingan tilawah quran?  (Read 3064 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Iffah Muhsin

  • *
  • Posts: 820
    • View Profile
08 December, 2010, 06:59:35 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Apakah hukum muslimah yang masuk pertandingan tilawah quran sedangkan suara perempuan itu adalah aurat?
    Minta penjelasan dari yang mengetahui.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 08 December, 2010, 07:49:16 AM
  • Publish Di FB
  • Menurut pandangan TNGA, walaupun suara wanita ini khilaf, tetapi TNGA nak ikut pandangan menyatakan suara wanita itu aurat. Bila aurat TNGA tidak benarkan wanita menyertai tilawah. Di bawah ini petikan akhbarnya.


    [okay]Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun.

    Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

    Beliau juga berkata, walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat.

    Hujah itu disokong Ustaz Abdullah dengan merujuk Imam Shafei pada risalahnya, 'Hukum Nyanyian' yang menyatakan pemilik jariah apabila berkumpul mendengar nyanyiannya, maka dialah orang yang bodoh dan tertolak syahadahnya.

    http://khalifah04.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19085:kelantan-tetap-larang-qariah-sertai-tilawah-&catid=1:utama&Itemid=50
    [/okay]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 08 December, 2010, 08:04:21 AM
  • Publish Di FB
  • Sehubungan ini  adakah suara wanita itu aurat?, Bacalah petikan di bawah ini.
     
    Suara wanita bukanlah aurat, selama tidak disuarakan dengan cara yang melanggar syara’, misalnya dengan suara manja, merayu, mendesah, dan semisalnya. Maka dari itu, wanita boleh bertilawah dengan syarat tidak disertai perbuatan haram dan maksiat, seperti ikhtilath (campur baur di antara lelaki & wanita), membuka aurat, dan sebagainya.

    Dalil bahawa suara wanita bukanlah aurat, adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Dalil dari Al-Qur`an terdapat dalam dalil-dalil umum yang bersifat wajib, sunah/mandub atau mubah dalam berbagai aktiviti, yang bererti mencakup pula bolehnya wanita melakukan aktiviti-aktiviti itu. Wanita berhak  melakukan aktiviti jual beli (QS 2: 275; QS 4:29), berhutang piutang (QS 2:282), sewa menyewa (ijarah) (QS 2:233; QS 65:6), memberikan persaksian (QS 2:282), menggadaikan barang (rahn) (QS 2:283), menyampaikan ceramah (QS 16:125; QS 41:33),(QS 16:43), dan sebagainya. Jika aktiviti-aktiviti ini dibolehkan bagi wanita, ertinya suara wanita bukanlah aurat sebab semua aktiviti itu adalah aktiviti yang berupa perkataan-perkataan (tasharrufat qauliyah). Jika suara wanita aurat, tentu syara’ akan mengharamkan wanita melakukannya (Muhammad Syuwaiki, Al-Khalash wa Ikhtilaf An-Nas, hal. 106).

    Namun demikian, syara’ mengharamkan wanita bersuara manja, merayu, mendesah, dan semisalnya, yang dapat menimbulkan hasrat yang tidak-tidak dari kaum lelaki, misalnya keinginan berbuat zina, berselingkuh, berbuat serong, dan sebagainya. Firman Allah SWT (artinya) : “…maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS Al-Ahzab [33] : 32).

    Suara wanita yang seperti itulah yang diharamkan, bukan suara wanitanya itu sendiri. Jadi, suara wanita itu bukanlah aurat yang tidak boleh diperdengarkan.


    Maka dari itu, boleh hukumnya wanita bertilawah, sebab suara wanita bukanlah aurat. Namun dengan 2 (dua) syarat. Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat seperti mendesah-desah, mendayu-dayu, merayu, dan semisalnya. Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan maksiat, seperti ikhtilath, membuka aurat, dan sebagainya.


    Wallahu a’lam



    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #3 08 December, 2010, 08:30:44 AM
  • Publish Di FB
  • Oh..begitu...terima kasih Ummi. Bertambah lagi ilmu di dada.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    9755 Views
    Last post 30 April, 2014, 07:57:46 PM
    by ansarul_haqq
    2 Replies
    1040 Views
    Last post 28 February, 2010, 10:07:25 PM
    by anasameen
    1 Replies
    765 Views
    Last post 24 July, 2011, 09:49:03 PM
    by farahiyah0394