Erti Mas Kahwin Dan Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia

*

Author Topic: Erti Mas Kahwin Dan Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia  (Read 17975 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 November, 2010, 05:41:48 PM
  • Publish
  • Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”

    Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut :
    BIL    NEGERI    NILAI
    ANAK DARA
          A    B    C
    1    JOHOR    RM 22.50       
    2    MELAKA    RM 40.00       
    3    NEGERI SEMBILAN          
       a. Bukan Waris    RM 24.00       
       b. Ahli Waris       RM 48.00    
       c. Kerabat Diraja di Wilayah          RM 725.00
       Datuk Kelana& Kerabat          
    4    SELANGOR          
       i.   Puteri Sultan    RM 2,500.00       
       ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri    RM 2,000.00       
       kpd Putera Sultan yg bergelar          
       iii.  Puteri Kerabat    RM 1,000.00       
       iv.  Puteri Anak Raja (Waris)    RM 550.00       
       Puteri Anak Raja (yang lain)    RM 300.00       
       v.   Anak Perempuan org-org besar    RM 300.00       
       vi.   Cucu orang besar    RM 200.00       
       vii.  Orang Kebanyakkan    RM 80.00       
    5    KUALA LUMPUR    RM 80.00       
    6    PERAK    RM  101.00       
    7    PULAU PINANG    RM  24.00       
    8    KEDAH          
    9    PERLIS          
    10    PAHANG    RM 22.50       
    11    TERENGGANU          
    12    KELANTAN          
    13    SABAH    RM 100.00       
    14    SARAWAK    RM 120.00       
    15    W.P LABUAN    RM 80.00       
    BIL    NEGERI    NILAI
    JANDA
          A    B    C
    1    JOHOR    RM 22.50       
    2    MELAKA    RM 40.00       
    3    NEGERI SEMBILAN          
       a. Bukan Waris    RM 12.00       
       b. Ahli Waris       RM 24.00    
       c. Kerabat Diraja di Wilayah          
       Datuk Kelana& Kerabat          
    4    SELANGOR          
       i.   Puteri Sultan    RM 625.00       
       ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri    RM 500.00       
       kpd Putera Sultan yg bergelar          
       iii.  Puteri Kerabat    RM 250.00       
       iv.  Puteri Anak Raja (Waris)    RM 137.50       
       Puteri Anak Raja (yang lain)    RM 75.00       
       v.   Anak Perempuan org-org besar    RM 75.00       
       vi.   Cucu orang besar    RM 50.00       
       vii.  Orang Kebanyakkan    RM 40.00       
    5    KUALA LUMPUR    RM 40.00       
    6    PERAK          
    7    PULAU PINANG    RM 24.00       
    8    KEDAH          
    9    PERLIS          
    10    PAHANG    RM 22.50       
    11    TERENGGANU          
    12    KELANTAN          
    13    SABAH    RM 80.00       
    14    SARAWAK    RM120.00       
    15    W.P LABUAN    RM 80.00

    Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

    Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.

    Reply #1 30 December, 2010, 04:36:05 AM
  • Publish
  •  :)
    Tambah sikit,setakat yang saya tahu mas kawin negeri Kelantan le paling mahal, sekarang ni yang selalu saya dengar RM8000/6000.....
     :msya:
    kalu tidak percaya tanya orang Kelantan,
    ada x sahabat dari Kelantan,
    tolong respon skt....
    :-)
    TAKKAN HILANG ISLAM DDUNIA
    DMANA BUMI DPIJAK
    D SITU ISLAM DJUNJUNG

    Reply #2 30 December, 2010, 05:59:03 AM
  • Publish
  •    
    Kenapa orang-orang di Kelantan dan Terengganu beria-ia meletakkan mahar yang tinggi?  Lupakah apa yang Rasullulah telah sarankan? Ada perkara sunnah yang suka dibuat, yang tak suka dilanggar. Sunnah kata rendahkan mahar, seperti petikan artikel di bawah ni...

    Sebaliknya Kelantan dan Terengganu pulak lain...
     

    [okay]Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

        " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

        Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

        Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

        Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

        Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

        " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

        Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

        " Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )
    [/okay]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #3 30 December, 2010, 09:02:06 AM
  • Publish
  • Johor antara yg paling murah yer... Suami bagi mas kahwin saya senaskhah alQuran, mahal sket jer dari rm22.50 tue.. Tapi mak mertua saya ckp, org Kedah mas kahwin agak mahal (terpulang pada permintaan keluarga perempuan). Hantaran juga mahal. Dia ckp, klu yg ada spm pun hantaran 8k. Wallahualam.

    Reply #4 30 December, 2010, 09:11:46 AM
  • Publish

  • Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut :
    BIL    NEGERI    NILAI
    ANAK DARA
          A    B    C
    1    JOHOR    RM 22.50       
    2    MELAKA    RM 40.00       
    3    NEGERI SEMBILAN          
       a. Bukan Waris    RM 24.00       
       b. Ahli Waris       RM 48.00    
       c. Kerabat Diraja di Wilayah          RM 725.00
       Datuk Kelana& Kerabat          
    4    SELANGOR          
       i.   Puteri Sultan    RM 2,500.00       
       ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri    RM 2,000.00       
       kpd Putera Sultan yg bergelar          
       iii.  Puteri Kerabat    RM 1,000.00       
       iv.  Puteri Anak Raja (Waris)    RM 550.00       
       Puteri Anak Raja (yang lain)    RM 300.00       
       v.   Anak Perempuan org-org besar    RM 300.00       
       vi.   Cucu orang besar    RM 200.00       
       vii.  Orang Kebanyakkan    RM 80.00       
    5    KUALA LUMPUR    RM 80.00       
    6    PERAK    RM  101.00       
    7    PULAU PINANG    RM  24.00       
    8    KEDAH          
    9    PERLIS          
    10    PAHANG    RM 22.50       
    11    TERENGGANU          
    12    KELANTAN          
    13    SABAH    RM 100.00       
    14    SARAWAK    RM 120.00       
    15    W.P LABUAN    RM 80.00       
    BIL    NEGERI    NILAI

    Ada perbezaan pula, kalau keturunan raja-raja lain pula mas kahwinnya.
    لا إله إلا الله

    Reply #5 30 December, 2010, 10:43:14 AM
  • Publish
  • NoZaBiZz: a'a..terpulang kepada keluarga perempuan....
    ALLAH answer PRAYERS in 3 ways..
    1- HE says YES & GIVES u wat u WANT..
    2- HE says NO & GIVES u somthg BETTER..
    3- HE says WAIT & GIVES u da BEST in HIS own time

    Reply #6 30 December, 2010, 10:49:14 AM
  • Publish
  • Di Selangor bermula pada 2009, mas kahwin orang kebanyakan adalah RM300.00 tapi masa akad nikah mas kahwin dan wang hantaran akan digabungkan. Contohnya wang hantaran Rm10,000.00. Ikut persetujuan kedua-dua belah pihak nak masukan Rm300.00 dalam Rm10,000.00 or jadikan Rm10,300.00. Kalu both parties agreed Rm10,300, so masa akad nikah akan disebut Rm10,300 tunaiiiiiii. Duit tu dah jadi hak mutlak pengantin perempuan, tak boleh dituntut2 lagi.

    Reply #7 30 December, 2010, 03:37:06 PM
  • Publish
  • :)
    Tambah sikit,setakat yang saya tahu mas kawin negeri Kelantan le paling mahal, sekarang ni yang selalu saya dengar RM8000/6000.....
     :msya:
    kalu tidak percaya tanya orang Kelantan,
    ada x sahabat dari Kelantan,
    tolong respon skt....
    :-)

    Saya berasal dari Kelantan.
    Untuk pegetahuan aku_muslim, di Kelantan hanya tu yang diberi selain daripada hadiah seperti kasut dan pakaian itu.
    Untuk kenduri majlis semuanya ditanggung oleh pihak perempuan.

    Di Selangor bermula pada 2009, mas kahwin orang kebanyakan adalah RM300.00 tapi masa akad nikah mas kahwin dan wang hantaran akan digabungkan. Contohnya wang hantaran Rm10,000.00. Ikut persetujuan kedua-dua belah pihak nak masukan Rm300.00 dalam Rm10,000.00 or jadikan Rm10,300.00. Kalu both parties agreed Rm10,300, so masa akad nikah akan disebut Rm10,300 tunaiiiiiii. Duit tu dah jadi hak mutlak pengantin perempuan, tak boleh dituntut2 lagi.

    Okeh, Selangor adalah seperti di atas. RM300.00 adalah maskahwin yang kana disebut ketika akad nikah.
    dan RM10,000.00 pula dipanggil hantaran, yang mana biasanya diberika sebelum akad nikah lagi untuk persiapan kenduri kahwin.
    Manakala di Kelantan, RM6,000.00 atau RM8,000 itu yang dsebut ketika akad nikah.
    Di Kelantan tiada hantaran yang diberikan seperti RM10,00.00 tadi.
    Sebab, segala persiapan di sebelah perempuan disediakan oleh keluarga perempuan.

    Ketika saya berkahwin, saya tak nak duit, saya hanya inginka Quran sahaja.
    So, suami saya hanya beri Quran sahaja dan barang hadiah yang lain saja la.
    Segala bajet untuk kenduri ditanggung oleh keluarga saya.
    Dan biasanya di Kelantan, pihak lelaki memang tidak masuk campur pasal kenduri kahwin yang dilakukan sebelah perempuan ini.

    Tapi, ada jugak perempaun yang nak pihak suami tanggung perbelanjaan kenduri sebab terikut dengan negeri-negeri lain.
    Tapi, amat jarang berlaku situasi ini di Kelantan.
     
    Diharap memberi kefahaman kepada semua.

    Reply #8 30 December, 2010, 05:07:21 PM
  • Publish
  • Di Selangor bermula pada 2009, mas kahwin orang kebanyakan adalah RM300.00 tapi masa akad nikah mas kahwin dan wang hantaran akan digabungkan. Contohnya wang hantaran Rm10,000.00. Ikut persetujuan kedua-dua belah pihak nak masukan Rm300.00 dalam Rm10,000.00 or jadikan Rm10,300.00. Kalu both parties agreed Rm10,300, so masa akad nikah akan disebut Rm10,300 tunaiiiiiii. Duit tu dah jadi hak mutlak pengantin perempuan, tak boleh dituntut2 lagi.

    Dah jadi banyak pula nilainya RM300.00

    Reply #9 30 December, 2010, 05:58:05 PM
  • Publish
  • Zaman saya dulu, di selangor cuma rm80.00.

    Tentang hantaran, takda pulak disebut masa akad nikah. Hanya mas khawin, rm80.00 tunai.
    « Last Edit: 31 December, 2010, 08:36:30 AM by fatin3 »
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #10 30 December, 2010, 10:18:20 PM
  • Publish
  • yup... setuju dengan apa yang kak amYunus terangkan pasal mas kawin di Kelantan...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #11 13 January, 2012, 08:00:21 PM
  • Publish
  • maafkan saya memang kelantan mas kahwin paling mahal..sebab xde beza mas kawin ngan wang hantaran  =)

    Reply #12 17 July, 2012, 11:02:01 AM
  • Publish
  • Bagi negeri kedah rasanya ikut harga padi...tapi mmg kedah tidak meletakkan harga mas kawin tetap..mmg ikut sebelah perempuan berapa hendak letak. Macam saya sendiri Mas Kawin isteri saya RM2000. Banyak la juga kan isteri kita terima kan.. leh beli barang kemas nanti.. :D

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    388 Replies
    61883 Views
    Last post 01 February, 2012, 09:33:33 AM
    by NurFurqan
    Wang & Kahwin

    Started by Aaron_Nabil « 1 2 ... 7 8 » Bait Muslim

    149 Replies
    28094 Views
    Last post 26 September, 2013, 02:18:21 PM
    by ladyjazz
    15 Replies
    10068 Views
    Last post 09 February, 2012, 11:58:44 PM
    by al_ahibbatu