Hukum Memakai Bulu Mata Dan Rambut Palsu

*

Author Topic: Hukum Memakai Bulu Mata Dan Rambut Palsu  (Read 10648 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hembusankasturi

  • *
  • Posts: 52
    • View Profile
30 November, 2010, 06:16:12 PM
  • Publish
  •  :)

    saya ada persoalan..

    1. apakah hukumnya menyambung bulu mata? maknanya memakai bulu mata palsu?
    2. apakah hukumnya memakai rambut palsu?

    jazakallah..

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #1 30 November, 2010, 06:20:18 PM
  • Publish
  • :)

    saya ada persoalan..

    1. apakah hukumnya menyambung bulu mata? maknanya memakai bulu mata palsu?
    2. apakah hukumnya memakai rambut palsu?

    jazakallah..

    Jawapan:

    Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

    Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

    Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

    http://hafizfirdaus.com/content/view/282/90/
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    miss_sinar79

    • *
    • Posts: 113
    • Cukuplah bagiku Hanya Allah tempat Bergantung....
      • View Profile
    Reply #2 30 November, 2010, 08:32:37 PM
  • Publish
  • :)

    saya ada persoalan..

    1. apakah hukumnya menyambung bulu mata? maknanya memakai bulu mata palsu?
    2. apakah hukumnya memakai rambut palsu?

    jazakallah..

    Jawapan:

    Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

    Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

    Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

    http://hafizfirdaus.com/content/view/282/90/

    salam..

    fakta yang sangat - sangat berguna..syukran jazillan
    Dugaan itu Nikmat, Sabar Itu Indah, Bertemu dan berpisah kerna Allah..

    norakira

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Reply #3 14 June, 2012, 06:25:32 PM
  • Publish
  • bulu mata palsu..bulu mata original lagi cantik...
    pakai bulu mata palsu nampak macan merimaskan...mata redup je

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #4 14 June, 2012, 06:45:25 PM
  • Publish
  • HUKUM BULU MATA

    Soalan
    salam. Saya mempunyai soalan yg sama iaitu hukum memakai bulu mata. Saya mengetahui hukumnya haram. Tetapi ada pihak yg tidak bersetuju dgn hukum ini contohnya mak andam. Mereka inginkan jawapan dan huraian dgn lebih tepat lagi supaya pekerjaan yg mereka lakukan adalah HALAL.

    Jawapan
    Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

    Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, hukum memakai bulu mata palsu adalah diharamkan jika tidak mempunyai sebarang keperluan yang mendesak.

    Antara contoh keperluan yang mendesak adalah seperti mereka yang mengalami kecacatan, penyakit ataupun kemalangan yang menyebabkan kehilangan bulu mata.

    Oleh sebab orang yang tidak mempunyai bulu mata akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai (kerana pelik daripada orang lain) dan ia adalah satu keaiban diri yang boleh mengundang rasa malu. Hal keadaan mereka telah menyebabkan mereka diizinkan untuk memakai bulu mata yang palsu dengan harapan dapat menghindarkan diri daripada keaiban dan rasa malu tersebut.

    Ringkasnya, Muslimin dan Muslimat dibolehkan untuk memakai bulu mata, kening ataupun rambut palsu atas alasan untuk mengelakkan daripada rasa malu. Malah, hal ini adalah termasuk di dalam kategori darurat yang perlu dielakkan.

    Menurut ajaran Islam, setiap kemudaratan perlu dihapuskan sekalipun terpaksa melakukan perkara yang dilarang seperti pemakaian bulu mata, kening dan rambut palsu ini.

    Walau bagaimanapun, situasi ini adalah berbeza dengan apa yang dilakukan oleh mak andam yang menyediakan bulu mata, kening dan rambut palsu atas tujuan untuk menambah kecantikan dan ia bukan untuk memenuhi keperluan bagi menolak kemudaratan.

    Oleh yang demikian, perkara ini adalah dilarang di dalam Islam kerana ia termasuk di dalam perkara yang telah mengubah ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

    Ringkasnya, bulu mata, kening, rambut dan segala jenis benda yang palsu adalah dilarang untuk memakainya melainkan jika ada kemudaratan atau perkara yang mendesak yang memerlukan untuk memakainya bagi menolak kemudaratan tersebut. Wallahu 'alam

    sekasihsayang

    • *
    • Posts: 370
      • View Profile
    Reply #5 14 June, 2012, 06:48:26 PM

    Air mata palsu ok je kan?

    sekasihsayang

    • *
    • Posts: 370
      • View Profile
    Reply #6 14 June, 2012, 06:54:07 PM
  • Publish
  • Dalam video ni Ustaz Azhar cakap boleh pakai bulu mata palsu untuk suami.Ada sape-sape boleh perjelaskan lagi?

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #7 14 June, 2012, 06:54:50 PM
  • Publish
  • air mata palsu?... menangiis
    gunakan eyemo tu ke?

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #8 14 June, 2012, 07:25:37 PM
  • Publish
  • Air Mata Palsu: teguran Imam al-Ghazali Kepada Pendengar Tazkirah

    AI-Ghazali berkata:

    "Ada golongan dari kalangan kaya dan miskin yang terpedaya kerana mereka rasa cukup dengan menghadiri majlis pengajian dan mendengar syarahannya, walaupun mereka tidak mengamalkan nasihat yang disampaikan itu. Orang begini terpedaya kerana tidak sedar bahawa nilai syarahan agama tersebut terletak pada pengamalannya. Kalau syarahan itu tidak mendorong pendengar kepada amalan soleh, maka tidak ada apa-apa manfaat yang diperolehinya. Sesuatu perkara yang menjadi saluran untuk mencapai sesuatu matlamat menjadi penting kerana matlamatnya. Kalau perkara tersebut tidak menolong mencapai matlamat tersebut, nescaya perkara itu tidak berguna lagi. Tetapi orang-orang ini terpedaya dengan faedah mendengar syarahan-syarahan tersebut yang kadang-kadang terlampau ditekankan oleh sesetengah pensyarah. Kerap kali para pendengar ini berasa terharu dan menangis, tetapi mereka tidak berazam untuk menjalani hidup baru yang sesuai dengan kehendak agama. Apabila mereka mendengar sesuatu yang menakutkan, mereka merayu kepada AlIah serta memohon perlindunganNya, seolah-olah semata-mata merayu kepada AlIah sudah mencukupi. Itu semuanya kekeliruan. Orang ini seumpama pesakit yang bertemu tabib untuk mengetahui ubat-ubatnya, tetapi kesihatannya tidak akan pulih dengan pengetahuan tersebut semata-mata. Ataupun orang itu umpama seorang lapar yang tidak kenyang dengan semata-mata mempelajari nama pelbagai jenis makanan.

    "Semata-mata mendengar syarahan agama tidak akan berguna pada hari Akhirat melainkan kehidupan seseorang itu diubah dan dibentuk dengan cara yang menuju kepada ketaqwaan dan ingatan kepada AlIah Ta'ala. Sekiranya syarahan itu tidak membawa kesan ini dan tidak menarik perhatian kamu dari dunia ini, nescaya syarahan tersebut akan menjadi saksi terhadap kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya jika kamu fikir bahawa mendengar sahaja sudah memadai, maka kamu terpedaya. "

    Petikan daripada Rijal al-Fikr Wa al-Da'wah oleh Mawlana Abu al-Hasan al-Nadwi.

    Hitman™

    • *
    • Posts: 2
    • salahuddin al ayubi
      • View Profile
    Reply #9 24 July, 2012, 06:49:25 AM
  • Publish
  • saya nk tnya adakah haram untuk memakai rambut palsu kerana kurang keyakinan diri.

    contohnya bekerja harus berjumpa klien dan perlukan keyakinan diri.

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    13630 Views
    Last post 25 April, 2011, 11:46:45 PM
    by annur nafisah
    12 Replies
    1576 Views
    Last post 27 July, 2012, 03:11:16 PM
    by robhunhayati
    6 Replies
    869 Views
    Last post 02 April, 2012, 06:18:28 PM
    by Fakir Billah