kisah Hobil dan Qobil

Author Topic: kisah Hobil dan Qobil  (Read 1154 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

24 November, 2010, 01:30:13 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    ramai di antara kita tahu al kisah mengenai Anak Nabi Adam as dan Hawa, iaitu , Habil dan Qobil.
    Di sini saya ingin berkongsi ramai mengenai sebuah buku yang telah saya baca dan ingin sesiapa yang Ahli mengenai sejarah Habil dan qobil dapat di kongsi juga.

    petikan di bawah ini telah diambil hanya bahagian-bahagian tertentu yang telah mendatang kan keraguan dan kemusykilan.

    Dalam buku tersebut penulis itu telah menulis seperti demikian :

    Muhammad bin Ishaq berkata bersumber dari penjelasan orang orang yang alim mengenai kitab-kitab terdahului:
    "sesungguhnya Adam as. telah menggauli Hawa di syurga sebelum melakukan kesalahan. Maka Haw mengandung Qobil dan saudara kembarnya perempuan...... Seetelah nabi adam as turun ke bumi dia menggauli hawa lulu mengandung Habil dan saudara perempuan kembarnya......."

    pertama, hingga sekarang tidak dapat saya ketemui yang benar mengenai perkara ini kerana apa yang telah saya pelajari bahawasanya, di sewaktu Nabi Adam as dan Hawa berada di syurga, Tidak ada perasaan ingin berjimak di hati mereka kerena keindahan syurga. hanya setelah mereka termakan tipu daya si iblis itu dengan memakan buah Kuldis itu maka segala sifat kemaluan mereka wujud sehingga mereka mengambil daun untuk menutup kemaluan mereka itu dan seperti apa yang kita sudah ketahui, mereka telah di turun kan ke bumi kerana melanggar perintah Allah swt.

    bersambung kepada cerita di atas.
    Allah memerintahkan Nabi Adam untuk mengawinkan Qobil sama Layudza, adik kembar nya Habil dan mengawinkan Habil dengan Iqlima, adik kembar nya Qobil. Nabi Adam menyampaikan perintah itu maka puaslah hati Habil tetapi bukan Qabil. Qabil berkata:" Dia saudara kembarku dan aku lebih berhak dengannya karena kami putera-putera syurga. sedang mereka ada lah putera-putera bumi.....

    dari dasas mana kah penulis ini dapat sumber seperti di atas di mana qabil berkata," kerana kamu putera-putera Syurga"
    bukan kah setelah Nabi Adam dan hawa turun ke bumi, pertemuan mereka semula hanya sesudah seratus tahun?

    ada banyak lagi yang mendatangkan kemuskilan terhadap kisah Qobil dan Habil dalam buku tersebut.

    Lain di antaranya,
    setela terjadi nya pembunuhan pertama di muka bumi ini, Qobil telah melarikan diri nya ke "Aden" dan di stu Iblis telah merayu kepada nya sehingga Qobil menyembah Api dan orang pertama yang Kafir.

     Na'uzubillah

    tetapi apa yang telah saya pelajari, Setelah terjadi nya pembunuhan tersebut, Qobil itu bertaubat dan menyesal akan pembunuhan terhadap saudara nya sendiri.

    sekali lagi, saya amat suka sekali jikalau ada dari kamu yang mahir dapat memberi kan penjelasan dan bukti bukti dari sumber yang berkenaan jikalau ada.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #1 24 November, 2010, 03:12:04 PM
  • Publish Di FB
  • guru mursyid boleh ceritakan kepada tuan yang berhajat

    jadi elok tuan cari guru mursyid ya

    kebanyakan kita hidup masakini hanya berdasarkan bacaan dari kitab kitab tulisan manusia
    fikiran manusia ada kalanya di perdayakan oleh syaitan, menambh nambah dalam ceritanya

    semuga kita dapat kebenaran

    israiliyat juga menambah nambah cerita, bagi rempah garam, nak bagi sedap telinga, kemudian boleh buat filem,

    jadi
    sebenarnya hanya Mursyid sahaja boleh menceritakan secara hakikatnya, apa itu kebenaran

    carilah ya

    inshallah tenanglah nanti dirimu, bila mengetahui, dengan yakin

    rindu malam88

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #2 24 November, 2010, 03:31:37 PM
  • Publish Di FB
  •  setelah membaca ulasan diatas, saya juga terkenang kembali mengenai sirah habil dan Qobil yang pernah diceritakan guru agama di sekolah dahulu, selepas kematiaan Habil. Qobil mendapat perintah sepaya mengebumikan Habil. selepas pembunuhan manusia pertama.  manakan mungkin Qobil menyembah api  jika kemukakan faktanya?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    24780 Views
    Last post 31 March, 2011, 10:50:45 PM
    by cahayE_matE
    13 Replies
    11069 Views
    Last post 21 January, 2010, 12:47:31 PM
    by ummi@uli@09
    30 Replies
    47306 Views
    Last post 12 June, 2012, 01:23:13 PM
    by robhunhayati