Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: Susahnya mencari kebenaran di akhir zaman  (Dibaca 3690 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Offline
24.05.07 2200

Syukron
Beri: 1 Terima: 68
Paparan Profil WWW
« pada: 02 July, 2007, 03:48:59 PM »

SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN
 

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.

Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir,
terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar,
cakapnya tidak ada harga,
 tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran,
macam hendak mencari gagak putih atau merah.

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.
« Last Edit: 30 November, 2009, 05:45:05 PM oleh nur_87 »

TuhAN cInTa aGuNg..
*
Offline
23.06.07 115

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #1 pada: 02 July, 2007, 04:10:57 PM »

Pak Kanjeng, ni puisi sapa? macam kenal je..Nampak menarik susunan bahasanya, mesej yang disampaikan jelas dalam maksudnya yang mendalam..
Topic starter
*
Offline
24.05.07 2200

Syukron
Beri: 1 Terima: 68
Paparan Profil WWW
« Jawab #2 pada: 02 July, 2007, 04:18:51 PM »

ade orang bagi...
bila ianya menyentuh perasaan...
pak kanjeng so kena forward kat sini...
agar kita semua dapat tahu..
maksud yang tersurat dan tersirat,,,
*
Pulau Pinang
Offline
24.05.07 387

Syukron
Beri: 0 Terima: 17
Paparan Profil
« Jawab #3 pada: 05 July, 2007, 02:22:33 PM »

sungguh mendalam maksudnya pak kajeng...moga dpt memahami dan berusaha kearah jln kebenaran.....Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami...Amin

" Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "
Topic starter
*
Offline
24.05.07 2200

Syukron
Beri: 1 Terima: 68
Paparan Profil WWW
« Jawab #4 pada: 05 July, 2007, 02:31:28 PM »

benar ustaz abu atiyah..
jika kita yang mahu berfikir akan..
tersentuh hati..
*
Offline
25.06.08 92

Syukron
Beri: 0 Terima: 8
Paparan Profil
« Jawab #5 pada: 12 August, 2008, 11:07:05 AM »

di akhir zaman ni,,kt sbg sorg pendiri,,,memegang agama spt pegang bara api,,,,nk di lepaskan xleh,,nak di pegang panas,,,,kekutan itu ada bsama2 shabat2 sefikrah....jgn dikhuatiri,,Allah redha islam ni agama Dia,,1 golongan yg fasik dgn kebenaran,,tp disebelah sn,,ada lg 1 golongan yg teguh pd kebenaran......Agama ni tetap dpelihara....
*
Selangor
Offline
24.06.07 78

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil WWW
« Jawab #6 pada: 12 August, 2008, 12:03:39 PM »

Semoga Allah tunjukkan kita & seluruh umat pada jalan Nabi SAW.

*
Offline
11.09.08 16

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 11 September, 2008, 02:13:50 AM »

hm, memang sush nk cari kbnran yg hakiki.. sbb, kadang2 yg keburukan dan kejahilan tu la yg di cari oleh umat zaman sekarang...
Topic starter
*
Offline
24.05.07 2200

Syukron
Beri: 1 Terima: 68
Paparan Profil WWW
« Jawab #8 pada: 23 September, 2008, 09:17:45 AM »

hm, memang sush nk cari kbnran yg hakiki.. sbb, kadang2 yg keburukan dan kejahilan tu la yg di cari oleh umat zaman sekarang...

selalunnya di sebabkan diri sendiri...yang tidak mempunyai ilmu ,,,
dan berlapang dada apabila mencari kebenaran itu sendiri...
*
Offline
11.06.07 1692

Syukron
Beri: 1 Terima: 91
Paparan Profil
« Jawab #9 pada: 08 January, 2009, 06:09:37 PM »

Salam pembuka kata...
Penyambung ukhuwah terbina sudah.


Memang benar susah mencari kebenaran
seandainya diri tak berlandaskan ilmu dan amal
maka iman tak terhias dengan akhlaq yang hakiki
hanya ilmu penyuci jiwa pembayang hati
maka iman berlandaskan ini akan gementar rasa diri
maka ilmu/amal dan ibadah mengharmonikan kehidupan kini
baharulah rasa kebenaran  akan muncul sendiri
tanpa diundang atau muncul ia berupa paksaan
namun didikan robbaniyyah yang mengaliri darahnya kini
untok mencari keyakinan bahawa kebenaran yang susah dicari
itulah ukhuwahfillah yang disemai oleh Allahurabbi
gementarnya lantaran Haq yang punya Haq hakiki
Semoga ianya akan kuat dan diperkuatkan hingga akhir hayat
yang ditentukan oleh Qudrat dan iradat Ilahirabbi...
darinya yang dijadikan dan kepadanya ia tetap akan dikembali
tiada seorang insan dan makhlok yang boleh ungkalkan
Pernyataan diatas Qudrat dan iradat Tuhan YME lagi YMK
HasbirRabijallallhu mafiqalbi Illallah Nur Muhammad saw
LailahaIllah.....
Itulah yang susah kebenaran yang mahu dicari....
Sama-samalah kita semua mesti mencari...
agar Kebenaran ini akan tertegaknya
baldatun Toyyibah waRabbulghafuuur...

Wallahu 'Alambissawob.
Wassalm.

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh
*
Offline
21.10.08 755

Syukron
Beri: 6 Terima: 8
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 12 February, 2009, 12:56:52 PM »

susahnya mencari kebenaran di akhir zaman...
ana setuju dgn tajuk ni...
perkara hak dan batil dicampuradukkan...
hal duniawi didahului berbanding hal ukhrawi...
bagaimana la nak mencari kebenaran....
hanya berpandukan kpd Al-Quran dan As-Sunnah..


I lOVE ISLAM
*
Offline
21.04.09 53

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil WWW
« Jawab #11 pada: 21 April, 2009, 08:05:01 PM »

kebenaran dan haq tu tetap ada..
namun perlu berhati-hati di mana mana..

selagi setiap langkah dipandu oleh al-QUran dan as-Sunnah,
insyaAllah Dia akan memandu kita ke jln yg benar...

>> apa yg syara' kata haq, adalah yg haq, dan yg syara' kata batil tetap batil
no matter what anyone else say or do.. that's still the truth that we must hold on to..
wallahu'alam...(^_^)

Fill the world with colors, paint it everywhere u go
Paint everything u see, and tell everyone u know
Quran will be ur paint and ur brush will be iman
So fill the world with colors... every color of Islam
*
Offline
29.03.09 448

Syukron
Beri: 0 Terima: 13
Paparan Profil
« Jawab #12 pada: 19 October, 2009, 01:06:31 AM »

Kebenaran itu mudah
Hanya pengada membuat olah
Hingga kebenaran sukar diserlah

Kebenaran nyata pada kalimah
Lailaha illallah
Wa Muhammadun rasulullah
selain itu semuanya bid'ah.

*
Pahang
Offline
14.12.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #13 pada: 14 December, 2009, 07:35:34 PM »

Para ilmuwan berpendapat bahawa setiap tamadun akan mengalami 4 fasa..iaitu
1) Zaman Permulaan
2) Zaman perkembangan
3) Zaman Kegemilangan
4) Zaman Kehancuran..

Namun bagi umat islam..kita mempunyai satu zaman yg dijanjikan Allah iaitu zaman Kebangkitan...adakah kita masih tidak bersyukur atas nikmat Allah ?
*
Selangor
Offline
05.05.09 1706

Syukron
Beri: 2 Terima: 201
Paparan Profil WWW
« Jawab #14 pada: 14 December, 2009, 08:35:22 PM »

Rasulullah berbuat kebaikan, berakhlak mulia, maka jangan sempitkan pandangan diri sendiri terhadap sunnah dan bidaah

Jangan mudah menuduh orang lain, sebaliknya amatlah bagus kita menambah baik diri kita sendiri, semuga kita mampu membawa kebaikan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat kita, dan seterusnya semuga kebaikan itu berserta kita di manapun berada,. Ingat ya, berbuat sesuatu hendaklah dengan Pengetahuan, nanti dirimu akan di tanya..............di minta pertanggungjawapannya
*
Pahang
Offline
22.03.09 101

Syukron
Beri: 33 Terima: 14
Paparan Profil
« Jawab #15 pada: 14 December, 2009, 09:10:02 PM »

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

"Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"

(al-Isra’ (17): 80)

Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung.
*
Terengganu
Offline
26.09.09 254

Syukron
Beri: 1 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #16 pada: 14 December, 2009, 09:19:09 PM »

hm...betul..kadang2 duduk ditengah.. orang yang imannya hanya sekadar cukup fardhu ain.jadi keliru..nak jadi baik..tiba2 masuk ajaran sesat pulak..nak bergaul dengan orang biasa...banyak sangat yang luar biasa dari agama di biasa2kan.. ni lah proses mujahadah kot..setju dengan kata2halaqaian..agama,nak dipegang..panas..nak dilepas mane boleh..Moga Allah kurniakan aku kekuatan kita dan tunjukkan aku kebenaran...Amin...
*
Offline
31.12.08 8

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #17 pada: 14 December, 2009, 10:24:33 PM »

Assallamualaikum. Kembalilah pada Al Quran dan Hadis. Usah difikirkan mereka yang sengaja hidup untuk makan dan kerja tapi melupakan hak mereka pada ALLAH. Kematian yang seban saat berlaku tanpa peringatan, ini lebih penting. Jika kita terus memikirkan perlakuan-perlakuan manusia  kita turut hanyut sama seperti mereka. Lebih baik basahkan lidah dengan zikirullah.


SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN
 

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.

Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir,
terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar,
cakapnya tidak ada harga,
 tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran,
macam hendak mencari gagak putih atau merah.

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.
*
Terengganu
Offline
16.06.09 630

Syukron
Beri: 39 Terima: 95
Paparan Profil
« Jawab #18 pada: 14 December, 2009, 10:52:46 PM »

Kebenaran dah aku jumpa,
namun begitu takut untuk menyatakannya,
bimbang sejarah hitam dulu kala berulang kembali.

Cukuplah untuk aku tahu kebenaran itu.
Aku bukan pahlawan untuk berdebat di pentas.

Cuma kadangkala aku cuba beri clue kepada sesiapa yang berminat.
Terutama pemuda yang benci melihat pertelingkahan orang-orang tua.
Mereka dambakan perdamaian, perpaduan dan kata sepakat.

*
Pulau Pinang
Offline
13.04.10 18

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #19 pada: 13 April, 2010, 03:05:12 AM »

salam perjuangan...semua..
saya katakan buat diri saya bukan untuk siapa?
bagi saya:
                 " Daun kotor
                   gugur ke bumi
                   di julang angin
                   jatuh ke bumi
                   di jilat api."

aku cinta padamu,
tidak, engkau bukan.
aku cinta padamu,
tidak, engkau bukan.
aku cinta padamu,
tidak, engkau bukan.
Apa aku perlu pada cintamu?
jika engkau mencintai aku...
engkau akan terlebih dulu
mencintai kesusahan dan kedaifan...

di sebalik cinta...

 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
Sifat Akhir Zaman................ Sajak & Puisi kanjeng سنن 4 839 Kiriman Terakhir 29 June, 2010, 11:04:10 AM
oleh malekredzuan
MANUSIA AKHIR ZAMAN Akhlaq haizam 0 514 Kiriman Terakhir 14 July, 2009, 08:02:42 AM
oleh haizam
TAHAP USIA MENCARI KEBENARAN BERAGAMA Siswa & Siswi rich_km 1 62 Kiriman Terakhir 30 June, 2010, 05:37:52 AM
oleh Munawarrah_Cinta